Dapatkan pandangan PakTeh..!

FAQ

1 - KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN

S1
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan jika telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan ATAU jika telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan secara rasmi?

J1
Tidak layak memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan kecuali setelah mendapat surat pengesahan jawatan secara rasmi dari SPA atau SPP.



S2
Apakah perbezaan diantara skim pinjaman perumahan SPPP dengan SPPI ?

J2
Skim SPPI dan SPPP hanya dibezakan melalui sistem pengurusan sahaja.  Faedah-faedah yang diberikan kepada kesemua skim ini adalah sama.


( a )
First Party iaitu peminjam dan pemohon adalah orang yang sama


( b )
SPPP-  First Party dan Third Party iaitu peminjam/spouse yang membeli  harta dan hanya seorang sahaja memohon pinjaman.



S3
Bolehkah saya membeli rumah kedai ?

J3
Boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri kediaman seperti ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur dengan menyertakan salinan pelan lantai yang lengkap daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskannya bila tuan memohon pinjaman untuk membeli rumah kedai tersebut.



S4
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli petak rumah kediaman (pangsapuri) yang telah siap daripada seorang Individu jika Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan atau jika Hakmilik Strata telah dikeluarkan tetapi nama penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam hakmilik tersebut.

J4:
Tidak boleh.



S5
Bolehkah saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.

J6
Boleh dipertimbangkan, jika pihak pemaju mendapat Power Attorney dari tuan tanah tersebut atau perjanjian jualbeli mesti melibatkan 3 pihak iaitu pemaju, tuan tanah dan pembeli.



S7
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah yang sudah siap (Jenis I) atau membeli tanah (Jenis IV) daripada adik saya.

J7
Tidak boleh.



S8
Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli tanah dan mendirikan rumah secara serentak.

J8
Tidak boleh memohon pinjaman secara serentak tetapi tuan boleh memohon pinjaman membeli tanah dahulu, setelah bayaran harga tanah dikeluarkan tuan boleh memohon untuk membina rumah.



S9
Sekiranya tanah tersebut lebih dari 2 ekar dan pengunaan tanah tersebut adalah   tanah pertanian bolehkah saya memohon pinjaman bersama dengan isteri.

J9
Boleh dipertimbangkan dengan syarat peguam memberi akujanji yang mana akan membuat pindahmilik ½ bahagian kepada isteri tuan dengan menyertakan salinan borang 14A yang telah sempurna sebagai bukti.



S10
Sekiranya keluasan kurang dari 2.5 ekar dimana hakmilik tidak boleh didaftarkan adakah boleh saya membuat pinjaman perumahan dengan BPP.

J10
Tidak boleh kerana pihak Berkuasa Negeri tidak membenarkan pindahmilik tanah pertanian kurang dari 2 ekar.



S11
Saya telah membeli sebidang tanah melalui pinjaman perumahan  SPPP,  Jenis IV. Bolehkan saya:


a)
Membina rumah dengan menggunakan pembiayaan Islam (SPPI).


b)
Membina rumah secara pinjaman bersama dengan isteri.


c)
Membina rumah di atas tanah lain kepunyaan saya.


d)
Isteri saya seorang membina rumah di atas tanah tersebut.


e)
Memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi membeli harta baru.
 

J11
a)
Tidak boleh kecuali baki hutang pinjaman tanah telah dijelaskan sepenuhnya


b)
 Boleh dibenarkan dengan syarat isteri adalah pemilik bersama harta


c)
Tidak boleh.


d)
Tidak boleh melainkan membuat pinjaman bina rumah secara bersama.


e)
Boleh dibenarkan dengan syarat baki hutang pinjaman tanah telah dijelaskan     sepenuhnya.



S12
Saya telah membeli rumah teres @ pangsapuri melalui pinjaman dari bank dan sekarang berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Adakah saya layak memohon pinjaman jika:

J12
a)
Hakmilik Individu/Strata belum dikeluarkan; dan


b)
Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada nama saya & dicagar kepada bank.


a)
Layak dipertimbangkan bagi pinjamann SPPP sahaja.


b)
Tidak layak dipertimbangkan.



S13
Saya telah membeli rumah kos rendah dalam pembinaan dari pemaju.  Layakkah saya memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.

J13
Layak memohon Amaun yang dipertimbangkan sebanyak RM 10,000 sahaja tertakluk kepada kelayakan pinjaman keseluruhan.



S14
Saya telah membeli rumah teres/pangsapuri yang tiada Hakmilik Induk melalui pinjaman bank dan sekarang berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Adakah saya layak memohon.

J14
Tidak layak dipertimbangkan kerana hartanah tersebut tiada Hakmilik Induk.

2 - UBAHSUAI RUMAH

S15
Saya telah membeli sebuah rumah separuh kekal dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan lebih kurang 10 tahun yang lalu. Saya bercadang ingin merobohkan rumah tersebut kerana telah usang. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi kerja-kerja ubahsuai rumah untuk membina semula rumah tersebut.

J15
Tidak layak dipertimbangkan untuk menggunakan kemudahan pinjaman perumahan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah  bagi membina semula rumah. 



