Dapatkan pandangan PakTeh..!

Himpunan SoalJawab Email PakTeh

SOALAN 1 - 16/12/2010
Selamat sejahtera,

Saya menjadi seorang cikgu selama 4 tahun dan telah sah perkhidmatan. saya ingin tanya mengenai kelayakan pinjaman perumahan kerajaan jika gaji pokok saya sakarang RM2238.55. 
1. Adakah saya layak membeli sebuah rumah yang berharga RM240000 dengan pinjaman 100%? 
2. Tempahan rumah sebanyak RM3000, adakah saya perlu membayar tempahan dengan sendiri?
3. Seterusnya, adakah saya perlu mendapat borang permohonan dari kerani sekolah?
4. Apakah borang yang perlu saya isi jika rumah tersebut adalah dalam pembinaan?
5. Apakah document yang perlu saya sediakan untuk mengelakan kelewatan pembayaran dari pinjaman perumahan kerajaan kepada pemaju supaya saya tidak perlu tanggung risiko untuk menyelesaikan pembayaran dengan sendiri semasa menunggu pinjaman tersebut?
sekian, terima kasih Pak Teh.  

JAWAPAN 1
Salam sejahtera cikgu,

J1. Kelayakan jumlah pinjaman rumah terbahagi 3 :
  1. Jika membeli rumah dari pemaju yang mempunyai lesen dan permit kelayakan jumlah pinjaman berdasarkan kepada 2 perkara iaitu KELAYAKAN dan HARGA RUMAH mana yang terendah. Dengan gaji RM2237.55 puan layak RM240,000 dan jika harga rumah RM240,000 atau lebih maka puan layak loan 100% daripada jumlah kelayakan RM240,000.
  2. Jika membeli rumah selain daripada di atas kekelayakan jumlah pinjaman berdasarkan kepada 3 perkara iaitu KELAYAKAN, HARGA RUMAH dan LAPORAN PEJABAT PENILAIAN mana yang terendah.
  3. Kes-kes lain. Puan dinasihatkan untuk bertanya apabila puan telah menetapkan harta/rumah yang bagimana puan akan beli kerana setiap kes adalah berbeza.
J2. Deposit RM3000 rumah perlu dijelaskan oleh puan sendiri. Peguam puan akan memgembalikan RM3000 tersebut setelah pinjaman diluluskan jika puan mendapat pinjaman 100%.

J3. Borang permohonan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti laman web, kawan-kawan, kerani sekolah, PPD dan sebagainya.  Yang penting borang yang betul dan terkini.  
  
J4. Saya memerlukan maklumat yang lengkap jika ingin mengetahui borang yang betul kerana setiap kes berbeza borang. Yang utama saya perlu melihat Perjanjian Jual Beli dan Salinan Hakmilik. Ataupun cal saya untuk mengetahui kedudukan kes puan.

J5. Permohonan yang lengkap adalah perkara utama untuk memastikan pinjaman diproses dengan cepat. Memandangkan perkara ini jarang puan lakukan maka puan kurang pasti apa keperluan yang sebenar. Nasihat saya, dapatkan bantuan yang pakar serta amanah.
Harap dapat membantu.


SOALAN 2 - 21/12/2010
Salam...

Pakteh saya perlukan nasihat Pakteh berkenaan dengan pembelian rumah. Maklumat rumah :

Jenis : Rumah teres dua tingkat 20 X 70 (Shah Alam) Leasehold (Pajakan)
Harga : RM272,304.00
Pembelian atas dua nama suami dan isteri.

Tujuan membeli rumah adalah untuk diduduki dalam jangka masa yang panjang. Kelayakan saya sekarang RM192,000. Saya sedang menunggu budget terkini 2011 bagi mendapat kelayakan yg tinggi. Sekiranya tidak mencukupi saya akan membuat pinjaman peribadi MBSB selama 20 tahun utk baki dan menutup hutang yang ada. Adakah cara ini boleh diterima. 


JAWAPAN 2
Walaikum salam wbkt,



Terima kasih kerana bertanya dan semoga puan berada dalam keadaan sejahtera jua hendaknya disamping keluarga tercinta.

Terlebih dahulu, saya memerlukan banyak soalan dan jawapan yang perlu dijawap bagi membolehkan saya menjawap pertanyaan puan dengan tepat. Memandangkan tajuknya "Pendapat PakTeh", saya cuba menjawap melalui pengalaman dan pengetahuan saya sahaja.
Secara peribadi, pendapat saya :
  1. Rumah teres 20 x 70 adalah ok, tidak kecil dan tidak besar. Isu "pajakan", untuk tujuan tempat tinggal tak jadi hal sangat. Cuma dari segi loan, kena semak ada tidak kurang 10 tahun lagi sekurang2nya tempoh pajakan daripada tamat tempoh pinjaman.
  2. Harga sangat berpatutan.
  3. Pembelian dua nama, secara peribadi saya tak berapa galakan melainkan ada alasan/kepentingan yang sangat wajar. Pengalaman saya ia menyukarkan urusan apabila berlaku apa-apa urusan tertentu atau berlaku masalah kemudian hari...semoga dijauhkan.
  4. Harga Rumah RM272,304 Layak RM192,000 MBSB RM80,304 (dipanggil wang beza) jika berdasarkan kelayakkan sekarang. Saya cuba dapatkan hint tentang kelayakkan baru tapi x der lagi..maaf puan. Secara peribadi, jika puan mampu saya tidak nampak ada masalahnya. Untuk makluman, wang beza puan kena jelaskan dulu, setelah selesai baru pinjaman perumahan bayar. Ringkasnya, bila puan beli rumah maka puan kena dapatkan kelulusan MBSB dulu sebab RM80,304 kena jelas dulu baru boleh tuntut selanjutnya dengan Pinjaman Perumahan. 
Hanya pandangan semasa, puan dinasihatkan bertanya kembali semasa puan telah memutuskan untuk membeli rumah kerana PERATURAN ADA MASANYA BERUBAH.


