Dapatkan pandangan PakTeh..!


Friday, November 4, 2011

Kenapa pinjaman perumahan saya lambat...?

Puuuhh...ramai yang mengeluh! Nape urusan pinjaman perumahan kerajaan lambat sangat? ...slow sangat? ...banyak hendaknya! ...leceh betul ! ...boring betulll, tension tension! ...dan bermacam-macam lagi.

Melalui pengalaman PakTeh ada beberapa sebab utama yang menyebabkan pinjaman lambat! Sebab utamanya :

Dokumen Tidak Lengkap...
Apapun urusan kalau tidak lengkap pasti lambat, betul tak? Macam mana nak diproses jika borang tidak diisi lengkap, dokumen sokongan tidak disertakan, isi borang salah dan sebagainya. Bila tidak lengkap, akan dikuiri. Kemudian dijawab dan jika tidak lengkap lagi, kuiri lagi. Sekali urusan kuiri dan memberi jawapan...saudara telah membuang masa yang berharga  selama lebih 10 hari. Jika lebih sekali dikuiri, darab aja lah...

Masalah Bila Berurusan Dengan Manusia...
Banyak orang banyak ragam..biasa kita dengar. Untuk urusan pinjaman perumahan kita akan berurusan dengan banyak sangat orang. Kita akan berurusan dengan penjual, pemaju, dengan peguam, ketua jabatan, pejabat pos, bahagian pinjaman perumahan, pejabat tanah dan kekadang dengan bank, kwsp dan banyak lagi bila nak buat pinjaman perumahan kerajaan. Di pemaju aja kita perlu berurusan dengan agen, dengan pegawai pemaju, dengan kerani pemaju...di peguam kita berurusan peguam, despatch, kerani dan begitulah di agensi yang lain. Berapa banyak manusia tuuu...banyak lah ragam. Ada yang sukar dicari, ada yang bercuti memanjang, ada yang elak kerja, ada yang malas, ada yang sering menghilang..macam-macam adaaa. Diri kita sendiri pun manusia gak...ada peminjam beri alasan tak ada masa la nak uruskan pinjamannya kerana sibuk kerja, kerana balik kampung dsb. Kalau kita pun tak boleh nak tolong diri kita sendiri, apa hak kita untuk untuk marah orang lain untuk urus pinjaman kita sedangkan mereka pun manusia yang punya banyak urusan lain, banyak masalah macam kita juga yang diringkaskan sebagi banyak ragamnya..hihi. Lu fikir la sendiri!

Kurang Mahir...
Lain pinjaman lain syaratnya, lain prosedurnya, lain jalannya, lain dokumennya, lain caranya. Siapa yang boleh mahir semua jenis pinjaman yang ada? PakTeh jugaaa...hihi. Bila kurang mahir, banyak la masalahnya. Banyak yang kita kurang pasti, tak tahu apa yang perlu, tiada perancangan awal, tiada persediaan. Dengan kelemahan akibat kurang mahir tadi akan menyebabkan  urusan pinjaman perumahan tidak lancar, tersangkut-sangkut. Kesimpulannya...lambattt.

Ada sebab lain yang menyebabkan pinjaman perumahan jadi lambat. Mungkin saudara sendiri telah alami. Jika ingin dikongsikan, sila comment di bawah.

Nasihat saya, jika saudara kurang yakin...serah pada PakTeh uruskan, InsyaAllah.

32 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Teh,
Saya ingin bertanya. jika semua maklumat yg diperlukan lengkap, selalunya berapa hari proses pinjaman ini diperlukan? Maksudnya drpd hari permohonan sehingga penjual menerima duit drpd pihak perbendaharan.

PakTeh said...

walaikummussalam...
tempoh sebenar amat subjektif untuk dianggarkan kerana bergantung kepada banyak perkara seperti yang dinyatakan di dalam page di atas. jika berurusan dengan PakTeh, kami mensasarkan 3 bulan selesai semua urusan sehingga penjual menerima duit. semoga membantu.

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh.
saya ingin bertanya kenapa permasalahan bank peminjam (load rumah) terpaksa menanggung kerugian?
-seperti pembeli yang di kenakan denda kelewatan. sedangkan pembeli telah tiada masalah atas segala permintaan dari bank.
- apabila urusan telah lewat benarkah pihak penjual boleh mengenakan penalti terhadap pembeli? jika benar mengapa pembeli juga harus menanggu?
-harap pak teh dpt membantu.
-jika permasalahan ini berlaku dgn serentak apakan sebagai pembeli apakah hak kami?

