Masa sekolah dulu selalu aku kata nak jadi cikgu bila besar nanti! |
Bangunan dengan luas 4,000 meter persegi ini terletak di Daerah Sopot, Poland. Direka oleh pereka asal Poland bernama Szotynscy Zaleski, gedung ini menjadi objek yang paling sering difoto di negara Poland. Rumah Penyek ini berdiri sebagai salah satu contoh senibina terbaik yang pernah dibuat dan telah dibina pada Tahun 2004.
Bangunan unik berbentuk piano ini terletak di Propinsi An Hui, Negara Besar China. Pada bahagian biolanya ada tangga bergerak menuju ke dalam bangunan dan di bahagian dalamnya terdapat ruang-ruang yang menarik.
Rumah yang membuat orang pening melihatnya kerana terbalik ini terletak di Szymbark, Polandia. Diciptakan oleh Daniel Czapiewski pada 31 Julai 2007 dan beliau mengambil masa selama 114 hari untuk menyiapkan keseluruhan rumah.
Kasut warna coklat, berukuran besar dan boleh dimasuki manusia. Itu adalah rumah kasut yang terletak di Hellam, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dibuat oleh Kolonel Mahlon M. Haines, seorang ahli pembuat kasut, pada 1948. Terdiri tiga bilik tidur, dua bilik mandi, dapur dan ruang keluarga. Pernah menjadi tempat penyimpanan ais krim, rumah kasut tersebut sekarang ini telah menjadi sebuah museum.
"Habitat 67" adalah kompleks perumahan dibina sebagai sebahagian projek bersempena dengan "1967 Montreal Expo". Telah direka oleh Moshe Safde dan terletak di 2600 Saint Lawrence River, Pierre Dupuy Avenue, Montreal, Quebec, Canada. Ia direka untuk mempelbagaikan bentuk rumah dengan setiap rumah dilengkapi dengan sebuah taman.
Rumah unik ini terletak di 1408 Palisades Road, Chattanooga, negara Tennessee, Amerika Syarikat. Rumah berdiri di atas keluasan 2000 kaki persegi atau setara dengan 185.8 meter persegi. Dalam rumah terdapat tiga bilik tidur, dua bilik mandi, dapur, ruang keluarga, dan bar terbuka.
Rumah berbentuk kerang lengkap dengan bilik tidur, bilik mandi dan dapur ini dirancang dan dibangun oleh Tim dari Senosiain Arquitectos di Mexico City, Mexico.
Rumah ini dibuat keseluruhannya dari kaca termasuk anak tangga, dinding dan bumbung. Projek ini telah dilaksanakan di kawasan perumahan Sobek House di Stuttgart, German oleh akitek terkenal bernama Werner Sobek. Jangan buat sembarangan, itu amaran keras kerana setiap perbuatan anda mungkin dapat dilihat oleh orang lain. Objek keras seperti batu dan besi juga amat tidak digalakkan.
Rumah Batu di Fafe, Portugal ini adalah salah satu contoh terbaik elemen alam yang ikut digunakan. Gambar ini pernah dilabelkan sebagai palsu dan hanya rekaan sahaja. Walaubagai manapun rumah itu memang benar-benar ujud dan berpenghuni serta telah menjadi icon pada gambar latarbelakang "2nd BTT Marathon Rally di Fafe pada 08 JUL - 12 Jul 2008".
Rumah Cerek di Pulau Galveston, Texas, Amerika Syarikat ini tidak hanya terlihat seperti cerek tapi juga dapat berfungsi sebagai rumah. Gambar rumah ini diambil sebelum "Hurricane Ike" melanda dan ianya masih kekal bertahan selepas taufan tersebut.
Rumah pelik dan unik ini telah di reka oleh Senosiain Arquitectos. Berkisar tentang siri Alice in the wonderland.. dia mendapat ilham untuk mereka rumah unik ini.
Dua seniman Jerman, Klaudiusz Golos dan Sebastian Mikiciuk merancang untuk membina rumah yang terbalik. Rumah itu diberi nama Die Welt Steht Kopf dan dibina di Trassenheide, Jerman. Rumah yang dibangunkan terbalik, termasuk kekemasan dalaman dan perabotnya itu akan dibuka untuk lawatan orangramai.
Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya karena usianya yang telah 105 tahun tapi juga karena didirikan di tengah laut. Konon rumah ini telah berdiri sejak 1905, tepatnya di atas bebatuan Rhode Island yang ada di tengah laut. Rumah itu kerap disebut Clingstone. Rumah tersebut telah dibina oleh JS Lovering Wharton lengkap dengan 23 bilik tidur.