Dapatkan pandangan PakTeh..!

Pembelian Hartanah



1.           Pembelian Hartanah Yang Belum Mempunyai Hakmilik
        Individu/Strata di Pasaran Sekunder  

 ü       Hartanah  hendaklah  dimajukan oleh pemaju berlesen atau pemaju
         yang mendapat pengecualian lesen daripada KPKT.

 ü       Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.

 ü       Penyata baki hutang penjual kedua bagi enam (6) bulan ke
         hadapan sekiranya harta dicagar kepada bank/institusi kewangan.

 ü        Perjanjian Jual Beli asal antara pemaju (penjual pertama) dengan
         pembeli pertama (penjual kedua).

 ü       Akujanji pemaju, tuan tanah dan peguam untuk pindahmilik kepada 
         nama pemohon apabila Hakmilik Individu/Strata dikeluarkan (Borang 
    5B).

 ü        Persetujuan pemohon menanggung risiko kerana membeli hartanah 
         daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (Borang 10).

 ü       Laporan daripada JPPH yang mengesahkan kesiapan rumah dan
         nilaian semasa.

 ü       Wang pinjaman hanya akan dikeluarkan setelah penyerahan hak
         selesai kepada Kerajaan jika hartanah tidak diserah hak kepada 
              bank/institusi kewangan.

2.           Pembelian Hartanah Yang Mempunyai Hakmilik Individu/Strata
        Di Pasaran Sekunder Daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua)  

 ü        Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan atas nama pemaju 
    (penjual pertama) tetapi belum dipindahmilik kepada nama penjual
    kedua sebagai pemilik berdaftar.

 ü        Hartanah  hendaklah  dimajukan oleh pemaju berlesen atau pemaju 
         yang mendapat pengecualian lesen daripada KPKT.

 ü       Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.

 ü       Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi enam (6) 
         bulan ke hadapanberserta akujanji bank akan membayar balik 
         kepada Perbendaharaan Malaysia jika gadaian tidak dapat dibuat.

 ü       Salinan Borang Pindahmilik (Borang  14A) yang telah dilengkapkan 
         dan ditandatangani oleh pemaju dan pemohon.

 ü       Surat kebenaran pindahmilik oleh pejabat tanah daripada pemaju 
         kepada pemohon.

 ü       Akujanji peguam untuk pindahmilik terus kepada nama pemohon 
         (Borang 3B).

 ü       Persetujuan pemohon menanggung risiko kerana membeli hartanah 
         daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (Borang 10).

 ü        Laporan daripada JPPH  yang mengesahkan kesiapan rumah dan 
         nilaian semasa.

 ü       Wang pinjaman hanya akan dikeluarkan setelah hartanah digadai 
         sempurna kepada Kerajaan jika hartanah bebas gadaian bank/institusi 
         kewangan.

3.           Pembelian Hartanah Lelongan Perbendaharaan Malaysia 

 ü        Hartanah mempunyai Hakmilik Individu/Strata.

 ü        Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.

 ü       Jika harga belian melebihi amaun kelayakan, wang beza 
         hendaklah dibayarkepada Perbendaharaan Malaysia semasa 
         mengemukakan permohonan pinjaman.

 ü        Kontrak Jualan daripada mahkamah/pejabat tanah atau Surat 
         Pengesahan daripada Pentadbir Tanah yang mengesahkan pemohon 
         berjaya dalam lelongan.

 ü       Permohonan pinjaman perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan 
         Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari selepas lelongan berjaya.

 ü        Borang Gadaian perlu disempurna dan dikemukakan oleh peguam 
         kepada Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh satu (1) bulan dari  
         tarikh surat kelulusan pinjaman tertakluk kepada Surat Setuju Terima  
         Pinjaman (Borang E) telah dikembalikan oleh peminjam.

4.           Ambil Alih Pinjaman  

 ü       Pemohon adalah pemilik bersama (suami/isteri). Sekiranya nama 
         pemohon tiada dalam hakmilik, pindahmilik perlu dibuat sekurang-
         kurangnya setangah (½) bahagian kepada pemohon dengan 
         mengemukakan salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan 
         ditandatangani.

 ü       Sekiranya  hartanah hanya mempunyai Hakmilik Induk, Perjanjian 
         Jual Beli mestilah atas nama pemohon sebagai tuan punya bersama
         (suami/isteri).

