Dapatkan pandangan PakTeh..!

Friday, June 26, 2015

Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Cara PakTeh

As Salam dan Selamat Berpuasa semua. Dah rancang nak balik raya mana tahun ini? Yang penting RM500 telah diberi oleh Kerajaan sebagai hadiah raya dan seterusnya menerima gaji lebih awal pada 09 Julai 2015 nanti....seronoknya Alhamdullilah. PakTeh tumpang gembira....

Ramai yang bertanyakan mengenai kelayakan pinjaman rumah kerajaan. Untuk jelaskan memang agak teknikal sikit...tapi tak lah complicated sangat. Justeru PakTeh buat ringkasannya di sini, semoga boleh membantu. Untuk makluman, PakTeh dimaklumkan oleh ramai peminjam bahawa BPP telah melaksanakan peraturan baru mulai 01 April 2015 iaitu "Jumlah keseluruhan potongan di dalam slip gaji termasuk potongan rumah tidak boleh melebihi 60% daripada Gaji Kasar". Ini bermakna penjelasan yang PakTeh nyatakan di post bertajuk "Isu Potongan Gaji Melebihi 60%...."  perlu dibaca bersama dengan peraturan baru ini.


Sehubungan itu, untuk mengira anggaran kelayakan pinjaman perlu melalui 3 langkah :
  1. Langkah 1 : Kelayakan berdasarkan Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya, lihat Gaji Pokok/Hakiki di dalam slip gaji dan rujuk jadual kelayakan di sini. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00, kelayakan adalah RM350,000.00.
  2. Langkah 2 : Ansuran bulanan Pinjaman Perumahan Tidak Boleh Melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 maka sila buat perkiraan dengan memastikan ansuran bulanan tidak melebihi RM1,530.00 sebulan (2550 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas.
  3. Langkah 3 : Semua potongan di dalam slip gaji tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini juga. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 dicampur semua elaun tetap RM750.00 = RM3,300.00. maka sila buat perkiraan dengan memastikan semua potongan termasuk ansuran bulanan Pinjaman Perumahan tidak melebihi RM1,980.00 sebulan (3300 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas juga. 
Berdasarkan keputusan 3 Langkah di atas, pilih mana yang TERENDAH...itu adalah anggaran kelayakan maksima pinjaman perumahan saudara. Selamat mencuba...!

(NOTA : Bermula 1 Januari 2017, pengiraan kelayakan jadi lebih mudah iaitu sekurang-kurangnya di slip gaji berbaki RM200 setelah dipotongan loan rumah. Sehubungan itu, semua langkah di atas terbatal)

47 comments:

fazdli said...

salam pak teh
potongan ni tak termasuk yg diluar slip gaji kan?
ikutkan mmg dah lepas dah.
tp kalau nak kukuhkan lg pendapatan luar yg dpt dr luar slip gaji ada caranye tak?
bkn ape,sy risau duit deposit hangus kalau loan x lulus.
saya dah book dr oct thn lepas n skrg tgh tggu cf, developer pon ckp boleh apply loan lepas dpt cf. jd skrg sy dah terumbangambing nak teruskan or cancel. kalo cancel booking 3k mmg hanguslah. kalau teruskan, kalau loan xlulus deposit 35k pon akan hangus jugak.
minta pencerahan

Munirah Othman said...

Salam pak teh..potongan yg xmelebihi 60% tu termasuk anggaran installment loan yg akan dimohon ke?ataupun setakat semasa skrg?

Anonymous said...

salam. jika guru yang akan bersara 3 tahun lagi. unur dah 55, gaji pokoknya RM3,300 dan pencennya hanya RM900 (kerana tahun berkhidmat hanya 12 tahun, pencen tak banyak). boleh pinjam juga ke? dan berapa amaunnya boleh pinjam?

Anonymous said...

Salam PakTeh, jumlah potongan tidak melebihi 60% dlm slip gaji - adakah hanya potongan pinjaman yg dipaparkan di slip gaji saja diambilkira? pinjaman yang tidak dipaparkan di dalam slip gaji diambilkira juga tak?

