Dapatkan pandangan PakTeh..!

Wednesday, November 17, 2010

Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan / Pembiayaan Perumahan Kerajaan

Salam hormat,

Bertemu lagi dalam perkongsian ilmu yang berkaitan dengan kemudahan yang layak kepada warga Perkhidmatan Awam Malaysia. Dikesempatan ini, saya ingin membawa saudara dalam membicarakan kadar kelayakan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan melalui Pekeliling dan Surat Pekeliling yang berkaitan. 

Dalam Pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar kelayakan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan kepada maksima RM450,000. Walau bagaimanapun, kadar baru tersebut belum dikeluarkan lagi buat masa ini.

Justeru itu, kadar kelayakan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan masih merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharan Bilangan 4 Tahun 2006 yang berkuatkuasa 01 September 2006. Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan pindaan kepada pindaan ke-2 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 10 Tahun 1994 (PP 10/94)dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 (PP 6/95) berhubung kadar kelayakan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Pindaan ini digunapakai untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia , Anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya kecuali Anggota Pentadbiran.

Amaun kelayakan Pinjaman/Pembiayaan Perumahan semasa adalah seperti berikut :-

        Gaji Bulanan Hakiki                         Kelayakan Pinjaman
                  (RM)                                              (RM)
        3,500 dan ke atas                                  360,000
        3,000 ke 3,499                                       300,000
        2,500 ke 2,999                                       264,000
        2,000 ke 2,499                                       240,000
        1,500 ke 1,999                                       192,000
        1,200 ke 1,499                                       156,000
        1,000 ke 1,199                                       120,000
        800 ke 999                                               96,000
        600 ke 799                                               72,000
        599 dan ke bawah                                   48,000

Jadi apa tunggu lagi? Gunakanlah kemudahan yang diberikan Kerajaan sebaiknya. Ingat! namanya pun kemudahan, sudah tentu ia menguntungkan dan tidak wajar di lepaskan. Dapatkannya sekarang!

Nota : Hubungi saya jika perlukan pandangan Pak Teh.


Tuesday, November 9, 2010

Rumah Pertama Ku


Salam sejahtera,

Macam tajuk karangan cikgu beri masa sekolah rendah aja tajuknya?. Tak pa lah, yang nak diceritakan adalah pengalaman membeli rumah pertama. Kebanyakkan orang malas nak fikir untuk membeli rumah terutama yang dah menumpang sejak azali kat umah mak bapak…duduk kat kampong lak tuu, wow bestnya. Serba serbi free la katakan, sehingga nak memasak pun leh dapat bahan disekeliling rumah.

Tapi kalau anda seorang kakitangan Kerajaan dan anda tidak menggunakan kemudahan pinjaman perumahan yang Kerajaan beri sesungguhnya anda berada di dalam tidak menguntungkan. Nama pun kemudahan, mestilah menguntungkan..bukan semua orang layak, ada peraturan-peraturannya lak tu. Tak la saya kata anda berada di dalam kerugian, cuma tidak menguntungkan…percaya lah!.

Berbalik kepada cerita saya "Rumah Pertama Ku", lebih 10 Tahun dulu saya mula mengagahkan diri untuk membeli sebuah rumah. Kena gagah, banyak fikir nak beli rumah ne sebabnya :
  1. Tak pernah beli rumah. Kalau tiap-tiap hari beli rumah rasanya tak la gementar sangat kot, betul tak?.
  2. Mahal harganya. Kalau harga rumah 5 sen ke!, seringgit ke!, seratus ringgit ke!, tak lah menung memikirkannya sampai mengigau dibuatnya.
  3. Pertama kali beli. Seumur hidup, itu lah sekali baru nak cuba beli rumah. Apa-apa pun yang pertama mestilah takut sebab tak ada pengalaman. Macam pengalaman malam pertama….aewah
  4. Cerita buruk orang lain beli rumah seperti rumah terbengkalai, rumah retak, rumah bocor, rumah runtuh dan sebagainya. Cerita seram sejuk mengalahkan cerita hantu ne pun dah buat kita seram. Cerita hantu tuu seram sebab ada muzik latar, cuba tak de muzik mesti x seram punya!!!. Tapi cerita buruk beli rumah ne, tak ada muzik latar pun dah seram. Betul kan?
  5. Banyak urusannya seperti urusan peguam, urusan pejabat tanah, urusan perjanjian jual beli, urusan pinjaman perumahan, urusan stamping, urusan gadaian, urusan bayaran. Wow banyak nya!. Ya la, nak beli stem 10 sen pun kena beratur, ne kan nak beli rumah ratusan ribu ringgit.
Tapi dari pelbagai alasan menakutkan di atas, digagahkan diri ini untuk membeli rumah disebabkan seorang insan yang bernama Encik Zaini..akan dikenang jasamu sampai bila-bila. Ceritanya, Encik Zaini ne kerja Kerajaan bergaji kurang dari RM900 sebulan, bujang, berumur sekitar 20an tetapi dimaklumkan mempunyai 3 buah rumah. Alamak, apa cerita ne? Apa dah jadi, bermacam persoalan bermain dan kebanyakkannya buruk-buruk aja. Dipendekan cerita, saya memanggil Encik Zaini untuk mencungkil rahsianya.

