Dapatkan pandangan PakTeh..!

Friday, June 26, 2015

Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Cara PakTeh

As Salam dan Selamat Berpuasa semua. Dah rancang nak balik raya mana tahun ini? Yang penting RM500 telah diberi oleh Kerajaan sebagai hadiah raya dan seterusnya menerima gaji lebih awal pada 09 Julai 2015 nanti....seronoknya Alhamdullilah. PakTeh tumpang gembira....

Ramai yang bertanyakan mengenai kelayakan pinjaman rumah kerajaan. Untuk jelaskan memang agak teknikal sikit...tapi tak lah complicated sangat. Justeru PakTeh buat ringkasannya di sini, semoga boleh membantu. Untuk makluman, PakTeh dimaklumkan oleh ramai peminjam bahawa BPP telah melaksanakan peraturan baru mulai 01 April 2015 iaitu "Jumlah keseluruhan potongan di dalam slip gaji termasuk potongan rumah tidak boleh melebihi 60% daripada Gaji Kasar". Ini bermakna penjelasan yang PakTeh nyatakan di post bertajuk "Isu Potongan Gaji Melebihi 60%...."  perlu dibaca bersama dengan peraturan baru ini.


Sehubungan itu, untuk mengira anggaran kelayakan pinjaman perlu melalui 3 langkah :
  1. Langkah 1 : Kelayakan berdasarkan Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya, lihat Gaji Pokok/Hakiki di dalam slip gaji dan rujuk jadual kelayakan di sini. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00, kelayakan adalah RM350,000.00.
  2. Langkah 2 : Ansuran bulanan Pinjaman Perumahan Tidak Boleh Melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 maka sila buat perkiraan dengan memastikan ansuran bulanan tidak melebihi RM1,530.00 sebulan (2550 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas.
  3. Langkah 3 : Semua potongan di dalam slip gaji tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini juga. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 dicampur semua elaun tetap RM750.00 = RM3,300.00. maka sila buat perkiraan dengan memastikan semua potongan termasuk ansuran bulanan Pinjaman Perumahan tidak melebihi RM1,980.00 sebulan (3300 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas juga. 
Berdasarkan keputusan 3 Langkah di atas, pilih mana yang TERENDAH...itu adalah anggaran kelayakan maksima pinjaman perumahan saudara. Selamat mencuba...!

(NOTA : Bermula 1 Januari 2017, pengiraan kelayakan jadi lebih mudah iaitu sekurang-kurangnya di slip gaji berbaki RM200 setelah dipotongan loan rumah. Sehubungan itu, semua langkah di atas terbatal)