Salam hormat,
Yang ditunggu telah menjelma, yang menanti telah hilang seksa, yang bertanya telah ada jawapannya... Yang dijanjikan Kerajaan telah dikota, apa tunggu lagi..gunalah kemudahan sebaiknya, SEGERA!
Apa yang sangat tertarik untuk saya simpulkan adalah 2 perkara ini :
1. Permohonan lanjut tempoh bayaran balik pinjaman rumah kepada 30 Tahun (360 bulan) bagi pinjaman yang telah diluluskan sebelum 01 Januari 2009.
2. Kadar kelayakan pinjaman yang baru, lebih banyak wang lebih banyak pilihan. Lihat gaji saudara sekarang dan semak kelayakan pinjaman yang terbaru ini berdasarkan kepada gaji hakiki semasa.
BIL GAJI HAKIKI KELAYAKAN
(RM) (RM)
1. 6500 ke atas 450,000.00
2. 5500 ke 6499 420,000.00
3. 4500 ke 5499 400,000.00
4. 3500 ke 4499 380,000.00
5. 3000 ke 3499 320,000.00
6. 2500 ke 2999 280,000.00
7. 2000 ke 2499 255,000.00
8. 1500 ke 1999 205,000.00
9. 1200 ke 1499 168,000.00
10. 1000 ke 1199 130,000.00
11. 800 ke 999 105,000.00
12. 799 dan ke bawah 80,000.00
Bagaimana? Ada rasa puashati? Kalau tidak jawapnya, cuba bersyukur la. Jika Ok, jangan tunggu lama-lama..bertindak SEKARANG!
Di luar sana beribu orang ingin membeli rumah tetapi sukar mendapatkan pinjaman. Jika saudara seorang kakitangan Kerajaan dan telah cukup kelayakan untuk membeli rumah tetapi tidak menggunakan kemudahan ini sepenuhnya...agak-agak apa mereka di luar sana kata kat saudara? Tak perlu la saya nak jawapnya, Lu Fikir La Sendiri!!!
Kurang pasti? Tidak yakin? Kurang jelas? Tidak faham? atau apa-apa aja la.. hubungi kami, insyAllah kami cuba membantu..PERCUMA!