Dapatkan pandangan PakTeh..!

Kelayakan

S1
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan jika telah
berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan 
ATAU jika telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan 
secara rasmi?
J1
Tidak boleh dipertimbangkan.

S2
Apakah perbezaan diantara skim pinjaman perumahan SPPP dengan SPPI ?
J2
i.  Skim Pinjaman Perumahan SPPP adalah skim pinjaman secara konvensional.
ii. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).

S3
Bolehkah saya membeli rumah kedai ?
J3
Boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai ciri-ciri kediaman seperti bilik tidur, dapur,
ruang tamu dan bilik air.

S4
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli
petak rumah kediaman (pangsapuri) yang telah siap daripada seorang Individu 
jika Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan atau jika Hakmilik Strata telah dikeluarkan
tetapi nama penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam 
hakmilik tersebut.
J4
Boleh dipertimbangkan di bawah syarat pembelian harta sekunder.

S5
Bolehkah saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.
J5
Boleh dipertimbangkan dengan syarat penjanjian jualbeli rumah ditandatangani oleh 3 pihak
iaitu tuan tanah,pembeli dan penjual/pemaju atau mengemukakan surat wakil kuasa daripada
tuan tanah.

S6
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli
rumah yang sudah siap (Jenis I) atau membeli tanah (Jenis IV) daripada adik saya.
J6
Boleh dipertimbangkan.

S7
Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk
membeli tanah dan mendirikan rumah secara serentak.
J7
Tidak boleh dipertimbangkan.

S8
Sekiranya tanah tersebut lebih dari 2 ekar dan pengunaan tanah tersebut adalah
tanah pertanian bolehkah saya memohon pinjaman bersama dengan isteri.
J8
Boleh dipertimbangkan dengan syarat nama suami isteri ada dalam hakmilik.

S9
Bolehkah saya memohon pinjaman bersama membeli tanah pertanian kurang 2 ekar?
J9
Tidak boleh dipertimbangkan.

S10
Saya telah membeli sebidang tanah melalui pinjaman perumahan SPPP, Jenis IV.
Bolehkan saya:
a)
Membina rumah dengan menggunakan pembiayaan Islam (SPPI).
b)
Membina rumah di atas tanah lain kepunyaan saya.
c)
Isteri saya membuat pinjaman untuk membina rumah di atas tanah tersebut.
d)
Memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi membeli harta baru.
J10
a)
Tidak boleh dipertimbangkan.
b)
Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyelesaikan hutang pinjaman membeli tanah
di mana pinjaman tersebut dikira sebagai pinjaman harta kedua.
c)
Boleh dipertimbangkan sekiranya nama isteri ada dalam hakmilik tersebut.
d)
Boleh dipertimbangkan dengan syarat perlu menyelesaikan hutang pinjaman tanah yang
terdahulu.

S11
Saya telah membeli rumah teres @ pangsapuri melalui pinjaman dari bank dan sekarang 
berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pinjaman perumahan 
Perbendaharaan. Adakah saya layak memohon pinjaman jika:
a)
Hakmilik Individu/Strata belum dikeluarkan; dan
b)
Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada nama 
saya & dicagar kepada bank.
J11
a)
Boleh dipertimbangkan sekiranya bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju.
b)
Tidak boleh dipertimbangkan.

S12
Saya telah membeli rumah kos rendah dalam pembinaan dari pemaju. Bolehkah saya 
memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.
J12
Boleh dipertimbangkan.

S13
Apakah perbezaan di antara Pinjaman Jenis 1(Rumah Siap) dan Jenis 1 (Sekunder 
Strata/Individu) dan Jenis 1(Sekunder Assignment).
S13
Rumah siap Jenis 1 adalah rumah yang mempunyai hakmilik berdaftar atas nama penjual, 
sementara Sekunder Strata/Individu/Assignment, hakmilik masih atas nama pemaju.

S14
Berapa lamakah proses kelulusan bagi membeli harta daripada penjual yang masih 
berhutang dengan Perbendaharaan Malaysia (Pembelian secara Kontra).
J14
Tempoh kelulusan adalah 5 hari bekerja.