PakTeh said...

fadzli : walaikummussalam, luar slip x termasuk...jika patuhi semua syarat in shaa Allah lulus.
munirah : walaikummussalam, termasuk anggaran loan bpp.
anonymous 27 june : walaikummussalam, boleh in shaa Allah....perlu kira rujuk Langkah di atas.
anoym ous 28 june : walaikummussalam, tepat in shaa Allah.

Anonymous said...

salam pak teh.sy norazah.kalau loan telah lulus & potongan selepas tolak ansuran rumah nnti lebih 60% tiada apa2 masalah or efek dgn loan kan?

PakTeh said...

anonymous : walaikummussalam, yang telah lulus sebelum ini tiada efek kecuali ketua jabatan masing-masing yang merasa ianya boleh mengakibatkan keberhutangan berat.

Anonymous said...

Assalamualaikum pakteh...knp saya apply loan kerajaan ni tak keluar amaun kelayakan?

Muhd Hafiz said...

Assalam pak teh, pemohonan rumah saya telah lulus. yg musykilkan saya adalah kos guaman & sebagainya. Harga rumah RM340K +- dengan takaful & sumbangan sendiri = RM360k. Berapa kos guaman yg yg dikenakan yer?

NOR SURIA said...

as salam pak teh..

Saya ingin bertanya betul ke utk permohonan pinjaman perumahan di waktu ini di benarkan wpun tanpa pecah lot tanah terlebih dahulu asalkan tanah itu tidak berstatus tanah pertanian

PakTeh said...

hafiz : walaikummussalam, boleh rujuk di http://loankerajaan.blogspot.com/2011/12/persiapan-awal-dan-budgetuntuk-membeli.html

suria : walaikummussalam, tidak benar bagi kes bina rumah dan/atau beli tanah. tQ

IERA KHASIERA said...

Salam. Pak Teh, bagaimana dengan pinjaman perumahan bersama (suami & isteri). Adakah cara pengiraan pun sama? Potongan gaji suami & potongan gaji isteri tidak melebihi 60%?

PakTeh said...

iera : walaikummussalam, sama in shaa Allah dgn kira cara berasingan...bukan dgn gabungkan gaji. tQ

Anonymous said...

Salam pak teh.. Soalan saya.. Jika potongan tabung haji ada tercatat dlm slip gaji.. Adakah ia memberi kesan kepada kelayakan pinjaman ?

Anonymous said...

salam pak teh, saya nak tanya, saya dah kira saya layak bayar rumah maksimun 1445, means yang saya boleh pinjam dalam 300k, rumah yang nak beli harge 350k, kalau saya ade duit sendri wat baya 50k tu, agak2 ada apa2 masalah tak loan 300k ni nak lepas? terima kasih pak teh. - arif-

PakTeh said...

anonymous 29/07 : walaikummussalam...semua potongan yang di dalam slip gaji di ambil kira.

anonymous 30/07 : walaikummussalam...in shaa Allah tiada masalah. PakTeh cadangkan mohon aja jumlah penuh dan biarkan bpp putuskan luluskan seberapa maksima. tQ

Anonymous said...

assalammualaikum pak teh..
sy nk tya blh ke penjawat awam beli rumah lelong?

Anonymous said...

Pak teh,loan dh apply online,dokumen dh hntr,brp lm tunggu kelulusan

Fakhrul Razzie said...

Asalamualaikum pak teh.. Sy nk tanya, boleh ke kalo kita nk buat full loan utk belu rumah sub sale? Sbb nk sediakan deposit 10% tu mcm byk sgt.. Sy bercdg nk beli rumah harga rm400k.. Nk combined loan dgn isteri..apa prosedur yg perlu sy buat?

Ngah Ahmad said...

Assalamualikum pak teh, sy ingin bertanya tentang langkah di atas tu.. klu ikutkan skala kelayakan ikut gaji kasar saya layak shingga 260k. namun begitu sy mempunyai prsonal loan yang mngakibatkan gaji saya kini 1k. sy ingin buat loan kerajaan ini bertujuan untuk membeli tanah dan layak hy sehingga 130k shja... bgaiaman perkiraannya, klu ikutkan loan sdia ada..layak ke tidak...

