Dapatkan pandangan PakTeh..!

Monday, November 8, 2010

Untung, memang beruntung kerja Gomen

Salam hormat.

Kalau diperhati dari dulu lagi, keja Kerajaan ne kejab top, kejab lak tak gelemour, jab lagi lak jadi rebutan, sewaktu yang lain lak kena kutuk. Berubah-ubah mengikut suasana, perasan tak? Kalau perasan, time keja kilang 2, 3 bulan dah boleh beli keta, keja Kerajaan ne tak dipandang langsung. Time negara dilanda masalah ekonomi, time tu la pulak semua berebut nak keja Kerajaan. Income kecik tak pe, janji selamat tak dibuang keja macam kekawan kita yang lain tuu. 

Tapi saya bersyukur la sebab keluarga saya seorang keja Kerajaan dan saya keja sendiri. Apa-apa perubahan ekonomi dunia, ekonomi negara ke malah ekonomi keluarga ke.. keadaan tak lah serabut. Tapi yang nak diceritakan sebenarnya adalah "Untung, memang beruntung kerja Gomen". Kenapa lak untung? Mula-mula sekali kalau nak untung keja Kerajaan adalah apabila layak buat loan, pulun semua pinjaman yang layak dipohon..baru untung sebab kadar keuntungan yang diambil oleh Kerajaan sebanyak 4% adalah berdasarkan baki berkurangan setiap bulan. Kalau nak banding dengan loan bank konvesional adalah 2%.  Namanya pun dah kemudahan, tentulah murah dan perlu disambar secepat mungkin..percaya lah!.

Secara kasarnya jika diperhatikan seseorang yang mempunyai Diploma akan menerima gaji sekitar RM1,500 apabila mula berkerja dengan Kerajaan dan menerima gaji sekitar RM2,000 jika mula berkerja dengan sektor swasta. Tetapi seorang pekerja Kerajaan yang menggunakan kemudahan pinjaman Kerajaan sebanyak RM200,000 ribu hanya membayar balik sekitar RM1,000 sebulan ditambah dengan peluang bayaran balik sehingga 30 Tahun, 100% pinjaman dan tanpa perlu penjamin. Manakala, pekerja swasta tadi jika membuat pinjaman dengan jumlah yang sama mungkin perlu membayar sehingga lebih RM1,500 sebulan kerana kadar faedah yang lebih tinggi, tempoh pinjaman yang singkat, kurang dari 90% pinjaman dan mungkin memerlukan penjamin.

Jika diambil kira dari segi beban tugas, jumlah cuti rehat tahunan, kemudahan cuti-cuti lainnya seperti cuti bersalin, cuti haji, cuti sakit, skim pencen, ganjaran, kemudahan kuarters sudah pasti kerja Gomen adalah lebih tepat, selamat dan dunia akhirat. Bayangkan isteriku hanya perlu membayar RM370 sebulan untuk tinggal di kuarters yang kadar sewa semasanya mencecah sehingga RM1,500 sebulan...percaya lah!.

Bersyukur lah orang Gomen dan terima kasih Kerajaan Malaysia atas nikmat ini.

Note : Nak tahu lebih lanjut, hubungilah saya. 

3 comments:

Anonymous said...

pak teh...

boleh saya tau pe maksud 'kadar keuntungan yang diambil oleh Kerajaan sebanyak 4% adalah berdasarkan baki berkurangan setiap bulan.'?adakah ia bermaksud ansuran bulanan kita dikira mengikut jumlah baki pinjaman & akan berkurang setiap tahun?

PakTeh said...

maksudnya, apabila kita membuat bayaran balik maka hutang kita akan berkurang setiap bulan dan 4% kadar faedah tersebut dikira atas baki hutang yang berkurang tersebut.

bayaran bulanan akan tetap sama setiap bulan, kerana kadar faedah tersebut telah diambil kira untuk sepanjang tempoh pinjaman. tQ

Anonymous said...

salam.saya ingin meminta pandangan tuan. Adakah rugi jika pinjaman loan bank yang sudah dibuat ditukarkan kepada pinjaman kerajaan?

Post a Comment