Dapatkan pandangan PakTeh..!

Friday, February 5, 2016

Siri 2 - Beli Tanah Dan Bina Rumah (Isu dan Persoalan)

As salam dan selamat sejahtera...bertemu kembali. PakTeh nak sambung pengalaman berkaitan membina rumah atas tanah sendiri. PakTeh kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi menguruskan sendiri pembinaan rumah...mungkin terdapat perbezaan dengan pengalaman orang lain.

Bagi mereka yang ingin membeli tanah dan kemudian membina rumah...sangat memerlukan kesabaran tinggi, perlu ambil masa step by step. Tidak macam membeli rumah second hand, beli terus boleh duduk. Tidak macam beli rumah sedang bina, beli kemudian nampak progress dan tunggu hingga siap. Siap aja dapat kunci terus masuk rumah. Nasihat PakTeh, jika ingin membina rumah sendiri perlu gerakkan dari sekarang. biar perlahan tapi bergerak, jangan tetiba aja nak buat dan nak siap! sangat sukar dan jarang boleh direalisasikan.

Untuk beli tanah dan kemudian bina rumah perlu alami proses dari perancangan awal sehingga boleh menduduki rumah. Mula-mula kena beli tanah yang sesuai, kemudian lantik akitek dan dapatkan kelulusan plan, lantik kontraktor, lantik peguam dan kemudian baru boleh mula bina rumah sehingga boleh duduki. Setiap step mempunyai prosedur, mempunyai keunikkan tersendiri, mempunyai cara tersendiri dengan pelbagai ragam yang berbeza. Untuk itu, yang telah berjaya pastinya sangat bersyukur dan merasa puas hasil usaha sendiri dari a to z. Perkongsian kali ini adalah berkaitan isu dan persoalan yang perlu diambil kira apabila membeli tanah bagi memastikan urusan selanjutnya tidak mengalami masalah yang kritikal. Antaranya :

  1. Pinjaman Perumahan Kerajaan : Ada keperluan berbeza bagi tanah yang ingin dibeli atau ingin membina rumah jika menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Jika hendak menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan untuk membeli tanah atau membina rumah sila pastikan 2 perkara utama berikut :
    • Pastikan tanah yang dibeli mematuhi peraturan untuk layak pinjaman seperti syarat tanah, tempoh pajakan dan sebagainya.
    • Pastikan harga beli tanah lebih rendah atau sama daripada harga pasaran bagi memastikan loan lulus 100%. 
  2. Kelulusan Infra : Pastikan kelulusan infra diperolehi semasa membeli tanah dan dimasukkan di dalam perjanjian (jika perlu). Ianya perlu disimpan bagi memboleh permohonan kelulusan plan rumah dapat dikemukakan ke majlis. Jika tiada, proses dan kos kelulusan infra diperlukan yang memakan masa dan kos yang tinggi.
  3. Bentuk Tanah : Bentuk tanah akan menentukan bentuk rumah. Tanah empat segi, bujur, memanjang, tanah yang luas dan sebagainya juga akan menentukan rumah yang akan dibina. Justeru itu, pemilihan bentuk tanah perlu selari dengan rumah yang akan dibina. Contohnya, jika berhasrat nak membina rumah setingkat...perlu beli tanah yang luas kecuali nak bina rumah yang ala-ala comel gitu. 
    Design rumah perlu juga mengikut bentuk tanah.
  4. Kemudahan Asas : Sebaiknya kemudahan asas seperti parit/tali air, jalanraya, eletrik dan air telah disediakan kerana prosesnya memakan masa dan menelan kos yang banyak.
  5. Pagar/Kos Tambun Tanah/Retaining Wall : Ada beberapa perkara yang melibatkan kos sendiri. Adalah penting untuk diketahui bahawa kos membuat pagar/kos tambun tanah/retaining wall ianya tidak termasuk di dalam kos pembinaan rumah. Sehubungan itu perlu pastikan tanah telah siap sedia untuk dibina rumah. 
...terdapat pelbagai jenis retaining wall, jenis di atas yang paling murah.

