Dapatkan pandangan PakTeh..!

Saturday, July 2, 2011

...dah terantuk baru nak terngadah.

elakkan sakit kepala dikemudian hari!
ramai dah kena, ramai yang mengeluh pada saya, ribuan ringgit saja saja bagi free kat pemaju, tak bayar tak dapat kunci rumah, tak bayar tak dapat cf… duit tuu kalau buat beli perabot baru, lampu cantik-cantik, langsir baru-baru lagi best. rumah baru mesti semua serba baru, tak gitu!

masalahnya dah terantuk baru nak terngadah.. masalahnya dah kena baru nak ambil tahu.. nasi dah jadi bubur. tak berapa nak guna melainkan pada mereka yang belum kena boleh la dijadikan iktibar, dijadikan pedoman, sentiasa berhati-hati supaya pisang tak berbuah kat kita lak. 

kebanyakkan kes adalah membeli rumah daripada pemaju. ceritanya, masa nak ambil kunci rumah….pemaju maklumkan bahawa beliau perlu menjelaskan sejumlah penalti lewat terima bayaran progress oleh pemaju. sekali lewat nampak sikit tapi bila campur punya campur mencecah ribuan ringgit. tiada siapa kirakan sebelum tuuu…pemaju kira tapi tak maklum, terliur aja ada la. maklum la makin banyak penalti maka makin banyak la duit free mereka dapat.

kurang ramai yang mengambil berat tentang tuntutan bayaran dari pemaju. mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pihak yang memberi pinjam atau pemaju. mereka kurang sedar bahawa ini menjadi tanggung jawab mereka sejak menandatangani perjanjian jualbeli…tiada kompromi memang salah saudara. tak percaya baca balik perjanjian jual beli. ada yang bagi alasan perjanjian dalam bahasa english mana nak faham. tapi itu tak boleh dijadikan alasan. banyak kes dah dibawa ke mahkamah, keputusannya pembeli yang bersalah…penalti perlu dijelaskan.

memang dirasakan berat sebelah. bab berat sebelah nee lain kali saya cerita…bab ini saya nak kongsi pasal bayaran penalti. kalau nak bincang siapa yang salah saudara perlu baca perjanjian jualbeli dan jika saudara tidak setuju dengan perjanjian tersebut biasanya saudara memang payah nak dapat rumah. pindaan perjanjian selalunya tidak dilayan, cuba la jika tak percaya! perjanjian nee dah standard katanya.

macam mana berat pun ketidak puashatian saudara, jalan terbaik adalah ikut arahan seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian antara saudara dengan pemaju/penjual dengan disaksikan peguam. sebabnya, perjanjian jualbeli adalah sah dari segi undang-undang. bila dah baca, fahamkan syarat bayarannya supaya tidak dikenakan penalti. berdasarkan pengalaman, sangat sukar untuk mengelakkan dikenakan penalti kerana syarat tempoh masa bayaran yang dipersetujui agak mengarut dan berat sebelah. tetapi jika saudara mengambil berat mengenainya, penalti yang dikenakan pasti dapat dikurangkan.   
   
mungkin masih ada yang kurang jelas. saudara yang telah atau pernah mengalami masalah bayaran penalti mungkin boleh berkongsi pengalaman..sila kan.

63 comments:

Anonymous said...

salam pak teh...nk tnya sket la..mcm mana pula kalau buyer dah memahami SNP,&cuba sdaya upaya mengurangkan risiko late pyment ni caj ni,cthnya:selalu follow up dgn bank,follow up lawyer,tak bertangguh nk setelkan apa2 yg perlu tp devloper ttp kenakan caj..kuasa buyer pun terhad,kdg2 bila deal dgn officer bank or lawyer,diorg kata 'ok2,smua ok' tp rupanya progress pyment x release pun..&byk lagi masalah delay yg di luar kuasa/kawalan buyer yg tak buyer ketahui.buyer cuma bole pgang 'ok' dia je la..last2 bila nak amik kunci,dpt notis late pyment caj..ada gak spupu saya pngalaman mcm ni ms apply loan,officer bank kata smua ok tp xsetel2,bila cek rupanya dia tak proses apa pun...so kalau kita tmpuh situasi mcm ni,apa spatutnya kita buat.?
ada jugak kwn sy yg dah cuba ikut sgala2nya dlm jadual,stiap step deal dgn dvloper dia cek ada prob lmbt ke apa2 tp smua ok.masa nk amik kunci kena caj rm2400.bila jmpa dvloper,dvloper kata surat tu cuma 'sistem'(prosedur),sbnrnya buyer tu xde prob apa pun&pttnya tak kena caj la..tp ada few bnda dia kena cek,mybe ada part lawyer lmbat setelkan,bank salah bg dokumen&mcm2 lagi alasan dia.rm2400 katanya sma ada xkena byr or kena byr sket je.surat pun lewat smpai 2mmgu padahal jarak 40km je.kes tu pending lagi..
so cmana nk buat ek..?

