Dapatkan pandangan PakTeh..!

Wednesday, August 17, 2011

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di seluruh Malaysia perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia di Presint 2, Putrajaya. Juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan yang terletak di alamat dan butirannya seperti berikut :

Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.

Tel : 03 - 8880 1800 / 2000 / 2200 / 2400 / 2600
Laman Web : www.bpp.treasury.gov.my/web
Email : pinjamrumah@treasury.gov.my    

Semua permohonan, pertanyaan, maklumat terkini berkaitan kemudahan pinjaman perumahan Kerajaan adalah boleh didapati daripada bahagian ini yang menjalankan fungsinya "Menguruskan Pinjaman Perumahan Untuk Penjawat Awam".

PakTeh hanya sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan sahaja. Siapa PakTeh dengan BPP? PakTeh boleh dikatakan peminjam tegar yang setiap hari berurusan dengan BPP untuk membantu menguruskan permohonan pinjaman perumahan pelanggan seluruh Semenanjung Malaysia yang yakin dengan PakTeh. Sebagai pelanggan BPP sepenuh masa, PakTeh memang faham masalah peminjam perumahan...memang sangat sangat faham!. Faham betapa susahnya mendapatkan maklumat terutama maklumat yang betul, tepat, yang up-to-date, maklumat hari ini mungkin telah berubah esoknya, betapa sukarnya membeli rumah dan memohon pinjaman, pening mengisi borang permohonan, serabut berurusan dengan penjual, peguam, ketua jabatan, pejabat penilaian dan bermacam pihak lagi. 

...tidak habis disitu sahaja, PakTeh faham sangat betapa marahnya Saudara bila dikenakan faedah/denda lewat oleh pemaju/penjual...bukan sedikit, ribuan malahan puluhan ribu ringgit!. Siapa perlu disalahkan bukan isunya lagi, tetapi siapa yang perlu bayar? Jawapannya sudah pasti Saudara yang perlu bayar.

Pokoknya rumah perlu ada dan kemudahan perlu guna, tak gitu! PakTeh cuba membantu sedayanya yang ada, yang boleh dibantu insyaAllah...yang tidak boleh PakTeh mohon maaf sangat!

Kerana segala peraturan, pertimbangan, peraturan, dasar-dasar yang dikeluarkan adalah di bawah kuasa bahagian ini untuk mempertimbangkannya. Saudara perlu berhubung dengan Seksyen yang berkenaan bagi sesuatu persoalan yang berkaitan. Seksyen di bawah BPP adalah :
  • Seksyen Proses Dan Bayaran
  • Seksyen Cagaran
  • Seksyen Akaun
  • Seksyen Khidmat Pengurusan
  • Seksyen Teknologi Maklumat
  • Seksyen Perundangan
  • Seksyen Dasar Dan Perancangan Strategik
Sehubungan itu, untuk maklumat pinjaman perumahan Kerajaan hubungilah atau hadir ke BPP ya!.

Jika perlu pandangan, buah fikiran, berkongsi pengalaman boleh tanyakan PakTeh... bila-bila masa dengan pelbagai cara supaya saudara tiada alasan untuk tidak membeli rumah dan tidak menggunakan kemudahan Kerajaan beri. Nak bantu urus permohonan pinjaman perumahan Saudara pun boleh...call la PakTeh!

(Bermula Tahun 2016, BPP telah dilembagakan dengan nama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ringkasannya LPPSA. Masih menggunakan alamat di atas dan boleh dihubungi di 03-8880 1600... boleh melayari laman webnya di www.lppsa.gov.my)

Tuesday, August 2, 2011

Fan Page "Loan Kerajaan" telah dibuka...


"Like" jangan tak like..like tau!

"Loan Kerajaan" melangkah selangkah kehadapan bagi memenuhi permintaan dan perkembangan semasa dalam membicarakan tentang "Urusan Pinjaman Perumahan Kerajaan" dengan mewujudkan Fan Page di www.facebook.com/LoanKerajaan

Facebook merupakan laman web yang paling ramai dikunjungi di Malaysia sehingga mengalahkan google dengan jumlah lebih 600 juta pengguna Facebook diseluruh dunia. Facebook juga mesra pengguna kerana boleh dilayari melalui Facebook mobile.

Bagi memenuhi impian dan inspirasi rakyat Malaysia, maka terciptalah Fan Page ini khusus untuk Saudara yang dahagakan maklumat dihujung jari.

Semoga dengan adanya Fan Page ini PakTeh dapat menyalurkan maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat, tepat, mudah dan yang uniknya ianya PERCUMA.

Dengan adanya kepelbagaian sumber, diharapkan Saudara dapat memunafaatkan sebaiknya mengikut kesesuaian dan keselesaan Saudara.

Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Faisal dan Encik Ali Hanfiah yang menyalurkan ilmu Facebook melalui DVD dan ebook, Encik Dee yang melakarkan profile picture dan juga Encik Jamal yang tidak lokek untuk menyediakan squeeze page mudah alih. Mereka ini memang otai IM yang dikenali ramai.

Akhir bicara, "Like" jangan tak like..like tau!