Dapatkan pandangan PakTeh..!

Tuesday, December 20, 2011

Persiapan Awal dan Budget...untuk membeli rumah.

Saudara seorang kakitangan kerajaan dan ingin membeli rumah dengan menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan (PPK). Membeli rumah merupakan pengalaman pertama seumur hidup hampir kepada semua orang. Justeru itu, ianya bukannya suatu perkara yang mudah tetapi jika kita mengetahui tentang selok belok yang betul dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang sepatutnya sebelum membuat keputusan membeli, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana. Kongsikan bersama jika ada yang ingin ditambah, tanya PakTeh jika kurang pasti!

Antara yang perlu diberi perhatian adalah persiapan awal dan budget... apabila telah bersedia untuk membeli rumah. Berdasarkan pengalaman PakTeh, ramai yang terkejut dengan kos yang terpaksa mereka tanggung setelah membayar duit cengkeram dan bersetuju untuk menempah sesebuah unit rumah. Ada yang masih kurang pasti kelayakan dan keperluan awal setelah membeli rumah. Pastikan Saudara baca persiapan awal dan budget yang perlu diketahui ini khusus untuk saudara yang menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan :-
  1. Deposit - walaupun Pinjaman Perumahan Kerajaan memberikan pembiayaan sehingga 100% berdasarkan kelayakan, sebaiknya pastikan saudara mempunyai budget 10% daripada harga rumah yang ingin dibeli sebagai deposit.  Sebagai contoh, jika harga rumah yang hendak dibeli adalah RM300,000 maka saudara perlu mempunyai budget RM30,000 untuk wang deposit 10% tersebut.  Jika ini merupakan pembelian pertama, maka anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda.
  2. Kos Guaman dan lain-lain - berdasarkan pengalaman PaKTeh, pembeli perlu menyediakan tambahan 5% daripada harga rumah untuk kos-kos berkaitan pembelian rumah dan urusan pinjaman seperti kos guaman, duti setem, urusan pinjaman dan sebagainya. Sebagai contoh, jika harga rumah yang hendak dibeli adalah RM300,000 maka saudara perlu mempunyai budget RM15,000 untuk kos tersebut sebanyak 5% tersebut. Kos ini dapat dikurangkan jika saudara  membuat pembelian rumah pertama kerana duti setem yang lebih rendah (berdasarkan Bajet 2011 duti setem hanya 50% untuk pembelian rumah  pertama). Jika tidak, saudara perlu mencari sumber lain seperti tabungan, pinjaman peribadi, keuntungan jual rumah yang lain dan sebagainya.
  3. Kes Bina Rumah - jika saudara ingin membina rumah sendiri maka saudara perlu mempertimbangkan budget perundingan dan perkhidmatan akitek sehingga pelan diluluskan anggaran 5% dari harga rumah. Kos arkitek 2%, C&S engineer 1% and M&E engineer 1%.. kalau ada QS campur laa lagi 1%.. So sekali lagi, jika bercadang untuk membina rumah RM300,000 maka kena tambah RM15,000 untuk urusan tersebut... boleh kan! (Bermula 2015 saudara perlu sediakan tambahan lagi 6% untuk GST).
  4. Kelayakan Asas - perkara ini perlu difahami sebelum saudara membuat komitmen untuk membeli rumah dan seterusnya membuat permohonan pinjaman. Kelayakan asas bagi membolehkan membuat permohonan PPK adalah :
    • Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;
    • Warganegara Malaysia;
    • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan
    • Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.
  5. Kelayakan Pinjaman - ramai yang keliru berkaitan kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Terdapat 2 perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan :
    • Peraturan BPP : kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain).
    • Peraturan Jabatan : sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok+elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada di dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan saudara ada mengunapakai peraturan ini sebelum membeli rumah.
Jika saudara mendapati bahawa saudara telah melepasi syarat dan mempunyai budget yang diperlukan seperti yang telah dinyatakan di atas, saudara bolehlah terus ke langkah seterusnya untuk memiliki rumah iaitu memilih rumah. Jumpa saudara di dalam topik seterusnya...jika saudara kurang pasti, tanyalah PakTeh.

Thursday, November 10, 2011

Nasihat Kerajaan Untuk Elak Denda Lewat...