PakTeh said...

walaikummussalam,

pengalaman yang baik untuk dijadikan pedoman. biasa sangat terkena pada pembeli yang saya kenali. eroninya, jangan percaya kepada cakap sapa2pun bab bayaran melainkan ada bukti bertulis. kalau dah ditempuh masalah ini memang maknanya dah terantuk. bila dah terantuk memang sukar untuk dibetulkan lagi! biasanya yang menjadi mangsa adalah pembeli/peminjam.

semua pihak memainkan peranan dan kalau nak dicari silap saya jumpa macam2. kes pemaju saja bagi lewat pos surat tuntutan, kes peguam pusing duit dulu, kes surat tak sampai2 dan bermacam lagi. yang dicari bukan silap siapa, tapi bagaimana nak mengelakkannya. jawapannya, selagi bayaran belum selesai semua pihak (pemaju/peguam/bank/dll) kena kejar setiap masa dan setiap urusan perlu ada hitam putih. payahnya! memang rumit lagi melecehkan tapi sekali aja kot seumur hidup. sebab kalau dah kena penalti ribuan tuu biasa la, yang kena riban (lebih rm10k) pun banyak juga dan baru nak terngadah memang kurang berguna.

kalau kena juga apa nak buat? PakTeh leh cadangkan,
1. ge merayu cara berhemah (paling berhemah) untuk dikecualikan daripada penalti atas sebab yang munasabah kepada pegawai pemaju yang berkuasa.
2. kalau rayuan tersebut gagal. rayu untuk dikurangkan jumlah penalti sebanyak mungkin.
3. kalau gagal lagi. rayu untuk dikurangkan penalti ikut pemaju berapa nak beri.
4. gagal juga. biasanya kena bayar gak kalau nak dapat kunci untuk masuk rumah secara terhormat.

sebaiknya belajar dari mereka yang telah mempunyai pengalaman ini supaya tidak terantuk baru nak terngadah!

untuk pinjaman perumahan kerajaan PakTeh leh la bantu sebab dah lebih 15 tahun dok buat kerja ne. kata orang tuu, jalan dah terbentang luas di hadapan. yang pinjam bank hanya pengalaman yang dapat diberikan. moga ada perkongsian.

Anonymous said...

ada jugak kes yg saya baca,buat aduan smpai KPKT.last2 drp 6k dia kena,dpt kurang sket lg&bank plak tlg byr 80%.dia byr dlm 1.5k kut. dia dah lega la jugak..
tp kdg2 kejar la selaju mana pun,sekali seumur idup pun,buyer ttp dikenakan dnda wpun sikit atas alasan mcm2 alasan xleh elak yg bukan sama sekali salah buyer.ramai juga buyer yg alert tau ni mmg risiko mmbeli rumah&kena bersedia.syarat SNP pun stndard,setuju x setuju kna sain gak kalau x xde la rumah sendiri..sbnrnya pak teh,negara kita mmg xde akta atau apa2 perlindungan utk buyer ke drp 'dianiaya' oleh pihak2 mcm ni..?kita mmg kena terima ketidakadilan ni smpai bila2 ke..?:(

PakTeh said...

memang benar, ada kes yang dapat diskaun bila diusahakan bersungguh2. tapi berapa ramai yang memunyai masa untuk menguruskan, kalau tinggal di KL atau selangor mungkin boleh, kalau di kawasan yang jauh dari bandar, nun diutara, nun dibarat dsb. dan yang bernasib baik aja dapat ihsan beberapa pihak termasuk pemaju. PakTeh juga kenal beberapa pemaju yang tidak kenakan penalti walau lambat bayar..tapi tak ramai yang perihatin macam ne. sebaiknya, berjaga2 dari awal supaya tidak terantuk..

isu kedua nee amat sensetif untuk diulas lanjut... PakTeh pernah terlibat didalam mesyuarat menanganai masalah ini bersama KPKT dan faham sangat kedudukan kes di malaysia nee... apa sebabnya jadi begitu, agak sukar diterima oleh setengah2 orang? maaf kerana saya tidak boleh membicarakan perkara ini secara terbuka untuk mengelakkan ianya menjadi isu (sebab PakTeh businessman yang perihatin terhadap pelanggan). juateru itu, jika sesiapa yang ingin mengetahui keputusan mesyuarat tersebut call la saya ya!. boleh kan...

dan jika saudara hendak PakTeh jawab beberapa soalan akhir tersebut pun boleh call saya. terima kasih.

Anonymous said...

salam pak teh ,

saya nak tanya ... saya beli rumah dari tahun 2007 melalui pinjaman SPPi tapi sampai sekarang saya tak dapat kunci rumah . saya selalu follow up dgn pemaju tanya pasal rumah . pemaju cakap rumah dah siap tapi da problem dgn TNB. boleh pak teh bagi pendapat kepada siapa saya nk refer problem nie ...

PakTeh said...

walaikummussalam...

aduan mengenai masalah rumah boleh dirujuk dipelbagai pihak seperti majlis, tnb sendiri, biro pengaduan awam dsb. untuk masalah rumah yang mempunyai lesen pemaju sesuai dikemukakan terus kepada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt) atau rujuk http://ehome.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm. semoga membantu.