S16
Saya ingin membeli sebuah rumah yang telah uzur dan memerlukan ubahsuai daripada seorang Individu. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah tersebut  beserta dengan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

J16
Tidak dibenarkan. Peraturan yang diamalkan sekarang pinjaman membuat kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan selepas lima (5) tahun harta yang dibeli dengan pinjaman Kerajaan itu diduduki.


S17
Saya dan keluarga tinggal di rumah yang dibeli oleh suami melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah tersebut. Hakmilik atas nama kami suami & isteri.

J17
Tidak boleh.



S18
Apakah perkara-perkara  yang membuatkan seseorang itu  tidak layak memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah.

J18
a)
Belum cukup 5 tahun  dari tarikh rumah yang dibeli itu diduduki.


b)
Rumah yang akan diubahsuai bukan dibeli dengan pinjaman perumahan Perbendaharaan


c)
Kerja-kerja ubahsuai rumah telah siap sebelum pinjaman diluluskan.


d)
Terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman.


e)
Ubahsuai rumah oleh peminjam yang tiada nama di dalam hakmilik  (dahulu diberi kelonggaran syarat untuk pinjaman bina rumah atas nama ‘spouse’).



S19
Saya telah membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM30,000 sementara kelayakan saya adalah RM60,000. Bolehkah saya menggunakan kesemua baki kelayakan saya sebanyak RM30,000 untuk ubahsuai rumah tersebut.

J19
Boleh.

3 - PINJAMAN KEDUA

S20
Saya mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000. Bolehkah saya membuat pinjaman perumahan kali kedua untuk membeli harta baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000  lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

J20
Tidak layak. Pinjaman perumahan Perbendaharaan kali kedua hanya boleh dinikmati sekali sahaja untuk pembelian harta kedua atau kerja-kerja ubahsuai rumah.




S21
Saya telah menikmati kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan kali pertama secara pinjaman bersama dengan isteri. Baki hutang pinjaman isteri saya telah pun dijelaskan sepenuhnya. Bolehkah saya membuat permohonan pinjaman bersama bagi pembelian harta kedua sedangkan hutang pinjaman pertama saya masih belum dijelaskan sepenuhya.

J21
Tidak boleh.  Pinjaman kedua hanya boleh dipohon setelah pinjaman pertama selesai.




S22
Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang kakitangan Kerajaan memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi pembelian harta kedua.

J22
Baki hutang pinjaman pertama selesai sepenuhnya


Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang   berpencen manakala bagi pencarum KWSP adalah 20 tahun atau terhad kepada tempoh perkhidmatan sehingga persaraan wajib mengikut mana yang terdahulu.


Amaun kelayakan pinjaman adalah baki kelayakan semasa setelah ditolak amaun   pinjaman pertama yang diambil tetapi tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% anggaran pencen yang akan diterima atau tidak melebihi 1/4 daripada gaji pokok (pencen berdasarkan baki semasa).




S23
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan pada masa yang sama saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk pinjaman bagi tujuan mencukupkan wang beza. Adakah saya layak mengambil pinjaman tambahan dengan menggunakan baki kelayakan bagi mengambilalih pinjaman bank tersebut.

J23
Tidak layak.




S24
Saya telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Memandangkan keluasan tanah tersebut masih boleh digunakan untuk mendirikan sebuah rumah lagi, bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk tujuan tersebut

J24
Tidak layak dipertimbangkan kerana pinjaman perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.




S25
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan kesemua baki hutang pinjaman saya. Seterusnya saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk tujuan peribadi. Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk menebus hutang pinjaman saya dengan bank berkenaan.

J25
Tidak boleh.




S26
Sekiranya suami saya meletak jawatan, adakah saya layak mengambil alih pinjaman perumahan Perbendaharaan  bagi menyelesaikan baki hutang pinjaman.

J26
Boleh dipertimbangkan dengan syarat suami bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama isteri.




S27
Bolehkah saya mengambilalih pinjaman suami saya yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100%  atau rumah masih belum siap.

J27
Tidak boleh.




S28
Sekiranya suami saya memilih persaraan  pilihan sendiri, adakah saya layak mengambilalih pinjaman perumahannya kerana belum menerima bayaran pencen bulanan. Tambahan pula saya  belum lagi mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan

J28
Suami yang bersara awal boleh meneruskan bayaran balik secara tunai sehingga pencen dilakukan, puan tidak perlu ambilalih pinjaman tersebut.




S29
Saya telah membeli rumah melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Malangnya rumah masih belum siap kerana terlibat dengan projek terbengkalai. Soalan saya:


Bolehkah saya membatalkan pinjaman perumahan tersebut dan memohon pinjaman perumahan yang baru bagi pembelian rumah yang lain.

J29
Dibenarkan batal pinjaman dan boleh dipertimbangkan untuk pinjaman membeli harta baru dengan syarat menjelaskan baki hutang pinjaman asal  terlebih dahulu.

NOTE : Masih kurang jelas, sila hubungi saya.