 SENARAI SEMAK UNTUK MENGELAK DENDA LEWAT

TUAN/PUAN,

BERIKUT ADALAH TANGGUNGJAWAB PEMINJAM UNTUK MENGELAK DIKENAKAN DENDA LEWAT OLEH PEMAJU :

1.       PERJANJIAN JUALBELI DIBACA DAN DIFAHAMI SEBELUM   MENURUNKAN TANDATANGAN;

2.  PERMOHONAN YANG LENGKAP DIKEMUKAKAN KEPADA BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN (BPP) TIDAK LEWAT 7 HARI DARI TARIKH PERJANJIAN JUALBELI;

3.       PERMOHONAN PINJAMAN MESTILAH LENGKAP UNTUK MENGELAKKAN DITOLAK/KUIRI;

4.       BORANG CAGARAN HENDAKLAH DITANDATANGANI DI HADAPAN PEGUAM DENGAN  SEGERA  UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA BPP  TIDAK LEWAT 14 HARI DARI TARIKH SURAT KELULUSAN;

5.       PEMINJAM HENDAKLAH MEMASTIKAN :
I)             PEGUAM MENDAFTARKAN DOKUMEN CAGARAN DENGAN  SEGERA UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA BPP TIDAK LEWAT 30 HARI DARI TARIKH BORANG CAGARAN DITANDATANGANI OLEH BPP.
II)  WANG BEZA TELAH DIJELASKAN/BOLEH DIJELASKAN BAGI MEMBOLEHKAN PEGUAM MEMBUAT PENGESAHAN KEPADA BPP.

6.       PEMINJAM HENDAKLAH MEMASTIKAN SUPAYA PEMAJU MENGEMUKAKAN :
I)             TUNTUTAN BAYARAN SELEPAS URUSAN CAGARAN HARTA KEPADA
II)            KERAJAAN DISEMPURNAKAN.
III)          SURAT TUNTUTAN BAYARAN MENGIKUT TARIKH INVOIS.
IV)   SURAT TUNTUTAN BAYARAN YANG LENGKAP BERSERTA SIJIL ARKITEK.

7.  PEMINJAM HENDAKLAH SENTIASA BERURUSAN DENGAN PEGUAM DAN PEMAJU UNTUK MENGELAKKAN DENDA LEWAT.


Jika masih kurang yakin sila ke http://loankerajaan.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

Friday, November 4, 2011

Kenapa pinjaman perumahan saya lambat...?

Puuuhh...ramai yang mengeluh! Nape urusan pinjaman perumahan kerajaan lambat sangat? ...slow sangat? ...banyak hendaknya! ...leceh betul ! ...boring betulll, tension tension! ...dan bermacam-macam lagi.

Melalui pengalaman PakTeh ada beberapa sebab utama yang menyebabkan pinjaman lambat! Sebab utamanya :

Dokumen Tidak Lengkap...
Apapun urusan kalau tidak lengkap pasti lambat, betul tak? Macam mana nak diproses jika borang tidak diisi lengkap, dokumen sokongan tidak disertakan, isi borang salah dan sebagainya. Bila tidak lengkap, akan dikuiri. Kemudian dijawab dan jika tidak lengkap lagi, kuiri lagi. Sekali urusan kuiri dan memberi jawapan...saudara telah membuang masa yang berharga  selama lebih 10 hari. Jika lebih sekali dikuiri, darab aja lah...

Masalah Bila Berurusan Dengan Manusia...
Banyak orang banyak ragam..biasa kita dengar. Untuk urusan pinjaman perumahan kita akan berurusan dengan banyak sangat orang. Kita akan berurusan dengan penjual, pemaju, dengan peguam, ketua jabatan, pejabat pos, bahagian pinjaman perumahan, pejabat tanah dan kekadang dengan bank, kwsp dan banyak lagi bila nak buat pinjaman perumahan kerajaan. Di pemaju aja kita perlu berurusan dengan agen, dengan pegawai pemaju, dengan kerani pemaju...di peguam kita berurusan peguam, despatch, kerani dan begitulah di agensi yang lain. Berapa banyak manusia tuuu...banyak lah ragam. Ada yang sukar dicari, ada yang bercuti memanjang, ada yang elak kerja, ada yang malas, ada yang sering menghilang..macam-macam adaaa. Diri kita sendiri pun manusia gak...ada peminjam beri alasan tak ada masa la nak uruskan pinjamannya kerana sibuk kerja, kerana balik kampung dsb. Kalau kita pun tak boleh nak tolong diri kita sendiri, apa hak kita untuk untuk marah orang lain untuk urus pinjaman kita sedangkan mereka pun manusia yang punya banyak urusan lain, banyak masalah macam kita juga yang diringkaskan sebagi banyak ragamnya..hihi. Lu fikir la sendiri!