Anonymous said...

salam pak teh,

dpt info dari ramai kawan2 mengenai bayaran yg tidak sepatutnya tu.. memang betul devlpr ni charge benda yg bukan salah buyer pun... mereka ni sebenarnya seakan berpakat utk kepentingan masing2...memang menganiaya orang... bila call bank..diorang ckp boleh check sape yg sebenarnya lambat... skrg saya tgh menunggu penjelasan sblum ambil kunci dari 3 pihak ini..bank, pemaju dn peguam... saya harap pembeli diluar sana juga peka dn tegas dlm mempertahankan hak masing2.
Hanya akta dn undang2 yg tepat dn telus shj dpt membantu kita agar tidak ditindas sesuka hati...

PakTeh said...

walaikummussalam....

terima kasih berkongsi info. berdasarkan pengalaman ada benarnya kata2 kawan saudara dan sebaik2nya sebagai pembeli harus berhati2 dan sentiasa waspada.

berdasarkan pengalaman juga, ketiga2 pihak akan lepas tangan dan tidak akan respon mengenai perkara ini kerana mereka tahu yang perlu bertanggungjawab adalah pembeli mengikut perjanjian jualbeli. kesimpulanya, perlu bayar penalti kalau mahu ambil kunci.

yang perlu adalah undang2 yang memelihara pembeli tetapi tanpa penguatkuasaan siapa lah kita sebagi pembeli? pastikan jangan terantuk baru terngadah...itu respinya waktu ini, percayalah!

Anonymous said...

Salam Pak Teh,
Saya baru bercadang hendak membeli rumah, bila lihat komen2 di atas mcm mndebarkn jer, tapi terpaksa diharung untuk mendapatkan rumah juga. Persoalan saya:
1. Yang mana lebih baik pinjaman SPPP atau SPPI? Dan apa kelebihan atau kekurangan kedua-dua pinjaman ni?
2. Antara pilihan insuran yg ditawarkan, mana yg terbaik untuk sy pilih berdasarkan pgalaman Pak TEH?
3. Boleh jelaskan flow@perjalanan proses membeli rumah ini dari mula sehingga akhir.... Mula dgn isi borang - hantar borang kat pemaju - sain perjanjian - ......?

Tq

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...
...betul perlu harung tetapi jangan tersalah harung tuan nanti tetap terngadah.

jawapan saya :
1. kedua2 pinjaman prosesnya sama pada masa ini. untuk urusan dokumen, sppp lebih mudah.
2. semua insuran adalah terbaik dan telah diluluskan oleh bnm dengan kadar istemewa. walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan bagi sesetengah panel atas strategi perniagaan. PakTeh memilih ETIQA TAKAFUL kerana berpengalaman, kukuh, terbaik dan terbukti...
3. untuk detail flow perlu personal coaching kerana lain rumah lain cara dan lain dokumennya. sesuai melalui email atau telefon.

terima kasih.

siti said...

salam.....Bagaimana prosedur utk Loan V -menyelesaikan baki htg dibank. Adakah loan hanya layak dipinjam sekadar penjelasan baki pd bank atau boleh mohon maximum, ikut kadar kelayakan semasa (nilaian harta semasa). Tolong jelaskan. T?kasih

PakTeh said...

walaikummussalam siti...
betul, layak berdasarkan pengesahan baki oleh bank dan tertakluk kepada nilaian oleh pejabat penilaian...mana yang terendah. semoga membantu.

Wanny said...

Dalam proses membeli rumah 2nd melalui ejen... Sudah bayar kepada ejen deposit 3% suddenly rumah sudah dijual kepada orang lain oleh ejen lain. Bolehkah dapat semula wang tersebut sekiranya tidak mahu lg berurusan dengan ejen tersebut setelah ejen tersebut gagal mencari unit lain untuk di beli oleh pihak saya?

PakTeh said...

wanny, sepatut boleh kerana agen gagal untuk menguruskan pembelian rumah. semoga membantu.

fixs said...

Saya adalah salah seorang pembeli yg dikenakan penalti kerana bank lambat disburse duit kepada developer. Masalah berpunca dari peguam pihak pemaju dan juga pihak pemaju sendiri yg lambat bertindak. Sy merasakan tidak adil perkara ini berlaku memandangkan ianya adalah kesalahan pihak lain.
Kemudian, rumah ini lewat siap maka pemaju akan memberikan LAD untuk kelewatan tersebut. Pemaju menyarankan penalti ini ditolak dari LAD tersebut untuk mengambil kunci tetapi tetap tidak akan memberi pelepasan terhadap penalti tersebut.
Sy masih tidak berpuashati terhadap penalti yg dikenakan dan ingin membawa kes ini kepada tribunal perumahan.
Soalan saya:
1)Pada pandangan tuan adakah sy patut menerima saranan pihak pemaju itu untuk mengambil kunci dengan menolak terus dari LAD yg diterima?
2) Adakah pihak tribunal dapat membantu dalam kes saya?
3) Adakah sy masih ada cara untuk mengelak dari membayar penalti tersebut?