Jika semua perkara di atas telah diambil pertimbangan, apakah step seterusnya untuk buat loan perumahan kerajaan untuk membeli tanah?
  • Lantik peguam yang mahir untuk urusan Perjanjian Jual Beli (SnP) dan juga dokumentasi loan. Kenapa penting peguam yang mahir? Untuk membolehkan mereka guide peminjam, supaya tidak membuat banyak kesalahan. Banyak silap akan melewatkan proses pinjaman juga resiko penalti. Urusan pinjaman bank/swasta adalah berbeza dengan urusan loan perumahan kerajaan. Pastikan peguam mahir urusan loan perumahan kerajaan;
  • Selepas tandatangan SnP (Sales & Purchase), teruskan dengan pengisian permohonan pinjaman secara online dan pada masa yang sama melengkapkan dokumen-dokumen berkaitan seperti salinan IC, salinan slip gaji, salinan geran dan sebagainya;
  • Setelah lengkap permohonan, dapatkan pengesahan Ketua Jabatan. Kemudian hantar permohonan ke LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dan sesalinan berkaitan ke JPPH (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta) daerah berkaitan; dan
  • Permohonan yang lengkap akan diproses kelulusan, urusan pindah milik dan gadaian, bayaran dan pemotongan gaji.  
Bila pula permohonan pinjaman untuk membina rumah boleh dikemukakan? Permohonan membina rumah boleh dikemukakan setelah sekurang-kurangnya sekali potongan pinjaman tanah di buat di dalam slip gaji. Ini bermakna, selepas penjual tanah menerima wang jualannya maka akan diambil tindakan pemotongan gaji bagi pinjaman tanah ke atas gaji saudara. Apabila slip gaji telah menunjukkan ada pemotongan pinjaman tanah, maka permohonan bina rumah boleh dihantar untuk pemprosesan dan kelulusan. Ini bermakna, proses pinjaman adalah 2 kali? Betul, tetapi ianya tidak menghapuskan kelayakan pinjaman kedua....ianya masih dianggap pinjaman pertama.

Boleh ke permohonan pembelian tanah dan bina rumah dilakukan serentak? Boleh, jika tuan tanah setuju  joint venture dengan kontraktor rumah dengan membuat perjanjian di dalam 1 SnP. Kes begini biasanya dibuat apabila tuan tanah dan kontraktor adalah orang yang sama atau tuan tanah buat joint venture. Apa bezanya? Tuan tanah akan memperolehi bayaran secara berperingkat mengikut kesiapan rumah seperti kes beli rumah daripada pemaju.

Dalam keadaan biasa, harga tanah yang telah mempunyai keperluan asas semasa bernilai lebih tinggi berbanding tanah kosong biasa. Walau bagaimanpun, pilihan terletak ditangan masing-masing tergantung pada budget, tujuan dan keperluan.

Untuk lebih mudah bina rumah, lantik kontraktor yang menyediakan semua keperluan tersebut seperti yang PakTeh anjurkan. Dari urusan pelan, pembinaan hingga pinjaman diuruskan sepenuhnya secara pakej dengan modal yang paling minima. Call atau whatsapp PakTeh di 0193533702 untuk keterangan lanjut.

Jika saudara mempunyai pengalaman berbeza, mungkin boleh kongsikan bersama dengan meninggalkan komen di bawah.

20 comments:

Golet Josh said...

Selamat petang, Pak Teh.

Nak tanya, ada tak pakej bina rumah juga dtawarkan kat kuching, sarawak. Terima kasih, Pak Teh.

Ab Hadi Ab Rahman said...

As salam,
Boleh dapatkan tukang bina rumah yang boleh mengambil upah RM70 sqft sahaja.
Saya bercadang untuk bina rumah di rantau panjang klang.1300 sqft.Jika ada boleh contact sy.
018-2122550 (whatsapp)
018-9842550 (Call)

PakTeh said...

golet : maaf tuan...pada masa hanya di lembah klang dan selangor sahaja yang kami mampu bantu.

ab hadi : walaikummussalam...semoga dimudahkan urusan.

siti83 said...

Salam...nk tnye.kalo kos rm80k dpt bina rumah keluasan brp ye?n bp bilik.tq..��

PakTeh said...

siti83 : harga tertakluk banyak perkara seperti dinding digunakan, tiles dan sebagainya. utk detail harga sebaiknya bincang budget dan keperluan tersebut.

PakTeh said...

siti83 : harga tertakluk banyak perkara seperti dinding digunakan, tiles dan sebagainya. utk detail harga sebaiknya bincang budget dan keperluan tersebut.

MB dy said...

Assalammualaikum.. Terima Kasih Pak Teh perkongsian ilmu disini,. mohon dihalalkan ilmunya ye,.sangat2 berguna

Asma Anis said...

assalamualaikum pak teh.

Maaf, nak tanya. Biasanya kelulusan infra/ kebenaran merancang dapat dahulu baru boleh pecah lot dan tukar status bangunan ataupun infra tu boleh dibuat kemudian,pecah lot dan tukar nama dahulu. Mohon bagi pencerahan. Terima kasih

SSE YOUR PRINTING SOLUTION said...

asalamualaikum, Pak Teh yang kacak, nak tanya sikit berkenaan loan bina rumah kktgn kerajaan, sy keliru sikit,

boleh tak mohon loan utk bina rumah atas tanah geran berangkai/lot lidi ?

yg 2nd , jumlah penama dlm geran tu ada peranan dak utk kelulusan loan tu..

tq

Henrietta Fernando said...

