Dapatkan pandangan PakTeh..!

Friday, November 28, 2014

Siri 1 - Beli Tanah Dan Bina Rumah (Pengenalan)


As salam dan selamat sejahtera rakyat Malaysia di mana jua anda berada. Ramai gak yang minat untuk bina rumah sendiri gamaknya. Buktinya, ramai yang tanya dengan PakTeh dan kalau tengok 'hit' yang baca post PakTeh di bawah topik  "Membina Rumah Atas Tanah Sendiri" ...adalah antara yang tertinggi dibaca oleh pelawat blog PakTeh, Alhamdullilah syukur pada Allah.
                                                                                  

Untuk kesinambungan, PakTeh akan kongsikan pengalaman peribadi membeli tanah dan kemudiannya  membina rumah daripada a to z. Daripada mencari tanah yang sesuai, proses beli, cari akitek, pilih peguam, cari kontraktor/tukang, proses bina rumah, loan rumah, sehingga la siap...in shaa Allah. Yang paling penting nak cari tanah dan bina rumah dengan budget yang paling minima...yang ngam-ngam dengan loan Kerajaan. Memandangkan kisahnya panjang, PakTeh akan pecah-pecahkan kepada beberapa siri...boleh kan? Antara topik yang PakTeh cuba kongsikan dan dibahagikan kepada mengikut siri seperti berikut :
  1. Siri 1 (Pengenalan) - kira pembuka kata la ne...dicampur dengan pengalaman peribadi.
  2. Siri 2 (Beli Tanah) - jenis-jenis tanah, tanah berangkai, pinjaman beli tanah, syarat-syaratnya, infra, peguam.
  3. Siri 3 (Pelan Rumah) - jenis-jenis pelan, akitek, anggaran kos, design rumah.
  4. Siri 4 (Kontraktor) - guna tukang, anggaran kos, kontraktor, perjanjian pembinaan, Jadual G.
  5. Siri 5 (Bina Rumah) - jenis-jenis rumah, persiapan awal, TNB, bekalan air sementara.
  6. Siri 6 (Loan Bina Rumah) - pinjaman bina rumah, penilaian, bina tanah sendiri.
  7. Siri 7 (Siap) - Sijil Kelayakan Menduduki, bekalan api dan air.
Susunan dan isi kandung di dalam siri ini adalah cadangan sahaja, pindaan akan dibuat berdasarkan kesesuaian dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian ini dapat memberi  munafaat  serta dapat dijadikan panduan dalam merealisaikan cita-cita untuk memiliki tanah sendiri dan kemudiannya membina rumah idaman mengikut bentuk serta citarasa sesukahati sendiri...wow bestnya! 

Tak la, gurau aja. Sebaiknya bincang sesama la kan. Daripada nak beli tanah dan kemudian bina rumah sebaiknya dibawa berbincang. Lain la nak duduk rumah tuu seorang-seorang dan kemudian tak bagi orang datang. ...ada ke? Sebaiknya, kalau yang telah berkahwin, bincang bersama suami isteri. Yang telah berkeluarga, bincang bersama suami, isteri dan anak-anak. Belum kahwin?...tanya la boyfriend atau girlfriend...jika tak ada yang special lagi, tanya la mak ayah.  Dan jangan lupa minta petunjuk daripada Yang Maha Pencipta dengan melakukan sembahyang istikharah. Moga hanya terbaik diperolehi...amin.

Kalau yang dah punya tanah sendiri tu, kena la tunggu 'Siri 3'....moga dapat bersabar ya.

Ok, moga diberikan masa untuk menulis dan bercerita. Moga PakTeh diberikan ayat yang mudah difahami untuk perkongsian bersiri ini seterusnya...amin.

Monday, November 24, 2014

Nak jual rumah/selesai hutang loan rumah BPP

As Salam semua...semoga saudara semua berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Cuti-cuti sekolah ne pasti ada yang sedang melancong atau yang sedang merancang untuk pergi ke mana-mana...bestnya!

Kita masih sibuk memperkatakan mengenai GST dan kaitannya dengan kenaikan harga rumah. Kenaikan kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan yang diumumkan Kerajaan pada Bajet 2015 juga menarik perhatian ramai. Bagi PakTeh naik jumlah kelayakan memang bagus tapi lebih bagus jika naik gaji sekali...sapa setuju? Ramainya yang setuju...hihi. Bukan apa, PakTeh dapati dengan kelayakan sekarang pun ramai yang tak mampu lagi...balance gaji tinggal ciput. Potong loan kereta, potong personal loan, potong PTPTN, potong KWSP, potong Tabung Haji dan sebagainya...jangan potong kepala sudah kan!

Pada masa sama ramai yang nak jual rumah atau nak selesai hutang rumah yang telah menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Ramai yang tanya, macam mana ya nak jual? Ada yang dah jual baru nak mohon kebenaran jual pun ada...advance gitu.

OK, jika saudara berhajat nak jual rumah...PakTeh cadangkan ikut step berikut :
  • Pastikan rumah telah siap 100% iaitu  tuntutan 100% telah dibayar oleh BPP.
  • Pastikan juga tiada tunggakan bayaran balik bulanan.
  • Dua perkara di atas ok aja, boleh la iklan kan untuk jual rumah. Pastikan dapat dulu pembeli yang serius nak beli....kemudian lantik peguam.
  • Kemudian mohon kebenaran menjual harta daripada BPP mengikut borang dan format yang betul (Borang JH 1/Borang JH 2) melalui peguam yang dilantik.
  • Selepas dapat kebenaran jual barulah teruskan urusan jual harta.
Untuk selesaikan pinjaman sama ada dengan cash atau refinace ke...stepnya seperti berikut :
  • Jika nak selesai guna cash...tulis surat permohonan ingin menyelesaikan harta secara tunai kepada BPP melalui Ketua Jabatan.
  • Jika nak refinance, lengkapkan Borang JH 1 dan mohon melalui peguam yang dilantik.
Moga ada benarnya...moga boleh membantu. Seperti biasa, jika kurang jelas rajin-rajin la call atau WhatsApp PakTeh...boleh ya.

Bagi yang berminat untuk refinance ke BANK ISLAM, in shaa Allah PakTeh boleh bantu. Atau sapa-sapa yang berhajat nak loan rumah guna BANK ISLAM pun  boleh hubungi PakTeh 019-353 3702. Berkongsi ilmu, saling membantu....in shaa Allah.