Dapatkan pandangan PakTeh..!

Ubahsuai Rumah



UBAHSUAI RUMAH

S15
Saya telah membeli sebuah rumah separuh kekal dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan lebih kurang 10 tahun yang lalu. Saya bercadang ingin merobohkan rumah tersebut kerana telah usang. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi kerja-kerja ubahsuai rumah untuk membina semula rumah tersebut.

J15
Tidak layak dipertimbangkan untuk menggunakan kemudahan pinjaman perumahan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah  bagi membina semula rumah. 



S16
Saya ingin membeli sebuah rumah yang telah uzur dan memerlukan ubahsuai daripada seorang Individu. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah tersebut  beserta dengan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

J16
Tidak dibenarkan. Peraturan yang diamalkan sekarang pinjaman membuat kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan selepas lima (5) tahun harta yang dibeli dengan pinjaman Kerajaan itu diduduki.


S17
Saya dan keluarga tinggal di rumah yang dibeli oleh suami melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah tersebut. Hakmilik atas nama kami suami & isteri.

J17
Tidak boleh.



S18
Apakah perkara-perkara  yang membuatkan seseorang itu  tidak layak memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah.

J18
a)
Belum cukup 5 tahun  dari tarikh rumah yang dibeli itu diduduki.


b)
Rumah yang akan diubahsuai bukan dibeli dengan pinjaman perumahan Perbendaharaan


c)
Kerja-kerja ubahsuai rumah telah siap sebelum pinjaman diluluskan.


d)
Terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman.


e)
Ubahsuai rumah oleh peminjam yang tiada nama di dalam hakmilik  (dahulu diberi kelonggaran syarat untuk pinjaman bina rumah atas nama ‘spouse’).



S19
Saya telah membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM30,000 sementara kelayakan saya adalah RM60,000. Bolehkah saya menggunakan kesemua baki kelayakan saya sebanyak RM30,000 untuk ubahsuai rumah tersebut.

J19
Boleh.



NOTE : Masih kurang jelas, sila hubungi saya.