Dapatkan pandangan PakTeh..!

Tuesday, October 30, 2012

Himpunan jawapan kepada soalan berulang....




PakTeh...
ada menerima soalan yang berulang-ulang melalui pelbagai pertanyaan yang dikemukakan. semoga himpunan soalan dan jawapan ini dapat mengurangkan soalan berulang serta menyakinkan saudara untuk membuat keputusan...insyaAllah.




  1. apakah perbezaan pinjaman sppp dan spppi?
    • hampir tiada bezanya. jika saudara seorang muslim dan kos guaman adalah sama..pilihlah spppi. moga ianya lebih baik. biasanya kos guaman untuk spppi lebih mahal (rm200 hingga rm500) kerana urusan dokumentasi gadaian yang lebih banyak.
  2.  saya telah mengambil pinjaman sppp, bolehkah saya menukar kepada spppi?
    • boleh, jika surat setuju terima pinjaman (lampiran e) belum dihantar dan diterima oleh bpp.
    • tidak boleh, jika lampiran e telah diterima bpp.
  3. berapa kadar faedah pinjaman kerajaan?
    • 4% atas baki berkurangan (berbeza dengan perkiraan bank). jika dibandingkan dengan perkiraan faedah bank adalah lebih kurang bersamaan 2% bank.
    • memang berbaloi-baloi, sebab itu ianya dinamakan "kemudahan".  jika layak dan cukup syaratnya pasti dapat sehingga 100% loan...dijamin. 
  4. kelayakan pinjaman?
    • kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji pokok/gaji hakiki/gaji basic (rujuk jadual kelayakan) dengan syarat ada baki gaji di dalam slip gaji untuk potongan bayaran balik pinjaman.
    • potongan gaji di dalam slip gaji dan di luar slip gaji tidak diambil kira untuk menentukan kelayakan.
    • citos/blacklist dsb juga layak pinjaman mengikut kelayakan.
    • maknanya selagi ada baki gaji di dalam slip gaji, saudara layak pinjaman.
    • terdapat sesetengah ketua jabatan tidak menyokong permohonan bagi kes potongan gaji yang banyak atas dasar peraturan pentadbiran dalaman. sehubungan itu, pastikan dahulu perkara ini dengan jabatan saudara kerana ketua jabatan ada kuasa untuk menyokong atau tidak menyokong permohonan pinjaman.  
    • isu potongan gaji melebihi 60% rujuk di sini.
  5.  berapa lama tempoh kelulusan pinjaman?
    • kebiasannya, jika permohonan lengkap kelulusan boleh diperolehi seminggu.
    • untuk makluman, bukan kelulusan sahaja yang perlu diperolehi segera tetapi keseluruhan proses sehingga penjual menerima wangnya perlu diuruskan tepat waktunya kerana kelewatan bermakna penalti/denda. ramai peminjam lepas tangan mengenai perkara ini dengan mengutamakan urusan kelulusan sahaja dan mengabaikan urusan selanjutnya.
    • tempoh keseluruhan proses pinjaman amat subjektif untuk diramal dan sangat bergantung kepada jenis pinjaman, kedudukan harta, permohonan yang lengkap dsb. kelewatan berlaku kerana banyak sebab rujuk di sini.
  6. bolehkah tanah pertanian dibuat pinjaman beli tanah?
    • tanah yang boleh dibuat pinjaman adalah tanah tersebut boleh dibina bangunan (termasuk tanah pertanian yang cukup keluasannya) dan kesemua pemilik di dalam hakmilik/geran bersetuju menjual.
    • sehubungan itu, tanah pertanian yang cukup syarat (keluasan) untuk dibina bangunan boleh dibuat pinjaman. rujuk pejabat tanah daerah jika kurang yakin mengenai tanah pertanian yang boleh dibina bangunan.
  7. tanah yang boleh dibuat pinjaman bina rumah?
    • tanah yang boleh dibuat pinjaman bina rumah adalah tanah boleh dibina bangunan (termasuk tanah pertanian) dan tanah dimiliki oleh peminjam atau bersama suami/isteri.
    • sehubungan itu, jika tanah pertanian yang cukup syarat (keluasan) untuk dibina bangunan boleh dibuat pinjaman. rujuk pejabat tanah daerah jika kurang yakin mengenai tanah pertanian yang boleh dibina bangunan. 
    • perlu ada pelan rumah yang telah diluluskan jika tanah di dalam kawasan majlis daerah. jika di luar kawasan majlis, dapatkan pengesahan tanah di luar kawasan majlis daripada majlis daerah.
  8. adakah PakTeh kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan?
    • bukan..tidak...no no no.
    • PakTeh berpengalaman lebih 20 Tahun menjadi perunding menguruskan Pinjaman Perumahan bagi kakitangan Kerajaan seluruh Malaysia sama ada melalui orang perseorangan, peguam, kontraktor mahupun pemaju perumahan sehingga sekarang.
    • jika saudara perlukan perkhidmatan PakTeh sila cal 0193533702...insyaAllah semua jadi mudah. 
mungkin saudara telah tahu mengenai perkara ini tetapi kekadang kurang yakin kerana jarang menguruskannya. komitmen panjang juga menjadi sebab saudara risau dan perlukan jawapan tepat  supaya tidak berlaku masalah dikemudian hari...tidak begitu?

