Dapatkan pandangan PakTeh..!

Tanya PakTeh

Saudara boleh bertanyakan apa sahaja yang berkaitan Blog ini melalui ruangan "facebook comment" di bawah. Perkongsian saudara amat saya hargai.

ATAU isikan borang pertanyaan di bawah ini :

Nama *

Email *

No Handphone *

Pertanyaan * :


904 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 904   Newer›   Newest»
PakTeh said...

walaikummussalam anonymous,
boleh jual, tetapi perlu memohon dengan surat. tQ

Anonymous said...

adakah "serah pada yang pakar untuk urusan pinjaman" bermaksud serah pada peguam utk menguruskannya? cuma kita perlu bekalkan maklumat yg diperlukan peguam?

terima kasih
~adyz~

PakTeh said...

adyz...yang pakar maksudnya yang mahir berkaitan urusan pinjaman perumahan dan berkebolehan untuk cepat menguruskannya. jika peguam memang pakar its ok atau sesiapa sahaja. jika tidak PakTeh pun boleh urus... rujuk di- http://loankerajaan.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

terima kasih.

Anonymous said...

Salam, Blog Pak Teh banyak membantu saya, kakitangan awam yang baru nak beli rumah nie...Thank you Pak teh
Hanya Allah yang memberkati usaha Pak Teh

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous, semoga hendaknya begitu. jika membantu beritahu kawan, jika tidak...beritahu saya. terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Pakteh, sy telahpun sampai ke proses mendapatkan "state consent" dari pejabat tanah untuk pembelian rumah sy. S&P dah pun ditandatangani. Borang income tax pun sama. Semakan telah dibuat di pejabat tanah dan didapati status rumah tuh clear. Selepas mendapatkan "state consent" barulah dapat saya membuat permohonan loan kerajaan sy. Menurut peguam "state consent" mengambil masa yang agak lama berbanding proses permohonan loan kerajaan. Anggaran tempoh masa kelulusan didalam S&P dimasukkan 4 bulan.

Persoalan saya:-
1. Berapa lama kebiasaannya tempoh yang diambil bagi mendapatkan "state consent" tersebut?

2. Selepas proses "state consent" adakah terus kepada proses permohonan loan kerajaan?

3. Langkah-langkah berhati2 yang perlu saya ambil dalam proses2 tersebut bagi mempermudahkan dan mempercepatkan proses pembelian rumah tersebut.

terima kasih, jazakallahi khairan kasira

~adyz~

PakTeh said...

walaikummussalam adyz...

1. bergantung kepada mesyuarat yang biasa dilakukan 2 kali setahun. biasannya dalam 6 bulan.
2. untuk hantar borang permohonan dahulu pun boleh tapi tidak akan diluluskan sehingga dokumen lengkap.
3. pastikan kelewatan mendapatkan "state consent" dapat dikecualikan daripada penalti. jika borang telah lengkap, hantar dahulu ke perumahan.

semoga membantu.

Anonymous said...

salam pak teh...
saya nie baru 1st time nak buat loan govt utk beli rumah dgn harga RM340k.Saya kena bagi upfront RM34k sbb bln Feb 2012 rumah tu dijangka siap.Saya dan suami mmg berminat nak beli ruma tu, cuma ada beberapa benda yg saya dan suami x pasti, kalau bole nak mntak pendapat n cadangan dr pak teh..
a. Saya keja govt :
Basic : RM 2419
Elaun : RM 850
Potongan : KWSP shj (tp next yr dh xdak potongan sbb amik skim pencen)
Komitmen lain : RM650 - loan kereta tp x dak dlm pay slip.

b. Saya nak wat loan RM300k, bole diluluskan atau x? husband keja swasta, so kalau x lulus ada alternatif lain x sbb kami betul2 interested nk ambil rumah tu.

c. Kalau nak apply govt loan nie kena guna online ka? maksud saya SPPB tu ka?

ina

Anonymous said...

salam pak teh..
saya umur 32 tahun, kalau buat govt loan smpai 30 tahun, jadi saya akan abis bayar masa umur 62 tahun, dah lebih dari umur pencen (58t), bole ka p.teh?

PakTeh said...

walikummussalam ina...tahniah kerana berjaya untuk mendapatkan rumah.

a. ok
b. berdasarkan gaji pokok layak maksima rm255k. alternatif saya cdgkan tunggu kenaikkan gaji jangka 1 januari 2012 atau second charged baki pada bank. bank payah nak terima tetapi difahamkan bsn ada harapan, tanya la dulu.
c. saya mencdgkan secara biasa aja kerana online masih on trial.

semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous....
boleh, akan dipotong wang pencen bagi kes selepas umur pencen... maksima bayar balik adalah hingga umur 90 tahun...hihi mcm lawak tetapi itulah peraturannya.

semoga menjawab soalan.

Anonymous said...

terima kasih pak teh..kalau secara manual mcm mana nk apply..saya nie zero terus bab2 nak buat loan rumah nie..borang nak ambil n guna yg mana.thanx skali lg krn bnyk membantu especially org yg xtau apa mcm saya nie..

ina

Anonymous said...

salam pak teh, td lupa plak nak tnya, kalau saya buat govt loan RM255k, yg balance tu dlm RM50k bole x buat atas nama husband (keja swasta) utk 2nd charge? thanx p.teh - ina

PakTeh said...

ina....
1. borang permohonan boleh upload di http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=152&lang=ms ...untuk tentukan borang yang tepat saya memerlukan maklumat hakmilik dan snp...lain kes, lain borang dan dokumennya.
2. boleh tetapi perlu cari dan confirm betul bank yang setuju. terima kasih.

Anonymous said...

salam pak teh, saya dh tanya dgn bsn pasai 2nd charge tu, bank kata kena buat loan atas nama saya jgk, itupun after dpt approval utk govt loan..nak mntk pandangan dr p.teh la, mn lg baik ;
1. saya apply govt loan (RM255k), then yg balance tu RM50k saya buat 2nd charge dgn bsn.

2. saya terus apply full loan dgn BSN, then bila lps tangga gaji saya convert govt loan.

3. buat ja dgn commercial bank utk full loan atas nama husband saya yg keja swasta..

mntk pandangan dr p.teh bolehkan?? - ina

PakTeh said...

walaikummussalam ina...
pandangan saya :
1. baiknya harta atas nama sendiri dan ada niat ini adalah rumah terakhirku.
2. last choice sebab banyak kos akan dibazirkan.
3. sesuai jika punya budget lebih dan bercadang untuk beli rumah lain yg lebih baik selepas nee.

cadangan lain, tunggu kenaikan gaji spt dalam budget baru nee.

semoga ada panduan yg diberikan.

Anonymous said...

assalamulaikum pak teh..sy tiada apa2 yg nak ditanya..hanya ingin mengucapkan trima kasih banyak kerana sudi berkongsi ilmu...banyak yg saya pelajari dalam sesi q & a di disini...

cuma sy ingin berkongsi maklumat tentang kelayakan 60% gaji..kalau waktu dulu , potongan loan rumah boleh melebihi 60% gaji bersih(jika disokong oleh ketua jabatan)..tetapi lately..(dalam tahun ini ) ketua jabatan saya memanggil individu2 yang mempunyai potongan melebihi 60% gaji bersih dan mereka perlu mengemukakan surat tunjuk sebab...alasan ketua jabatan saya, terdapat teguran audit...menurut ketua jbtn sy lagi, teguran audit adalah significant kepada ketidakcekapan pentadbiran kewangan...
mmg ada kes2 mcm ni ke pak teh?(pn noriza)

Anonymous said...

salam uncle teh:
peminjaman bantuan bpp untuk membeli rumah kat kl ni amat menderita. Biarlah saya terangkan....
1) Harga rumah teres baru di kl adalah 500k ke atas, putrajaya lagi mahal 600k ke atas, kelayakan gred 48 saya ni hanya 400k.. kesimpulannya tiada harapan
2) Harga rumah teres lama yang harganya secara relatifnya lebih murah. antara yang saya dapat carikan lebih kurang 350 - 400k.... hmmmm JPPH pulak kacao kata penilaian adalah 250-290k....kesimpulannya tiada harapan
3) Harga rumah condo yang lama pun sama hakikat dengan JPPH.....

So, terpaksa la saya carikan rumah condo baru kl... harga bawah 400k dan problum jugak,,,, pasal pembinaan condo yang lebih cramp dan lebih tinggi menjadikan tempoh pembinaan jarang kurang daripada 2 tahun... misalnya Z residence kata 3 tahun.... astana lumayan 2.5 tahun.... tapi tempoh permulaan pembayaran BPP 18 bulan saja.... Tu bermaksud saya perlu mulai pembayaran BPP sedangkan condo tu mungkin saja 30% tahap saja.... Tu bermaksud saya kena bayar anggaran RM2k tiap bulan sampai tahun ketiga, tanpa boleh sewakan, tanpa boleh menduduki......Lagi terok kalo projek terbengkalai.....

Rumah teres baru X
Rumah teres lama X
Rumah condo lama x
Rumah condo baru X

Duduk jamban saja lah kan ... Frus betul

Anonymous said...

salam pak teh...trima kasih atas pandangan yg amat berguna utk saya n husband..saya pun ingt nk tunggu kenaikan gaji tp takut plak lmbt..kalu kenaikan naik dlm bln jan 2012 ok la..p.teh ada hint x bila kenaikan dlm bajet aritu akan dimulakan.. TQ - ina

Anonymous said...

itu rintihan saya dari perspektif pencarian rumah di kl. so soalan saya adalah kenapa 18 bulan? kenapa tidak selepas siap pembinaan baru pemotongan gaji? Saya tidak pernah saksi satu projek pembinaan condo di ibu kota yang bolehsiap dalam tempoh 18 bulan.. tak logik....

abeh yong

PakTeh said...

walaikummussalam pn noriza…terima kasih jua kerana sudi menjelajah blog ini untuk berkongsi pengalaman dan semoga ianya memberi munafaat kita bersama.

ya, memang ada kes sebegini yang saya ketahui walaupun dari segi peraturan pinjaman perumahan adalah tidak menjadi kesalahan. perkara ini dilaksanakan selaras dengan peraturan tatertib berkaitan keberhutangan yang berat. bagaimanapun tindakannya tidak konsistent serta tidak seragam diantara jabatan dengan jabatan lain. menggunakan potongan gaji di dalam slip sebagai penanda aras adalah 1 mekanisma yg baik tetapi tidak semestinya tepat. bagi saya, ketua jabatan perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya berkaitan bebarapa isu yang boleh difikirkan bersama2 sebagai contoh seperti di bawah :
1. potongan simpanan tabung haji dianggap sebagai potongan, sedangkan ianya adalah tabungan. adakah wajar tabungan diambil kira dalam menentukan potongan 60%?
2. potongan yang lebih di dalam slip gaji tidak melambangkan mereka dibebani hutang. seorang yang mempunyai potongan 60% tetapi mempunyai pendapatan sampingan seperti perniagaan tetap, sewaan bangunan lebih daripada jumlah gaji tetap mereka adakah tergolong dalam kelompok ini?
3. disebaliknya pula, jika seseorang yang tidak mempunyai potongan di dalam slip gaji tidak bermakna mereka tidak mempunyai hutang yang banyak. hutang kad kredit, overdraft, hutang kereta kebanyakkannya tidak menggunakan slip gaji sebagai potongan.

PakTeh berpandangan, menghukum dengan melihat kepada potongan slip gaji adalah tidak wajar. tindakan ketua jabatan puan untuk kakitangan memberi tunjuk sebab adalah wajar. Justeru itu, jika alasan yang diberikan terkandung di dalam perkara 1 dan 2 di atas, maka pertimbangan perlu diberikan dengan bukti yang diberikan.

tetapi bagaimana dengan mereka yang berada di perkara 3? adakah mereka perlu dihukum? bagaimana pula hendak mengesan mereka? saya tinggalkan soalan ini untuk renungan bersama.

sekadar pandangan luar seorang bernama PakTeh, jauh sekali mengkeritik sesiapa terutama jabatan kerajaan.

jika silap, harap tunjukkan jalan dan jika ada benarnya…moga dapat direnung bersama. saya insan lemah...Allah jua yang maha mengetahui.

PakTeh said...

walikummussalam abeh yong...first time saya dipanggil uncle teh...hihi rasa lain mcm tapi best gak!

impian untuk memiliki rumah memang agung..pastinya hendak besar, cantik, mewah dan serba serbinya lengkap dan tercanggih serta pelbagai lagi...itu saya. namun realtinya, memiliki rumah bukan atas apa yang kita MAHU tetapi apa yang kita MAMPU.