Halo,
Ini adalah untuk memberitahukan masyarakat umum bahwa Nyonya HENRIETTA FERNANDO, reputasi pemberi pinjaman kredit swasta telah membuka peluang keuangan untuk semua membutuhkan bantuan keuangan. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi hutang-hutang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda? Apakah Anda pernah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Tidak terlihat lagi, karena kami berada di sini untuk semua masalah keuangan Anda. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk orang, perusahaan dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah dipahami, syarat dan Ketentuan.
Tidak ada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.

Email kami di: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

Nordiyana Mohamad Hud said...

Pak teh, sy ade tanah yg dibeli menggunakan loan kerajaan.skrg sy ingin membina rumah.adekah sy perlu apply dahulu atau mencari kontraktor dahulu😨

YUSRI ABD WAHAB said...

Pak teh saya nak bertanya jika beli tanah lot kemudian bina rumah di atas tanah yang dibeli itu menggunakan pinjmn perumahn kerajaan bagaimana caranya?

Nicole Marie said...

Bagaimana My Life Telah Mengubah oleh Encik Martinez Lexie

Nama saya ialah Nicole Marie dari Ohio, United State dan kehidupan bernilai hidup dengan selesa untuk saya dan keluarga saya sekarang dan saya benar-benar tidak pernah melihat kebaikan ditunjukkan kepada saya ini banyak dalam hidup saya, kerana saya seorang ibu bergelut dengan dua kanak-kanak dan saya mempunyai telah melalui satu masalah serius kerana suami saya mengalami kemalangan yang teruk lepas dua minggu, dan doktor menyatakan bahawa dia perlu menjalani pembedahan halus untuk dia dapat berjalan lagi dan saya tidak mampu bil untuk pembedahan kemudian saya pergi kepada bank untuk pinjaman dan mereka berpaling saya ke bawah yang menyatakan bahawa saya tidak mempunyai kad kredit, dari sana i berlari kepada bapaku dan dia tidak mampu untuk membantu aku, maka ketika saya melayari melalui jawapan yahoo i terserempak dengan seorang lelaki yang takut akan Allah (Encik Martinez Lexie) yang menyediakan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan dan saya telah mendengar tentang begitu banyak penipuan di Internet kebanyakannya Afrika, tetapi pada keadaan ini terdesak saya, saya tidak mempunyai pilihan daripada untuk memberikan usaha disebabkan oleh hakikat bahawa syarikat itu adalah dari United State of America, dan menghairankan ia adalah semua seperti mimpi, saya telah menerima pinjaman sebanyak $ 82,000.00 USD dan i payed untuk pembedahan suami saya dan mengucapkan terima kasih kepada ALLAH hari ini dia ok dan boleh berjalan, keluarga saya gembira dan saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa saya akan bersorak dunia keajaiban ini hebat dan bertaqwa Man Encik Martinez Lexie lakukan untuk saya dan keluarga saya; jadi jika ada yang dalam keperluan yang tulen dan serius pinjaman hubungilah ALLAH lelaki takut ini melalui E-mel: (Lexieloancompany@yahoo.com) atau melalui laman web Syarikat: http://lexieloans.bravesites.com OR teks: 18168926958 terima kasih




Dewa Poker said...

bagus informasinya mudah dimengerti..
tq min

pokerv
Agen Poker Online Terpercaya

Carol Jones said...

Perhatian !!! Perhatian !!!!
Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
 
Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

Laura Jacobs said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

Norashikin Samah said...

salam pak teh.

ada tak pak teh kenal siapa2 yg mcm pak teh di area sabah? atau pak teh boleh bantu utk beli tanah dan kemudian buat rumah di sabah dengan menggunakan LPPSA?

tq

akupekan said...

salam tuan, sy dh ada tuan tanah dan kontraktor yang setuju nk JV dan buat 1 loan sahaja. tp rumah yg nak fibina sebenarnya rumah sewa kos rendah 4 pintu. adakah ini boleh diluluskan, sbb sy pikir kena submit plan kanutk loan

akupekan said...

salam tuan, sy dh ada tuan tanah dan kontraktor yang setuju nk JV dan buat 1 loan sahaja. tp rumah yg nak fibina sebenarnya rumah sewa kos rendah 4 pintu. adakah ini boleh diluluskan, sbb sy pikir kena submit plan kanutk loan

Anonymous said...

salam tuan..nak tanya bolehkah saya buat loan kerajaan untuk beli tanah milik isteri

Post a Comment