Kurang Mahir...
Lain pinjaman lain syaratnya, lain prosedurnya, lain jalannya, lain dokumennya, lain caranya. Siapa yang boleh mahir semua jenis pinjaman yang ada? PakTeh jugaaa...hihi. Bila kurang mahir, banyak la masalahnya. Banyak yang kita kurang pasti, tak tahu apa yang perlu, tiada perancangan awal, tiada persediaan. Dengan kelemahan akibat kurang mahir tadi akan menyebabkan  urusan pinjaman perumahan tidak lancar, tersangkut-sangkut. Kesimpulannya...lambattt.

Ada sebab lain yang menyebabkan pinjaman perumahan jadi lambat. Mungkin saudara sendiri telah alami. Jika ingin dikongsikan, sila comment di bawah.

Nasihat saya, jika saudara kurang yakin...serah pada PakTeh uruskan, InsyaAllah.

Wednesday, August 17, 2011

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di seluruh Malaysia perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia di Presint 2, Putrajaya. Juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan yang terletak di alamat dan butirannya seperti berikut :

Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.

Tel : 03 - 8880 1800 / 2000 / 2200 / 2400 / 2600
Laman Web : www.bpp.treasury.gov.my/web
Email : pinjamrumah@treasury.gov.my    

Semua permohonan, pertanyaan, maklumat terkini berkaitan kemudahan pinjaman perumahan Kerajaan adalah boleh didapati daripada bahagian ini yang menjalankan fungsinya "Menguruskan Pinjaman Perumahan Untuk Penjawat Awam".

PakTeh hanya sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan sahaja. Siapa PakTeh dengan BPP? PakTeh boleh dikatakan peminjam tegar yang setiap hari berurusan dengan BPP untuk membantu menguruskan permohonan pinjaman perumahan pelanggan seluruh Semenanjung Malaysia yang yakin dengan PakTeh. Sebagai pelanggan BPP sepenuh masa, PakTeh memang faham masalah peminjam perumahan...memang sangat sangat faham!. Faham betapa susahnya mendapatkan maklumat terutama maklumat yang betul, tepat, yang up-to-date, maklumat hari ini mungkin telah berubah esoknya, betapa sukarnya membeli rumah dan memohon pinjaman, pening mengisi borang permohonan, serabut berurusan dengan penjual, peguam, ketua jabatan, pejabat penilaian dan bermacam pihak lagi. 

...tidak habis disitu sahaja, PakTeh faham sangat betapa marahnya Saudara bila dikenakan faedah/denda lewat oleh pemaju/penjual...bukan sedikit, ribuan malahan puluhan ribu ringgit!. Siapa perlu disalahkan bukan isunya lagi, tetapi siapa yang perlu bayar? Jawapannya sudah pasti Saudara yang perlu bayar.

Pokoknya rumah perlu ada dan kemudahan perlu guna, tak gitu! PakTeh cuba membantu sedayanya yang ada, yang boleh dibantu insyaAllah...yang tidak boleh PakTeh mohon maaf sangat!

Kerana segala peraturan, pertimbangan, peraturan, dasar-dasar yang dikeluarkan adalah di bawah kuasa bahagian ini untuk mempertimbangkannya. Saudara perlu berhubung dengan Seksyen yang berkenaan bagi sesuatu persoalan yang berkaitan. Seksyen di bawah BPP adalah :
  • Seksyen Proses Dan Bayaran
  • Seksyen Cagaran
  • Seksyen Akaun
  • Seksyen Khidmat Pengurusan
  • Seksyen Teknologi Maklumat
  • Seksyen Perundangan
  • Seksyen Dasar Dan Perancangan Strategik
Sehubungan itu, untuk maklumat pinjaman perumahan Kerajaan hubungilah atau hadir ke BPP ya!.