PakTeh said...

ok, terima kasih kerana mendedahkan 1 kes yang real dialami sendiri dan sebenarnya ramai yang mengalami situasi yang sama.

panadangan PakTeh :
1. perkara ini tergantug kepada gerak hati sendiri iaitu nak masuk rumah cepat atau sanggup menunggu tempoh tertentu sehingga kes selesai. dilema ini yang sering menghnatui ramai pembeli kerana jika ditunggupun kurang pasti akan kemenangannya. hanya mereka yang begitu yakin dapat membantu tuan secara terus yang dapat memberi jawapan.
2. insyaAllah boleh jika ada kes atau bukti atas kesilapan pemaju. kesilapan tersebut perlu dibuktikan dengan fakta. sebagai contoh, ada kes tuntutan lewat diterima disebabkan tuntutan tersebut telah diperap lama dgn sengaja tetapi pemaju dapat membuktikan dengan rekod bahawa surat tuntutan tersebut telah dihantar awal dengan berdaftar lagi. di sini berlaku kes tetapi tidak dapat dibuktikan dengan fakta.
3. berdasarkan pengalaman peribadi, perjanjian jualbeli telah dipersetujui oleh pembeli dihadapan peguam mengenai sebarang kelewatan perlu dikenakan penalti (kecuali atas alasan yg dinyatakan). cara yang selalu diamalkan adalah merayu dengan sebaik mungkin untuk dikecualikan, jika x berjaya mohon dikurangkan dengan alasan yang munasabah serta dgn cara paling berhemah kerana senjata (kunci rumah) ada ditangan mereka. semoga dimudahkan urusan tuan.

Anonymous said...

salam PakTeh...mula2nya rasa gembira dah cari rumah & akan sign S&P minggu depan guna loan kerajaan. tapi lepas baca psl denda lewat ni mcm ngeri pulak.ada yg sampai ribuan rm. kebanyakan post yg sy baca, denda lewat ni bukan punca pembeli sendiri tapi majoriti dari pemaju/peguam lambat hantar surat dan kemudian bank/bpp lambat proses bayaran.senarai semak utk elak denda lewat yg dikeluarkan tak in detail sangat...

tambahan pasal pinjaman ni saya tak ada pengalaman, nak tanya kawan pun tak banyak yg beli rumah. harap PakTeh dpt beri nasihat & tunjuk ajar

utk elak semua tu, kita kena follow up/buat pemantauan dgn pemaju? mcm mana kita nak tau kalau bank/BPP belum buat bayaran? mcm mana nak tau bila pemaju dah keluarkan surat tuntutan kepada bank/BPP jika tak bayar? kena check bulan2 dgn bank atau BPP atau pemaju? kalau kita kesan bank/BPP belum buat bayaran, bolekah pembeli buat bayaran terus tanpa menunggu bank/BPP dan follow up dengan bank/BPP kemudian? sbb i lihat denda lewat tu mcm kira hari ke hari, makin lama makin banyak

atau ada cara lain kah untuk elak/pantau semua tu yg PakTeh bole rekomenkan.....
terima kasih

PakTeh said...

walaikummussalam...

1. tidak perlu ngeri tetapi hanya perlu berhati dan faham urusan pembelian serta pinjaman supaya tidak terantuk.
2. memang kebanyakan kelewatan disebabkan oleh pihak lain. justeru itu, kefahaman mengenai urusan dan cara menangani adalah perlu diketahui lebih awal.
3. betul, penalti dikenakan berdasarkan hari ke hari.
4. untuk elak penalti :
i) perlu tahu step a to z bagi mumudahkan pemantauan.
ii) jika step pemaju maka perlu panatau pemaju dan juga seterusnya.
iii) jika ada wang dan pemaju telah buat tuntutan, boleh dahulukan duit sendiri untuk elak penalti tetapi bayaran sebaiknya melalui peguam.
5. jika sukar untuk pantau di bpp, PakTeh ada menyediakan perkhidmatan menguruskannya dari a to z.
...semoga ada perkongsian.

sarah said...

Salam...

Saya baru dalam proses pembelian rumah... baru booked rumah tersebut... saya penjawat awam yg belum disahkan dlm perkhidmatan... jadi terpaksa buat pinjaman perumahan dengan bank... jika setahun kemudian saya disahkan dlm perkhidmatan, dan saya nak bayar balik loan tersebut guna loan goverment... (1)agak2 berapa penalti yang saya kena bayar pd bank? (maaf keluar topik sikit)

Lagi... (2)boleh tak jika saya minta pemaju dan bank terangkan secara terperinci berkenaan perjanjian jual beli rumah tersebut termasuk la segala penalti atau hal-hal yang lain...?

(3)boleh ke beli rumah n bayar guna loan bank tapi tak perlu bayar deposit rumah tersebut terlebih dahulu? sbb sy dijanjikan begitu... sedangkan rata2 rakan saya cakap memang kena bayar.

sebenarnya dah banyak yang saya baca tapi masih tak faham2 juga... pemaju cakap semua mereka yang uruskan... tapi nanti tak pasal2 jd macam2 pula... saya belum sempat berjumpa dengan pemaju selepas buat penempahan rumah tu dan saya masih belum membuat apa2 pinjaman...

harap dapat beri panduan pada saya sebab saya sangat risau dan tertekan...

