Dapatkan pandangan PakTeh..!

Monday, November 24, 2014

Nak jual rumah/selesai hutang loan rumah BPP

As Salam semua...semoga saudara semua berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Cuti-cuti sekolah ne pasti ada yang sedang melancong atau yang sedang merancang untuk pergi ke mana-mana...bestnya!

Kita masih sibuk memperkatakan mengenai GST dan kaitannya dengan kenaikan harga rumah. Kenaikan kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan yang diumumkan Kerajaan pada Bajet 2015 juga menarik perhatian ramai. Bagi PakTeh naik jumlah kelayakan memang bagus tapi lebih bagus jika naik gaji sekali...sapa setuju? Ramainya yang setuju...hihi. Bukan apa, PakTeh dapati dengan kelayakan sekarang pun ramai yang tak mampu lagi...balance gaji tinggal ciput. Potong loan kereta, potong personal loan, potong PTPTN, potong KWSP, potong Tabung Haji dan sebagainya...jangan potong kepala sudah kan!

Pada masa sama ramai yang nak jual rumah atau nak selesai hutang rumah yang telah menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Ramai yang tanya, macam mana ya nak jual? Ada yang dah jual baru nak mohon kebenaran jual pun ada...advance gitu.

OK, jika saudara berhajat nak jual rumah...PakTeh cadangkan ikut step berikut :
  • Pastikan rumah telah siap 100% iaitu  tuntutan 100% telah dibayar oleh BPP.
  • Pastikan juga tiada tunggakan bayaran balik bulanan.
  • Dua perkara di atas ok aja, boleh la iklan kan untuk jual rumah. Pastikan dapat dulu pembeli yang serius nak beli....kemudian lantik peguam.
  • Kemudian mohon kebenaran menjual harta daripada BPP mengikut borang dan format yang betul (Borang JH 1/Borang JH 2) melalui peguam yang dilantik.
  • Selepas dapat kebenaran jual barulah teruskan urusan jual harta.
Untuk selesaikan pinjaman sama ada dengan cash atau refinace ke...stepnya seperti berikut :
  • Jika nak selesai guna cash...tulis surat permohonan ingin menyelesaikan harta secara tunai kepada BPP melalui Ketua Jabatan.
  • Jika nak refinance, lengkapkan Borang JH 1 dan mohon melalui peguam yang dilantik.
Moga ada benarnya...moga boleh membantu. Seperti biasa, jika kurang jelas rajin-rajin la call atau WhatsApp PakTeh...boleh ya.

Bagi yang berminat untuk refinance ke BANK ISLAM, in shaa Allah PakTeh boleh bantu. Atau sapa-sapa yang berhajat nak loan rumah guna BANK ISLAM pun  boleh hubungi PakTeh 019-353 3702. Berkongsi ilmu, saling membantu....in shaa Allah.

14 comments:

Shah Rahim said...

Pakteh, untuk menjual rumah loan kerajaan ini ada apa2 lock-in period tak?

Adiose Idrus said...

Macamana dah bayar separuh kalau nk jual

PakTeh said...

shah rahim : tiada lock in period, tuan.
adiose idrus : boleh detailkan lagi soalan...PakTeh kurang jelas. tQ

Siti Fadillah Mohamad said...

Pak Teh kenapa urusan jual rumah dr loan kerajaan mengambil.masa terlalu lama....bulan mei 2014 sy sudah dpt persetujuan dr BPP untuk jual rumah sy, dan Dis 2014 loan(gov loan) rumh pembeli dah pun lulus....smpai skrg masih menanti...

Siti Fadillah Mohamad said...

Pak Teh kenapa urusan jual rumah dr loan kerajaan mengambil.masa terlalu lama....bulan mei 2014 sy sudah dpt persetujuan dr BPP untuk jual rumah sy, dan Dis 2014 loan(gov loan) rumh pembeli dah pun lulus....smpai skrg masih menanti...

anazus said...

pak teh.. saya dah dapat surat dr perbendaharaan utk byr loan rumah.. tetapi rumah sy x siap lagi. Bayaran kerajaan kpd pemaju hanyalah 180000 drpd pinjaman sebanyak 280000. Apakah yg harus sy buat... tolonglah.. saya emel Bpp menerusi web site mereka x balas.. sy call berkali2 hanya mesin yv menjawab..

anazus said...

pak teh.. saya dah dapat surat dr perbendaharaan utk byr loan rumah.. tetapi rumah sy x siap lagi. Bayaran kerajaan kpd pemaju hanyalah 180000 drpd pinjaman sebanyak 280000. Apakah yg harus sy buat... tolonglah.. saya emel Bpp menerusi web site mereka x balas.. sy call berkali2 hanya mesin yv menjawab..

yahya adnan said...

Salam pak teh.sy nak try refinance rumah Kedai sy.hrga beli rm160000 potong dah dkt 5thn...

Anonymous said...

Salam pak teh..boleh ke untuk sy menjual rumah yang masih dalam pinjaman perumahan kerajaan.? Untuk makluman sy telah membuat bayaran pinjaman selama 7 bulan...rumah tersebut telah siap oktober 2014..sy telah renovate..jika boleh jual..bolehkah jual dgn harga lebih daripada sy beli sebelum itu.?

ewanfall said...

Ada sesiapa tahu berapa lama proses nak dapatkan geran rumah dari perbendaharaan malaysia setelah selesai hutang...tq

Unknown said...

Pak teh....saya nk jual rumah atas loan kerajaan...dan saya dh dapat buyer...apa prosedur yg seterusnya saya kn buat? Atau sy blh serahkan sepenuhnya kpd lawyer

maslindah mohamedyusoff said...

Pak teh....saya nk jual rumah atas loan kerajaan...dan saya dh dapat buyer...apa prosedur yg seterusnya saya kn buat? Atau sy blh serahkan sepenuhnya kpd lawyer

AltZ said...

Salam Pak Teh.
Saya dah refinance dari SPPB ke bank islam. Bayaran penuh telah dibuat ke SPPB. Namun sudah 2 minggu namun SPPB masih belum hantar geran ke peguam untuk proses pindah milik. Berapa tempoh normal geran akan dihantar?

Oh Ninie said...

Brapa lama tempoh dr spbb ke bank islam?

Post a Comment