PakTeh said...

walaikummussalam...
1. pembeli adalah bertanggungjawab ke atas denda yang dikenakan kerana beliau yang telah bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di dalam perjanjian jualbeli bersama penjual dengan disaksikan peguam.
2. sehubungan itu, pastikan syarat di dalam perjanjian mampu dilaksanakan sebelum ditandatngani.
3. penalti akan dikenakan jika pembeli gagal mematuhi peraturan di dalam perjanjian.
4. pembeli boleh merayu jika kesalahan tersebut bukan disebabkan kesilapan pembeli tetapi kuasa mutlak tetap bergantung kepada perjanjian.
...kesimpulannya, pastikan syarat perjanjian dapat dipatuhi sebelum ditandatangani. semoga ada pencerahan.

izzad said...

salam,
pakteh sy ingin bertanya.sy ingin membeli rumah dgn harga rm238k.gaji sy rm2238.55 dan elaun sy rm 861.92.potongan bulanan sy sebanyak rm959.sy mgambil skim berpencen ttp.tetapi potngan skim kwsp msih dijalankan.bolehkah sy mendapat pinjaman 100% iaitu rm255k? potongan akn melebihi 60%.

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...
boleh tertakluk kepada sokongan jabatan. terima kasih.

YUSRIZAL ELLYUS said...

Salam Pak Teh,
Saya ada sebuah rumah yang baru di beli melalui loan kerajaan.Selepas 3 bulan saya menjual semula rumah itu kepada kawan dengan keuntungan Rm10k dari harga asal.

Soalan: Adakah saya layak untuk memohon loan kerajaan
lagi selepas tempoh itu?
Soalan: Adakah boleh jika saya berterusan buat begitu
melalui loan kerajaan?
Sila tunjuk ajar dari Pak Teh

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...

ooo ok, jawapan PakTeh :

1. layak pinjaman kedua selepas itu.
2. tidak dibenarkan kerana dalam pinjaman kerajaan terdapat 3 kali pinjaman biasa yg dibenarkan iaitu pinjaman pertama, pinjaman ubahsuai dan pinjaman kedua.

semoga membantu.

Anonymous said...

pak teh, kalau saya nak buat loan kerajaan dan minta pak teh uruskan dari a to z berapa kosnya. dan bagaimana nak berhubung dengan pak teh, adakah melalui tel, email shj. saya berada di kelantan.

betulkah semua urusan dengan bpp kena turun naik putrajaya hingga selesai urusan.

pak teh, saya cukup kagum dengan pak teh kerana menjawab banyak persoalan mengenai loan kepada sesiapa yang memerlukan tanpa sebarang caj dan dalam keadaan segera. semoga Allah permudahkan jalan bagi pak teh. teruskan menolong orang lain ye pak teh. terima kasih.

PakTeh said...

1. bergantung, tapi jika benar2 yakin a to z kosnya hanya rm500 dibayar setelah selesai semua urusan (tiada deposit).
2. yang cepat dan mudah adalah telephone 0193533702. urusan dokumen melalui email atau pos laju.
3. untuk segera perlu tetapi tidak lagi jika menggunakan perkhidmatan PakTeh kerana PakTeh akan uruskan by hand di putrajaya.
4. terima kasih tapi sekarang lewat sikit jawap kerana belum popular tapi soalan memang banyak. rasa dukacita tetapi pohon semua untuk tanya by phone untuk menyelesaikan banyak soalan dengan cepat dan tepat. semoga ada perkongsian.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak teh...sudah seminggu saya menanti surat setuju terima yang dikatakan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya katakan telah diposkan pada 1hb Ogos 2012...sehingga kini 8hb Ogos 2012 masih lagi belum menerima..Apa pandangan pak Teh jika saya bertanya berkenaan surat setuju terima ini dan pergi ke Putrajaya .....hari ini ?

PakTeh said...

walaikummussalam...

1. kekadang berlaku sepeti yang puan alami. banyak sebab jika ditanya tetapi yang penting bagaimana nak selesaikan.
2. cal atau datang sendiri adalah salah satu cara yang baik tetapi perlu berkorban masa dan wang.
3. kepada yang yakin, boleh guna perkhidmatan PakTeh bagi mengelakkan perkara seperti ini kerana PakTeh buat temujanji ambil by hand. semoga ada perkongsian.

Anonymous said...

Salam Pak Teh,
Saya akan beli rumah guna loan krjn dari orang (bukan pemaju)adakah ini bawah pasaran sekunder. Orang tu beli dari pemaju bberapa tahun dulu. betulke kena hantar permohonan dlm 7 hari. kalu lewat kena buat semula. mcam mana nak siap dlm 7 hari, byk urusan perlu dibuat.Termasuk kena buat penilaian. Pohon nasihat Pak Teh. Terima kasih.