..dan pinjaman perumahan kerajaan adalah yang terbaik dan termurah. bezanya dengan bank adalah ia dipanggil kemudahan (kalau layak gerenti dapat), 100% loan (bank 70-90% loan), menjaga kepentingan peminjam dan kerajaan (bank jaga kepentingannya sahaja).

sekadar pandangan PakTeh :

1. kelayakan yang kerajaan beri adalah tinggi selari dengan harga rumah dan berdasarkan kemampuan membayar balik oleh peminjam berdasarkan gaji. jika mampu, boleh beli rumah rm600k, pinjaman kerajaan rm400k dan bakinya guna sumber lain. saya kenal kakitangan kerajaan yang mampu tapi kelayakannya rendah mengguna cara ini. mereka membeli rumah teres di present 18 dengan harga rm550k hingga rm770k, semi-di di presint 9 rm800k, banglo di taman pinggiran putera rm700k dan banyak lagi.

2. penilai perlu menilai ikut nilaian pasaran semasa bagi menjamin kepentingan kerajaan dan peminjam. kesannya amat parah jika rumah bernilai rm250k dinilai lebih tinggi daripada pasaran sehingga rm400k…

3. 18 bulan adalah satu tempoh yang memadai jika hendak dibandingkan dengan peraturan bank…tetapi boleh ditambahbaik jika kerajaan setuju. bagi perojek terbengkalai juga, kerajaan telah memberikan beberapa pilihan terbaik termasuk dikecualikan faedah pinjaman…ini yang dinamakan kemudahan dan pastinya jauh lebih baik daripada bank.

4. sepengetahuan saya, kerajaan berhasrat agar rumah telah siap baru boleh dijual bagi kemudahan semua serta memenuhi harapan potongan gaji dibuat bila rumah telah siap. walau bagaimanapun, perkara ini sukar direalisasikan sehingga kini kecuali dibeberapa projek seperti projek pkns. semoga akan ada di masa hadapan.

kemudahan pinjaman kerajaan tetap yang terbaik untuk diberi pilihan utama sehingga kini. gunakan sepenuhnya, sebaiknya mengikut creativiti kita selaras dengan peraturan yang dikeluarkan, pasti mudah! sekadar perkongsian dan pandangan PakTeh sahaja. semoga ada benarnya.

PakTeh said...

walikummussalam ina...

hint tuu x der ler tapi dengar2 01 januari 2012 berkuatkuasanya. senang2 leh refer ceta kat fanpage PakTeh di http://www.facebook.com/loankerajaan/posts/217363428330765 ....pasti ada maklumatnya.

semoga membantu.

Anonymous said...

asssalamualaikum dan slamat pagi pak teh..Pn Noriza skali lagi...sememangnya saya sgt setuju dengan ulasan pak teh..penilaian 60% potongan gaji perlu lebih diperhalusi..

tentang komen abe yong, membuat saya terdiam sejenak...apmt with condo facilities (910sqft)yg dibeli thn 2004 berharga 139k(bumi lot), rata2 jiran menjual dengan harga 300k- 350k sekarang..saya pun ada plan nak jual juga...bayangkan harga rumah teres dsl 20 X 70? kalau apmt kecik sy pun harga 330k, rumah teres tentulah lebih tinggi...jika ikut kelayakan, membeli rumah di lembah klang sememangnya agak perit sedikit, tapi apa2 pun saya rasa saya perlu mengukur baju di bdan sendiri..kalau mampu saya beli, kalau tak...saya berangan je la kot...coz..BERANGAN tu PERCUMA...

ok pak teh, terima kasih skali lagi kerana wujudkan blog yg membantu kami pembeli rumah...professional advice biasanya comes w professional fees...hanya Allah shj yang dapat membalas jasa Pak teh.( Pn Noriza)

PakTeh said...

walaikummussalam pn noriza...semoga ceria selalu bersama keluarga.

tahun 2011 menunjukkan peningkatan harga rumah yang mendadak dan tinggi. harga ini akan dijangka akan terus meningkat. rujuk post saya dalam fanpage di http://www.facebook.com/loankerajaan/posts/166592863425863 ...dengan berangan akan menghasilkan kenyatan jika diusahakan.

terima kasih dan sama2 puan. datang lah lagi bersama rakan.

Anonymous said...

salam pak teh
adakah kemudahan bpp izinkan kita letak nama ibu bapa kita sebagai pemilik? Terima kasih

kakitangan kerajaan

PakTeh said...

walaikummussalam....

maaf, tidak boleh. hanya nama suami atau isteri sahaja dibenarkan. terima kasih.

Anonymous said...

salam pak teh,
kelayakan saya utk buat pinjaman peumahan sekiranya gaji pokok : RM2419, elaun : RM850, potongan : RM850 dan EPF

terima kasih

PakTeh said...

alaikummussalam anonymous....

berdasarkan gaji pokok tuan layak pinjaman maksima rm255k tertakluk kepada sokongan jabatan. terima kasih.

Anonymous said...

Salam Uncle Teh
Nak tanya lagi. Boleh ke guna kemudahan BPP untuk membeli rumah kediaman jenis SOHO. Ini jenis condo yang moden tapi untuk tujuan kediaman.

Abeh Yong

PakTeh said...

walikummussalam abeh yong...

rumah yang mempunyai ciri-ciri kediaman iaitu mempunyai bilik air, bilik tidur, ruang tamu dan dapur layak pinjaman bpp. semoga membantu.

Anonymous said...

salam pak teh

Isteri saya telah membuat pinjaman perumahan dan telah membayar RM 668 setiap bulan sehingga tempoh pinjaman 20 tahun. Soalan
1. Bolehkan isteri saya memohon untuk lanjutkan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun seperti yang diumumkan bajet sebelum ini?

Azwean said...

Assalamualaikum pakteh,

Gaji pokok saya: 2300
Elaun2: 1500
Total gaji kasar: 3800
Tolak Epf:360
Tolak angkasa(koswip):100
Tolak TH:100
Tolak zakat:50
Gaji bersih: 3190
Tapi saya ada pinjaman yg tak ditulis dlm payslip iaitu:
1.loan kereta:500
2.loan asb:1200
Berapakah yg layak saya pinjam?
Terima kasih. Selamat hari raya aidiladha...

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...
semua pinjaman yang diluluskan sebelum 01 januari 2009 layak untuk lanjut tempoh pinjaman sehingga 30 tahun. semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam azwean...
layak pinjaman maksima rm255k. selamat hari qurban.

indraputra said...

assalamualaikum Pak Teh...
Saya seorang penjawat awam.
Saya ada membaca soalan2 dan respon dari pakteh di sini...
bukan apa, supaya saya tidak bertanyakan perkara yang berulang..
Saya telah di sahkan dalam perkhidmatan. Kelayakan pinjaman perumahan saya, bawah 205K. Saya mesti beli rumah dalam waktu 5-6 bulan ini atau lebih cepat memandangkan saya sudah berumur 36 tahun. Berdasarkan gaji pokok dan tanggungan kewangan, jika saya membeli rumah dengan bulanan sebanyak 700, potongan gaji masih belum cecah 60%.
Saya ada berkenan dengan sebuah rumah bernilai RM135K. soalan saya,
1. Rumah tersebut berstatus leasehold dan, mcm2 komen saya dengar jika membeli rumah leasehold. rumah tu leasehold sampai 2089.
2. Benarkah proses membeli rumah 2nd hand leasehold ni mengambil masa lebih lama dari rumah 2ndhand free hold.
3. Terdapat kawan yang beli rumah leasehold, terpaksa membayar beza harga rumah dengan loan gov yang diluluskan kerana taksiran oleh JPPH lebih rendah dari harga ditawarkan.Tapi ada kawan yang mana dia bernasib baik kerana taksiran JPPH sama mcm harga ditawarkan. Macam rumah yang saya minat tu, kalau JPPH taksirkan hanya 100K, maknanya saya kene bayar bezanya iaitu 35K dengan duit cash?
4. Bolehkah jika saya beli rumah tu harga 135K tapi saya mohon loan kerajaan 145K. Lagi 10K untuk touch up mana yang patut seperti mengecat, bilik air dan lain2?

TERIMA KASIH BANYAK2 PAK TEH SEBAB SANGGUP BERKONGSI ILMU DENGAN KAMI2 DI SINI. HANYA TUHAN SAJA YANG MEMBALAS JASA BAIK PAK TEH.

Alif Adnan said...

Assalammualaikum Pakteh,

1.Gaji pokok RM2550, Jumlah Pendapatan RM4150 dan potongan bulanan RM1191. Berapa kelayakan untuk pinjaman rumah?
2. Saya tak berapa faham tentang 60% potongan itu.
3. Jikalau saya ingin membeli rumah dan dapat 100% loan, adakah saya akan dapat kembali wang 10% untuk booking dan Snp? kalau ya dengan cara apa melalui siapa?
4. berapa lama loan akan approve?
Sekian terima kasih.

alif adnan

PakTeh said...

walaikummussalam wbkt saudara indraputra...

jawapan saya :
1. ok, komen yang macam mana tu?
2. tidak betul. sama cepat jika lengkap.
3. betul, perlu bayar wang beza rm35k tetapi tidak semestinya dengan cash. penilai akan menilai harga rumah mengikut harga pasaran semasa dan jika tidak berpuashati boleh merayu dengan alasan yang sesuai. mungkin penilai terlepas pandang beberapa perkara tersebut.
4. tidak boleh, jika snp rm135k.
semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam saudara alif...

jawapan saya :
1. layak rm280k.
2. terdapat 2 kaedah yang digunapakai dalam mengira 60% potongan iaitu :
(i) peraturan bpp = potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok (tidak termasuk potongan lain).
(ii) peraturan pentadbiran jabatan (tidak semua) = potongan gaji tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (termasuk potongan gaji lain dalam slip).
jika masih kurang pasti, harap dapat call saya untuk penjelasan. terima kasih.
3. ya, dapat daripada peguam apabila pinjaman telah diluluskan dan bayaran telah dikeluarkan.
4. jika lengkap, loan akan lulus dalam tempoh 5 hari. yang menjadi masalah bagi semua peminjam adalah tidak berapa mahir untuk mengemukakan permohonan yang lengkap dan menyebabkan pinjaman lewat diluluskan.
semoga ada perkongsian.

Alif Adnan said...

Terima kasih pakteh. Jikalau ada rezeki sy minta pakteh tolong uruskan ya.

indraputra said...

Assalamualaikum Pak Teh,
Terima kasih atas respon. Saya dah kontek tuan rumah tsbt. Untuk booking, dia minta 5k untuk block orang lain. Tanya kawan, untuk buka fail, bayar RM500.
Mengenai perkara 1 tsbt, komen2 yang mengatakan, lepas 99 tahun, rumah akan di ambil semula oleh Sultan. hehehe masa tu, saya dah takde di dunia ini. Ya la...purata umur rakyat Malaysia sekarang ialah 70thn. So komen yg saya maksudkan ialah, komen kelebihan kekurangan beli umah 2nd hand. Entahlah. Belum tentu beli rumah tu. So far, the best la. Sekali lagi, terima kasih ya Pak Teh.
Semoga berbahagia di sisi keluarga tercinta!

Anonymous said...

Askum pak teh..

saya ada beberapa soalan nak tanya la. saya baru bekerja selama 6 bulan.

1-layakkah saya memohon loan untuk membeli rumah
2-gaji bersih saya setelah ditolak semua hutang piutang..adalah 1720...jadi berapa pinjaman loan yang saya layan
3-jika saya membeli rumah 2nd hand..bolehkan sya mendapatkan rumah tanpa perlu menyediakan 10% dari harga rumah tersebut
4-berapah biasanya anggaran untuk upah guaman

itu saja la...sekian

PakTeh said...

sama2 tuan alif adnan, insyaAllah jika diizinkanNya

PakTeh said...

walaikummussalam tuan indraputra...
1. bila tempoh pajakan akan tamat, tuan boleh memohon lanjut tempoh pajakan di pejabat tanah.
2. baiknya beli rumah 2nd hand adalah tidak ada resiko terbengkalai. kurang baiknya adalah harganya agak mahal dan perlu proses pinjaman cepat kerana tuntutan adalah 100%. jika lewat, penaltinya amat tinggi. terima kasih

PakTeh said...

walikummussalam anonymous...

jawapan saya :
1. tidak layak kerana perlu berkhidmat sekurang2nya setahun.
2. perlu maklumat gaji pokok untuk menentukan kelayakkan.
3. boleh dengan persetujuan penjual.
4. rm100k pertama 1% dan rm100k seterusnya 0.5% bagi setiap urusan. semoga bermaklumat.