Anonymous said...

assalamualaikum... pak teh... saya ingin bertanya pendapat.. saya baca di ruangan soalan lazim di laman web bahagian pinjaman perumahan (http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/soalan-lazim/memohon-pinjaman/pinjaman-pertama) tentang potongan bayaran 60% ni.. soalan dan jawapannya macam ni :
Soalan:

Saya adalah kakitangan kerajaan dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Saya memilih skim pencen. Semasa saya hendak membuat pinjaman perumahan saya dapati jumlah keseluruhan potongan termasuk caruman KWSP dan bayaran balik pinjaman rumah adalah melebihi 64%. Sekiranya potongan EPF diberhentikan, jumlah keseluruhan termasuk bayaran rumah yang akan dipotong adalah 52%. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman perumahan dimana caruman KWSP masih berjalan.


Jawapan:

Potongan bayaran balik pinjaman perumahan 60% adalah berdasarkan gaji hakiki semasa tanpa mengambil kira potongan lain. Walaubagaimanapun baki gaji bersih boleh menampung bayaran balik pinjaman.

Pada pemahaman saya, apa yang diterangkan di jawapan di atas adalah potongan 60% itu adalah berdasarkan gaji hakiki tanpa mengira apa jua potongan asalkan gaji bersih cukup untuk menampung jumlah potongan pinjaman perumahan itu..

pakteh ada menerangkan yang 60% ini termasuk semua potongan yg terdapat dalam slip gaji..boleh tak pakteh beri lebih penjelasan kerana saya agak kurang faham dengan jumlah potongan 60% ini..

PakTeh said...

ngah ahmad : walaikummussalam. perlu ikut 3 langkah yag dijelaskan di atas.

anonymous : betul, peraturan yang dinyatakan adalah sebegitu tetapi amalannya seperti yang diterangkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum pak teh... sya nak tanya tentang pinjaman perumahan kerajaan, beli tanah dengan tujuan bina rumah. Berapa ekar tanah yg boleh lulus jika guna loan ini? Sebab sya nak beli tanah pakcik sya utk tujuan bina rumah tetapi dlm geran tanah itu ada 10 ekar. Adakah loan itu bole lulus jika mohon guna geran tanah yg 10ekar tu? Mohon nasihat pak teh.

Amira Tamril said...

Asssalamualaikum pak teh.

dlm payslip
gaji pokok : 1876
potongan : 1494
umur 27 tahun.

layak ke sy nak buat permohonan rumah kerajaan ni.. sbb sy kira potongan sy dah melibihi 60% dr gaji pokok. potongan tu blm masuk potongn bulanan nak byar pinjaman perumahan. kalo layal berapa yg sy blh pinjam.

Anonymous said...

Assalammualaikun Pak Teh.

Saya bercadang untuk mengambil gov loan bagi pembelian condominium yang tidak mempunyai strata title. Saya akan menjadi owner ketiga.

Adakah gov akan meluluskan permohonan saya ini? Jika diluluskan, berapa jangka masa sehingga full settlement dapat dibuat (bayaran penuh dibuat kepada penjual)?

wan said...

as salam Pak teh,sy dlm senarai Akpk,boleh ke nk beli rumah gunakan loan kerajaan

hans86 said...

Assalm pak teh...di sini sy ingin bertanya apakah jika rumah pertama saya ingin beli menggunakan loan bank kemudian diluluskan...dalam masa yang sama selepas itu sy ingin membeli rumah yang lain menggunakan pinjaman kerajaan..adakah bank dapat detect pinjaman kerajaan sy ataupun adakah kerajaan dapat tahu sy membeli rumah lagi dengan loan bank...di harap dapat membantu kemusykilan sy ini untuk rujukan..terima kasih

mohd fikri said...

salam pak teh... sy nk tanya gaji kasar sy sbyk rm2119.83. gaji bersih saya dalam rm1000. layakkah sya membuat pinjaman perumahan dan berapa kelayakan yg sy dapat?

Anonymous said...

Salam Pak teh, saya nak tanya kalu saya buat pinjaman perumahan kerajaan gabungan saya dan suami blh tak? saya kerja kerjaan, suami saya kerja swasta. mohon pencerahan, tq.

gajetsekolah@yahoo.com said...