Anonymous said...

asmkum pak teh..

1) saya ada membeli rumah daripada pemaju pada 2010...mengikut A.R berdaftar pd 14 Sep 2010 yang dihantar pemaju kepada saya perlu membayar 10% dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat sedangkan semua urusan pinjaman diuruskan oleh pemaju dengan pihak kerajaan. Masalahnya sekarang BPP hanya mengeluarkan bayaran 10% kepada pemaju pada 15 Mac 2011...Soalannya: adakah saya akan dikenakan denda lewat oleh pemaju, walaupun sebelum pemaju memaklumkan kepada saya tidak perlu bayar 10% tersebut.

2) Mengikut S&P pemaju perlu menyerahkan pemilikan kosong pada 12 Julai 2012 (24 bulan slp perjanjian) kepada saya. Sekarang pemaju juga telah melanggar perjanjian dan rumah saya gagal disiap dan mungkin mengambil lebih masa utk disiap. Soalannya, adakah pemaju perlu membayar LDP ( Late Delivery Payment )kpd saya..adakah LDP dikira bermula 13 julai 2012 sehingga penyerahan pemilikan kosong...

3) Terima Kasih, sekiranya Pak Teh sudi menjelaskan...

yusfi said...

Salam. Saya pon rgh tunggu nak dapatkan kunci rumah sekarang. Tapi maklumat terkini saya dapat tahu sesiapa yg ambil insurans dari takaful Malaysia, 40% caj lewat bayar akan ditanggung. Sebab tu pemaju selalu senang2 akan bg diskaun sampai 30-40%. Padahal memang dah diskaun dr takaful pon. Perkara ini dimaklumkan oleh staf pemaju sendiri.apabila ditanya mereka terkejut macam mana maklumat ini diketahui.. Dari rm2700 kawan saya cuma bayar rm300 ja. Yang sedihnya staf yg maklumkan hal ini bukannya Muslim pon, staf muslim pulak yang nak tipu kita. InsyaAllah saya akan guna skill yg sama time ambil kunci nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum pakteh.
Saya membeli rumah second hand leasehold menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. baru baru ini saya telah mendapat surat daripada ejen penjual yang telah mengenakan interest late payment sebanyak rm 2000 kerana BPP sehingga kini masih belum membayar kepada mereka.ini disebabkan rate 8% dari baki jualan telah dikenakan kerana melebihi 3 bulan. adakah cara untuk saya elak daripada bayar denda tersebut atau membuat permohonan melalui BPP atau ejen penjual.Adakah BPP boleh dipertanggungjawabkan di atas kesalahan tersebut?mohon penjelasan.

Unknown said...

Salam pakteh saya ade soalan simple je harap blh bantu saya..saya dh dipanggil pmaju untuk ambik kunci rumah.tapi saya check dekat bpp duit hanya turun 80%sahaja.tapi pmaju tidakla kate kena bayar masa ambil kunci.sekiranya saya telah ambil kunci dan bayaran lagi 20% itu lambat trun kpd pmaju.adakah saya akan ade efect ape2.saya ni jenis berhati hati.minta pandangan tuan tanah pakteh jelaskan

Anonymous said...

Pak Teh saya pun baru jadi mangsa ni. Saya apply loan pinjaman perumahan. Kelulusan lapse 5 bulan daripada tarikh dateline SnP. Lepas sign SnP dulu, pemaju mmg ada keluarkan surat minta buat bayaran dalam masa 90 hari. Lepas dapat surat tu terus saya call pemaju untuk maklumkan yang saya dah hantar permohonan ke Bhgn Pinjaman Perumahan.

Dia kata ok dan jangan risau pemaju tidak akan kenakan penalti dalam projek ni. So surat tu boleh diabaikan. Tup tup baru ni dapat surat kena bayar 4 ribu lebih. Skrg saya tgh buat rayuan untuk waive. Entah lah dapat ke tidak.


Betul cakap pakteh, jangan percaya cakap sesiapa. yang penting faham betul2 isi kandungan SnP dan mesti ambil berat setiap proses sehingga selesai.

Anonymous said...

salam... saya cuma nak berkongsi pengalaman. saya baru je ambil kunci rumah baru tadi petang. saya kene interest untuk kunci RM4350.saya dapat tahu mengenai bayaran ni apabila saya menghubungi pihak pemaju tiga hari yang lepas. interest ni merupakan kesilapan bank sebab lambat buat bayaran pada pemaju. jadinya, saya dijadikan mangsa. tapi saya tak jadi pak turut. saya call pemaju. saya buat surat tidak puas hati dan hantar kepada pengurus besar pemaju mengenai interest tersebut. alhamdulillah Allah nak bantu saya. dalam masa tiga hari je interest saya terus dikurangkan kepada RM729.. harap kepada rakan2 yang lain, jika bayaran interest agak tinggi dan tak masuk akal, kita ikhtiar lah sesuatu. jangan main terus bayar je.. hangit poket kita nanti...