S15
Bolehkah pemohon membuat pinjaman baru setelah membatalkan pinjaman yang telah 
diluluskan atas sebab masalah peribadi.
J15
i) Bagi pinjaman yang telah diluluskan tetapi Lampiran E masih belum dijawab,pemohon boleh 
membuat pinjaman baru.
ii) Bagi pinjaman yang telah diluluskan dan telah menjawab Lampiran E, pemohon boleh membuat 
pinjaman baru tetapi wang proses berganda dan tidak layak memohon pinjaman harta kedua/ubahsuai.

S16
Bolehkah saya memohon secara SPPI sekiranya harta tersebut telah dipindahmilik 
diatas dua nama dan hanya seorang sahaja yang membuat pinjaman (Jenis 5- 
Penyelesaian hutang bank).
S16
Boleh dipertimbangkan.

S17
Bolehkah saya memohon untuk membuat penilaian semula ke atas harta saya sekiranya 
saya telah menjawab Lampiran E.
J17
Tidak dapat dipertimbangkan.

S18
Bolehkah saya memohon pinjaman untuk membeli apartment termasuk parking lot.
J18
i) Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyertakan 2 perjanjian yang berasingan sekiranya 
parking lot adalah berasingan.
ii) Sekiranya parking lot berada di bangunan yang sama tidak memerlukan 2 perjanjian.

S19
Sekiranya saya tidak layak membuat pinjaman penuh ke atas rumah yang ingin dibeli, 
bolehkah saya membuat pinjaman bersama tunang saya untuk membeli harta tersebut.
J19
Pinjaman bersama hanya dibenarkan bagi suami dan isteri sahaja.

S20
Bagaimanakah cara untuk saya membuat pinjaman bagi harta yang dibeli melalui pinjaman 
bank.
J21
Pinjaman Jenis 5, penyelesaian hutang bank/institusi kewangan.

S22
Bolehkah saya membeli tanah berstatus pertanian yang berkeluasan kurang daripada 
1 ekar.
J22
Boleh dipertimbangkan.

S23
Saya telah disahkan jawatan sebagai N17, dan sekarang sebagai S27, bolehkah saya 
membuat permohonan pinjaman perumahan.
J24
Tidak boleh dipertimbangkan sehingga disahkan dalam jawatan S27.

S25
Bolehkah saya membeli tanah yang mana diatasnya ada rumah separuh kekal.
J25
Tidak boleh dipertimbangkan.

S26
Saya akan berkahwin dan akan mendaftarkan perkahwinan, bolehkah saya 
membuat pinjaman bersama dengan bakal isteri.
J26
Tidak boleh dipertimbangkan.

S27
Bapa saya seorang pesara yang masih membuat potongan pencen bulanan sehingga 
Mei 2010 ke atas pinjaman perumahan yang dibeli melalui BPP. Bolehkah saya seorang 
penjawat awam membeli harta tersebut untuk meringankan beban bapa saya.
J27
Boleh dipertimbangkan.

S28
Bapa saya membeli sebuah rumah melalui pinjaman bank, memandangkan rumah
tersebut berhampiran dengan tempat kerja saya serta berdekatan dengan keluarga. 
Bolehkah saya membeli rumah tersebut melalui pinjaman dengan BPP.
J28
Boleh dipertimbangkan.

S29
Saya dan isteri adalah kakitangan kerajaan yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan 
dalam sedikit masa lagi tetapi disebabkan ada pinjaman perumahan maka bolehkah saya 
menjual kepada anak perempuan tunggal saya yang sedang berkhidmat dengan kerajaan 
untuk beliau memiliki harta saya dan isteri sepenuhnya.
J29
Boleh dipertimbangkan.

S30
Berapakah tempoh bayaran balik pinjaman membeli tanah?
J30
30 tahun bagi pinjaman pertama dan 25 tahun bagi pinjaman kedua.

S31
Saya telah diluluskan pinjaman membeli tanah dengan tujuan membina rumah pada 28 
April 2007 selama 12 tahun. Bolehkah saya memohon untuk melanjutkan tempoh bayaran 
balik daripada 12 tahun kepada 30 tahun.
J31
Tidak boleh dipertimbangkan.

S32
Sekiranya saya membuat pinjaman membeli tanah selama 30 tahun dan selepas 5 tahun 
saya membuat pinjaman untuk membina rumah atas tanah tersebut. Berapakah tempoh 
maksima pinjaman saya yang akan diluluskan.
J32
25 Tahun.

