Dapatkan pandangan PakTeh..!

Monday, March 14, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.
Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

- Skim beli rumah tanpa deposit.

Milikan pertama bagi gaji kurang RM3,000. 

- Harga rumah mesti RM100,000 ke atas.

- Harga rumah tidak boleh lebih dari RM220,000.

- Berumur 35 tahun ke bawah.

- Gaji kasar sendiri atau combine mesti bawah RM3000. 

- Untuk pembelian rumah sahaja sama ada siap atau masih didalam pembinaan.

10 comments:

Anonymous said...

untuk kakitangan kerajaan adakah terlibat dalam skim ini

PakTeh said...

tidak, sebab kakitangan kerajaan telah mendapat kemudahan pinjaman perumahan kerajaan dimana ianya jauh lebih baik dan mudah daripada skim rumah pertamaku. tQ

Anonymous said...

nk beli umah dlm harga rm120ribu tp pemaju kata loan xlepas...cmne tu??.......

PakTeh said...

loan bank atau kerajaan ya? nape pemaju lak yang kata xlepas... mohon pengesahan utk ulasan lanjut.

Anonymous said...

Ingin bertnya... Sy pnh bt loan kerajaan utk membina sndr rumah. Loan 190k. Skarang sy berminat utk membeli sebuah rumah yg berharga 171k dgn membuat loan berdua. Layakkah sy dan bagaimana caranya?

PakTeh said...

untuk pinjaman kedua, perlu selesaikan keseluruhan pinjaman pertama dan perlu difahami amaun kelayakan sebaiknya. semoga membantu.

Anonymous said...

Salam ingin bertanya...jika ingin membeli rumah melalui skim rumah pertamaku harga rumah 120k bolehkah membuat pinjaman lebih dari harga rumah contoh 180k...
TQ

http://gsr2u.com.my/harfiza said...

Salam pak teh. Gaji Pokok saya dan suami rm1191.22 x 2 = 2382.44. kedua-dua kami kakitangan kerajaan. jika kami ingin membeli rumah pertama kami bernilai rm130000. rumah teres terpakai. berapa sebulan kami perlu bayar? boleh tak pak teh bagi info kepada kami berapa interest pinjaman tetap dan berapa tempoh paling lama layak untuk kami berdua. saya berusia 32 tahun dan suami 28 tahun. harap pak teh sudi membantu. terima kasih.

Anonymous said...

jika kakitangan kerajaaan tetapi kontrak

Erry said...

Salam pakteh rumah pertamaku ni kakitangan kontrak boleh ke buat loan? Pinjaman 100% ke?

Post a Comment