Anonymous said...

Salam. Boleh ke saudara/saudari kongsikan surat tersebut? Saya kene byr hampir rm4k utk amik kunci. Boleh send contoh surat tu ke addrick(at)hotmail(dot)com. TQ!

Unknown said...

slm pak teh..saya nak tnye beberapa soalan..saya ada buat pinjaman prumahan dgn bank.Lettter offer dh sign dan stamping.Tetiba pegawai bank tu call saya ckp loan saya ada masalh. Katanya ptutnya loan saya hanya dapat 80% dr harga rumah..diorg dah salah kira, dan tersalah bagi loan 90%.
Bank minta saya untuk kecualikan insurans dr jumlah loan yang saya dpt.Means, sy kene byr sendiri MRTA, Sebelum ni, insurans termasuk dlm loan. Saya tak setuju dan teruskan loan seperti asal tanpa buat ape2 pindaan.
skrg ni pihak bank minta saya tunjukkan bukti saya boleh bayar deposit sebanyak RM 70K, iaitu 20% dari harga rumah.
say tak faham kenapa saya kene tunjuk bukti untuk byr 20% deposit..sedangkansepatutnya 10% shaja..'
adakah sesuatu yang berselindung?
apa yang perlu saya buat.
Harap dapat membantu..

BakalJenazah said...

Salam semua...saya pun dah terkene penalti dari pemaju, katanya bank lwt la, itu la ini la..mohon sesiapa yg bermurah hati bantu saya buat surat rayuan pengecualian atau pengurangan tu ye.. boleh email kn ke ainnul_87@yahoo.com ..tQ

ALIZAMOT said...

Salam Pak Teh…..baru2 ni saya dikenakan penalti 8 hari lewat dari pemaju sebanyak RM 539.18 . Setelah disiasat bersama peguam mengikut kronologi tarikh2 tertentu, terdapat kesilapan ejaan nama PENAMA KEDUA pada geran sehingga memaksa pihak peguam mengembalikan semula ke pejabat tanah negeri dan menunggu 2 minggu lagi untuk menerima kembali geran tersebut . Soalan saya , sekiranya saya mengemukakan surat ketidakpuasan hati terhadap penalti tersebut, agak2 Pak Teh……ada harapan untuk tidak dikenakan penalti/dikurangkan penalti tak?

Unknown said...

Salam Pak Teh...saya pun menghadapi masalah yg sama...dikenakan penalti lewat yg bkn disebabkan kesalahan kita. Mohon sape2 yg ada contoh surat utk waive penalty tu share...blhh emailkan ke redzism@yahoo.com ...terima kasih berbanyak

Unknown said...

Saya juga dikenakan interest oleh pihak pemaju. Mohon sape2 yg ada contoh surat utk waive penalty tu share...blhh emailkan ke nor_azliani@yahoo.com ...terima kasih berbanyak

Anonymous said...

salam pak teh...sy dah kena denda ngan pemaju..late payment..10k...la ni mana nak cekau..adoi..masa beli dulu kami duk sarawak...bila tanya pemaju depa kata xdak masalah walaupun duk jauh...perumahan dikedah..fuh...boleh ka kalau kami nak jual rumah tu kat pemaju balik.@ pon mintak pemaju cr buyer lain...kira kami rugi bayar kat peguam pon x pa la...dah rasa sui..

Anonymous said...

reply kat email sy pon xpa..putraa_safa@yahoo.com

Anonymous said...

isteri saya baru membeli rumah dah sekarang ada di peringkat akhir menunggu bayaran daripada BPP ke pemaju PKNS Bangi. PKNS telah menghantar surat kepada BPP/pembeli/lawyer untuk bayaran baki dalam tempoh 21 hari bekerja. Masalah sekarang bila isteri saya rujuk BPP, jawapan yang BPP bagi adalah sistem bayaran tergendala dan semua bayaran tidak boleh dibuat sehingga diberitahu kemudian (status ini juga diupload di FB BPP).
Jadi adakah isteri saya berkemungkinan besar akan dikenekan denda lewat daripada PKNS ini.
Isteri saya telah rujuk lawyer yg bertanggungjawab berkaitan pembelian rumah ini & dia cakap jangan risau semua akan OK.

Anonymous said...

Saya juga dikenakan interest oleh pihak pemaju. Mohon sape2 yg ada contoh surat utk waive penalty tu share...blh emailkan ke piyan_r3@yahoo.com ...terima kasih berbanyak

Unknown said...

Salam semua. Saya juga telah dikenakan penalti oleh pemaju di sebabkan kegagalan bank membayar pada pemaju. Ini sememangnya berpunca daripada salah orang lain. Tapi pembeli yang terpaksa tanggung. Jadi, mohon bantuan pada sesiapa, yang boleh kongsikan contoh surat waive penalty pada saya. Boleh emailkan pada haffizuliskandar@gmail.com. Terima kasih tidak terhingga pada yang membantu.