Anonymous said...

salam...
sy ingin btanya
jika saya telah buat loan kerajaan rm75k untuk beli tanah dgn bayaran balik dlm tempoh 10 thn iaitu rm787.13/bln.
kini saya ingin buat rumah di atas tanah tersebut.soalan saya
1.berapa kelayakan pinjaman saya sekarang?
2.berapa tahun tempoh bayaran jika dicampur kedua-dua pinjaman itu (tanah+rumah)? sang faham maksud 'tempoh bayaran balik adalah atas baki setelah ditolak tempoh pinjaman tanah'...

gaji pokok : rm2600.35
gaji bersih :rm2231.45

terima kasih banyak2....

PakTeh said...

walaikummussalam...

jawapan saya :
1. kelayakan bina rumah adalah = kelayakan semasa - jumlah pinjaman tanah (rm280-rm75k= rm205k)
2. tempoh bayaran balik keseluruhan adalah 30tahun. betul, 'tempoh bayaran balik adalah atas baki setelah ditolak tempoh pinjaman tanah'. contoh, jika selepas 7tahun diluluskan pinjaman tanah dan ingin membina rumah...tempoh bayaran balik maksima untuk rumah adalah 30tahun-7tahun = 23tahun.
semoga membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Pakteh boleh bantu saya dalam memilih Insurans / Takaful:

a) AXA AFFIN Life Insurance
b) CIMB Aviva Takaful
c) Etiqa Insurance
d) Etiqa Takaful
e) HSBC Amanah Takaful
f) Prudential BSN Takaful
g) Takaful Ikhlas
h) Takaful Malaysia

Pro dan kontra Insurans / Takaful...

Terima kasih
~Adyz~

Anonymous said...

salam uncle teh!
soalan lagi. kelayakan adalah 400k. ini termasuk sumbangan kebakaran gadai janji ke atau berasingan??
maksudnya sekiranya kelakayan 400k, rumah 400k, termasuk sumbangan semua 420k.... begitu ke? atau sebaliknya. tq

abeh yong

PakTeh said...

walaikum mussalam adyz...

insuran bukanlah alat untuk simpanan dan pelaburan sebaliknya fungsi utama adalah perlindungan. di dalam kes pinjaman perumahan, perlindungan yang dimaksudkan adalah hutang pinjaman akan ditanggung oleh insuran jika berlaku sebarang musibah yang menyebabkan kita sukar/tidak boleh membayar balik pinjaman seperti kematian, keilatan kekal dsb. PakTeh menyarankan 3 perkara perlu diberi pertimbangan untuk memilih insuran :

1. yang halal bermakna "takaful".
2. takaful yang cover perlindungan lebih selain kematian.
3. syarikat takaful yang kukuh supaya perlindungan terjamin dan berpengalaman supaya perlindungan dapat diurus dengan mudah serta cepat.

semestinya, saya mencadangkan "ETIQA TAKAFUL".

seperkara lagi, perkara utama yang perlu dielakkan semasa proses pinjaman adalah PENALTI dari penjual. dengan "ETIQA TAKAFUL" PakTeh boleh bantu secara PERCUMA dari penyediaan borang permohonan hingga kelulusan pinjaman perumahan. terima kasih.

PakTeh said...

walaikum mussalam abeh yong...bertemu kembali.

ya betul...rm400k tidak termasuk insuran kebakaran dan insuran nyawa. jumlah tersebut akan ditambah kepada amaun kelulusan kelak. terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya telah membuat pinjaman perumahan dan telah membuat potongan gaji Ogos yg lalu. saya menghadapi masalah dan bercadang utuk menjual rumah tersebut. Soalan saya:

1) Apakah prosedur penjualan rumah tersebut dan tmpoh masa berapa lama baru dalam slip gaji clear dari potongan.

2) adakah saya layak meminjam semula dengan kerajaan

tq.

Anonymous said...

Tambahan kepada soalan saya di atas:

3) adakah saya akan dikenakan panelti, jika ya berapakah kadarnya?

tq.
Ida

PakTeh said...

walaikum mussalam...

jawapan saya :
1. rumah yang telah siap baru boleh dijual. jika ok, cari pembeli dan memohon kebenran menjual harta dari bpp. setelah pinjaman diselesaikan baru bayaran balik boleh diberhentikan.
2. layak untuk pinjaman kedua.
3. tidak.
semoga membantu.

mieza said...

salam pak teh..
saya nak tye mcm mana prosedur beli rumah kalu kakitangan gomen. ermm..isi borang pinj. perumahan n anta dulu ke atau pegi dekat pemaju booking dulu ke mcm mane sebenarnye?

PakTeh said...

walaikum mussalam mieza....

untuk beli rumah dan buat pinjaman :
1. cari rumah yang berkenan dihati dan dalam kelayakan.
2. lantik peguam dan sign perjanjian.
3. isi borang permohonan pinjaman perumahan.
4. hantar permohonan untuk kelulusan.
secara ringkasnya, tetapi jika kurang jelas dan perlukan bantuan lanjut harap dapat call PakTeh 019-353 3702. kehadiran anda amat dialu-alukan. terima kasih.

mathir said...

Salam,

Saya baru shj booking rumah dlm pembinaan di Semenyih yg berharga RM244,810(Harga asal RM266+++ & ditolak 8% Bumi) Utk makluman, saya berkhidmat dgn kerajaan, menerima gaji pokok sebanyak RM1670 dengan gaji bersih RM 1760.00.

1) Telah merujuk kpd laman web Bhg. Pinjaman Perumahan di mana kelayakan saya adalah RM205,000 sahaja. So beza wang sebyk RM39,000 perlu ditop up sendiri (menerusi savings + adik beradik) insyaallah OK.

2) Adakah saya layak mendapat 100% pinjaman @RM205,000 dr Perbendaharaan sekiranya aggaran pembayaran yang perlu dibayar setiap bulan selama 30 tahun ialah RM1021.00 . Setelah dikira gaji bersih saya apabila ditolak dgn bayaran bulanan [RM1760 - RM1021 = RM739.00].

3) Hari ini saya tlh sign S&P bersama lawyer (S&P to be borne by developer). Tadi diberitahu legal fee adalah percuma, tp saya tetap kena bayar disbursement fees.

4) First loan dengan kerajaan. Memandangkan saya apply Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (PPP) saya dimaklumkan bhw paling senang,cepat untuk lantik lawyer yang sama yang uruskan S&P. Bayaran yg dikenakan trmasuk legal fees + service tax, duti stamp + miscellaneous payment. Adakah ini prosidur yang biasa dilakukan?

5) So now, saya tgh tunggu kelulusan loan dan prepare duit duti setem.. Saya baca dr blog lain, yg untuk rumah pertama, kerajaan bagi 50% potongan untuk duti setem tersebut...Adakah ia benar Pak Teh?

Mohon perhatian dan jawapan Pak Teah

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...

ok, tahniah kerana berjaya memiliki rumah.

jawapan saya :
1. terbaik tuan..senang sama dijunjung susah sama dijinjing.
2. layak dengan sokongan jabatan.
3. betul dan untuk urusan lon juga.
4. tepat sekali dan semuanya betul.
5. setahu saya telah tamat promosi tersebut tetapi peguam yang dilantik boleh tahu kedudukannya.

semoga membantu.

mathir said...

Salam Pak Teh,

Lunch tadi pi Benjamin Dawson, Jln. Yap Kwan Seng utk bayar 10% dwpayment + disburstment fees. Isyaallah, depa tgh process my gov loan. So now looking forward for any good news from lawyer.

Psl duti setem, laywer xde, cuma tinggal chamber student so dia x pasti.. adakah patut?

Wish me luck Pak Teh & opps really appreciate your words.

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...

syabas...semoga dimudahkan urusan seterusnya. bukan mudah untuk mencari dan seterusnya memutuskan untuk membeli rumah. the best thing is that u are among the one do it!.

but it is just the beginning of a journey to get to a destination that is able to manage loans and subsequent payments to the developer without fail...finally free from penalty by developer.

semoga berjaya, amin.

Anonymous said...

Salam p.teh, saya nak tnya, kalau 1st house dulu loan atas nama suami (bank loan), s&p atas nama kami berdua...so kalau kami nk beli 2 nd house, saya nak apply govt loan, adakah saya still layak utk pinjaman pertama atau mcm mn? Suami saya kerja swasta

Anonymous said...

pakteh dh tak aktif lagi ke menjawab page ini...

PakTeh said...

walaikummussalam...
puan masih layak pinjaman pertama selagi tidak pernah menggunakan kemudahan tersebut. terima kasih.

PakTeh said...

salam anonymous..

Alhamdullilah PakTeh masih aktif menjawab soalan yang dikemukakan terutama soalan yang banyak diterima melalui email. walau bagaimanapun, tempoh menjawab bergantung kepada beberapa perkara seperti masa, kesibukan kerja, terlepas pandang, gangguan talian, sumber pertanyaan dsb.

jika memerlukan jawapan yang paling cepat dan selamat, melalui telefon adalah jawapannya kerana PakTeh menyediakan ruang yang banyak bagi memastikan setiap mereka selesa dengan pilihan yang mereka buat. semoga saudara tidak serik untuk bertanya, terima kasih.

Anonymous said...

salam pakteh

saya luis dr shah alam.nk tanya tentang penilaian dari JPPH.sy cdg nk beli rumah teres 2 tingkat(sub sale).sblm ni sy ada dapat maklumat dr kwn kpd kwn2 JPPH market value di situ 420k-490k.
jd sy harap nilai yg sy nk beli sama nilai market JPPH.sng nk lepas full loan

di sini adakah pegawai dr JPPH akan dtg nilai atau brdasarkan rekod yg ada saja. sbb nya rumah tu da siap lengkap mcm2 reno. takut main aidaian saja. sory pd pegawai

PakTeh said...

walaikummussalam...

bagi kes rumah lama, pegawai penilaian akan membuat lawatan bagi memastikan nilaian adalah tepat kerana terdapat faktor perubahan dari semasa ke semasa.

walau bagaimanapun, jika saudara tidak berpuashati tentang nilaian yang diberikan...saudara boleh merayu dengan mengemukakan gambar, alasan dsb sebagai bukti. insyaAllah nilaian yang sebenar dapat diberikan. semoga membantu.

Anonymous said...

salam pakteh..

saya nk bertanya kelayakan pinjaman
berdasarkan gaji sy pokok+elaun rm3000. potongan hanya dlm 600 dlm slip gaji.
jd sy dah kira klu cmpur dgn gov loan tidak melebihi 60%. kira layak meminjam. dan utk sy nk buat max kelayakan 255k + gov loan wife lg balance. hrga rumah 450k sub sale.

tp mslh di sini komitmen gaji sy terlalu tggi. kereta+rumah loan bank+OD+ASBloan. adakah sy masih lg layak pinjaman loan gov
sbb baru2 ni sy nak pergi buat refianance rumah sy ni bank x lps. terlalu tggi komitmen. sy risau gov pun akan kira bnda2 ni. klu SNP da sign kna pulak legal fee .harap pakteh membantu

PakTeh said...

walaikummussalam...

untuk makluman tuan, perkiraan kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji pokok semasa. perkiraan 60% yang disebutkan adalah yang sering diguna pakai oleh sesetengah2 jabatan sebagai kawalan dalaman.

sehubungan itu, komitment lain yang termasuk di dalam slip biasanya diambilkira oleh jabatan terbabit dan yang tiada dalam slip...tidak.

nasihat saya...semak dengan jabatan tuan mengenai pelaksanaan dalaman jabatan tuan mengenai kelayakan yang diambilkira dalam menyokong pinjaman. jika jabatan menyokong, saya yakin permohonan tuan boleh diluluskan. semoga membantu.

Anonymous said...

asslamualaikum pak teh,

sy nk tanyer psl government loan utk beli rumah yg dh siap. s&p sy belum sign lagi..kalo gaji pokok sy rm1800 dan elaun rm640 dan potongan di slip gaji ialah rm955, boleh lulus tak permohonan sy? sy nak tanyer ansuran bulanan kalo rumah baru tu brharga rm110156?

terima kasih byk.

Anonymous said...

assalamualaikum Pak Teh,

sy nk tanyer mengenai process pembelian rumah baru dgn menggunakan loan kerajaan. selepas sy sign s&p dan hantar brg pada bpp, ape yg perlu sy lakukan?disbursement fees tu ape?