semoga perkongsian ini dapat mencerahkan sesuatu yang malap....dan semoga urusan saudara dimudahkan, ameen.

Tuesday, July 17, 2012

betul nee, bukan tak nak jawap tapi...

terima kasih atas sambutan hangat yang diberikan atas blog PakTeh ini melalui pertanyaan yang diterima non stop melalui pelbagai sumber. PakTeh sangat menghargainya dan sebaik mungkin PakTeh akan cuba jawap soalan yang dikemukakan. walau bagimanapun, soalan yang diterima terlampau banyak untuk dijawap dalam waktu yang cepat. justeru itu, PakTeh menggalakkan saudara cal PakTeh di 0193533702 untuk jawapan on-the-spot.



susunan keutamaan jawapan PakTeh sekarang adalah :

1.  panggilan telephone.
2.  chat di blog.
3.  chat di fan page.
4.  post di fanpage.
5.  email
6.  massage di facebook/fanpage.
7.  comment di blog.


soo, jika perlukan jawapan segera...saudara tahu nak tanya di mana. diharap saudara dapat memahami dan dapat berkerjasama dengan PakTeh untuk "Berkongsi Ilmu, Saling Membantu". terima kasih atas sokongan semua.

Sunday, April 22, 2012

..membina rumah atas tanah sendiri.

  utk perkongsian rujuk...www.bina-rumah.com
...salam sejahtera semua. semakin hangat diperkatakan pada tahun 2012 ini bahawa harga rumah naik terlampau tinggi sehingga dikatakan kurang munasabah mahalnya. tapi yang peliknya, walaupun mahal hingga jutaan rm kesemuannya habis dijual...'sold out' kata orang jawa, hihi.

sebab itu, mungkin soalan berkaitan membina rumah atas tanah sendiri ataupun nak beli tanah kemudian nak bina rumah amat popular ditanyakan kepada PakTeh. mungkin, itulah caranya untuk memiliki rumah besar dengan harga berpatutan pada masa ini...dengan membina rumah sendiri. memang ada benarnya jika tahu caranya. memang terbukti tetapi perlu berhati-hati.

apapun alasannya, PakTeh nak kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan untuk membina rumah atas tanah sendiri. jika belum mempunyai tanah, saudara boleh buat pinjaman beli tanah dan kemudian baru bina rumah.

perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah :
  1. pastikan saudara telah mempunyai tanah atas nama sendiri atau bersama suami/isteri dan tanah tersebut boleh dibina bangunan. soo, tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan. jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah lot, beli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dsb.
  2. pastikan juga syarat tanah lainnya seperti tempoh pajakan dan sekatan kepentingan kerana urusan kebenarannya perlu memgambil masa yang lama.
  3. selepas itu bolehlah melantik akitek berdaftar untuk membina pelan dan dapatkan kelulusan daripada pihak majlis. nak jimat, lantik akitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.
  4. lantik peguam dan kontraktor seterusnya buat perjanjian pembinaan. jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa menggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu. 
  5. cara bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti contoh di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.