Anonymous said...

saya pun kena LDP oleh pemaju kena 5k rasa macam nak demam saja,tapi pemaju kata boleh buat surat rayuan erm mintak tolong sapa ada contoh surat nak waive penalty tu!Kalau boleh nak surat yang power2 punya sekali baca dia terus cancel penalty tu :) Boleh emailkan ke nagabogol@gmail.com terima kasih pada yang sudi membantu saya yang tidak bersalah ini.

Anonymous said...

salam pak teh...
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai isu pembelian rumah ini...sy nak minta pandangan, saya ada membeli rumah melalui perbendaharaan pada tahun 2012..genap bulan ke 25, gaji saya telah dipotong tetapi kunci rumah masih belum saya terima...pemaju enggan memberikan kunci rumah dengan alasan perbendaharaan baru membayar sebanyak 50% daripada harga pinjaman ..bolehkah saya memohon penalti keatas pemaju memandangkan gaji saya telah pun dipotong?

MOHD HASRIL AZIDI BIN MAHAMAD HASHIM said...

Salam tuan..bleh antar contoh surat untuk elak dri penalti pemaju..harap sgt2..bnyk kena penalti nie..rse nak pengsan..nie emel
m_hasrilazidi@yahoo.com
Tq tuan sudi membantu.

MOHD HASRIL AZIDI BIN MAHAMAD HASHIM said...

Salam tuan2 puan2
Sapa pernah buat surat elak penalti
Mohon share..
m_hasrilazidi@yahoo.com
Semoga allah balas jasa anda semua

Unknown said...

sy br terima surat dr pmaju yg mngatakan kami kn interest. bila kami jmpa pemaju dia kt sbb dokumen lmbt. kami percaya dokumen lmbt krn slh peguam sbb 2x direject perbendaharaan (kali pertama ada dokumen peguam lupa cop, kali kedua dia lupa enclose slip gaji terkini. dari januari sy hntr borg, pertengahan mac br dpt surat klulusan. bila kami minta peguam tanggung interest tsbt dia kt kami xfhm sbb kami pembeli rumah pertama. pd pendapat pak teh apa yg ptut kami lakukan?

Unknown said...

Halo, nama saya Laima, saya adalah korban di tangan kreditur penipuan saya telah ditipu 27 juta, karena saya butuh modal besar dari 140 juta, saya hampir mati, tidak ada makanan untuk anak-anak saya, bisnis saya adalah hancur dalam proses saya kehilangan hubsand saya. Saya dan anak-anak saya tidak tahan lagi. semua ini terjadi Januari 2015, tidak sampai saya bertemu dengan seorang teman yang memperkenalkan saya kepada ibu ibu yang baik Alexandra yang akhirnya membantu saya mendapatkan mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati Anda , saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu semua orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan kontak pinjaman dijamin ibu yang baik Alexandra melalui email perusahaan. alexandraestherloanltd@gmail.com
atau alexandraestherfastservice@cash4u.com,
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; laimajelena@gmail.com untuk setiap informasi yang Anda perlu tahu, silakan dia adalah satu-satunya orang yang dapat diandalkan dan dapat dipercaya.
Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya baru shj dikenakan denda lewat oleh pihak pemaju. Jika ada mohon kongsikan contoh surat rayuan pengurangan denda lewat tu atau surat elak penalti. Bole emelkan pada saya muhdkamal87@gmail.com
Semoga jasa baik tuan dibalas Allah..
Terima kasih.

ina ishak said...

Assalamualaikum,

Saya baru apply loan pada bulan september lepas dan sekarang struggle untuk pengeluaran bayaran daripada BPP plak. Alhamdulillah macam smooth walaupun ada banyak masalah. Dah 3 kali berulang alik dari penang ke putrajaya, dari hantar borang seterusnya ambil surat kelulusan dan terakhir ambil borang cagaran kat Putrajaya tu. Tiap2 hari memang follow up dengan bpp, call, hantar email tak berenti sampai pegawai tu rasanya dah kenal saya kot. Kena follow up dengan diorang sampai muntah,hehehe.. Sekarang pun nk prepare surat waiver tu, tak tau apa nasib otw nk tunggu bayaran ni.

Anonymous said...

Asmkm semua. Saya telah juga dikenakan panelty rm13200 oleh pemaju. Loan bank muamalat. Ini rumah pertama . Panel Lawyer pemaju yang lembab n bank yang servis after sales yg sgt teruk. Suma lepas tgn. Masa dh start panelty both xde inform apa2 dgn saya. After pemaju call baru saya tahu. Saya bising2 jgk dgn lawyer n bank. Pegi cna pegi cni minta advise. Buat surat tu pemaju. Pemaju kurangkn rm6000 ! huhh sbb mmg they notice bukan salah my side. Sbb tu bole bg kurang suka2.. n time byr last week muamalat pulak call kata INSURANCE i loading atas faktor kesihtn suami n kena byr rm12k !! Sign loan bulan dis 2014, baru skg ckp kena loadng rm12k. Mmg la tahap babun dorang ni.
I dh kuar cash dwpymnt rm25k. Lawyer fee 5k . Nk kena byr panelty rm6k pastu suh byr lg insr rm12 !!
I said i xmampu n xde cash byk camtu.. itu blom cukai pintu n so on n duit reno masuk rumah lg..
I bgtau lawyer i nk withdraw sbb xmampu. Tp she said xbole sbb geran dh tukar nama.. if i wthdraw depo burn+panelty interest +bla2 = rm36 kena byr..
I really stuck n pening skg ni.. nk bawa tribunal sure xmenang sbb tribunql jst fight yg dlm snp bodoh tu aje.. kes2 mcm ni nk buat aduan kt mn yer? ???
rasa menyesal beli rumah ni.. saving abis mcmtu ajer.. n bole i bole jd keberhutangan yg serius if i truskn beli this house... :'((((((

