Dapatkan pandangan PakTeh..!

Monday, June 3, 2013

Apa khabar semua...

Salam sejahtera.... semoga semuannya ceria-ceria selalu dan sihat walafiat hendaknya.

Lama tak update blog dengan post yang terbaru kerana tiada perkara menarik yang dapat dikongsikan. Jika saudara ada tajuk yang sesuai, mungkin boleh dicadangkan kepada PakTeh.

Walaupun lama tidak update, blog PakTeh terus menerima pengujung yang memerlukan maklumat mengenai Pinjaman Perumahan Kerajaan. Dari luar negara pun ada...mungkin warga Malaysia bertugas di sana kot. Apapun terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog, facebook dan yang terbaiknya adalah call PakTeh direct.



...data dari blog PakTeh
Untuk makluman, PakTeh masih aktif menguruskan Urusan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Alhamdullilah ramai pelanggan yang telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Paling menyeronokkan PakTeh adalah apabila pelanggan seronok dapat kunci rumah baru. Antara mereka yang mengirimkan maklum balas adalah seperti berikut :

...dari Fan Page

...dari handphone.

...dari blog.
PakTeh bukan sekadar membantu... tetapi berkongsi maklumat dan pengalaman adalah paling menyeronokkan kerana sebilangan besarnya adalah pengalaman pertama membeli dan menguruskan permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Pesan PakTeh, sedaya upaya uruskannya sendiri, rasakan pengalamannya dan kongsi bersama.

Bagi yang jauh untuk berurusan dengan BPP, yang kesuntukan masa kerana kesibukan urusan kerja harian, yang risau dan beresiko untuk dikenakan penalti, yang bingung memikirkan urusan dokumen dan borang berkaitan dan sebab-sebab lain yang sewaktu dengannya...boleh la call PakTeh untuk urusan perkhidmatan menguruskan pinjaman perumahan kerajaan. ...pastinya lebih mudah in shaa Allah.

24 comments:

Anonymous said...

Anonymous said...
Asm Pa Teh,

Pertanyaan saya begini

Anak saya perempuan bujang ingin membeli rumah melalui pinjaman kerajaan.

Adakah boleh beliau menamakan isteri saya sebagai pewaris sekiranya beliau meninggal dunia?
Atau bakal suaminya yg secara otomatik pewaris rumah tersebut?

Saya dan isteri bimbang kami dihalau keluar oleh suaminya sekira anak saya meninggal dunia

Wallahualam

Terima kasih

PakTeh said...

walaikummussalam...
1. pewaris yang dimaksudkan adalah orang yang akan dihubungi bila diperlukan atau bila berlaku kecemasan seperti peminjam tidak boleh dihubungi, peminjam meninggal dunia dsb.
2. bila berlaku kematian, harta akan dibahagi mengikut faraid atau sistem pembahagian harta lainnya.
...semoga ada perkongsian.

MaMa Aye.. said...

Assalamualaikum Pak Teh,

1. apakah risiko membeli rumah terbengkalai?
untuk maklumam pakteh, saya ingin membeli rumah projek terbengkalai dan telah menyemak dengan KPKT pemaju yg saya beli ni adalah pemaju yang ambil alih projek rumah terbengkalai ini. saya masih was-was kerana takut rumah tak siap tapi telah membayar deposit 3%. adakah berbaloi untuk saya beli kerna telah di pantau oleh KPKT.

2. saya ingin membuat pinjaman melalui kerajaan negeri selangor tetapi rumah yang nak di beli di perak. adakah proses pinjaman ini agak sukar? bagaimana?

3. jika rumah yang saya nak beli beharga RM 155k tetapi saya nak buat pinjaman lebih sehingga RM 175k. Boleh ke dan bagaimana? saya kerani N17 gaji pokok rm 1719.61 + elaun RM 595 dan potongan sebnyk RM 518.99

PakTeh said...

walaikummussalam...

1. resiko rumah terbengkalai adalah rumah terbengkalai lagi, pembinaan kurang sempurna atau lari dpd spec, kesukaran mengambil tindakan,
2. tertakluk kepada suk selangor.
3. boleh mark-up jika tahu caranya dan penjual setuju.
...semoga membantu.

