Dapatkan pandangan PakTeh..!

Saturday, November 19, 2016

Siri 3 - Pelan Rumah : Keperluan dan jenis-jenisnya...

As salam semua.... moga semuanya sejahtera bersama keluarga.


         Mungkin ada yang sedang berangan-angan untuk membuat pelan rumah yang bagaimana atau ada yang sedang membuat pelan rumah. Nasihat PakTeh, pastikan BUDGET.. BUDGET... BUDGET... dahulu. Opss.. ada yang tanya nak kira budget macam mana? Budget ne kira berpa modal yang kita ada. Sebagai contoh simpanan di bank, tunai ditangan, loan dan sebagainya yang diperuntukan untuk bina rumah impian. Ramainya nak guna loan perumahan 100% untuk kos bina rumah dan masukkan sekali kos akitek, peguam dan sebagainya. Ini yang dikatakan budget... Anggaran kos-kos untuk bina rumah ada dijelaskan di sini.  

PakTeh dapati ramai yang buat pelan ikut seronok dan bila bagi pada kontraktor dah terlebih budget gitu. Selepas budget ditentukan, perlu ditentukan pula keperluan asas pembinaan iaitu keperluan peribadi juga keperluan lain seperti syarat pihak berkuasa. Keperluan peribadi seperti berapa tingkat diperlukan, berapa bilik, berapa besar, plaster siling, tiles atau pakir dan sebagainya. Keperluan lain adalah seperti keluasan yang dibenarkan untuk dibina rumah, spec lain yang menjadi syarat majlis seperti sistem kumbahan, sistem lebihan air hujan dan sebagainya. Kos-kos lain yang tidak diambil kira di dalam loan juga perlu diambilkira. Antara kos tersebut adalah kos akitek, kos guaman, kos gadaian, kos-kos lain seperti kos tambun tanah, kemasukan api dan air, pagar, retaining wall, kos masuk rumah seperti lampu, kipas, aircond dan sebagainya juga perlu difikirkan. Selepas budget diketahui baharu ditentukan pelan tadi mengikut keperluan yang telah dikenalpasti tadi. 

Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) diwajibkan
bagi pembinaan rumah di Daerah Sepang... kosnya boleh mencecah RM10,000. 
ISU...! Ramai yang bertanya PakTeh kos sekaki persegi untuk buat rumah berapa? Jawapan tepatnya boleh diperolehi setelah perkara di atas diperolehi. Disamping itu kos rumah juga tertakluk kepada banyak perkara lain seperti jenis rumah sama ada rumah batu atau kayu atau separuh batu separuh kayu atau IBS, berapa tingkat, kekemasan dalaman seperti tiles, kabinet, plaster siling, sistem air panas dan sebagainya. 

Apabila telah ditentukan budget dan spec mengikut keperluan tadi, maka boleh teruskan dengan penyediaan pelan. Untuk membina rumah perlu ada pelan rumah yang lengkap kerana ianya menjadi 1 keperluan apabila mengemukakan permohonan pinjaman terutamanya. Terdapat 3 jenis pelan yang biasa diperlukan tertakluk keperluan Majlis Daerah masing-masing. Untuk membuat pelan pula perlu melantik pelukis pelan yang bertauliah. Kosnya tertakluk kepada banyak perkara seperti keluasan rumah, berapa jenis pelan diperlukan, keperluan pelan 3D,  urusan kelulusan, urusan kelayakan menduduki dan sebagainya. 

Pada umumnya terdapat 3 jenis pelan iaitu :
  • Pelan Lakaran : Pelan lakaran atau schematic drawing adalah pelan konsep yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan untuk di tunjuk kepada pelanggan. Lukisan tersebut dalam bentuk pandangan atas dan dalam bentuk 3 dimensi bergantung kepada permintaan pelanggan. 
  • Pelan Akitek : Pelan akitek atau architectural drawing adalah pelan yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan setelah pelan lakaran yang dibincang bersama pelanggan telah dipersetujui. Pelan tersebut akan disahkan oleh seorang arkitek proffesional. Sekiranya terdapat lagi perubahan yang ingin dilakukan setelah pelan arkitek dikeluarkan, kos untuk membuat perubahan di dalam pelan tersebut adalah tinggi, oleh itu pelanggan dinasihatkan supaya berbincang dan meneliti pelan lakaran terlebih dahulu  sebelum pelan arkitek dikeluarkan.
  • Pelan Struktur : Pelan struktur akan dikeluarkan setelah pelan arkitek siap. Pelan struktur adalah pelan yang diperlukan oleh kontraktor untuk membuat struktur rumah. 
Pelan biasanya mengandungi eleman-elemen berikut :-
  • Pelan - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yang  selalunya dalam radius 5 km dari tapak projek.
  • Pelan Lokasi - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.*
  • Pelan Tapak - mengandungi perincian yang lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.*
  • Pelan Lantai - mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung.
  • Pandangan - menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.
  • Keratan - menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina,
  • Sanitari - menunjukkan susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.
  • Sistem Bekalan  Air - menunjukkan susun atur sistem bekalan air paip.
  • Lukisan Terperinci - menunjukan rekabentuk yg lebih terperinci bagi bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT atau agensi berkaitan.
Untuk tujuan urusan loan perumahan kerajaan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahaan Sektor Awam (LPPSA) pelan diperlukan tertakluk kepada 2 situasi iaitu :
  • bagi tanah dikawasan majlis perlu mempunyai pelan yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah; atau 
  • tanah di luar kawasan majlis juga perlu mempunyai pelan rumah. Bezanya memerlukan surat pengesahan tanah diluar kawasan majlis oleh Majlis Daerah berkaitan.
Bagi yang ingin membina rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan dan diuruskan dari a to z, dari penyediaan pelan, urusan peguam, perjanjian pembinaan, permohonan pinjaman sehingga rumah boleh diduduki sila call/whatsapp PakTeh di 019-353 3702. Bagi yang ingin lihat rumah yang telah dan sedang bina oleh pihak kami juga boleh call/whatsapp PakTeh di 019-353 3702. 

Ramai yang ingin rumah dibina besar tapi murah.  Cara yang paling biasa adalah dengan mengurangkan kos struktur bangunan seperti besi, kekemasan yang menggunakan bahan-bahan lama/biasa dan sebagainya. Apa yang kami nak tekankan awal adalah pihak kami tidak berkompromi dengan spec yang telah diluluskan di dalam plan struktur terutamanya. Kekemasan akhir juga penting untuk dilihat cantik dan tahan lama dengan menggunakan bahan-bahan high end. Untuk memiliki rumah yang memenuhi standard yang telah ditetapkan dengan kekemasan yang baik pengurangan kos hanya boleh dibuat dengan mengecilkan ruang, bukannya dengan mengurangkan perkara-perkara yang sepatutnya ada....saudara setuju...?