Jika perlu pandangan, buah fikiran, berkongsi pengalaman boleh tanyakan PakTeh... bila-bila masa dengan pelbagai cara supaya saudara tiada alasan untuk tidak membeli rumah dan tidak menggunakan kemudahan Kerajaan beri. Nak bantu urus permohonan pinjaman perumahan Saudara pun boleh...call la PakTeh!

(Bermula Tahun 2016, BPP telah dilembagakan dengan nama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ringkasannya LPPSA. Masih menggunakan alamat di atas dan boleh dihubungi di 03-8880 1600... boleh melayari laman webnya di www.lppsa.gov.my)

Tuesday, August 2, 2011

Fan Page "Loan Kerajaan" telah dibuka...


"Like" jangan tak like..like tau!

"Loan Kerajaan" melangkah selangkah kehadapan bagi memenuhi permintaan dan perkembangan semasa dalam membicarakan tentang "Urusan Pinjaman Perumahan Kerajaan" dengan mewujudkan Fan Page di www.facebook.com/LoanKerajaan

Facebook merupakan laman web yang paling ramai dikunjungi di Malaysia sehingga mengalahkan google dengan jumlah lebih 600 juta pengguna Facebook diseluruh dunia. Facebook juga mesra pengguna kerana boleh dilayari melalui Facebook mobile.

Bagi memenuhi impian dan inspirasi rakyat Malaysia, maka terciptalah Fan Page ini khusus untuk Saudara yang dahagakan maklumat dihujung jari.

Semoga dengan adanya Fan Page ini PakTeh dapat menyalurkan maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat, tepat, mudah dan yang uniknya ianya PERCUMA.

Dengan adanya kepelbagaian sumber, diharapkan Saudara dapat memunafaatkan sebaiknya mengikut kesesuaian dan keselesaan Saudara.

Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Faisal dan Encik Ali Hanfiah yang menyalurkan ilmu Facebook melalui DVD dan ebook, Encik Dee yang melakarkan profile picture dan juga Encik Jamal yang tidak lokek untuk menyediakan squeeze page mudah alih. Mereka ini memang otai IM yang dikenali ramai.

Akhir bicara, "Like" jangan tak like..like tau!

Thursday, July 21, 2011

Persediaan sebelum beli rumah....

Ramai yang nak beli rumah....
Ramai yang pergi cari rumah....
Ramai yang servey rumah....
Ramai yang dah jumpa rumah....
Ramai yang terus beli rumah....
Ramai yang terburu-buru beli rumah....
Ramai yang menyesal beli rumah....
Ramai yang kecewa beli rumah....
Ramai yang perlu persediaan beli rumah....
Ramai yang perlu tonton video ini di rumah.

Saturday, July 2, 2011

...dah terantuk baru nak terngadah.

elakkan sakit kepala dikemudian hari!
ramai dah kena, ramai yang mengeluh pada saya, ribuan ringgit saja saja bagi free kat pemaju, tak bayar tak dapat kunci rumah, tak bayar tak dapat cf… duit tuu kalau buat beli perabot baru, lampu cantik-cantik, langsir baru-baru lagi best. rumah baru mesti semua serba baru, tak gitu!

masalahnya dah terantuk baru nak terngadah.. masalahnya dah kena baru nak ambil tahu.. nasi dah jadi bubur. tak berapa nak guna melainkan pada mereka yang belum kena boleh la dijadikan iktibar, dijadikan pedoman, sentiasa berhati-hati supaya pisang tak berbuah kat kita lak. 

kebanyakkan kes adalah membeli rumah daripada pemaju. ceritanya, masa nak ambil kunci rumah….pemaju maklumkan bahawa beliau perlu menjelaskan sejumlah penalti lewat terima bayaran progress oleh pemaju. sekali lewat nampak sikit tapi bila campur punya campur mencecah ribuan ringgit. tiada siapa kirakan sebelum tuuu…pemaju kira tapi tak maklum, terliur aja ada la. maklum la makin banyak penalti maka makin banyak la duit free mereka dapat.

kurang ramai yang mengambil berat tentang tuntutan bayaran dari pemaju. mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pihak yang memberi pinjam atau pemaju. mereka kurang sedar bahawa ini menjadi tanggung jawab mereka sejak menandatangani perjanjian jualbeli…tiada kompromi memang salah saudara. tak percaya baca balik perjanjian jual beli. ada yang bagi alasan perjanjian dalam bahasa english mana nak faham. tapi itu tak boleh dijadikan alasan. banyak kes dah dibawa ke mahkamah, keputusannya pembeli yang bersalah…penalti perlu dijelaskan.