Anonymous said...

Salam pak teh,
Saya nak tanya adakah perbezaan proses cagaran pinjaman sppp dan sppi? Yang mana satu lebih cepat utk proses pembayaran selanjutnya.
Saya ada beli rumah di sabah, pinjaman sppi dah lulus tapi belum dapat pembayaran. Proses cagaran sudah dibuat melalui peguam.

2. Adakah cagaran secara gadaian dan penyerahan hak merujuk kepada proses yang berturutan?

Mohon bantuan pak teh. Terima kasih.

PakTeh said...

walaikummussalam...
1. biasanya kos guaman cagaran sppi lebih mahal kerana dokumen yang lebih dan proses keduanya lebih kurang sama tempohnya.
2. gadaian dan penyerahan hak adalan 2 proses cagaran tertakluk kepada jenis harta yang dibeli sama ada telah mempunyai hakmilik individu atau hakmilik induk.
...moga ada benarnya.

Anonymous said...

Salam pak teh...

Saya nk tanya gaji pokok saya rm3200..plus elaun 850..
Jd rm4050..potongan dlm slip..rm1450...gaji bersih rm 2600..brp loan perumahan kerajaan yg layak saya dpt...tq

zack yahaya said...

Assalamualaikum Pak Teh
Saya telahhpun membuat tempahan untuk membeli rumah. Masalahnya sekarang saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan seterusnya berkaitan dengan pinjaman kerajaan. Saya telah di panggil oleh peguam untuk menandatangani S & P tetapi saya belum pun memohon untuk loan kerajaan. Apakah sebenarnya prsedur yang patut saya ikut. tandatangan S & P dan subnmit loan, atau submit loan sebelum tandatangan S & P? Saya sangat keliru.
Boleh tak Pak Teh beri tunjuk ajar pada saya. Ini ialah pembelian rumah pertama saya.

Anonymous said...

Saya ingin membeli rumah tapi rumah itu masih dalam awal pembinaan dan telah membayar duit guaman pada hujung tahun lepas.Saya dimaklumkan tempoh rumah itu siap ialah dalam 2 tahun.Tapi dalam iklan rumah dinyatakan sept ini.Sekarang developer telah hubungi utk urusan pinjaman kerajaan.Melalui info Pak Teh,potongan gaji ialah setelah 19 bulan borang E diterima kan?Adakah cara untuk memohon dan memberitahu agar developer tunggu hingga rumah itu siap baru urus pinjaman?Saya risau jika rumah itu tidak siap-siap.Saya ada merujuk senarai hitam developer projek sakit sehingga jun 2013 dan nama developer A ada.Untuk makluman,dulu developer itu terkenal dengan banyak projek perumahan dan ada kawan saya yang telah membeli rumah yang telah siap dgn developer itu.Saya telah ambil iklan rumah di pejabat developer A tapi pada iklan nama developer ialah developer B.Saya risau...

manesha said...

pak teh brapa contact number..

PakTeh said...

16 julai anonymous : layak 320k. tQ

17 julai zack yahaya : walaikummussalam. tandatangan snp dahulu baru lengkapkan permohonan dan hantar. tQ

22 julai anonymous : membeli rumah sedan bina memang ada resiko rumah terbengkalai tetapi tiada cara untuk tangguh beli setakat ini kerana tiada peraturan rumah siap baru jual. moga ada benarnya.

3 ogos manesha : 0193533702. tQ

Anonymous said...

Assalam pak teh, boleh ke dapat full loan pinjaman kerajaan kalu beli rumah 2nd hand bernilai rm250k ? Tq = rodin

Anonymous said...

Salam pak teh, ada x post tentang mnjual rmh yg dibiayai olah pinjaman kerajaan?