As Salam Pak Teh ... Dulu pada tahun 2002 saya beli rumah teres berharga rm77,000 melalui loan kerajaan dgn bayaran bulanan rm407. Setelah bebarapa tahun terbengkalai hari ini disambung semula. Saya semak baki pinjaman perumahan kerajaan cuma tinggal ialah rm15k. Progress buat rumah tu telah siap 65% sejak terbengkalai. Sekarang tinggal 35% saja lagi kerajaan kena bayar kpd pemaju. Soalannya, adakah baki rm15k yg saya nak langsaikan itu adalah harga keseluruhan rumah itu ATAUPUN setakat progress 65%. Harap Pak Teh dapat membantu

PakTeh said...

anonymous 1 sept : rujuk http://loankerajaan.blogspot.my/2014/12/siri-2-beli-tanah-dan-bina-rumah-beli.html
amira : walaikummussalam...ikut step di atas. x jelas cal/whatsapp PakTeh.
anonymous 13 sept : walaikummussalam...syarat tidak membenarkan.
wan : walaikummussalam...in shaa Allah boleh.
hans88 : walaikummussalam...boleh jika mereka nak tahu.

PakTeh said...

mohd fikri : walaikummussalam...kira ikut step yg diberikan.
anonymous 11 dec : walaikummussalam...boleh jika bank setuju second charge.
gajetsekolah : walaikummussalam...nilai keseluruhan jika tidak pernah memohon pindaan kelulusan.

Anonymous said...

No whatsapp pak teh ape ye?

Wan Noridah said...

Salam pak teh..nak ty..kalu sy ada kmitmen yg x nmpk d payslip,layak x sy nk mohon rmh harga 350k..gj hakiki sy 4k dan ptongn dlm payslip rm900..rmh yu jgka siap bulan 4 2016

Anonymous said...

Salam pak teh..blh tolong kirakan utk saya?

Gaji pokok 1124.90
Gaji keseluruhan 1549.90
Potongan 877.15
Berapa jumlah yg layak utk saya?
Terima kasih pak teh.

dilla delaila said...

Assalam...

Boleh ke kirakan kelayakan pinjaman perumahan saya dan berapa yg saya layak.

Gaji : RM 1796.82
Elaun : RM 750.00
Jumlah : RM 2511.82
Potongan : RM 1406.59

JUMLAH Bulanan = RM1105.23

Anonymous said...

salam pakteh. minta izin untuk share di fb saya.. rumah untuk dijual selangor. semoga bermanfaat. tk

Hazwan Mustapha said...

Alhamdulillah loan rumah saya baru sahaja lulus 6/4/2016 yang lalu. Kepada sesiapa yang ingin buat pinjaman perumahan kerajaan, teruskan sahaja niat anda. Selagi baki gaji bersih dapat slip gaji dapat menampung bayaran bulanan rumah, loan akan diluluskan lppsa walaupun sudah melebihi 60%. InsyaAllah. Moga membantu.

Reyzal Azman said...

Assalam...

Boleh ke kirakan kelayakan pinjaman perumahan saya dan berapa yg saya layak.

Gaji Pokok : RM 1567
Elaun : RM 1235
Jumlah : RM 2802
Potongan : RM 1328.25

JUMLAH Bersih = RM1473.75

Tarikh Lahir : 10/11/1992
Umur : 23

Reyzal Azman said...

dan pinjaman layak berapa tahun

Harraz Mifdhal said...

Bagaimana cara utk membuat pinjaman membina rumah diatas tanah pemberian?

Eratuku said...

Bahagian pinjaman kerajaan telah tukar nama laman ke LPPSA mulai 1 Jan 2016. Harap maklum.

mischa said...

Komen anda sgt membantu.tq

azha anuar said...

Owh begitu ya...wlupn bersih tinggal 1.2k?

Anonymous said...

maaf bertanya..loan perumahan kerajaan tak check ccriss ke

Muhammad Fairuz Samdin said...

salah pak teh..sy ingin buat pinjaman dkt lembaga perumahan sektor awam.. boleh ke tidak pinjaman sy lulus 195K jika ade pemotongan biroangkasa sbyk Rm448 dan gaji bersih sy Rm1747.28..

PakTeh said...

fairuz : walaikummussalam, boleh in shaa Allah.

Post a Comment