Dapatkan pandangan PakTeh..!

Pinjaman Kedua



PINJAMAN KEDUA

S20
Saya mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000. Bolehkah saya membuat pinjaman perumahan kali kedua untuk membeli harta baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000  lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

J20
Tidak layak. Pinjaman perumahan Perbendaharaan kali kedua hanya boleh dinikmati sekali sahaja untuk pembelian harta kedua atau kerja-kerja ubahsuai rumah.




S21
Saya telah menikmati kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan kali pertama secara pinjaman bersama dengan isteri. Baki hutang pinjaman isteri saya telah pun dijelaskan sepenuhnya. Bolehkah saya membuat permohonan pinjaman bersama bagi pembelian harta kedua sedangkan hutang pinjaman pertama saya masih belum dijelaskan sepenuhya.

J21
Tidak boleh.  Pinjaman kedua hanya boleh dipohon setelah pinjaman pertama selesai.




S22
Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang kakitangan Kerajaan memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi pembelian harta kedua.

J22
Baki hutang pinjaman pertama selesai sepenuhnya


Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 25 tahun bagi peminjam yang   berpencen manakala bagi pencarum KWSP adalah 25 tahun atau terhad kepada tempoh perkhidmatan sehingga persaraan wajib mengikut mana yang terdahulu.


Amaun kelayakan pinjaman adalah baki kelayakan semasa setelah ditolak amaun   pinjaman pertama yang diambil tetapi tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji semasa.




S23
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan pada masa yang sama saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk pinjaman bagi tujuan mencukupkan wang beza. Adakah saya layak mengambil pinjaman tambahan dengan menggunakan baki kelayakan bagi mengambilalih pinjaman bank tersebut.

J23
Tidak layak.




S24
Saya telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Memandangkan keluasan tanah tersebut masih boleh digunakan untuk mendirikan sebuah rumah lagi, bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk tujuan tersebut

J24
Tidak layak dipertimbangkan kerana pinjaman perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.




S25
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan kesemua baki hutang pinjaman saya. Seterusnya saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk tujuan peribadi. Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk menebus hutang pinjaman saya dengan bank berkenaan.

J25
Tidak boleh.




S26
Sekiranya suami saya meletak jawatan, adakah saya layak mengambil alih pinjaman perumahan Perbendaharaan  bagi menyelesaikan baki hutang pinjaman.

J26
Boleh dipertimbangkan dengan syarat suami bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama isteri.




S27
Bolehkah saya mengambilalih pinjaman suami saya yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100%  atau rumah masih belum siap.

J27
Tidak boleh.




S28
Sekiranya suami saya memilih persaraan  pilihan sendiri, adakah saya layak mengambilalih pinjaman perumahannya kerana belum menerima bayaran pencen bulanan. Tambahan pula saya  belum lagi mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan

J28
Suami yang bersara awal boleh meneruskan bayaran balik secara tunai sehingga pencen dilakukan, puan tidak perlu ambilalih pinjaman tersebut.




S29
Saya telah membeli rumah melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Malangnya rumah masih belum siap kerana terlibat dengan projek terbengkalai. Soalan saya:


Bolehkah saya membatalkan pinjaman perumahan tersebut dan memohon pinjaman perumahan yang baru bagi pembelian rumah yang lain.

J29
Dibenarkan batal pinjaman dan boleh dipertimbangkan untuk pinjaman membeli harta baru dengan syarat menjelaskan baki hutang pinjaman asal  terlebih dahulu.

NOTE : Masih kurang jelas, sila hubungi saya.