PakTeh said...

walaikummussalam....
ok, ikut gaji pokok layak pinjaman rm205k tertakluk kepada sokongan jabatan. anggaran rm580 sebulan bagi pinjaman rm110,156.
semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam...
selepas tuu...tunggu surat kelulusan.
"disbursement fees" adalah charge yang dikenakan oleh peguam. terima kasih.

Anonymous said...

salam uncle teh:
Teringin nak tanya berkenaan offer pemaju "free s&P" sekiraynya guna peguam pemaju. Adakah ini dibenarkan oleg BPP? ataupun seharusnya guna peguam lain.
Kedua, selain dokumen s&p, pembelian rumah baru (dalam pembinaan) daripada pemaju, seharusnya saya sediakan salinan lesen pemaju, salinan lesen jualan, borang 2,3a,4,5a....borang pemohonan 3x, wang proses adakah ape lagi

PakTeh said...

walaikummussalam...
ok, jawapan saya :
1. baiknya mudah dan free (kos lain seperti duti setem, urusan loan dsb perlu bayar). buruknya, ia memihak kepada pemaju.
2. untuk menjawab dengan tepat, saya perlu maklumat lengkap harta, kelayakan dan snp. sesuai untuk ditanyakan melalui emai pakteh@muslim.com.
semoga membantu.

Anonymous said...

assalamualaikum Pak Teh,

sy sudah sign snp utk beli rumah baru dan sy ingin menggunakan government loan..sekarang ni potongan di slip gaji saya ialah 38%..sekiranyer termasuk potongan ansuran bulanan rumah baru tu, so jumlah potongan sy di dalam slip gaji nanti ialah 60%..adakah saya layak utk memohon pinjaman perumahan kerajaan?terima kasih

PakTeh said...

walaikummussalam...
layak jika ketua jabatan sokong. semua membantu.

Anonymous said...

Salam Pakteh

Saya pekerja swasta dan isteri pekerja kerajaan. Jika kami mengambil pinjaman bank dan tukar kepada pinjaman kerajaan atas nama isteri , adakah dikenakan denda tertakluk dalam locking period?.

TamanUniversiti@Bangi said...

Salam Pakteh

Saya pekerja swasta dan isteri pekerja kerajaan. Jika kami mengambil pinjaman bank dan tukar kepada pinjaman kerajaan atas nama isteri , adakah dikenakan denda tertakluk dalam locking period?.

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...
penalti atau denda oleh bank adalah bergantung kepada perjanjian pinjaman tuan bersama bank yang biasanya tertakluk dalam locking period. sehubungan itu, perkara ini sesuai ditanyakan terus kepada bank yang berkenaan. semoga membantu.

Anonymous said...

salam pakteh..

dalam bulan 1 ni saya nak memohon pinjaman perumahan. saya penjawat awam gred 29 yang telah disah tahun 2003. yang menjadi tanda tanya skrg ni ialah saya sedang memangku gred 32 dan mungkin akan disahkan jawatan 2-3 bulan lagi. dan satu lagi sbpa lak dah sign n gaji pun akan naik paling cepat bulan 3. jadi perubahan gaji pun berubah pada 2012 ni. bagaimana proses nya. adakah bpp tengok slip gaji terkini lagi.

PakTeh said...

walaikummussalam...

ok...tepat sekali, bpp akan melihat gaji terkini dan yang confirm diperolehi. untuk memangku, tidak dapat dipertimbangkan kerana jika tidak confirm kelayakan akan berkurangan mengikut gaji jawatan asal. berkemungkinan perkara seperti ini sukar terjadi tetapi tidak mustahil...justeru itu setelah disahkan naik pangkat baru kelayakan diambil kira. semoga membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum pak teh. saya kakitangan kerajaan.mngikut gaji januari SBPA, gaji saya rm2825 + elaun 750 + bisp 100. potongan angkasa saya rm625 dan LHDN rm20. kelayakan pinjaman perumahan saya RM280k. adakah layak amaun pinjaman saya itu jika rumah yang ingin dibeli RM300k. Lebihan rm20k saya akan guna duit sendiri? adakah pasti layak pinjaman maximum 280k.

PakTeh said...

walaikummussalam...

ok... layak, jika rumah yang dibeli adalah daripada pemaju berlesen. jika tidak, bergantung kepada laporan penilaian sama ada beliau menilaikan tinggi atau rendah. semoga membantu.

Anonymous said...

OK..terima kasih banyak pak teh.

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh..
Jika lawyer fee percuma disediakan oleh pemaju, apakah2 bayaran2 lain yg perlu dibayar.
1)lawyer loan kita yang bayar yer?agak2 berapa anggaran kasar untuk bayaran duti setem dan bayaran2 lain untuk rumah 280k?
2) bagaimana untuk mengelakkan penalty fee daripada pemaju?
TQ

PakTeh said...

sama2...datang lagi bersama kawan.

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous...

ok...peguam percuma biasanya adalah hanya untuk profesional fee peguam untuk urusan perjanjian jualbeli sahaja (sila confirm dengan pemaju/peguam saudara).

jika itu yang berlaku, maka saudaara bertanggangungjawab mengenai urusan lain seperti urusan loan, setem duti, urusan pindahmilik di pejabat tanah dsb.

1. ya betul, biasanya kos peguam untuk urusan loan perlu dibayar oleh pembeli. kadarnya leh rujuk di http://loankerajaan.blogspot.com/2011/12/persiapan-awal-dan-budgetuntuk-membeli.html
2. menguruskan pinjaman dengan cepat dan pastikan pemaju dapat wangnya mengikut tempoh (biasanya 3 bulan dpd sign snp). jika kurang yakin, minta PakTeh uruskan pinjaman daripada awal.

semoga membantu.

Anonymous said...

Salam Pakteh,boleh tak pak teh tolong kirakn kelayakan saya. butir2 gaji saya adalah seperti berikut :

1.gaji pokok = rm 1990.00 + elaun = RM2850.00
3. jumlah potongan = rm787.00
4. gaji bersih = rm 2063.00

berapakah jumlah kelayakan saya?

Anonymous said...

boleh tak pak teh tolong kirakn kelayakan saya. butir2 gaji saya adalah seperti berikut :

1.gaji pokok = rm 2509.90 (belum tambh kenaikn tahunn 2011)
2.elaun (rumah + ITKA + KOLA) = rm 750
jumlah = rm 3259.90

3. jumlah potongan = rm 1174.80
4. gaji bersih = rm 2085.10

berapakah jumlah kelayakan saya?

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous 1...
layak rm205k tertakluk kepada sokongan jabatan. terima kasih.

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous 2...
layak rm280k tertakluk kepada sokongan jabatan. terima kasih.

idaura said...

salam pakteh..
gaji hakiki 2238
elaun 750
potongan 600

soalan
1)nk buat rumah atas tanah sendiri(suami beli tanah guna loan bank 30k) anggaran rumah rm120k..tp nk buat pinjaman utk rm180k-rm200k untuk settlekan loan peribadi sy sebanyak rm60k dan balancenye utk dekorasi rumah.. bole ke tak ye..
2)duit tu akan dibyr menerusi kontraktor kan..boleh tak kalau sy tak pakai kontraktor pun sbnrnye..sy nak guna tukang rumah biasa je sebab nak save budget..

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh.. sy cikgu noor ingin bertanya beberapa soalan mengenai pinjaman perumahan. sy mula berkhidmat dalam bidang perguruan bermula tahun 2009

pak teh..pada tahun 2010, saya ade membuat loan perumahan dgn bank muamalat. sy beli umah dua tingkat dgn harga rm209000.00. Soalan sy :

a) layak kah saya convert bank loan ke gov loan perumahan? gaji hakiki sy rm2148.10

b) andai saya layak, apakah prosedur yg perlu sy ambil?

c) ada rakan sy beritahu, jika nak convert ke gov loan, rumah tersebut tidak bole di ubahsuai kerana akan di nilai oleh badan penilai. adakah benar?

sy berharap pak teh dpt menjawab persoalan sy..terima kasih pak teh

PakTeh said...

walaikummussalam idaura...

jawapan saya :
1. boleh tetapi tanah perlu ada nama puan dan nilaian tanah serta rumah capai hg yg dikehendaki.
2. tukang rumah boleh tetapi perlu daftar perniagaan sebagai kontraktor atau membina bangunan.

semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu...

ok, jawapan saya :
1. layak.
2. prosedurenya, dapatkan penyata dan akujanji bank, lantik peguam, sediakan borang permohonan, lengkap hantar ke penilaian dan bpp utk kelulusan.
3. memang akan dinilai oleh penilai tetapi boleh renovate tetapi perlu kelulusan majlis jika melibatkan struktur.

semoga membantu.

zeli said...

Salam Pakteh..

Gaji+elaun = 3017.08
Potongan kwsp dll = 769
gaji bersih = 2248.08

Saya bercadang nak beli rumah pertama kali harga 135k. Status jawatan masih kontrak confirm xboleh gov loan. Wife saya kerja kerajn. Gaji lebih kurang sama. 10tahun akan datang bercadang beli rumah lain.

Soalan.
1)Berapa kelayakan pinjaman?
2)Mana tindakan yg paling baik buat loan atas nama saya atau nama isteri atau combine loan?
3)Kalau loan isteri boleh ke saya keluar kwsp?

Terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum...
PakTeh...leh terangkan x process jual beli rumah under construction? adakah ia sama dgn process biasa?
A.S.A.P !!!

PakTeh said...

walaikummussalam zeli....
ok...jawapan saya :
1. untuk kelayakan perlu gaji hakiki/pokok.
2. bergantung kepada kemampuan. jika seorang mampu dan layak, maka seorang lagi baik.
3. saya dimaklumkan perlu 2 nama dalam perjanjian bagi membolehkan keluar kwsp. sebaiknya confirm dgn kwsp.
semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous...
maaf, soalan ini agak longgar untuk di jawab. banyak pertanyaan yang diperlukan bagi menajwab soalan ini dgn tepat. harap dapat email soalan ke pakteh@muslim.com dan sebaiknya call 0193533702 jika perlu segera. terima kasih.

Anonymous said...

salam pak teh...
saya keja pbt (badan berkanun)
nak buat loan gomen tapi x dapat lagi surat pengesahan berpencen drpd JPA.
surat pengesahan dah ada....
saya baru keja 2 tahun..surat dari jpa akan dapat lepas 3 tahun (slps epf x potong dah)
so boleh x nak buat loan beli umah ....
tq

Anonymous said...

Asslmkm Pak Teh,

Untuk pengetahuan, saya memang zero knowledge berkenaan urus jual beli hartanah, bnyak soalan terjawab drpd info di atas, terima kasih banyak2 Pak Teh, tetapi saya ingin bertanya beberapa soalan lagi seperti di bawah:

Saya hendak membeli rmah second yg berharga rm160K,
Gaji saya rm3000 dan tiada sebarang tolak kan gaji.

1) Berapa kelayakan pinjaman perumahan yg saya layak?
2) Berapa tolakan gaji bulanan?
3) Katakanlah saya layak RM 255K, adakah boleh untuk mendapat kan pinjaman sepenuh nyer walaupn harga rmah cuma RM160K?
4) Katakan lah S&P dah sign, tapi JPPH menilai harga lebih rendah daripada harga S&P,setelah mmbuat rayuan, still tak bertambah, ada tak cara lain utk menambah loan tersebut ?
5) Ada tak cara untuk mengetahui harga (value) yg sememang nyer (confirm) akan di berikan oleh JPPH untuk pinjaman sesebuah rumah?
6) Katakan lah terpaksa membatalkan pembelian, adakah bayaran lawyer (urusan S&P)perlu di bayar? klau perlu di bayar,adakah pembayaran di buat kepada lawyer di pihak saya sahaja ataupn sekali dgn lawyer pihak penjual?
7) Pada waktu bilakah Duti Setem perlu di bayar?

Itu sahaja, sekian terima kasih.