...kebaikannya membina rumah di atas tanah sendiri adalah saudara bebas untuk mereka bentuk rumah mengikut selera dan nafsu sendiri tetapi perlu la dikawal...tak gitu! 

bagi yang sedang merancang atau yang masih berangan-angan tuu bolehlah mulakan langkah sekarang. yang kurang yakin mengenai urusan pinjaman perumahan kerajaan berkaitan dengan membina rumah atas tanah sendiri sila hubungi PakTeh di 019-353 3702 pada bila-bila masa. yang sedang membina rumah tuu, semoga impian saudara tercapai. amin.

Friday, January 20, 2012

Isu Potongan Gaji Melebihi 60%....

"gaji saya kalau dicampur elaun-elaun adalah rm3500 tetapi gaji bersih rm1400. layak tak saya buat pinjaman perumahan sebab saya ada site income perniagaan?".

"gaji saya dalam slip gaji rm3500 dan tiada pemotongan tetapi saya ada hutang rumah dan kereta rm2500 yang tidak masuk dalam slip. layak tak saya pinjaman perumahan kerajaan?".

"gaji bersih saya jika ditolak dengan bayaran balik loan perumahan akan melebihi 60%. adakah permohonan loan perumahan saya boleh diluluskan?."

 ..dan banyak lagi yang seumpamanya.

soalan-soalan di atas adalah berkaitan dengan isu potongan gaji melebihi 60%. ramai yang tanya pada PakTeh... ramai yang kemukakan soalan ini... ramai yang confius, PakTeh dulu pun konfius mengenai perkara ini. jadi tak salah pada mereka yang bertanya sebab perkara ini umpama "lain ladang lain belalang", lain tempat kerja lain lak peraturan atau prosedurnya. saudara kena terima seadanya jika tidak saudara ada 2 pilihan : berhenti atau tukar tempat bertugas..hihi.

seperti mana saudara sedia maklum, kerajaan ada menyediakan 3 jenis kemudahan pinjaman kepada kakitangan awam, iaitu :
  1. kemudahan pinjaman perumahan;
  2. kemudahan pinjaman kenderaan; dan
  3. kemudahan pinjaman komputer.
bagi pinjaman kenderaan dan komputer, kerajaan telah memberi syarat seperti berikut :

"jumlah semua potongan gaji hendaklah tidak melebihi 60% dari
 jumlah gaji pokok serta elaun-elaun"

ini bermakna, jika saudara ingin meminjam kenderaan atau komputer, jumlah potongan gaji dicampur dengan potongan sedia ada tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dicampur elaun-elaun yang tertera di dalam slip gaji.

walau bagaimanapun, syarat tersebut TIDAK terdapat di dalam peraturan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan. ini bermakna, saudara layak memohon pinjaman perumahan kerajaan walaupun potongan gaji saudara melebihi 60%....bahasa mudahnya... jika gaji saudara tinggal rm200 pun di dalam slip gaji, saudara masih layak untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan. lihat cabutan peraturannya di bawah :


namun begitu, masalah keberhutangan yang berat adalah menjadi isu utama bagi kakitangan  awam. masalah keberhutangan berat dikesan akan mengakibatkan kakitangan awam bermasalah, kurang berdisplin, malas berkerja dan sebagainya. justeru itu, kebanyakan jabatan kerajaan (tidak semua) telah mengamalkan syarat yang diguna pakai di dalam peraturan pinjaman kenderaan dan komputer tersebut bagi memastikan kakitangannya tidak terjebak dengan masalah keberhutangan yang berat. adalah menjadi keutamaan untuk saudara memastikan terlebih dahulu kedudukan gaji saudara sebelum membuat komitment membeli rumah dan menjadi keutamaan juga untuk menyemak dengan ketua jabatan sama ada mereka ada menggunakan peraturan potongan gaji tidak melebihi 60% dalam memperakukan permohonan pinjaman perumahan. seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, "lain ladang, lain belalang" maka saudara perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan saudara selagi berkhidmat di tempat tersebut.

walau bagaimanapun, terdapat isu perkiraan potongan 60% yang berbeza-beza bagi setiap jabatan. jika ada ruang dan ketika PakTeh akan kupas permasalahan ini di post yang lain pula.

moga ada perkongsian, moga ada ilmu.... "Berkongsi ilmu, Saling membantu", itu moto PakTeh. jika ada keraguan jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana ilmu yang ada untuk dikongsikan, bukan disimpan. moga ada benarnya, insyaAllah.