Semoga boleh membantu dan jangan serik bertanya.


SOALAN 3 - 08/06/2011
Assalamualaikum..Pakteh

Saya aishah, seorang pegawai kerajaan berumur 43 tahun..saya ingin membuat pinjaman perumahan kali pertama..rumah yang ingin dibeli oleh saya berharga RM230 000 yang telah siap milik individu bukan pemaju. Gaji pokok saya RM2600.35, setelah tolak potongan sebanyak RM1605.00 . Bakinya hanya RM1745.15. Saya ingin mengetahui berapakah jumlah pinjaman yang saya layak dan berapakah bayaran balik pinjaman setiap bulan..



JAWAPAN 3
walaikummussalam pn aishah,

1. berdasarkan peraturan potongan gaji tidak melebihi 60%...puan layak bayaran balik RM405.09 (iaitu  RM2,010.09 - RM1,605). sehubungan itu, puan hanya layak pinjaman sebanyak RM84,800 (termasuk insuran) berdasarkan kelayakkan bayaran balik RM405.09. bagaimanapun berdasarkan pengalaman, puan leh dipertimbangkan pinjaman RM230,000 jika ketua jabatan pn menyokong.

2. berdasarkan gaji pokok RM2,600.35...pn berkelayakan pinjaman RM280,000. walau bagaimanapun, kelulusan pinjaman adalah berdasarkan mana yang TERENDAH dari 4 perkara berikut :
  • Kelayakkan (RM280,000)
  • Harga harta (RM230,000)
  • Laporan Penilaian (RM????)
  • Amaun di pohon (RM?????)
3. anggaran bayaran balik pinjaman RM230,000  dgn tempoh bayaran balik 360 bulan adalah RM1,239.16 (termasuk insuran).

semoga membantu.

SOALAN 4 - 08/06/2011
Assalamualaikum pak teh
 
Saya ada persoalan yang nak ditanya kepada pak teh, 
Saya seorang guru..Umur Sekarang 34 Tahun..
Gaji Pokok RM 2,329.00 campur ngan elaun-elaun semuanya Gaji saya RM 3,179.00.
Setelah di tolak Zakat RM27.00 dan potongan Angkasa RM 1,024.33,GAJI BERSIH SAYA ADALAH RM 2,127.67
 
Untuk pengetahuan pak teh juga saya baru melangsaikan pinjaman kowaja minggu lepas sebanyak RM 19,386.90 yang mana potongan angkasa saya akan berkurangan SEBANYAK RM249.33 iaitu (RM 1,024.33 - RM 249.33 = RM 775 SAHAJA.)
dan Gaji bersih saya meningkat menjadi RM 2377.10
 
Kebiasaanya Angkasa akan ambil masa 2-3 bulan untuk memberhentikan sepenuhnya potongan KOWAJA TU..SO untuk 2-3 bulan ni dalam slip gaji saya potongan ANGKASA masih lagi RM 1,024.33 dan gaji bersih masih lagi RM 2,127.67
 
Macam mana nak buat ekk. kalau saya nak beli rumah dalam masa terdekat..!!!
 
Saya just nak tahu kelayakan pinjaman saya setakat mana dengan gaji yang ada sekarang..?Harap Pak teh Boleh Bantu Saya
 
Thanks..

JAWAPAN 4
walaikummussalam cikgu nizam,
1. berkaitan potongan KOWAJA yg masih di dalam slip...jika ketua jabatan cikgu menyokong ianya tiada masalah diperingkat kelulusan pinjaman perumahan. mungkin cikgu leh servey ngan  sekolah.

2. berdasarkan gaji pokok cikgu layak pinjaman RM255,000 (tidak termasuk insuran).

3. berdasarkan syarat 60% potongan, cikgu layak bayaran balik RM856.07 (RM1,907.40 - RM1,051.33). byrn balik RM856.07 bersamaan pinjaman RM179,000 (termasuk insuran selama 30 tahun).

4. berdasarkan syarat 60% potongan jika telah tolak potongan KOWAJA, cikgu layak bayaran balik RM1,105.04 (RM1,907.40 - RM802.00). byrn balik RM1,105.04 bersamaan pinjaman RM231,000 (termasuk insuran selama 30 tahun).

berdasarkan pengalaman....untuk perkara 4 dan 5, cikgu leh dapat pinjaman penuh RM255,000 jika ketua jabatan menyokong. semoga membantu.

SOALAN 5 - 15/06/2011
Salam PT,
Saye ada borak-borang ngan kengkawan pasal lawyer rumah, 
ada yang kata kalau kite tak lantik pun bole ke?kita buat sendiri bole ke PT??
 
tq

JAWAPAN 5
walaikummussalam, maaf..tidak boleh. tQ

SOALAN 6 - 29/06/2011
Salam,saya ada kemuskilan sedekit ttg pinjaman perumahan kerajaan..sekiranya kami membeli rumah second hand layakkah pinjaman perumahan kerajaan...??? TERIMA KASIH..

JAWAPAN 6
walaikummussalam puan, terima kasih kerana bertanya. rumah secand hand memang layak pinjaman perumahan kerajaan jika memenuhi syarat-syaratnya. sebagai contoh, jika harta mempunyai tempoh pajakan maka tempoh pajakan perlu berbaki sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun selepas pinjaman selesai dibayar. semoga membantu.