memang dirasakan berat sebelah. bab berat sebelah nee lain kali saya cerita…bab ini saya nak kongsi pasal bayaran penalti. kalau nak bincang siapa yang salah saudara perlu baca perjanjian jualbeli dan jika saudara tidak setuju dengan perjanjian tersebut biasanya saudara memang payah nak dapat rumah. pindaan perjanjian selalunya tidak dilayan, cuba la jika tak percaya! perjanjian nee dah standard katanya.

macam mana berat pun ketidak puashatian saudara, jalan terbaik adalah ikut arahan seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian antara saudara dengan pemaju/penjual dengan disaksikan peguam. sebabnya, perjanjian jualbeli adalah sah dari segi undang-undang. bila dah baca, fahamkan syarat bayarannya supaya tidak dikenakan penalti. berdasarkan pengalaman, sangat sukar untuk mengelakkan dikenakan penalti kerana syarat tempoh masa bayaran yang dipersetujui agak mengarut dan berat sebelah. tetapi jika saudara mengambil berat mengenainya, penalti yang dikenakan pasti dapat dikurangkan.   
   
mungkin masih ada yang kurang jelas. saudara yang telah atau pernah mengalami masalah bayaran penalti mungkin boleh berkongsi pengalaman..sila kan.

Sunday, April 17, 2011

Cikgu atau Guru?

Cikgu atau Guru sama aja kot? Mereka ne pendidik kepada anak bangsa. Sebanyak 405,706 orang guru merujuk kepada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Rendah 230,491 dan Menengah 175,267. Ramainya! Hampir separuh dari 1.2 juta Kakitangan Kerajaan di Malaysia.

Masa sekolah dulu selalu aku
kata nak jadi cikgu bila besar nanti! 
Itu serba sedikit stastiknya la. Tapi, dalam pengalaman aku menguruskan guru ne. Ia sangat mudah dikenali! Apa tak nya, mereka ne biasanya banyak tanya! Kalau tanya kurang dari 5 soalan bila jumpa tuu tak sah la. Sampai kekadang terover, contohnya :

Situasi 1 : Aku berkata, "Sekurang-kurangnya 1 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan baru layak memohon pinjaman". Guru bertanya, "Saya telah berkhidmat mulai Tahun 2005, layak ke?.

Situasi 2 : Aku berkata, "Wang proses bagi setiap RM1,000 jumlah pinjaman dipohon adalah RM1". Guru bertanya, "Kalau saya nak memohon RM200,000 berapa wang prosesnya?".


Berdasarkan pengalaman aku biasanya yang bertanya macam itu memang guru..tak tau la nape? Mungkin guru-guru yang ada leh tolong jawab, silakan. ...dan seperti biasa confirm memang guru. Kalau ditanya macam mana leh tau? Aku jawab, "Orang lain tak tanya soalan macam tuu".

Apa pun, SELAMAT HARI GURU pada semua guru pada 16 Mei ini.  

Saturday, April 16, 2011

Beli RUMAH sekarang !

Ramai yang perlukan RUMAH sendiri tapi tak berpeluang. Jika saudara Kakitangan Kerajaan jangan lepaskan peluang ini.



Kami tidak mampu untuk memberi RUMAH untuk Saudara tapi kami mampu membantu saudara membeli RUMAH sendiri.

Monday, March 14, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.
Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

- Skim beli rumah tanpa deposit.

Milikan pertama bagi gaji kurang RM3,000. 

- Harga rumah mesti RM100,000 ke atas.

- Harga rumah tidak boleh lebih dari RM220,000.

- Berumur 35 tahun ke bawah.

- Gaji kasar sendiri atau combine mesti bawah RM3000. 

- Untuk pembelian rumah sahaja sama ada siap atau masih didalam pembinaan.

Wednesday, January 12, 2011

Pekeliling baru Pinjaman Perumahan berkuatkuasa 01 Januari 2011

Salam hormat,

Yang ditunggu telah menjelma, yang menanti telah hilang seksa, yang bertanya telah ada jawapannya... Yang dijanjikan Kerajaan telah dikota, apa tunggu lagi..gunalah kemudahan sebaiknya, SEGERA!

