Bagi yang menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk membeli tanah, ada beberapa perkara tambahan yang perlu dititik beratkan bagi membolehkan dan memastikan pinjaman yang dipohon kelak boleh dipertimbangkan seterusnya diluluskan oleh Kerajaan. Perkara utama yang perlu dicari adalah tanah yang BOLEH dibina rumah kerana tidak semua tanah boleh dibina rumah. Perlu diingat juga, hanya 1 lot tanah sahaja dibenarkan jika menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Kelulusan khas perlu diperolehi jika ingin membeli 2 lot tanah dan biasanya hanya dibenarkan bagi kes-kes tertentu seperti tanah tersebut terlalu kecil untuk pembinaan sebuah rumah.
2. Pecah Lot : Selain kes tanah berangkai yang memerlukan pecah lot, banyak juga kes lot tanah yang besar dan perlu dipecah-pecahkan lotnya kerana pembeli yang ramai. Untuk tujuan penjimatan, biasanya urusan tukar nama dibuat serentak dengan permohonan pecah lot serta tukar syarat tanah kepada "bangunan". Ianya pembelian beresiko ditipu dengan sengaja dan kekadang terpaksa menempuhi jalan sukar seperti berlaku kematian pemilik semasa urusan sedang berjalan yang kemudiannya menjadi lebih parah bila waris tidak mahu meneruskan urusan penjualan tanah tersebut..
Walau bagaimanapun, PakTeh telah terjebak dalam pembelian tanah yang memerlukan dipecah-pecahkan lotnya ini memandangkan harganya jauh lebih murah dan yang paling penting tanah yang sesuai serta PakTeh kehendaki...tanah yang tinggi berbukit serta berhampiran dengan Putrajaya-Cyberjaya. Bagi mengurangkan resiko, penjualan perlu dilaksanakan secara teratur seperti:
- Melalui peguam yang dilantik dengan MOU/perjanjian yang jelas seperti maklumat tanah, harga jualan, lot cadangan dan sebagainya yang ditandatangani oleh semua pihak;
- Tidak membayar harga penuh jualan tetapi deposit yang munasabah sebagai tanda komitment dalam anggaran kurang 10% daripada harga jual. PakTeh telah membayar RM5,000 dengan harga jualan dipersetuju (RM16/kaki persegi) RM80,000 selot tanah seluas 5,000 kaki persegi.
- Penjual hendaklah melantik konsultan, perancang dan juru ukur (pemaju tanah), membina infra, mengurus pecah lot dalam tempoh yang dipersetujui. Setelah permohonan pecah lot selesai, barulah PakTeh melantik peguam, sign perjanjian jualbeli, memohon pinjaman (jika berkaitan) dan membayar penuh harga jualan mengikut keluasan sebenar yang diluluskan oleh Pejabat Tanah Daerah.Di peringkat ini, pembelian BOLEH menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan ataupun bank.
- Pastikan infra telah dibuat seperti jalan raya, peparitan, api, air dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Majlis Daerah bagi memastikan urusan kelulusan pelan dapat di pohon.
- Elakkan membeli tanah berangkai dengan terus memasukkan nama tanpa membuat pecah lot terlebih dahulu. Ianya memerlukan kos yang tinggi seperti kos premium tukar syarat tanah, juga urusan-urusan lain seperti kos infra dan sebagainya.. juga komitment semua penama.
Tanah pajakan yang ingin dibeli melalui kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya 15 Tahun daripada tarikh akhir bayaran balik. Ini bermakna, jika anda ingin membuat pinjaman tanah selama 30 Tahun, baki tempoh minima pajakan adalah 45 Tahun (15 + 30).
Membeli Tanah untuk tujuan membina rumah adalah mudah jika tahu caranya dan patuhi syaratnya. Jika kurang jelas, jika kurang nyata jangan lupa call atau whatsapp PakTeh di 019-353 3702. Jika tersilap nyata, tersilap bahasa PakTeh mohon maaf dan jangan lupa juga call atau whatsapp PakTeh di 019-353 3702 maklumkan apa yang sebenarnya. Jika punya pandangan juga tambahan, sila ajukan kepada PakTeh untuk dikongsikan.
Sekadar berkongsi ilmu untuk saling membantu. Semoga ianya dirahmati oleh Ilahi...ameen.