Anonymous said...

Dan advise sy pd new buyer yg blom sign snp. Jgn guna panel lawyer pemaju. They r making money on charged panelty on buyer . Lawyer buat2 lembab.. so at the end panelty kita byr !
If 1 org panelty rm5ooo .. satu tmn hmpir semua kena panelty..so BRP RATUS RIBU PEMAJU AKN DPT !!

ape guna paneltu tu sdgkn financer still disbust full pymnt kt pemaju.. dorang xrugi pun !!

Bank loan try a few n tgk yg termurah instmnt n flexi pymnt lg bagus. I dh kena baru study n now baru xbuta pasal beli rumah. Insurnce yg bank cadang tu mrta try compare dgn mlta insurance. Some said mlta is better..

Doakn process dptkn uma i ni bejaya.. dh trauma n stress n not happy anymore bila ckp pasal uma..

Siti munirah said...

Bru jr kna pnalti 7ribu...jpe pmju dpn2,mrayu,dpt kurg..byr rm5ribu ...still byk bg sy.huhu....byr 4ribu dl,lg sribu dia suh byr scara ansuran dlm tmpoh ms 2bln

Unknown said...

Salam pak teh mcm mana ye nka uruskan atau cara2 nak buat pengurangan penalty tu..saya loan kerajaan...kena penalty rm 5k.
Nizam_8481@yahoo.com

Unknown said...

Salam pakteh, mcm mana nak kurangkan penalty utk gov loan..sy kena penalty dekat 5k guna loan kerajaan
yusniramohdadnan@gmail.com

WanRedRoz said...

Assalaamualaikum Pakteh..Saya mmg mengikutii Blog Pakteh sejak sebelum berniat nak beli rumah sampai dah nak dapat kunci rumah. Masalahnya dah kena late payment plak sbb BPP lambat bt paymen..bantu sy Pakteh macm mana nak kurangkan denda ni yang dekat 5k plk tu.. Boleh ke tuntut LAD kalau Pemaju janji Rumah siap Bulan Dec 2015 tapi Mac 2016 baru dapat Kunci/CCC sedangkan S&P ditandantangani belum 24bln iaitu April 2015? Apakah boleh dirayu kerna kelewatan berlaku semasa proses tandatangan Aggrement S&P Peguam yang dilantik Pemaju tersalah satu dokumen yang menyebabkan BPP tendang balik Agreement tersebut?

WanRedRoz said...

Please Email Saya Pakteh redz_one85@yahoo.com.my

shirleylin said...

Pls email me shirley1472@gmail.com as im facing d same problem babove

Unknown said...

Ina blh bantu sy tak..sy pyer doc mash bhgn cagaran skrg...pemaju dah ugut nak kenakan penalti pd sy.blh email sy tak ima5441@gmail.com

Unknown said...

Ina blh bantu sy tak..sy pyer doc mash bhgn cagaran skrg...pemaju dah ugut nak kenakan penalti pd sy.blh email sy tak ima5441@gmail.com

Unknown said...

Pls email me cherjlf8284@gmail.com as im facing d same problem above already late 5 month

HijauDaun said...

pls email me fekriazizi22@yahoo.com...thanks a lot...

Sarah said...

itu bermakna bank dh serap 10% yg dia dh tersalah bagi pd awak ke dlm deposit. td nya loan awak bank kata cuma dpt 80% aje tp dh salah kira dan terbagi 90%. deposit yg perlu dibayar sebelumnya cuma 10% tp sekarang dh jd 20% sebab bank tambah 10% dr loan yg dh tersalah bg tu. bank pun pandai jg pusing2.

Unknown said...

please emel saya juga ye airiswalldeco2012@gmail.com

Mamu said...

Maaf tuan, boleh hantarkn contoh surat x Husainimanaf89@yahoo.com

Unknown said...

Adoiii sedihnya dgr cite u..i lg la..batal s&p pn derang nk kne kn late charge..gile babun..da la kne bayar lawyer rse dekat rm10k..ni developer plak..rumah xdpt..sedih btl hidup..

amirul said...

Salam tuan boleh hantar kan surat contoh tu x... amirulfasabillah92@gmail.com

amirul said...

Apa nama pemaju

neo said...

Salam tn. Boleh share pengalaman tuan dgn saya.. terimah kasih

Post a Comment