Dapatkan pandangan PakTeh..!

Sunday, April 17, 2011

Cikgu atau Guru?

Cikgu atau Guru sama aja kot? Mereka ne pendidik kepada anak bangsa. Sebanyak 405,706 orang guru merujuk kepada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Rendah 230,491 dan Menengah 175,267. Ramainya! Hampir separuh dari 1.2 juta Kakitangan Kerajaan di Malaysia.

Masa sekolah dulu selalu aku
kata nak jadi cikgu bila besar nanti! 
Itu serba sedikit stastiknya la. Tapi, dalam pengalaman aku menguruskan guru ne. Ia sangat mudah dikenali! Apa tak nya, mereka ne biasanya banyak tanya! Kalau tanya kurang dari 5 soalan bila jumpa tuu tak sah la. Sampai kekadang terover, contohnya :

Situasi 1 : Aku berkata, "Sekurang-kurangnya 1 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan baru layak memohon pinjaman". Guru bertanya, "Saya telah berkhidmat mulai Tahun 2005, layak ke?.

Situasi 2 : Aku berkata, "Wang proses bagi setiap RM1,000 jumlah pinjaman dipohon adalah RM1". Guru bertanya, "Kalau saya nak memohon RM200,000 berapa wang prosesnya?".


Berdasarkan pengalaman aku biasanya yang bertanya macam itu memang guru..tak tau la nape? Mungkin guru-guru yang ada leh tolong jawab, silakan. ...dan seperti biasa confirm memang guru. Kalau ditanya macam mana leh tau? Aku jawab, "Orang lain tak tanya soalan macam tuu".

Apa pun, SELAMAT HARI GURU pada semua guru pada 16 Mei ini.  

9 comments:

Guru Biasa said...

hehehehe...
Lebih kurang betui la tu...
:)

PakTeh said...

alamak, ye ke guru. terima kasih cikgu kerana telah mendidik aku menjadi seorang insan. terima kasih.

embun said...

cikgu yg tanya tu mesti ckgu music..

PakTeh said...

oooh ya ke...saya x pernah tanya lak guru mengajar apa..hihi. kenapa cikgu muzik ya?

cikgu biase 2 said...

Mungkin nak kepastian...cikgu tu nak jawapan dr seller gak, baru la takde keraguan mase die drive balik uma nnti, hehe.

Anonymous said...

hehe...itu soalan guru berpusatkan murid...dah kitorang digalakkan tya mcm tu kt murid..bknnya xleh jwb sendirik tp mgkin dah terbiasa nk suruh murid meningkatkan kemahiran berfikir dan cari jwpn...huhu...so,dah jd habit la tuh..haaaaahaaaaa

PakTeh said...

moga benar semuanya yang dikatakan... terima kasih cikgu.

sekarang, lebih 5 tahun, hampir setiap hari PakTeh jumpa guru...dan banyak perkara lagi PakTeh alami yang menarik dan tertarik. hehe.

Anonymous said...

kami guru Malaysia...berikrar dan berjanji...mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita..^!^.semoga diterima Allah swt segala amalan kami...amiin

Unknown said...

Halo, nama saya Laima, saya adalah korban di tangan kreditur penipuan saya telah ditipu 27 juta, karena saya butuh modal besar dari 140 juta, saya hampir mati, tidak ada makanan untuk anak-anak saya, bisnis saya adalah hancur dalam proses saya kehilangan hubsand saya. Saya dan anak-anak saya tidak tahan lagi. semua ini terjadi Januari 2015, tidak sampai saya bertemu dengan seorang teman yang memperkenalkan saya kepada ibu ibu yang baik Alexandra yang akhirnya membantu saya mendapatkan mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati Anda , saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu semua orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan kontak pinjaman dijamin ibu yang baik Alexandra melalui email perusahaan. alexandraestherloanltd@gmail.com
atau alexandraestherfastservice@cash4u.com,
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; laimajelena@gmail.com untuk setiap informasi yang Anda perlu tahu, silakan dia adalah satu-satunya orang yang dapat diandalkan dan dapat dipercaya.
Terima kasih.

Post a Comment