Anonymous said...

Saya sedang mengalaminya.. Saya beli rumah apartment Di psrn sekunder yg tiada hakmilik strata lg. bermacam2 kelewatan berlaku. Di pihak lawyer saya, yg tersalah print borang dr website bpp.. Di pihak penjual yg amik masa lebih sebulan utk dptkn penyata baki hutang di bank.. Hingga ke pihak bpp yg misplace file saya. 24hb Aug hr tu lawyer saya dah submit dokumen ke bpp utk advise release baki pinjaman utk byr ke penjual. Sampai td saya call, unit voucher masih xjmp file saya. Maknanya xde tindakan lg. tarikh s&p tamat 8hb Sept ni, lg 4 hari. Saya akn rugi dekat rm50000 Yg sudah dibayar klu penjual xnak teruskan lagi.

Misz Ryehan said...

Salam pak teh..

Baru2 ni sy der buat pinjaman perumahan dan bila sy check status sy adalah-kuiri..sy bimbang sekiranya permohonan sy x diluluskan. Apakah sebab2 lain permohonan sy ini dikuiri?apa tindakan yg patut sy lakukan skrg yr pak teh?

Safarina Yusof said...

Salam pak the...
Saya telah mnjual rmh pd bln3 2012..snp dimati setem pd akhir april, buyer wat loan kerajaan jga...pda bln 10 lawyer bgtau ada msalah kaveat...pda bln1 br slesai urusan kaveat. Skrg da msk bln5 kenapa loan buyer msh blm approve. Sya mggunakan lawyer yg sma dgn buyer.

Anonymous said...

bodo punya gomen..nyusahkan penjawat awam..rakyat didahulukann..penjawat awam bkn rakyat ke

Anonymous said...

Salam Tuan,

saya ingin membeli rumah orang tua saya menggunakan loan gov ni, Soalan saya
1) macamana saya nak tahu value rumah orang tua saya tu? saya perlu rujuk dengan siapa?
2) Oleh kerana saya nak beli rumah dengan orang tua saya, perlukah juga saya lantik peguam?
3) gaji basic saya rm1957 + Elaun RM875, dalam slip gaji ada potongan sebanyak RM930. Brapa banyak loan yang boleh diluluskan?

Saya ni first time nak beli rumah, banyak benda yang tak tahu. Tolong beri tunjuk ajar.

Terima kasih.

-Azahar-

mohamad suhaib said...

Salam pak teh.. Saya seorang pekerja swasta..isteri saya,akan mula masuk bekerja dalam badan berkanun(semigovt) tak lama lagi.. Soalan saya :-
1) kami layak memohon loan govt.bila dia tamat proses percubaan?
2) saya berminat dalam mggunakan perkhidmatan pakteh,jadi pakteh bolehembantu dari a-z dlm masa 3bulan?

Alias said...

Saya tinggal 4 tahun bersara kerajaan dan ingin membeli rumah kedua tetapi baki pinjaman pertama masih ada lagi lebih kurang Rm10230.78 sen. Bolehkah saya membeli rumah pinjaman kedua tanpa mneyelesaikan pinjaman pertama atau bagaimana langkah yang terbaik sepatutnya dilakukan.

Anonymous said...

asslm..pakteh..
sy telah beli rumah sabtu lalu (7/9/13),sy telah meletakkan rm3000 utk booking & selebihnya 10% deposit harus dibyr dlm mase 21hari.sehingga skrg s&p sy masih blum terima (5hari wktu bekerja sudah)..agaknye lmbat kah utk dptkn s&p,borang 3A,5A & borng 4?slalunye brp lame proses utk dptkn s&p dr peguam?adkah lebih dr seminggu dr tarikh pembeliaan & byaran deposit?..trma kasih..

Anonymous said...

Salam pak teh.
Saya pun ada soalan berkenaan dgn interest masa nak amik kunci imah.sy kne charge rm2500.bila col developer dia bgtau sbb bpp lewat keluarkn payment.s&p sign bulan 5.sepatutnya bpp kne keluarkn payment dlm masa 14 hari tp bpp tak keluarkn smpi la bulan 12.at last sy pulak yg kne denda.bila col bpp pas sana pas sini.hayooolah camano ni pak teh.

Irfan said...