PakTeh said...

walaikummussalam tuan...

terima kasih kerana bertanya dan menadapt info dari blog PakTeh. jawapan saya :

1. kelayakan adalah berdasarkan gaji hakiki. berapakah gaji hakiki tuan?
2. pinjaman rm160k, anggaran bayaran balik adalah rm760 sebulan.
3. tidak boleh, mengikut mana yg terendah.
4. tidak ada.
5. tiada melainkan hint atau maklumat dari jpph sendiri, risikan, pertanyaan dgn agen, kawasan sekitar, iklan dsb.
6. lawyer adalah dipihak pembeli sahaja dan perlu bayaran bergantung kepada budibicara lawyer tersebut.
7. selepas tandatangan snp.
semoga membantu.

shida rahman said...

salam pak teh..

gaji pokok = rm 1184.92 (belum kira gaji spba,mgkin gaji sbpa cecah rm 1200++)
gaji + elaun = rm 1779.92
potongan = rm 674.00
gaji bersih = rm 1105.92

saya ingin membeli umah berharga rm 90000 di kajang..

jadi
a) saya ingin bertanya berapa kelayakan saya berdasarkan gaji yg saya sertakan di atas?
b)jika saya amik loan gov,adakah saya akan dapat loan ini 100 %?...
c )dan bolehkah suami saya membuat pengeluaran kwsp akaun 2 tuk membeli umah wlaupun menggunakan loan saya?...
sekian terima kasih,di aatas segala jawpan pak teh...

PakTeh said...

walaikummussalam...

a) layak rm130k tertakluk kepada sokongan jabatan.
b) 100% jika memenuhi kelayakan.
c) sebaiknya tanya direct dgn kwsp tetapi apa yg saya maklum perlu ada nama suami.
semoga membantu.

ajidz said...

salam pak teh..
sy inginkan kepastian dlm permasalahan sy ini. mungkin perkara ini pernah dibincangkan sblum ini. maaf bertanye sekiranya menyusahkan pakteh.

sy behasrat untuk menjual rumah yg sy beli degan harga 120k pada tahun 2008. Dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan sy beharap jabatan penilaian akan dpt menilai harga rumah sy menepati dgn harga yg ingin sy jual dgn harga 135k. masalahnye skrg jabatan penilaian hanya memberikan penilaian 120k shj. sama ketika sy membeli rumah dlu. mustahil tiada sbrg kenaikan hrga ataupun terdpat kesilapan dlm mereka mlakukan kerja² penilaian. ini akan menimbulkan masalah pada pembeli yg telah pon mengeluarkan wang bagi pembiayaan peguam dan sekiranya pembeli cancel, 10% perlu dibayar kepada penjual mengikut agrement. sy seboleh²nye taknak la makan duit atas angin je mcm tu.

soalannye : bolehkan sy ataupun pembeli berunding dgn pihak jabatan penilaian melalui surat rayuan ataupun keputusan yg telah diberikan muktamad?

Anonymous said...

salam Pak Teh..saya merupakan guru yang baru posting tahun 2011..6 tahun lepas telah membeli rumah atas nama sendiri.skrg ada mslh utk membayar monthly installment kerana terlalu tinggi..jika sekarang saya membuat permohonan pengurangan monthly installment dengan bank sedia ada, adakah saya layak refinance rumah under gov loan after sah jawatan nanti..???

PakTeh said...

walaikummussalam ajidz...
ok...nilaian boleh dibuat rayuan oleh pembeli dengan mengemukakan surat rayuan ke bpp dan kemudian bpp akan membuat sokongan ke jabatan penilaian yang berkaitan. semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu...
boleh untuk convert loan kepada kerajaan berdasarkan baki semasa hutang bank (bukan refinance kerana kelulusan berdasarkan kepada baki hutang bank). semoga membantu.

Anonymous said...

Salam Pakteh,

saya ingin bertanya, saya ingin membeli sebuah rumah second hand yang berharga RM107, 000.00..

saya berkerja swasta dengan gaji bersih sebanyak
=RM1993.70(gaji bersih) + RM 300 (allowance)=RM2293.70

saya hanya mempunyai komitmen kereta yang berharga RM708.00 sebulan

saya nak bertanya adakah saya mampu untuk membuat pembelian ini? dan boleh kah saya membuat pembelian tanpa deposit..dan berapa anggaran kos yang diperlukan bagi kos guaman dan lain-lain..

(ieda)

PakTeh said...

walaikummussalam ieda...
untuk makluman, kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah khas untuk kakitangan awam sahaja.

1. kemampuan adalah perlu dilihat dari jangkapanjang kerana pinjaman perumahan melibatkan masa yg lama dan secara kasar PakTeh lihat ieda mampu.
2. pembelian rumah tertakluk kepada 10% deposit...walau bagaimanapun pengecualian deposit boleh diperolehi dgn persetujuan penjual.
3. anggaran kos guaman leh rujuk http://www.loankerajaan.blogspot.com/2011/12/persiapan-awal-dan-budgetuntuk-membeli.html
...semoga ada perkongsian.

Anonymous said...

Salam Pakteh..sy gred FT17..wanita...masih bujang..gaji pokok lama RM997 gaji baru belum pasti..maybe gaji pokok yg br dlm RM1127..saya nak beli rumah pangsapuri dlm harga RM135k...unit gaji opis saya minta untuk dptkan Title rumah dr owner..rumah tu siap dlm tahun 2003..nama atas geran still nama pemaju lagi...sy nak bayar booking pada agen 3% melalui lawyer orner..kemudian mereka akan proses utk pertukaran nama dr pemaju kepada owner..Rumah tu RM135k...3% sy bayar RM4050. than lps dpt geran sy n s&p sy bayar 7% iaitu RM9450...maknanya baki adalah RM 121,500...sy nak bayar booking dulu sblm dapat eran sbb lokasi dan rumah itu mengikuti citarasa saya dan ibubapa saya dan bimbang jika org lain dpt rumah tu

soalan saya:
1)Perlukah sy bayar booking dahulu utk dapatkan geran asal dr pemaju rumah tu..

2)layakah saya buat pinjaman 135k sedang kan kelayakan sy rm130k sahaja..boleh ke sy bt loan kurang dr RM130 tepat..90% atau 100% ye loan kerajaan

3)boleh tak Pakteh bg prosedur sebenar jika rumah itu masih atas nama pemaju dan owner still ada hutang dgn bank..apa sy patut buat dahulu

terima kasih paktih..harap dpt bg jawapan secepat mungkin...

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous...

ok, ini adalah kes pembelian daripada pasran skunder. bagi kes ini yang perlu dipastikan adalah pemaju masih wujud dan sedia untuk melengkapkan borang 10 serta penjual mempunyai salina perjanjian dgn pemaju. untuk kes ini, pertukaran nama akan dibuat daripada pemaju terus kepada nama saudari.

...jawapan PakTeh :
1. mengikut peraturan, deposit perlu dibayar apabilan menandtangani snp. dalam kes agen, biasanya 3% perlu dibayar untuk booking.
2. pinjaman boleh dipohon mengikut yang dikehendaki tetapi tidak boleh melebihi kelayakan.
3. perlu pastikan perkara yg saya sebutkan di atas terlebih dahulu.
semoga membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Teh....

Saya teringin sangat nak beli rumah. Minta pendapat dari Pak Teh...
Untuk makluman Pak Teh.. gaji pokok + elaun =
2529 + 700 = 3229. Jumlah potongan = 1604

1. Berapakah kelayakan pinjaman rumah saya?

2. Nak minta pendapat Pak Teh..
Sekarang saya tinggal di rumah ibu. Ibu nak jual rumah tu dekat saya. ibu saya beli rumah dengan loan kerajaan dan masih dipotong hingga 2017. Bolehkah saya membeli rumah ibu saya dan apakah prosedur yang perlu dibuat?

3. Pada pandangan Pak Teh, patutkah saya guna loan kerajaan untuk beli rumah ibu? kerana loan kerajaan sekali seumur hidup, kalau boleh nak guna untuk beli rumah yang lebih besar...huhu

minta pandangan Pak Teh. tolong...

PakTeh said...

walaikummussalam...

ok, jawapan PakTeh :
1. kelayakan rm280k tertakluk kepada sokongan ketua jabatan.
2. boleh beli..untuk permulaan, ibu perlu mohon kebenaran jual harta daripada bpp terlebih dahulu.
3. betul, pinjaman kerajaan sebaiknya digunakan semaksima mungkin. perancangan jangka panjang diperlukan untuk mempertimbangkannya daripada pelbagai sudut. pandangan yang baik dapat diberikan jika maklumat diberikan adalah lengkap dan sebaik melalui perbincangan atau cal.

...semoga ada perkongsian.

Anonymous said...

salam pak teh,

saya ingin membeli rumah baru bernilai rm250k adakah saya layak?
gaji pokok 2,107.75
+elaun 640.00
total 2747.75
potongan sedia ada 563.34
satu lagi pak teh sekiranya saya ingin membeli rumah bernilai 500k dan ingin membuat join loan bersama isteri tetapi dia bekerja swasta boleh ke di buat join loan antara loan kerajaan dengan loan bank untuk mendapat nilai tersebut?

Anonymous said...

salam pakteh...

saya ingin beli rumah dgn harga 148k. gaji saya sekarang ialah RM971 dan selepas kenaikan gaji baru + kenaikan tahunan pada julai ialah RM1192. mengikut bpp saya hanya layak utk pinjaman 13OK.. akan tetapi gaji saya layan lagi RM8 sahaja ke RM1200 dan layak untuk loan RM160k.. soalannya ialah layak kah saya utk pinjaman RM160k. tq

Anonymous said...

salam pak teh..
saya ade cket kemusykilan..kelayakan pinjaman adakah termasuk insurans?contohnye..saya nak beli rumah bernilai 277k.kelayakan pinjaman saya 280k.bila buat kira2, nilai hartanah + insurans =287k, melebihi kelayakan pinjaman saya.adakah pinjaman saya akan diluluskan?harap penjelasan pak teh..terima kasih...

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous 04 april...

1. layak pinjaman rm250k tertakluk kepada sokongan jabatan.
2. layak jint loan dengan bank tetapi agak sukar untuk dapatkan second charge bank.

semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous 13 april...

untuk makluman, kelayakan adalah berdasarkan gaji pokok/hakiki. justeru itu, untuk gaji rm1192 adalah layak pinjaman rm130k...tanpa rayuan. semoga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous 15 april...

tepat sekali, kelayakan pinjaman adalah bagi nilai hartanah sahaja (tidak termasuk insuran). nilai insuran akan ditambah dalam pinjaman. semoga membantu.

SN3WS2U said...

Assalamualaikum,
PT sekolah saya tidak begitu arif berkaitan pinjaman perumahan jenis 6 iaitu beli tanah pakai gov. loan (dh lulus- dan sudah mula potong bulanan) sekarang nak mohon gov loan untuk bina rumah.
Ikut layak gaji saya layak loan RM400k. Utk Tnah saya sudah ambil RM162k +. jadi berapa layak lagi? Potongan bulanan utk loan tanah ialah RM1422. Gaji kasar saya ialah RM 4800.(tanpa elaun). Mohon penjelasan . TK.

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu..
untuk pinjaman tanah layak atas baki kelayakan. dalam kes ini rm400k - rm162k = rm238k. semoga membantu.

SN3WS2U said...

Soalan saya tlh Pak tah jwb sebelum ni....... terima kasih. Tapi bila saya go through soalan org2 lain yg ada kaitan, ie pinjaman jenis 6: ada jwpan p.teh spt ni ".....pinjaman bina rumah dianggap sebagi pinjaman pertama tetapi tempoh bayaran balik adalah atas baki setelah ditolak tempoh pinjaman tanah....." Kurg fhm, leh explain psl tempoh byran balik tu???? TK

PakTeh said...

sama2 cikgu...

untuk pinjaman pertama tempoh maksima bayaran balik adalah 30 tahun dan untuk pinjaman kedua adalah 25 tahun.

walaupun pinjaman bina rumah dianggap sebagai pinjaman pertama tetapi tempoh bayaran balik maksima adalah atas baki tempoh. sebagai contoh, pinjaman tanah telah diluluskan dan setelah 2 tahun baru nak apply pinjaman bina rumah. tempoh bayaran balik maksima bina rumah yang dibenarkan adalah 28 tahun (30 tahun - 2 tahun).

semoga ada penjelasan yg boleh difahami dari PakTeh.

kenoi said...

Assalamualaikum Pak Teh,
Saya bercadang nak mohon lanjut tempoh pinjaman BPP, info spt berikut:

baki (31/3/2012): 94,568.94
mula stat loan: 2/2008
tamat: 1/2033
byrn: 554.48
umur : 35 tahun
cadangan nak lanjut tempoh: umur 60 tahun
gaji sekarang: 1434.61 (N17)
gaji bersih: 976.13 (selepas tolak loan BPP+pinjaman lain)

soalan:

1. berapa byrn baru jika amik lanjut masa spt diatas?
saya telah cuba kalkulator di web BPP tp gagal membantu krn tidak memahami mengisi butirannya.

