Dapatkan pandangan PakTeh..!

Lanjut Tempoh Pinjaman




Permohonan Untuk Lanjut Tempoh Pinjaman 

 ü       Permohonan lanjut tempoh hanya dibenarkan kepada peminjam yang 
         telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Januari 2009.

 ü      Wang pinjaman telah dikeluarkan 100%.

 ü      Tempoh minimum untuk lanjut tempoh adalah lima (5) tahun.

 ü       Permohonan lanjut tempoh dibenarkan sekali sahaja.

 ü       Permohonan lanjut tempoh hendaklah dikemukakan sebelum lima (5) 
         tahun tempoh bayaran balik pinjaman tamat.

 ü       Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman.

 ü       Peminjam bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau
         tidak berkemampuan kewangan atau telah dan sedang diambil 
         tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja atau bukan seorang pesara.

 ü      Pinjaman Jenis IV tidak dibenarkan untuk lanjut tempoh.

 ü      Jika peminjam telah diluluskan Pinjaman Jenis VII, permohonan 
        lanjut tempoh hanya dibenarkan ke atas Pinjaman Jenis VII sahaja.

 ü     Bagi permohonan lanjut tempoh pinjaman melibatkan tambahan  
        premium insurans/takaful RM30,000.00 dan ke atas (seperti yang 
        dinyatakan dalam surat tawaran baru), peminjam perlu melantik peguam
        untuk urusan cagaran  kedua.

 ü      Segala kos yang berkaitan bagi urusan tersebut ditanggung sepenuhnya 
        oleh peminjam.

 ü      Bagi permohonan lanjut tempoh pinjaman melibatkan tambahan 
        premium insurans/takaful kurang daripada RM30,000.00, peminjam 
             perlu menyempurnakan akujanji yang berkaitan.