Anonymous said...

salam pak teh...harap dapat member pencerahan...
isunya begini:-

tahun 2011 wife saya beli rumah pkai loan bank kerna beliau kakitangan swasta...sya pula kakitangan kerajaan tetapi pada masa tersebut saya blum sah dalam jawatan..utk pengetahuan pakteh nama saya tiada dalam s&p
kini tahun 2013 saya telah sah dlm jawatan dan persoalan saya ialah:-

1- bolehkan saya menggunakan pinjaman perumahan kerajaan untuk membeli rumah tersebut?
2- saya telah membuat pinjaman peribadi dan komitmen saya pada pay slip ialah 50% dan jika saya menggunakan pinjaman perumahan kerajaan sudah tentu komitmen saya pada payslip melebihi 60%...hasil sembang dengan rakan mereka kata boleh tetapi sekurang2 gaji baki rm300...adakah benar pendpt ini pak teh? dan jika benar bagaimana caranya?

3) katakan selepas 5 tahun saya ingin buat pinjaman ubahsuai berapakah had maksima pinjaman yang boleh saya pohon dan adakah kriteria 60% dari gaji bersih terguna disini ataupun saya masih boleh pohon had maksima kelayakan pinjaman perumahan saya asalkan baki gaji saya dalam rm300 atau keatas...

terima kasih pakteh atas kerjasama pakteh...harap pakteh dapat bantu saya...

Anonymous said...

As salam pak teh..cuma ingin btanya..sy ni xtau nk memilih insurans utk pinjaman perumahan sy...pd pndpt pak teh insurans mne yg blh sy gunakan.klu dr segi bayaran bulanan xbnyk perbezaan ant smua insurans..apa ciri2 yg plu ada sblm pilih insurans tsbt.
2)sy dpt tahu mrta lbh baik dr mlta.btul ke???..mcm mne nk tau bank yg menawarkn mrta@mlta
.

Anonymous said...

Assalamualaikum pak teh..

saya nak bertanya, adakah masih ada loan kerajaan untuk pembelian rumah skrg ni? sbb kawan suami cakap dh tak ada loan kerajaan untuk pembelian rumah..

Anonymous said...

Pakteh, saya nak bertanya sikit;
Stage ke berapakah pembeli akan dapat kunci,90% atau 100%?
ada kemungkinan kah pembeli akan dapat kunci sebelum rumah dapat CF?

Anonymous said...

Assalamualaikum pak teh,
nak tnya sikit
saya skrg menyewa rumah ibu saya (flat)
boleh tak buat loan kerajaan utk beli rumah dari ibu sendiri.
TK

Anonymous said...

Assalamualaikum pak teh.saya ingin mmbeli uma bungalow rm370k.rumah telah siap.sy nk apply loan kjaan.tp pemaju ckp lmbt.so die duh apply loan bank.jike sy dah gune loan bank boleh ke convert loan kjaan?

Anonymous said...

Akum pakteh..saya nk tanye..untuk loan ubahsuai rumah..salah satu syarat ialah duduk rumah tu cukup 5 tahun atau tarikh dari kelulusan pinjaman?

Unknown said...

As salam pak teh, bolehkah isteri saya (pinjaman kerajaan) menjual rumahnya kepada saya (suami). Tp saya buat loan bank. Satu lg benarkah sekarang loan bank sekarang sama je dgn lian k'jaan.

Susan bowman said...

BERITA BAIK! BERITA BAIK!

Untuk memperkenalkan diri dengan betul,
Ibu saya SUSAN [SYARIKAT PINJAMAN SUSAN BOWMAN]

Saya seorang pemberi pinjaman swasta, syarikat saya menyediakan pinjaman semua jenis dengan kadar faedah 2% sahaja. Ia adalah peluang kewangan di langkah pintu anda, memohon hari ini dan mendapatkan pinjaman cepat anda.

Terdapat ramai di luar mencari peluang atau bantuan kewangan di seluruh tempat dan masih, tetapi mereka tidak dapat mendapatkannya. Tetapi ini adalah peluang kewangan di langkah pintu anda dan dengan itu anda tidak mampu untuk melepaskan peluang ini.
Perkhidmatan ini menjadikan kedua-dua individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.
Jumlah pinjaman tersedia antara jumlah pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com

Unknown said...

Kami menawarkan pinjaman kadar faedah 2% untuk kegunaan perniagaan dan peribadi sekarang hubungi kami melalui e-mel (trabadovillaspin@gmail.com)

RIKA NADIA said...

Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

Post a Comment