Katanya, 2 petua utama nak beli rumah adalah :
  1. Beli rumah tak perlu takut sebab jarang orang beli rumah rugi bila jual balik. Tapi kena servey juga lak area, pemaju, kadar sewa dan sebagainya. Kalau tak nak jual, boleh bagi sewa. Kalau beli kereta tuu memang biasa rugi bila nak jual balik..tapi ramai orang berani pulak beli kereta mahal-mahal lebih dari harga sebuah rumah pun ada, tambahnya…percaya lah!
  2. Ada dua cara untuk kita invest bila beli rumah. Pertama, lepas beli sewakan dan kemudian beli yang lain kerana rumah tersebut telah dibayar balik hutangnya oleh penyewa. Kedua, jual balik dengan harga yang tinggi kemudian beli rumah yang lain yang lebih mahal…dan begitulah seterusnya. Kebanyakkan orang bila dapat untung beli rumah, keuntungan tersebut dihabiskan buat enjoy, melancung, tukar kereta baru, tukar perabut, shoping sakan dan sebagainya…percaya lah!.
Walau pun alasan tersebut diterima akal tapi di dalam hati masih gemuruh. Kalau insan seperti Encik Zaini berani, malu gak aku tak berani beli rumah lepas kena taklimat motivasi. Aku pun mintak tolong sekali lagi agar beliau carikan rumah yang paling murah (bukan rumah murah RM25,000) yang sesuai untuk menjadi "Rumah Pertama Ku". Tak lama kemudian, Encik Zaini telah menunjukkan sebuah apartment di Seksyen 19, Shah Alam sesuai untuk dibeli dengan harga RM39,900. Setelah diservey, aku masih gemuruh nak beli dan meminta tempoh 2 minggu untuk memikirkannya. Setelah berfikir panjang, dengan alasan tak sampai hati menolak bantuan yang Encik Zaini berikan aku membeli rumah tersebut dengan rasa cemas.

Namun begitu, selepas membeli aku pun bercadang untuk menyewakannya. Apa yang memeranjatkan, belum habis aku menampal poster rumah sewa..ramai orang telah telefon untuk menyewa dengan kadar yang menguntungkan.

Hari berikutnya, dengan rasa ghairah dan penuh keberanian aku berjumpa Encik Zaini untuk memohon bantuan beliau mendapatkan lagi rumah-rumah untuk dibeli. Namun, beliau mencadangkan supaya aku cari sendiri…dan itu yang aku lakukan hingga sekarang untuk membantu diri sendiri dan setiap orang untuk mendapatkan rumah idaman tanpa bimbang…percaya lah!

Bersyukur lah bagi yang telah mempunyai rumah dan bersemangat lah bagi mereka yang sedang mencarinya. Kerana harta perlu dicari dan jarang datang mengolek!.

Note : Jika memerlukan bantuan, sila hubungi saya.

Monday, November 8, 2010

Untung, memang beruntung kerja Gomen

Salam hormat.

Kalau diperhati dari dulu lagi, keja Kerajaan ne kejab top, kejab lak tak gelemour, jab lagi lak jadi rebutan, sewaktu yang lain lak kena kutuk. Berubah-ubah mengikut suasana, perasan tak? Kalau perasan, time keja kilang 2, 3 bulan dah boleh beli keta, keja Kerajaan ne tak dipandang langsung. Time negara dilanda masalah ekonomi, time tu la pulak semua berebut nak keja Kerajaan. Income kecik tak pe, janji selamat tak dibuang keja macam kekawan kita yang lain tuu. 

Tapi saya bersyukur la sebab keluarga saya seorang keja Kerajaan dan saya keja sendiri. Apa-apa perubahan ekonomi dunia, ekonomi negara ke malah ekonomi keluarga ke.. keadaan tak lah serabut. Tapi yang nak diceritakan sebenarnya adalah "Untung, memang beruntung kerja Gomen". Kenapa lak untung? Mula-mula sekali kalau nak untung keja Kerajaan adalah apabila layak buat loan, pulun semua pinjaman yang layak dipohon..baru untung sebab kadar keuntungan yang diambil oleh Kerajaan sebanyak 4% adalah berdasarkan baki berkurangan setiap bulan. Kalau nak banding dengan loan bank konvesional adalah 2%.  Namanya pun dah kemudahan, tentulah murah dan perlu disambar secepat mungkin..percaya lah!.

Secara kasarnya jika diperhatikan seseorang yang mempunyai Diploma akan menerima gaji sekitar RM1,500 apabila mula berkerja dengan Kerajaan dan menerima gaji sekitar RM2,000 jika mula berkerja dengan sektor swasta. Tetapi seorang pekerja Kerajaan yang menggunakan kemudahan pinjaman Kerajaan sebanyak RM200,000 ribu hanya membayar balik sekitar RM1,000 sebulan ditambah dengan peluang bayaran balik sehingga 30 Tahun, 100% pinjaman dan tanpa perlu penjamin. Manakala, pekerja swasta tadi jika membuat pinjaman dengan jumlah yang sama mungkin perlu membayar sehingga lebih RM1,500 sebulan kerana kadar faedah yang lebih tinggi, tempoh pinjaman yang singkat, kurang dari 90% pinjaman dan mungkin memerlukan penjamin.

Jika diambil kira dari segi beban tugas, jumlah cuti rehat tahunan, kemudahan cuti-cuti lainnya seperti cuti bersalin, cuti haji, cuti sakit, skim pencen, ganjaran, kemudahan kuarters sudah pasti kerja Gomen adalah lebih tepat, selamat dan dunia akhirat. Bayangkan isteriku hanya perlu membayar RM370 sebulan untuk tinggal di kuarters yang kadar sewa semasanya mencecah sehingga RM1,500 sebulan...percaya lah!.

Bersyukur lah orang Gomen dan terima kasih Kerajaan Malaysia atas nikmat ini.

Note : Nak tahu lebih lanjut, hubungilah saya.