 ü        Jumlah baki  pinjaman yang hendak diambil alih adalah dalam had 
         kelayakan pemohon dan  perlu membayar terlebih dahulu amaun 
         perbezaan jika ada.

 ü       Ambil alih oleh  suami/isteri bagi  pinjaman secara bersama, syarat 
         yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :
                         i.       Mendapat kebenaran ambil alih daripada Perbendaharaan 
Malaysia;
                       ii.       Mendapat   kebenaran  pindahmilik    setengah   (½)  atau  
               sepenuh bahagian
                      iii.      harta daripada Perbendaharaan Malaysia; dan
                      iv.      Bayaran wang proses RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 
pinjaman.

 ü       Pemohon yang telah diluluskan  pinjaman di perenggan 5 di atas, tidak 
         layak memohon pinjaman kali kedua.

 ü       Permohonan untuk mengambil alih  pinjaman perlu dikemukakan 
         dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kebenaran ambil alih dan 
         tertakluk kepada syarat pinjaman Jenis V.

5.           Kerja Tambahan Bagi Pembelian Rumah Kos Rendah  

 ü        Amaun pinjaman tidak melebihi RM20,000.00.

 ü        Amaun  pinjaman keseluruhan  kos rumah dan kerja tambahan 
         tidak melebihi kelayakan maksimum pemohon.

 ü        Kos kerja tambahan perlu mendapat penilaian oleh JPPH.

 ü         Permohonan  kerja tambahan  perlu dikemukakan serentak dengan  
         borang permohonan pinjaman perumahan.

 ü        Kerja tambahan bagi rumah kos rendah perlu dibuat serentak dengan
         pembinaan atau disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas 
         rumah disiapkan.

6.           Pinjaman Kedua Bagi Pembelian Hartanah Kedua   

 ü       Pemohon telah menyelesaikan hutang pinjaman pertama.

 ü       Pemohon yang mengambil  pinjaman hartanah kedua  tidak layak 
         memohon pinjaman Jenis VII.

 ü       Amaun   pinjaman hartanah kedua  adalah perbezaan  antara 
         kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian  
         hartanah pertama  tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan 
         tidak  melebihi  50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang  
         akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa.

 ü        Bagi  pinjaman  Jenis IV, amaun kelayakan adalah tidak melebihi 50%
         daripada baki kelayakan semasa. Tempoh maksimum bayaran balik 
         adalah 300 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi 
         Skim KWSP.

7.           Pertukaran Lot 

 ü       Pemohon perlu mendapat kebenaran Perbendaharaan Malaysia.

 ü        Pemohon perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam tempoh tiga 
         (3) bulan dari tarikh surat kebenaran pertukaran lot.

 ü        Pertukaran lot adalah dibenarkan atas sebab-sebab berikut :
                      i.       Rumah lewat disiapkan kerana kurang sambutan pembeli;
                     ii.       Projek terbengkalai/bermasalah;
                   iii.       Rumah tidak selamat diduduki; atau
                   iv.       Masalah muka bumi seperti tanah mendap, runtuh dan
sebagainya.

 ü        Pertukaran lot  hendaklah  daripada pemaju yang sama dengan
         mengemukakan surat persetujuan/pengesahan daripada pemaju.

 ü        Pemohon  dikehendaki mengemukakan Perjanjian Jual Beli baharu dan 
         membatalkan Perjanjian Jual Beli lama.

 ü       Amaun pinjaman bagi pertukaran lot tidak boleh melebihi amaun 
         pinjaman yang  telah diluluskan bagi lot lama. Sekiranya harga dan  
         nilaian lot baharu lebih tinggi daripada lot lama, pemohon perlu   
         menjelaskan wang beza kepada pemaju dan tambahan Premium   
         Perlindungan Pemilik  Rumah Kediaman hendaklah dibayar melalui
    Perbendaharaan Malaysia.

 ü       Jika lot lama telah dicagar kepada  Kerajaan, pelepasan  cagaran 
         hanya akan dibuat selepas lot baharu sempurna dicagar kepada 
    Kerajaan Malaysia.

 ü       Bagi kes di mana kemajuan pembinaan lot lama melebihi  lot baharu,
         pemaju perlu mengembalikan  wang beza bayaran kemajuan  yang 
         telah dikeluarkan ke atas lot lama kepada Perbendaharaan Malaysia.