Apa yang sangat tertarik untuk saya simpulkan adalah 2 perkara ini :

1. Permohonan lanjut tempoh bayaran balik pinjaman rumah kepada 30 Tahun (360 bulan) bagi pinjaman yang telah diluluskan sebelum 01 Januari 2009.

2. Kadar kelayakan pinjaman yang baru, lebih banyak wang lebih banyak pilihan. Lihat gaji saudara sekarang dan semak kelayakan pinjaman yang terbaru ini berdasarkan kepada gaji hakiki semasa.
        
         BIL         GAJI HAKIKI                            KELAYAKAN            
                              (RM)                                             (RM)  
        
          1.            6500 ke atas                                  450,000.00
          2.            5500 ke 6499                                420,000.00
          3.            4500 ke 5499                                400,000.00
          4.            3500 ke 4499                                380,000.00
          5.            3000 ke 3499                                320,000.00
          6.            2500 ke 2999                                280,000.00
          7.            2000 ke 2499                                255,000.00
          8.            1500 ke 1999                                205,000.00
          9.            1200 ke 1499                                168,000.00
        10.            1000 ke 1199                                130,000.00
        11.              800 ke   999                                105,000.00
        12.              799 dan ke bawah                         80,000.00

Bagaimana? Ada rasa puashati? Kalau tidak jawapnya, cuba bersyukur la. Jika Ok, jangan tunggu lama-lama..bertindak SEKARANG!

Di luar sana beribu orang ingin membeli rumah tetapi sukar mendapatkan pinjaman. Jika saudara seorang kakitangan Kerajaan dan telah cukup kelayakan untuk membeli rumah tetapi tidak menggunakan kemudahan ini sepenuhnya...agak-agak apa mereka di luar sana kata kat saudara? Tak perlu la saya nak jawapnya, Lu Fikir La Sendiri!!!

Kurang pasti? Tidak yakin? Kurang jelas? Tidak faham? atau apa-apa aja la.. hubungi kami, insyAllah kami cuba membantu..PERCUMA!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam hormat,


Tahun baru 2011 hampir tiba dengan segalanya yang baru. Ada yang hadir dengan semangat baru, azam baru, target baru, impian baru, cita-cita baru..tahun baru semua penting baru. Sudah pastinya anak-anak saudara yang baru hendak melangkah ke sekolah sama ada memasuki Pra-sekolah atau melangkah ke Tahun 1 semuanya pasti punya kelengkapan serba baru dari hunjung kaki hingga hujung rambut. Anak saudara pasti teruja dan lebih teruja kekadang emak bapak..maklumlah anak pertama baru masuk sekolah mesti punya harapan agar mereka menjadi doktor, jurutera, akitek dan lain-lain lagi yang gah-gah. Macam mana dengan usahawan, ya berniaga? Tak der ke yang bercita-cita anak mereka berjaya dalam perniagaan?.

Bagi Kakitangan Awam sudah pastinya mengharapkan gaji baru pada Tahun 2011 sebab dah lama sangat tak berubah gamaknya. Tapi yang tidak kurang pentingnya adalah tarikh pembayaran gaji bagi Kakitangan Awam 2011. Tarikh-tarikhnya  bagi Tahun 2011 seperti berikut :
  • Januari      25.01.2011 (Selasa)
  • Februari    24.02.2011 (Khamis) -Tahun Baru Cina 3 & 4.02.2011
  • Mac           24.03.2011 (Khamis)
  • April          25.04.2011 (Isnin)
  • Mei            24.05.2011 (Selasa)
  • Jun            23.06.2011 (Khamis)
  • Julai           25.07.2011 (Isnin)
  • Ogos          24.08.2011 (Rabu) -Hari Raya Puasa 30 & 31.08.2011
  • September 22.09.2011 (Khamis)
  • Oktober      20.10.2011 (Khamis) -Deepavali 26.10.20111
  • November  24.11.2011 (Khamis) -Hari Raya Haji 06.11.2011
  • Disember   19.12.2011 (Isnin) -Krismis 25.12.2011
Moga membantu saudara membuat budget 2011 dan moga saudara tidak lupa untuk membayar zakat pendapatan. Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga 2011 memberi sinar kebahagiaan dan kegemilangan kepada saudara semua, amin.