S33
Saya berhasrat untuk membeli 1 lot tanah bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun. Dalam 
tempoh tersebut saya ingin mendirikan rumah di atas lot tersebut.
a)
Adakah saya layak memohon melanjutkan tempoh bayaran balik ke atas tanah tersebut 
selama 30 tahun.
b)
Berapakah tempoh bayaran balik pinjaman rumah saya.
J33
a)
Tidak dapat dipertimbangkan.
b)
Tempoh bayaran balik rumah adalah berdasarkan baki tempoh pinjaman tanah (30 tahun ditolak 
tempoh pinjaman tanah yang telah digunakan).

S34
Bagi pembelian Hartanah Lelongan Perbendaharaan, syarat menyatakan harta tersebut 
mesti mempunyai hakmilik individu/strata dan rumah atau petak kediaman telah siap 100%. 
Apakah dokumen-dokumen tambahan yang perlu dikemukakan untuk permohonan tersebut 
dan berapa lama dokumen yang lengkap perlu dikemukakan kepada BPP.
J34
Dokumen yang diperlukan adalah:
a)
Kontrak jualan daripada mahkamah/pejabat tanah atau surat pengesahan daripada pentadbir tanah 
yang mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan.
b)
Dalam tempoh 14 hari selepas lelongan berjaya.

S35
Saya telah berjaya dalam lelongan rumah pinjaman Perbendaharaan. Apakah jenis pinjaman 
dan dokumen yang perlu saya kemukakan.
J35
Senarai semak dan dokumen mengikut Jenis 1.

S36
Saya bercadang membeli sebuah rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan.
a)
Bolehkah saya memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.
b)
Berapakah jumlah pinjaman yang saya layak untuk kerja-kerja tambahan tersebut.
J36
a)
Boleh dipertimbangkan.
b)
RM 20,000.00.

S37
Saya telah diluluskan pembelian rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan. Bolehkah 
saya memohon pinjaman untuk kerja-kerja tambahan.
J37
Tidak boleh dipertimbangkan.

S38
Tempoh bersara wajib saya masih berbaki 5 tahun, tetapi permohonan untuk bersara pilihan 
telah diluluskan. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman jika permohonan dikemukakan 
10 bulan sebelum bersara pilihan.
J38
Tidak boleh dipertimbangkan.

S39
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi saya mengemukakan borang permohonan 
pinjaman sebelum bersara.
J39
1 tahun sebelum tarikh bersara bagi yang memilih skim pencen dan 5 tahun bagi yang memilih skim 
KWSP.

S40
Jika ansuran bulanan saya melebihi 60% daripada gaji hakiki tetapi gaji bersih dicampur 
dengan elaun-elaun lain masih dapat menampung potongan bulanan dan jika ditolak 
pinjaman perumahan masih berbaki serta tempoh bersara saya masih panjang iaitu lebih 
kurang 20 tahun. Adakah saya layak memohon pinjaman berdasarkan kelayakan gaji 
semasa saya.
J40
Tidak boleh dipertimbangkan.



S41
Saya adalah kakitangan kerajaan dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Saya memilih 
skim pencen. Semasa saya hendak membuat pinjaman perumahan saya dapati jumlah 
keseluruhan potongan termasuk caruman KWSP dan bayaran balik pinjaman rumah 
adalah melebihi 64%. Sekiranya potongan EPF diberhentikan, jumlah keseluruhan termasuk
bayaran rumah yang akan dipotong adalah 52%. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman
perumahan dimana caruman KWSP masih berjalan.
J41
Potongan bayaran balik pinjaman perumahan 60% adalah berdasarkan gaji hakiki semasa tanpa 
mengambil kira potongan lain. Walaubagaimanapun baki gaji bersih boleh menampung bayaran balik 
pinjaman.

S42
Jika saya seorang sahaja yang ingin membeli sebuah rumah tetapi di dalam perjanjian
jual beli dimasukkan nama isteri untuk jaminan dan kemudahan pinjaman beliau di masa 
akan datang. Bolehkan saya membuat Skim Pinjaman Secara Islam.
J42
Boleh dipertimbangkan.

S43 
Isteri saya bekerja dengan swasta dan secara bersama membeli sebuah rumah dalam 
Pembinaan. Isteri saya membuat pinjaman bank Secara Konvensional. Bolehkan saya 
memohon pinjaman perbendaharaan mengikut Skim Secara Islam.
J43
Boleh dipertimbangkan.



NOTE : Masih kurang jelas, sila hubungi saya.