2. pada pendapat pak teh, perlukah saya teruskan loan lama atau lanjut masa? tujuan saya lanjut masa adalah untuk menambah simpanan (kurangkan byrn loan rumah) krn anak² sedang membesar (paling tua dah darjah 4) sebagai persediaan membiayai pengajian mereka.isteri saya hanya suri rumah sepenuh masa.

terima kasih kerana membantu saya pak teh.

Anonymous said...

Salam Pak Teh,

Saya Raihan(28 tahun), seorg guru pertama kali ingin membeli rumah, selepas semak kelayakan,sy layak untuk mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM255k,Ingin membeli rumah taman perumahan berharga rm268k,sekarang dlm pembinaan tapak kawasan sahaja,namun dirancang siap pd september 2013.pertanyaan sy seperti dbawah:
1. Sy dkehendaki mbayar rm13k (268-255),brapa lama tempoh diberikan untuk mbayar rm13k trsebut dan bermula selepas prosedur apa?(sain document?? or selepas booking?)
2. Sy bercadang untuk mengeluarkan wang KWSP untuk mebayar rm13k tersebut(masih lagi mencarum KWSP),apakah dokumen yg diperlukan untuk prosedur pengeluaran KWSP?
3. Memandangkan rumah mungkin akan siap pada September 2013, adakah sebarang kemungkinan sy akan dikenakan bayaran (downpayment/interest)drpd pemaju pd sekian tempoh sbelum rumah itu siap?sedia maklum potongan gaji akan mula dibuat selepas penyerahan kunci seperti yg diterangkan oleh pemaju.
4. Bagaimana dgn hal-hal peguam. Boleh terangkan seba sedikit tentang peguam kerana pemaju menerangkan agar sy tidak perlu risau tentang peguam kerana sy buat loan gov katanya. Ada apa yg terselindung disini?kemungkinan ada bayaran tambahan?

Anonymous said...

salam pak teh,
salam perkenalan,saya cikgu razief ingin bertanya, berapakah kelayakan pinjman prumahan tempoh 30tahun klu gaji pokok rm2427.35, elaun2 rm700 kwsp rm 344, potongan gaji rm116, loan keta rm822(xmsuk dlm slip gaji), hutang PTPTN ada kaitan skali ke??? dlm rm21K...harap dpt membantu,TQ.

Anonymous said...

satu lg nk minta pndangan pak teh, mana yg baik untuk sya pilih... jika harga rumah rm210K-rm250K. samada buat pinjaman 1 nama shj dgn sokongan ketua jabatan atau perlu wt pinjaman bersama dgn isteri (juga cikgu)...from cikgu razief...

Anonymous said...

Salam sy nk beli rumah rm 198000 gaji pokok rm 1744 termsk elaun rm2835 tolak hutang dlm payslip tggl 1600 lyk x pinjaman sy 2.,. sy keja gov,
sy dh sain snp pd bln 11/2011tp ms 2 sy x lyk mohon sbb gaji pokok x lps pemaju srh ttgu kenaikan yg akn dpt pd awal 2012dan sy bajet bru nk mohon pinjaman tp atas sbb tertentu bln 4 gaji bru dpt sy ada col pemaju pihaknye bgtau xpe sbb mereka blum setemping lg adakh sy kn byr pelnaty,

sham said...

Assalamualaikum pakteh.
Ayah sy sndri dan purata pendapatan bulanan dia Lebih kurg 6k.Umur ketika ini 55 tahun. Tanggungan bulanan ketika ini 2 buah kereta Lebih kurang 3k. Dia berminat utk beli rumah baru berharga 300k. Dengan pinjaman bank, Brapakah jumlah layak d pinjam Dan berapa lama tempoh ms pinjaman?
Sy baru cukup setahun Kerja kerajaan, n msh lg tidak sah jawatan. Adakah sy boleh menjadi penama kedua kpd rumah y ayh sy ingin beli?dan jika boleh, tempo pinjaman boleh d panjangkan?
Soalan terakhir, apakah document y perlu sy sediaKn.

PakTeh said...

kenoi 24/04 : walaikummussalam, jawapan PakTeh :
1. lanjut tempoh akan menyebabkan pertambahan amaun faedah. bayaran abru perlu dikira secara manual.
2. bergantug kepada tujuan dan jika itu tujuannya ianya dalah sesuai utk lanjut. semoga membantu.

raihan 24/04 : walaikummussalam cikgu, jawapannya :
1. ikut peraturan masa sign snp.
2. perlu rujuk kwsp kerana peraturan berubah2 dan PakTeh mahir loan kerajaan.
3. soalan dipermualaan ayat dan akhir adalah berbeza. utk makluman, potongan gaji adalah selepas tuntutan 95%/100% pemaju atau 18 bulan daripada tarikh surat setuju terima pinjaman...mana yang terdahulu.
4. dapatkan keterangan urusan peguam dan charge yg dikenakan dgn berunding direct dgn peguam sebelum bersetuju. semoga membantu.

PakTeh said...

cikgu razief 25/04 : walaikummussalam cikgu, jawapan saya :
1. kelayakan rm255,000.
2. anggaran bayaran balik rm1300 sebulan.
3. mengenai potongan leh rujuk post PakTeh di http://www.loankerajaan.blogspot.com/2012/01/isu-potongan-gaji-melebihi-60.html ...semoga membantu cikgu.

cikgu razief : 1 nama aja cikgu sebab dah layak. isteri untuk umah lain yang baru. semoga ada perkongsian.

Anonymous said...

salam pakteh..

saya ingin membeli rumah yang dalam pembinaan daripada pemaju.. perlu ke saya isi borang penilaian(borang 1) dan perlu kah pemaju saya isi borang Surat Pengesahan Akaun Pemajuan Perumahan (bpp 1/2004).

tq pakteh...

Anonymous said...

Salam Pakteh;

Minta tolong pakteh kirakan samada saya layak membuat pinjaman untuk membeli tanah bernilai rm75,000.(saya maklum tentang wang beza RM75,000-RM52,000)

Gaji pkok - RM 983.00
Elaun - RM 485.00

Jumlah = RM 1,468.00

Tolak potongan RM 575.00 (tidak termasok loan kereta RM455 tiada dlm payslip)

1- Layakkah saya & berapa?
2- Saya belum dapat surat pengesahan jawatan tp dimaklumkan akan dpt
penghujung bulan ini,bolehkan saya teruskan dgn permohonan saya?

TQ
*AIDA*

PakTeh said...

anonymous 14 mei : walaikummussalam,untuk menentukan borang permohonan perlu melihat pada kes harta secara detail. untuk makluman, borang yg dinyatakan diperlukan bergantung kepada kes seperti borang 1 akan diperlukan jika pemaju telah tamat tempoh/tiada lesen permit iklan dsb.

aida 14 mei : walaikummussalam, jawapan PakTeh :
1. layak rm52,500 untuk beli tanah tertakluk kepada sokongan jabatan.
2. tarikh pengesahan jawatan adalah wajib dan permohonan adalah dianggap tidak layak jika belum disahkan jawatan.

semoga membantu.

Anonymous said...

terima kasih pakteh..nt ape2 boley refer ngn pakteh jerk. :)

*AIDA*

PakTeh said...

sama2.. akan dibantu sebaiknya selagi diberi kekuatan, insyaAllah.

Anonymous said...

salam,Pak teh.
saya membeli rumah harga 140k,potongan bulanan Rm750..masalahnya,gaji sy terdapat potongan lain dr personal loan.baki sehingga cukup makan .boleh kah sya memohon pemaju ,menjual rumah yg masih dlm pembinaan tu kepada pembeli lain (kakitangan kerajaan),potongan gaji ke atas pembeli baru dan potongan gaji saya dihentikan oleh BPP?

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Teh,

Saya adalah peminjam pinjaman perumahan BPP. Semasa memohon pinjaman setahun yang lepas (dalam borang permohonan)saya diminta memasukkan nama suami dan alamat waris terdekat untuk dihubungi. Saya memasukkan nama ibu saya sebagai waris terdekat untuk dihubungi. Soalan saya adalah, sekiranya berlaku kemation, siapa yang akan memiliki rumah saya? Suami atau Ibu?
Dalam S&P nama suami tidak dicatatkan sebagai pemilik bersama (semasa memohon pinjaman saya tak tahu yang nama suami boleh diletakkan sebagai pemilik bersama dalam S&P).

FeiZura said...

Salam Pak Teh,

Saya Nani.Saya bercadang mahu membeli rumah berharga 313k. berkemungkinan bayaran bulanan adalah bersama dengan suami, iaitu join loan menggunakan loan govern. pendapatan kami antara 2300-2500 (gaji pokok.)
layakkah kami mendapat pjman penuh? dan selalunya anggaran bulanan berapa ribu ya untuk rumah berharga 313k ini?umur saya dan suami adalah 30 dan 31.
lagi satu kan pak teh, bayaran lawyer fee untuk harga rumah 313k ini dalam berapa ribu ya?

diharap pak teh dapat membantu.

-nani

PakTeh said...

14 mei anonymous : walaikummussalam, peraturan untuk kebenaran menjual harta adalah selepas tuntutan mencapai 95%.

17 mei anonymous : walaikummussalam, nama waris yang dimaksudkan adalah bagi tujuan perhubungan jika berlaku kematian atau masalah untuk menghubungi peminjam mengenai sesuatu perkara. jika berlaku kes kematian, harta akan dibahagi mengikut hukum faraid (untuk yg beragama islam) yang akan ditentukan kemudian. semoga membantu.

20 mei nani : layak penuh tertakluk kepada laporan penilaian (jika berkaitan). anggaran bayaran balik rm1550 sebulan. anggaran lawyer fee 5% daripada rm313k. semoga membantu.

man toba said...

Salam Pak Teh

Boleh kah kalau rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan dijual secara pinjaman kerajaan juga. Contoh

A beli rumah 240K guna Pinj Kerajaan. Lepas 2-3 tahun (rumah sudah siap) A nak jual rumah ni kepada B

B seorang pekerja kerajaan dgn kelayakan 280K. Bolehkah B guna pinjaman perumahan kerajaan untuk beli rumah A td.

kesimpulannya A nak settlekan loan rumah tu dgn cara B beli rumah beliau guna government loan (tak melibatkan bank)

Bolahkah begitu? Terima kasih Pakteh

Anonymous said...

salam..
sy nk tny,sy de nk beli rumah second harga rm120k..tp mcm mane dan ape prosuder yg perlu sy lakukan..basic gaji sy rm1k manakala suami rm1300..

PakTeh said...

22 mei man toba : walaikummussalam tuan. boleh iaitu dengan memohon kebenaran menjual secara kontra. semoga membantu.

24 mei anonymous : walaikummussalam. ooo ok, mula2 pastikan harga rumah tersebut berbaloi dan rumah boleh dibeli dgn pinjaman kerajaan. kemudian lantik peguam dan sign perjanjian. lengkapkan borang permohonan dan hantar ke bpp serta penilaian untuk kelulusan. semoga membantu.

pn sal said...

salam..
1. Pak Teh, saya bercadang membeli rumah kedua. saya telah membeli rumah pertama dengan loan kerajaan. apakah caranya? pendapatan sy skrg ialah 3k dan baki pinjaman pertama 144k.

2. Bolehkah suami saya yang bekerja sbg tentera berpendapatan rm2k membeli rumah saya, dan saya memohon pinjaman kedua.atau

3. suami dan sy membuat nama bersama untuk membeli rumah berhaga 320k. (suami pinjaman pertama dan saya pinjaman kedua)

harap pak teh boleh membantu.

pn sal

PakTeh said...

walaikummussalam...

1. selesaikan pinjaman pertama dan buat pinjaman mohon pinjaman kedua. permohonan adalah lebih kurang sama mcm mohon pinjaman pertama.
2. boleh melalui bank. pinjaman kerajaan tidak membenarkan membeli harta suami isteri.
3. ooo ok.

...sebaiknya cal PakTeh kerana perlu berhati2 menangani kes seperti ini yang tidak straight forward. tkasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT,

Pakteh,

Saya nk tumpang tnya. Saya ingin membeli rumah berharga RM 401900.
Tetapi mengikut gaji sy hanya berkelayakan utk membeli rumah berharga RM 255000.
Bolehkan saya meminjam loan krajaan dgn kelayakan yg ada iaitu RM255000 dan baki dari kelayakan tersebut RM 146900 (401900-255000) dipinjam dgn bank (housing loan - 2nd house sb sblum ini suami ada membeli rumah RM90000) oleh suami(kerja swasta) saya?