Salam Anonymous September 20, 2013 at 10:01 PM. Sebenarnya hal ini sangat mengelirukan(tempoh untuk bpp bayar pada pemaju). ada macam2 versi. Ada yang kata kiraan 21 hari lepas loan lulus,ada kata 14 lepas stamping date. apa yang boleh sedara buat, cuba buat rayuan. harap2 ringan beban saudara. Saya pun baru submit loan. nasib saya pun tak pasti lagi nanti macam mana.

Anonymous said...

Salam,
Saya mengalami masalah yg sama seperti Anonymous September 20, 2013 at 10:01 PM. Cuma saya belum tahu lagi berapa jumlah denda lewat yg saya kena bayar pd pemaju. Rasa mcm dah penat nak kejar bpp. Sangkut kat unit baucer dah dekat 3 minggu. Bpp janji seminggu lebih ke 2 minggu. Bila tanya, mcm2 alasan diberi. Orang ni kata lain, orang tu kata lain. Dah la kol pun susah nak angkat. Bila la perkhidmatan bpp ni nak maju???

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh.
saya ingin bertanya kenapa permasalahan bank peminjam (load rumah) terpaksa menanggung kerugian?
-seperti pembeli yang di kenakan denda kelewatan. sedangkan pembeli telah tiada masalah atas segala permintaan dari bank.
- apabila urusan telah lewat benarkah pihak penjual boleh mengenakan penalti terhadap pembeli? jika benar mengapa pembeli juga harus menanggu?
-harap pak teh dpt membantu.
-jika permasalahan ini berlaku dgn serentak apakan sebagai pembeli apakah hak kami?
-adakah saya boleh fight mengatakan kesalahn tersebut daripada laywer.so suh lawyer bayar penalty tersebut

wan azzuan said...

Salam pak teh...
Permohonan sy di kuiri sbb tak cukup satu borg.. Sy telah pun hantar melalui peguam 2 minggu yg lepas.. Sampai skang dlm online masih lg di kuiri.. Memang ambil masa yg lama ker? Mcm mana sy nk follow up permohonan sy? Harap bg pandangan.. Tk

grantloan microfiniancescheme said...

Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda mahu menjadi kewangan yang stabil? Atau adakah anda ingin mengembangkan perniagaan anda? Kami menawarkan pinjaman syarikat, pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, dan peribadi

pinjaman pada kadar faedah yang sangat dikurangkan sebanyak 3% dengan tempoh yang selesa yang boleh diniagakan. Tawaran ini adalah terbuka kepada semua yang akan dapat membayar kembali dalam masa yang sewajarnya. sila

kembali kepada kami jika berminat dengan e-mel ini; grantloanscheme@gmail.com

ISI BORANG DI BAWAH

Nama Penuh ...
Hubungi Alamat ...
Umur ...
Nombor Telefon ...
Status Perkahwinan ...
Sex ...
Pekerjaan ...
kedudukan ...
pendapatan bulanan ...
Jumlah Pinjaman ...
Tujuan untuk pinjaman ...
Tempoh ...
Negara ...

Terima kasih dan Tuhan memberkati
Puan Tina Johnson
e-mel; grantloanscheme@gmail.com

Rider Nitro said...

Pak Teh...apasal diam je nih...?

maslina said...

Asskm pakteh..bila pemotongan gaji akan bermula...adalah stlh mendapat cf or kunci..atau 50 peratus rumah siap?

Morgan Granvillle said...

