Dapatkan pandangan PakTeh..!

Monday, June 3, 2013

Apa khabar semua...

Salam sejahtera.... semoga semuannya ceria-ceria selalu dan sihat walafiat hendaknya.

Lama tak update blog dengan post yang terbaru kerana tiada perkara menarik yang dapat dikongsikan. Jika saudara ada tajuk yang sesuai, mungkin boleh dicadangkan kepada PakTeh.

Walaupun lama tidak update, blog PakTeh terus menerima pengujung yang memerlukan maklumat mengenai Pinjaman Perumahan Kerajaan. Dari luar negara pun ada...mungkin warga Malaysia bertugas di sana kot. Apapun terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog, facebook dan yang terbaiknya adalah call PakTeh direct.



...data dari blog PakTeh
Untuk makluman, PakTeh masih aktif menguruskan Urusan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Alhamdullilah ramai pelanggan yang telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Paling menyeronokkan PakTeh adalah apabila pelanggan seronok dapat kunci rumah baru. Antara mereka yang mengirimkan maklum balas adalah seperti berikut :

...dari Fan Page

...dari handphone.

...dari blog.
PakTeh bukan sekadar membantu... tetapi berkongsi maklumat dan pengalaman adalah paling menyeronokkan kerana sebilangan besarnya adalah pengalaman pertama membeli dan menguruskan permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Pesan PakTeh, sedaya upaya uruskannya sendiri, rasakan pengalamannya dan kongsi bersama.

Bagi yang jauh untuk berurusan dengan BPP, yang kesuntukan masa kerana kesibukan urusan kerja harian, yang risau dan beresiko untuk dikenakan penalti, yang bingung memikirkan urusan dokumen dan borang berkaitan dan sebab-sebab lain yang sewaktu dengannya...boleh la call PakTeh untuk urusan perkhidmatan menguruskan pinjaman perumahan kerajaan. ...pastinya lebih mudah in shaa Allah.