Anonymous said...

salam Pak Teh..saya ade kemusykilan. saya penjawat awam, suami kerja swasta. saya nak beli rumah dengan 100% pinjaman perumahan kerajaan. so, pinjaman tersebut atas nama saya seorg. sekiranye suami nak kuarkan kwsp akaun 2 miliknye, adakah nama saya dan suami perlu dinyatakan dalam SNP sebagai pembelian rumah secara bersama atau hanya nama saya seorg sahaja sebagai peminjam yg perlu dinyatakan dalam SNP?saya kurg jelas dgn 'pembelian rumah secara bersama' sekiranya peminjam hanya melibatkan seorg sahaja.mohon penjelasan pak teh..tq

Anonymous said...

Salam Pak Teh,
Sy fiza.. Nak tanya jika buat pinjaman jenisIV beli tanah, adakah sy perlu bina rumah dalam tempoh tertentu? Sbb sy penah dengar yg perlu bina rumah dalam tempoh 5 tahun selepas beli tanah.. Tq Pak Teh

PakTeh said...

31 mei 10:06am : walaikummussalam, boleh tertakluk kepada persetujuan gadaian kedua oleh bank.

31 mei 3:27pm : walaikummussalam, dalam kes ini sebaiknya berhubung terus dengan pegawai kwsp kerana peraturan kwsp yang berubah dan saya diberikan maklumat yg berbeza2. ...boleh kan.

31 mei 8:52pm : tiada tempoh tertentu untuk bina rumah tetapi permohona bina rumah sebaiknya dihantar setelah urusan pembelian tanah selesai (setelah penjual tanah terima wangnya). untuk makluman puan juga, kalau x nak bina rumah pun boleh tapi kurang untung la. semoga membantu.

Anonymous said...

31 mei 10:06am
Salam Pakteh.. kerana sudi menjawab... Sy ingin bertnya lg.. Harap pakteh x keberatan :)

1. Blh saya tahu bagaimana caranya utk sy dptkan proses utk membuat kaedah ini?
2. Bagaimana dgn deposit rumah? Adakah 100% deposit di masukkan dlm loan krajaan (rm255 000) atau dibahagikan dgn loan bank (Rm 146 900) suami saya?
3. Pd pndapat Pakteh, adakah berbaloi saya mngambil kaedah ini atau patut kedua-dua kami membuat pnjaman perumahan bank?

Terima kasih banyak2... :D

epit200909 said...

Salam Pakteh..
Saya Epit..saya baru Setahun keje goment, gaji baru RM932(basic)& RM595 (elaun), wife plak same jugak baru masuk keje goment nih, gaji pun lebih kurang..nak tanya, layak ke saya nak buat loan perumahan? ade kawan kate, saya kene tunggu confirm keje dulu baru boleh nak beli rumah..tapi ade jugak yang kate takyah tunggu confirm keje pun dah layak..musykil nih.. saya baru je kahwin..umur muda lagi, so nak juga beli rumah..sekarang menyewa sebulan dah RM450, tahun depan plak naik RM500, sakit tu..nak mintak tolong pakteh bagi penjelasan yang lebih tepat..hehehe..

Anonymous said...

salam pak teh..saya memiliki satu lot tanah atas nama saya dan suami.geran tanah pulak dipecah2kan kepada beberapa lot.jadi, bulehkah saya membuat loan rumah atas tanah tersebut.?bank manakah yg buleh menerima permohonan saya ini?

sam said...

assalamualaikum

pak teh saya nak tanya..berkenaan pembelian rumah ni..saya dah semak kelayakan pinjaman lkurang 205k..katakan harga rumah lebih tinggi dari ini..adakah isteri saya perlu membuat loan rumah dgn bank atau bagaimana yer?

Anonymous said...

saya suka pak Teh-Tuhan akn balas budi pak teh-Cikgu E

ustaz z said...

salam...pak teh sihat ke?
saya staf gov ingin beli tanah(1st loan) untuk dirikan rumah(2nd loan) menggunakan loan perumahan kerajaan. soalan saya, berapa lamakah tempoh paling maksimum bayaran balik untuk kedua-dua pinjaman tersebut. boleh pak teh terangkan prosedur-prosedurnya dari mula hingga siap rumah..hehe..semoga dapat bantu saya. syukran

Anonymous said...

salam pak teh boleh tak..isteri saya membeli tanah ayahnya sendiri..???

Anonymous said...

salam pak teh:
ingin bertanya pasal pergerakkan gaji yang lewat. Tarikh gerak gaji saya 1 jan. tetapi unit gaji kata akan backdate bulan lapan. akan tetapi, slip gaji terkini masih akan tetap ikut tangga gaji lama. Dengan pergerakkan gaji , saya layak dapat lebih 20,000 loan rumah lagi. Unit perkhitmatan telah endorsed kan slip gaji saya untuk permohonan loan.Adakah endorsement ini diterima?

Abeh yong

suehana said...

salam pakteh..boleh cek untuk suami saya x brp kelayakan dia..gaji basic rm2222...potongan loan bank rakyat sahaja.. rm300.

Anonymous said...

Selamat sejahtera pak teh,saya ingin Tahu kelayakan pinjaman perumahan saya.gaji pokok rm2325,elaun rm965,potongan rm274,kwsp rm375 sebab blm habis 3 thn servis.adakah saya masih layak utk rm255k Dan berapaKah potongan bulanan mak saya blh saya buat.

Anonymous said...

SLM. SAYA TELAH MEMBUAT PINJAMAN RM50000 UNTUK MEMBELI TANAH.MALANGNYA TANAH TERSEBUT TIDAK SESUAI DIBUAT RUMAH KERANA TERLALU DEKAT DENGAN PROJEK KERAJAAN. SAYA BERCADANG MELANGSAIKAN PINJAMAN PERTAMA DAN MEMBELI TANAH BARU SERTA MEMBINA RUMAH. UMUR SAYA 47TAHUN, GAJI POKOK RM4050, MEMPUNYAI SIMPANAN RM80000. APAKAH NASIHAT PAKTEH DAN BERAPAKAH ANGGARAN BAYARAN BULANAN UNTUK PINJAMAN BARU INI.PANDANGAN SAUDARA AMAT DIHARGAI.TERIMAKASIH

Anonymous said...

Salam Pak Teh.

Saya ingin membeli kondo yang dalam pembinaan dan dijangka siap 3 tahun lagi. Memandangkan saya akan bersara dlm tempoh 3 thn lagi juga (insyaAllah) saya bercadang membelinya secara tanpa buat pinjaman (menggunakan wang simpanan + menjual 1-2 aset yang ada tetapi memerlukan tempoh masa untuk settlekan semua)

Boleh tak Pak Teh anggarkan dalam setahun berapa byk wang yang perlu saya stand-by untuk pembayaran bagi membantu saya mengukur kemampuan saya untuk menyediakannya.

Terima kasih.

INTAN SHAFIRA RAZAMAN said...

salam pak teh..

saya nak tanya..suami sy bekerja sbg chief officer kapal..gaji blnn dia adalah 18k..tetapi company baru dia skrg tidak ada potongan kwsp..tetapi thn lps com lama dia ada buat potongan kwsp dan kwsp dia skrg ada dlm 40k++..dia ada buat loan kereta myvi 50k..n monthly kena byr rm551..
rumah yg dia nak beli harga rm360k...soalan sy skrg,1-layak ke dia dpt pinjaman perumahan jika tiada potongan kwsp tetapi ada payslip sahaja..2-boleh ke dia dpt 100% pinjaman perumahan.3-bank mana pak teh cadangkan jika utk kes sy nie?..tq..:)

Anonymous said...

salam pak teh..saya telah memohon loan gov n telah lulus..cumanya disebabkan rumah saya rizab melayu, lawyer minta duit utk proses tukar hak milik dalam RM3000..lepas sign n bayar baru boleh pihak lawyer buat permohonan bayaran ke pihak BPP utk tuntut bayaran mengikut proges kerja..kl saya lambat sign n bayar,jika proges dh berjln tp BPP lambat bayar, saya kena byr interest..yg saya agak musykil ialah :
1. adakah yuran proses tu memang RM3000?
2. berapa tempoh masa yg biasa pihak pemaju akan bagi kepada pihak BPP utk keluarkan bayaran progres sebelum notis dikeluarkan?
3. kalau saya kena byr caj interest sb BPP lambat keluar bayaran kpd pemaju, berapa bnyk interest dikenakan dan boleh tak kl sy klaim pd pihak BPP?
banyak tu kl betul bayaran lambat....tolong je pakteh..

anum..
2.

noname said...

slm pakteh,
minta pak teh tolong kira kelayakan pinjaman perumahan saya:
gaji pokok : RM2550
elaun : RM700
potongan kwsp : RM358
potongan angkasa : RM752 (loan kereta + personal loan)
lain2 potongan : RM150 (zakat + ASB + YAPEIM)

tq..

Anonymous said...

slm pak teh,

1st nk tnya sy n suami bakal bl rumah bernilai 150k,
suami bt gov loan, sementara sy x bkerja..kami cadang nk bl n letak nama bersama..utk lawyer fee sy dikehendaki byr rm1840+908 (utk urus gov loan,perlu ke byr 908 utk urusan gov loan tu?*lawyer yg minta* ni x cmpr utk stamp duty..
gaji suami 2600, loan kereta+personal 1100,gaji bersih dlm 1460. lepas ke loan utk 150k tu?
kebiasaannye byr lawyer fee mesti sekali harung or ansuran pon blh?sy takut klu byr sekali harung,dia x bt kerja...nk minta pendapat pak teh ape yg patut sy bt?
terbaru sy diberitahu pihak tuan rumah juga perlu ada lawyer.perlu ke?jika tiada,lawyer sy offer utk guna khidmat dia juga..mcm mne tu?harap pak teh dpt bg sedikit pandangan n buah fikiran utk sy selesaikn mslh ni

tq..
-miss lova lova-

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya nak bertanya adakah pinjaman kereta dan pinjaman rumah bersama dengan isteri melalui bank dikira sekali sebagai potongan gaji untuk kelayakan pinjaman perumahan. Basic gaji RM 3300.00 dan selepas ditolak angkasa gaji bersih RM 3200.00 dan gaji tersebut belum ditolak dengan bayaran bank yang lain. Adakah saya layak membuat pinjaman perumahan RM 180,000.00

Anonymous said...

Salam Pak Teh,

Saya dalam perancangan nk beli tanah guna loan kerajaan. Tp tanah yg saya nak beli tu geran berkongsi. Boleh ke buat loan?

-Wawa-

Anonymous said...

salam..mana pak teh ni..senyap jer..xjwb pun soalan byk ni..xsht ker?

*dhiya

fahmi yahya said...

salam pak teh... saya kerja swasta begaji bersih 3000 sebulan... isteri sya bekerja goverment gaji pokok 2500 sebulan... kami nak beli rumah harga 350k..
kalau diikutkkan mmg kene conbine loan kami brdua...

persoalanye... boleh kan kami dapat kadar interest 4% berkadar tetap kerajaan tu?

Anonymous said...

salam pak teh, tumpang tanya, saya ingin penjelasan tentang cagaran harta sekiranya saye membeli rumah guna gov loan saye seorg , tapi dalam SPA saye letak nama saya n suami.saya ade terbaca dalam web bpp, saye ni kategori 3rd party, bkn 1st party. yg musykilnye, 3rd party kena buat loan biasa shj bkn yg islamic, betul ker? apa beza biasa n islamic? kalau boleh saya ingin secr islamic..mohon penjelasan..tq

Unknown said...

Salam pakteh, saya nak tanya macam mana kita nak beli tanah?

Anonymous said...

skum pak teh...

saya baru nak beli 1st house, rm132k, rumah tu dah tak de hutang dgn bank lg tp masih master title...
gaji pokok = rm1645
elaun2 = rm840
potongan = rm1400
saya bujang, jadi adakah saya masih layak buat loan kerajaan?
tQ pak teh... (areezia)

Anonymous said...

Salam pakteh...
Sy ada 1 msalah hingga myebabkn sy sampai ke laman pakteh wat kali ptama..
Harap pakteh dpt bantu sy...
Masalah:sy ingin membeli rumah baru/secondhnd mggunakan loan kerajaan...sy baru berkhidmat hampir 2tahun dan baru sah dalam perkhidmatan...adakah sy layak utk mohon loan kerajaan...sy msh confius sm ada sah dlm pkhidmatan itu adalh sah dlm jawatan...hehehe

Anonymous said...

assalamualaikum..Pak Teh
sy nk tanya..nk beli umah bubuh 2 nama..tapi belum kahwin..sebab akan kawin lagi beberapa bulan..tapi sbb nk masuk umah ngam ngam dah kawen nnt...so kami pilih skim SPPP bolehkah...ada kesan apa2 tak..