MENGAPA KHAWATIR?
PBB KOMPENSASI BERSAMA PEMERINTAH FEDERAL DARI NIGERIA (EFCC)
DI AFILIASI DENGAN BANK DUNIA.
ATTN: Penerima,
Berharap semuanya baik-baik dengan Anda dan keluarga Anda ?, Anda mungkin tidak mengerti mengapa siaran ini datang kepada Anda. Berkenaan dengan pertemuan terakhir antara PBB dan Pemerintah Amerika Serikat Hadir untuk mengembalikan martabat dan ekonomi Perserikatan Bangsa, Berdasarkan Perjanjian dengan Bantuan Bank Dunia untuk membantu dan membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk semua dengan tujuan tunggal penghapusan kemiskinan dan pemberantasan maya penipuan. Kami telah mengadakan pertemuan untuk melewati 7 bulan yang berakhir 2 hari yang lalu.
The National Central Bureau Interpol ditingkatkan oleh PBB dan Federal Bureau of Investigation telah berhasil melewati mandat kepada presiden saat Nigeria Presiden Mulia nya Goodluck Ebele Jonathan untuk meningkatkan pelaksanaan kliring semua utang luar negeri berutang kepada orang asing dan Kompensasi semua yang harus kehilangan uang mereka diperoleh dengan susah payah ke Nigeria Penipu.
Email ini kepada semua orang yang telah scammed dalam setiap bagian dari dunia, PBB telah sepakat untuk mengimbangi mereka dengan jumlah US $ 8.500.000 (Delapan Juta Lima Ratus Dollar Amerika Serikat) Ini termasuk setiap kontraktor asing yang mungkin tidak menerima jumlah kontrak mereka, dan orang-orang yang telah memiliki transaksi yang belum selesai atau bisnis internasional yang gagal karena masalah pemerintah, kontrak Sum, Lottery Perjudian nama / etc.Your dan email itu dalam daftar yang diajukan oleh Tim Pemantauan kami Komisi Ekonomi dan Kejahatan Keuangan (EFCC) dan Biro Investigasi Federal (FBI) pengamat dan ini adalah mengapa kami menghubungi Anda, ini telah disepakati dan telah ditandatangani.
Anda disarankan untuk menghubungi Morgan Wong, karena ia adalah perwakilan kami di Nigeria.Hurry sekarang !! menghubunginya segera untuk CEK Anda layak jumlah total US $ 8.500.000 (Delapan Juta Lima Ratus Dollar Amerika Serikat) dana ini berada dalam Formulir DRAFT untuk tujuan keamanan ok? Jadi dia akan mengirimkannya kepada Anda melalui DHL perusahaan kurir dan Anda dapat menghapus CEK di bank pilihan Anda di negara Anda.
Hubungi Dia segera untuk pengiriman cek Anda dengan informasi berikut.
1. Nama lengkap:
2. Telepon dan Fax nomor:
3. Alamat di mana Anda ingin dia mengirim cek (PO Box tidak dapat diterima)
4. Umur dan pekerjaan saat ini:
Orang yang dihubungi: Morgan Wong (contact agent)
Email: mgranville38@yahoo.com
Beri dia Referensi file Anda (RE-1077-V) dan Anda bebas untuk menghubungi dia melalui Email, akan lebih baik untuk memanggil dia dan setelah Anda melakukan itu dia akan meminta Anda dari Anda nomor referensi file yang (RE-1077- V), nomor referensi file ini sangat penting dan memberinya akses untuk mendapatkan melalui ke file Anda dan email Anda kembali dengan cepat setelah ia menegaskan email Anda dan rincian pengiriman Anda.
Terima kasih untuk mengikuti instruksi ini dan sekali lagi menerima ucapan selamat kami.
Good luck dan salam,
Membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik,
Ban Ki-Moon Sekretaris (PBB).
Email: loanfraudalert.efcc.usa@outlook.com.

Karina Agus said...

`Nama saya Karina Agus, tinggal di Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati tentang scammers karena mereka bulan everywhere.Few lalu saya secara finansial turun, dan karena kebutuhan saya, putus asa dan kemiskinan , saya telah scammed oleh beberapa perusahaan pinjaman yang disebut di online. Aku kehilangan harapan tidak sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Mrs Clara Alderman yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari $ 79.000 dalam 24 jam tanpa tekanan, pada awalnya itu seperti mimpi bagi saya sampai saya melihat waspada angsuran pertama saya 2 jam setelah saya diterapkan. Saya mendorong sesama Indonesia yang membutuhkan pinjaman untuk silahkan hubungi Mrs.Clara melalui: claraloans@financier.com atau hubungi mereka di +447045730449
Hati-hati! Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui: Karinaagus2@gmail.com

Veronica Clinton said...

halo
Aku Veronica Clinton Direktur Managing (MD) dari Special Pinjaman Rumah Limited, kami adalah perusahaan yang terdaftar, meminjamkan uang kepada orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan mendesak, dan mereka yang telah ditolak kredit dari bank karena nilai kredit yang rendah, pinjaman usaha , pinjaman pendidikan, kredit mobil, pinjaman rumah, pinjaman perusahaan dan banyak lagi, atau Anda ingin membayar utang atau biaya, atau Anda telah scammed sebelumnya oleh pemberi pinjaman uang palsu? Selamat Anda sekarang berada di tempat yang tepat, Special Pinjaman Rumah Limited, sebuah perusahaan pinjaman terpercaya, yang memberikan pinjaman dengan tingkat bunga yang sangat rendah dari 2%, kami telah datang untuk mengakhiri semua masalah. kita menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan rahasia dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui email di: specialloanhouse@gmail.com atau specialloanhouse@cash4u.com
banyak cinta
Ibu Veronica Clinton

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More