Anonymous said...

Salam sejahtera PakTeh...

Saya ingin memohon pandangan dan nasihat dari Pak Teh. Saya telah membeli rumah di Sarawak dengan harga RM218K. Surat dari BPP(SARAWAK) menyatakan jumlah pinjaman adalah RM230K. Bila tanya dengan pemaju, ia termasuklah insurans. Pinjaman kerajaan telahpun diluluskan cuma belum mula potong payslip lagi. Sekarang telah ubah fikiran untuk membatalkan pinjaman tersebut kerana lokasinya yang agak jauh dari tempat di mana saya sekeluarga memilih untuk settle down. Bolehkah Pak Teh bantu saya dalam perkara ini?

Terima kasih.

Anonymous said...

salam pakteh.
saya nk beli umah harga 238k.
adakah saya layak untuk loan jumlah 238k tersebut.

gaji pokok 1887.55 + elaun 490 = 2337.55
tolak Angkasa rm 799.

harap pak teh dpt kirakan kelayakan saya.tq

Anonymous said...

salam pakteh saya nk bertanya.saya punye kelayakan untuk membeli tanah guna loan govt ialah 140k.dan tanah yg saya bercadang nk beli berharga 90k. adakah saya akan dapat full loan tersebut atau cukup2 90 k sahaja. kerana saya terfikir kalau 90k sahaja bermakna saya perlu topup sendiri bayaran legal fees dan lain2 bayarn sampingan yang nilaianya ribuan juga.t.kasih.sekadar nk tahu awal2 senang nk plan backup nanti

Anonymous said...

Assalamualaikum PakTeh... :)

Gaji pokok = RM2222
Jumlah Gaji termasuk Elaun = RM2922
Jumlah Potongan = RM1312
Gaji Bersih - RM1610

Saya berhasrat membeli rumah (secondhand, siap bina) dari pemilik rumah dengan harga RM188,000 dan berhasrat utk memohon loan kerajaan (BPP)...

Persoalan saya:-
1. Berapakah kelayakan saya..?
2. Jika ia x lepas (stlh pengiraan potongan 60%), adkh
cara lain yg boleh saya lakukan selain mendapat
sokongan dr ketua jabatan?

Berharap agar pakteh dapat membantu...

Terima kasih..
~N U R U L~

Anonymous said...

Assalamualaikum....saya dan suami bekerja di sektor swasta.gaji kasar suami 2000.00 dan saya 1500.00 sebulan.saya dan suami ingin memebeli rumah teres yang berharga 160000.00 adakah layak untuk kami? Minta pandangan.dan berapa lama masa untuk kami tunggu kelulusan dari bank jiak lulus? Terima kasih

Nuar said...

Salam Pak teh, saya adalah seorang kakitangan awam dan ingin membeli rumah apartment harga RM115000. Ini merupakan rumah pertama untuk saya beli, Mohon pandangan pak teh samaada saya patut guna loan kerajaan atau pun loan bank untuk membeli rumah ini.? memandangkan masa akan datang saya bercadang untuk membeli rumah teres.

Anonymous said...

Assalamualaikum.....

Syukur dapat bersoal-jawab di lamam Pak Teh. Saya penjawat awam yang sudah 7 tahun mendapat kemudahan Pinjaman perumahan. Alhamdulillah,dapat jua kami miliki mahligai idaman.Harta dunia pertama yang sangat kami sayang.
Sedih untuk saya nyatakan.Atas dasar tanggungjawab dan kepentingan keluarga, saya perlu melatakkan jawatan hujung tahun ini.Dari bacaan awal tadi, Pak Teh ada menyatakan bahawa saya perlu menjelaskan hutang pinjaman sebulan selepas notis perletakan jawatan. Manalah kami mampu untuk membayar baki pinjaman yang masih lagi 150k secara tunai.
Adakah cara lain misalnya bolehkah kami menukarkan pinjaman perumahaan tersebut kepada institusi bank lain.Memadangkan, saya dan suami bercadang untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal dari tempoh yang dikenakan.
Tolong Pak Teh, cadangkan sesuatu yang mampu merungkaikan kekusutan kami ini.....

Terima kasih

Anonymous said...

salam pak teh...nak tanya gaji pkok saya rm 2133...bersih rm 1307...saya nak beli rumah berharga rm 150,000 guna loan kerajaan..layak ke saya dengan gaji tu??umur 27..

Aluta said...

Saya Mrs.Jessica, seorang, Reputable sah, Bersertifikat, Reliable & sebuah Pemberi Pinjaman uang terakreditasi. Aku pinjaman uang kepada individu dan badan hukum yang membutuhkan bantuan keuangan. Apakah Anda memiliki kredit buruk atau Anda membutuhkan uang untuk membayar tagihan? Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa saya memberikan bantuan penerima dapat diandalkan sebagai saya akan senang untuk menawarkan pinjaman dengan tingkat bunga 3% flat. Apa bank Anda katakan tentang memiliki pinjaman dari mereka???? Jangan merasa kecewa jika mereka menolak memberikan Anda pinjaman. Aku benci apa yang bank lakukan ketika pelanggan / konsumen bersedia untuk meminjamkan uang bahkan dengan jaminan dan dokumen yang sah. Saya berharap memungkinkan saya untuk melayani Anda. Send me an-E-mail saya dengan membalas email paydayloaninvestors@gmail.com saya dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu Anda dalam situasi keuangan yang buruk Anda.
Salam,

Anonymous said...

Assalamu'alaikum pakteh.

Ada sedikit pertanyaan.

Baru2 ni saya bercadang nk beli sebuah rumah 2nd hand.rumah tu skrg ni saya sewa dari owner.Owner bercadang nk letak 90K.Tang kelayakan saya dh survey,dan saya layak utk buat loan sampai 140K++ mcm tu la.

soalan saya:
1)mcm mana proses penilaian rumah tu berlaku?

2)apa yg diambil kira dlm proses penilaian?

3)ada tak berlaku yang value dari penilaian adalah lebih rendah dari value yang owner letak?cth:owner letak 90K,pi penilaian depa kata rumah tu cuma 80K ja.

tolong beri pencerahan ya pakteh,ni ja yg saya tgh komfius.bayaran dp owner mintak 1k ja sebab saya dh lama sewa kat situ.

terima kasih.(azirul)

Anonymous said...

mana pak teh sudah ilang?senyap ja.....:(

Anonymous said...

selamat petang Pak Teh,

Saya telah membeli sebuah rumah teres. Pihak peguam meminta saya datang untuk urusan tukar nama dari pihak pemaju kepada nama saya. Persoalannya ialah adakah dokumen tukar nama tersebut ialah geran rumah? terima kasih Pak Teh kerana membantu...

Zahari said...

Maaf,blog ni masih aktif ker?tq

Anonymous said...

salam Pak teh,
sy sbena nye dalam proses untuk memiliki rumah kedua. rumah pertama sy perolehi melalui pinjaman pribadi daripada bank sebanyak 130k dengan bayaran bulanan sebanyak 1200 sebulan. sekarang ni sy nk tau bolehkah sy membuat pinjaman kerajaan untuk memiliki rumah kedua, dan jika boleh berapakah jumlah kelayakkan pinjaman sy. butiran gaji saya adalah seperti berikut;

gaji pokok = RM 2800
elaun = RM 700
potongan = RM 1302
gaji bersih = RM 2198

Anonymous said...

salam pak teh...saya ada persoalan ....saya nak bina rumah di atas tanah pusaka nenek saya..dan nama di atas geran bagi tanah tersebut adalah nama pakcik saya....soalannya ialah:
1.Perlukah nama saya di atas geran tanah tersebut bagi membolehkan saya membuat pinjaman untuk membina rumah?
2.Saya dah periksa kadar kelayakan dan berdasarkan gaji saya, saya layak untuk buat pinjaman 205K. Bolehkah saya buat pinjaman sebanyak 160K walaupun harga untuk membina rumah adalah 120K? -Hasbul

max payne said...

salam pak teh..TAHNIAH..
satu2nya blog pasal pimjaman perumahan..yg penuh informasi..

saya bercadang utk membeli kondo dijangka siap akhir 2014(dah bayar booking ).esok lusa je nak sign s&p.

gaji pokok:RM 2652
elaun:rm850
angkasa :rm425
PCB : rm12
gaji bersih dalam payslip:RM3065

harga kondo RM 310700

soalan:
1) boleh lulus tak loan saya ni?
2) bila start bayar? (x faham syarat 18 bulan)
3) kondo yang nak beli ni tingkat 13A(lepas 13,terus 13A,14 xde faham2 la). senang cite NO UNIT 13A-13 iaitu level 13A blok 13.persoalan saya: effect tak future value unit ni..mane tahu susah nak jual balik terutama pada non muslim..

itu saje setakat ni..ade soalan tanya lagi..
thanks

Anonymous said...

salam pak teh, sy adlh seorg guru, sy tlh mbuat gov loan sbyk rm108900 pd 2004. skrg ni gaji pokok sy ialah rm4130 dn sy brhasrat utk mbuat gov loan kali kedua tapi brsama suami utk rumah yg brharga rm380k, suami sy ialah seorg tentera yg gaji pokoknya rm3200 dn blum prnh mbuat gov loan.ada kah kami layak utk pinjaman dgn hrga rumah trsebut

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Teh..
Saya juga dlm perancangan u tuk membeli rumah second hand.. saya kerja gov..
Saya layak memohon loan gov 255000..
Gaji pokok saya 2500 + elaun = 3700 setelah tolak semua keperluan.. gaji bersih saya 2200..
Adakah saya layak utk memohon loan gov setelah dikira dari 60%..

Unknown said...

Pak teh, adakah ketua jabatan yang menyokong pinjaman kakitangan yang lebih dari 60% dan ia diluluskan akan menerima tindakan undang-undang. POHON JAWAPAN SEGERA..PLEZZZZZZZZZZZ

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Teh,

Saya kakitangan awam, kelayakan sebanyak 280k dan masih belum digunakan. Manakala suami saya kakitangan swasta sudah membeli rumah selama 10 tahun dengan interest yang tinggi dan baki semasa adalah 115k dan nilai semasa lebih kurang 300k. Soalan saya:

1. Bolehkah saya membeli rumah itu daripada suami saya menggunakan pinjaman perumahan dan membuat pinjaman penuh sebanyak 280k kerana baki dari pinjaman tersebut mahu digunakan untuk membina sebuah rumah lagi di atas tanah persendirian.

2. Adakah saya layak dari segi limit potongan gaji kerana gaji bersih saya RM2800 dan belum ditolak bayaran kereta sebanyak RM850.

2. Sekiranya boleh,apakah langkah pertama yang perlu saya ambil dan dengan siapa perlu saya rujuk.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Teh,

Saya nak tanya beberapa soalan

1- bolehkah saya membuat loan melebihi nilai harga rumah. Sebagai contoh: harga rumah hanya 130k, tetapi saya ingin membuat loan sebanyak 280k (jumlah maksimun yang layak saya pinjam). ini kerana duit yang lebih (dari 130k)itu saya akan gunakan untuk urusan lain.

2- bolehkan saya menjual rumah yang di bayar melalui loan kerajaan padahal saya hanya baru membayar selama 5 hingga 10 tahun. (masih berbaki kerana saya membuat loan selama 30 tahun)

3- Apakah yang di maksudkan rumah lelong dari bank? bolehkah saya membeli rumah lelong dengan membuat loan dari kerajaan. sekiranya boleh dapatkah saya membuat loan semaksimun mungkin (280k) walhal harga rumah lelong hanya sekitar 80k - 130k.

4- Bolehkah saya membuat satu loan kerajaan diatas dua aset pembelian dalam masa yang sama. contohnya, saya membeli dua biji rumah tetapi hanya satu loan di gunakan.

Di harap Pak Teh sedia membantu saya yang mushkil ini.

Sekian terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Teh,
saya keja gov.. kelayakan loan umah bleh RM168K
saya cadang nak beli umah kos rendah RM42K, agak2 boleh ka?

Anonymous said...

Salam. Nk tnya mn lebih elok byr kos guaman dlm pinjaman ke byr berasingan?

harryviewers said...

salam pak teh..

saya nak tanye...kalau potongan gaji saya telah mencapai 55%...adakah saya masih layak untuk memohon pinjaman....

Anonymous said...

Pak teh....
Sye ingin membeli sebidang tanah dripada pemilik laen.,.boleh pak teh terangkan ape lgkah yang perlu sye lakukan supaya tak tertipu....

«Oldest ‹Older   201 – 400 of 904   Newer› Newest»

Post a Comment