Dapatkan pandangan PakTeh..!

Tanya PakTeh

Saudara boleh bertanyakan apa sahaja yang berkaitan Blog ini melalui ruangan "facebook comment" di bawah. Perkongsian saudara amat saya hargai.

ATAU isikan borang pertanyaan di bawah ini :

Nama *

Email *

No Handphone *

Pertanyaan * :


904 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 904   Newer›   Newest»
PakTeh said...

Dengar desas desusnya akan keluar Pekeliling penambahbaikan berkaitan Kelayakkan Pinjaman Perumahan Kerajaan yang membawa banyak khabar baik dalam waktu terdekat ini! Kalau saudara ada maklumat kongsikan bersama.

lim soo chin said...

Selamat sejahtera,

Saya menjadi seorang cikgu selama 4 tahun dan telah sah perkhidmatan. saya ingin tanya mengenai kelayakan pinjaman perumahan kerajaan jika gaji pokok saya sakarang RM2238.55.
1. Adakah saya layak membeli sebuah rumah yang berharga RM240000 dengan pinjaman 100%?
2. Tempahan rumah sebanyak RM3000, adakah saya perlu membayar tempahan dengan sendiri?
3. Seterusnya, adakah saya perlu mendapat borang permohonan dari kerani sekolah?
4. Apakah borang yang perlu saya isi jika rumah tersebut adalah dalam pembinaan?
5. Apakah document yang perlu saya sediakan untuk mengelakan kelewatan pembayaran dari pinjaman perumahan kerajaan kepada pemaju supaya saya tidak perlu tanggung risiko untuk menyelesaikan pembayaran dengan sendiri semasa menunggu pinjaman tersebut?
sekian, terima kasih Pak Teh.

PakTeh said...

Salam sejahtera cikgu,

J1. Kelayakan jumlah pinjaman rumah terbahagi 3 :
1. Jika membeli rumah dari pemaju yang mempunyai lesen dan permit kelayakan jumlah pinjaman berdasarkan kepada 2 perkara iaitu KELAYAKAN dan HARGA RUMAH mana yang terendah. Dengan gaji RM2237.55 puan layak RM255,000 dan jika harga rumah RM240,000 atau lebih maka puan layak loan 100% daripada jumlah kelayakan RM240,000.
2. Jika membeli rumah selain daripada di atas kekelayakan jumlah pinjaman berdasarkan kepada 3 perkara iaitu KELAYAKAN, HARGA RUMAH dan LAPORAN PEJABAT PENILAIAN mana yang terendah.
3. Kes-kes lain. Puan dinasihatkan untuk bertanya apabila puan telah menetapkan harta/rumah yang bagimana puan akan beli kerana setiap kes adalah berbeza.

J2. Deposit RM3000 rumah perlu dijelaskan oleh puan sendiri. Peguam puan akan memgembalikan RM3000 tersebut setelah pinjaman diluluskan jika puan mendapat pinjaman 100%.

J3. Borang permohonan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti laman web, kawan-kawan, kerani sekolah, PPD dan sebagainya. Yang penting borang yang betul dan terkini.

J4. Saya memerlukan maklumat yang lengkap jika ingin mengetahui borang yang betul kerana setiap kes berbeza borang. Yang utama saya perlu melihat Perjanjian Jual Beli (S&P) dan Salinan Hakmilik. Ataupun cal saya untuk mengetahui kedudukan kes puan.

J5. Permohonan yang lengkap adalah perkara utama untuk memastikan pinjaman diproses dengan cepat. Memandangkan perkara ini jarang puan lakukan maka puan kurang pasti apa keperluan yang sebenar. Nasihat saya, dapatkan bantuan yang pakar serta amanah.

Semoga membantu.

Anonymous said...

Salam,

Nak tanya, isteri saya kerja gov dengan gaji RM897 dan kelayakan pinjaman adalah RM105k.Saya pula kerja swasta dengan gaji Rm3000.Bolehkah kami combine pendapatan untuk kelayakan loan rumah kerajaan lebih tinggi?

Terima kasih

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous, terima kasih kerana bertanya. pinjaman kerajaan adalah utk kakitangan kerajaan sahaja. apa yg boleh dilakukan adalah isteri pinjam dgn kerajaan dan suami pinjam dgn bank (second charged) utk dptkan kelayakkan lebih tinggi. moga membantu.

Anonymous said...

Selamat sejahterah

Saya ingin membeli rumah baru berharga RM410 dan gaji pokok saya adalah RM2355 dan kelayakan saya adalah RM255k.Adakah saya boleh mendapat pinjaman RM310k - RM350k.Saya sudah berumahtangga dan tiada apax2 komitmen.Setelah pinjaman diluluskan, bilakah gaji saya akan dipotong, adakah selepas mendapat kunci rumah atau setelah pinjaman diluluskan.

Sekian t.k

PakTeh said...

Salam, kelayakan pinjaman perumahan adalah berdasarkan gaji pokok yang diterima pada masa permohonan dan TIADA tambahan kelayakan pinjaman dibolehkan. Pemotongan gaji akan dibuat bila tuntutan rumah mencapai 95% ATAU 18 bulan dari tarikh bayaran pertama mana yang TERDAHULU. moga membantu. tQ

Anonymous said...

Salam

Saya kurang faham:"Pemotongan gaji akan dibuat bila tuntutan rumah mencapai 95% ATAU 18 bulan dari tarikh bayaran pertama mana yang TERDAHULU." Boleh Pak Teh terangkan

Anonymous said...

salam Pak Teh....saya adalah guru di bawah prjek SABK.saya telah berkhidmat sebagai gstt di sekolah ini pada bln 5/2008.kemudian saya mengikuti kursus dalam cuti sehingga bln 7/2010.sy telah mendapat surat lantikan gst pada bln 8/2010 dan meneruskan perkhidmatan di sekolah yang sama.bolehkah saya memohon pinjaman ni?

PakTeh said...

walaikummussalam, pemotongan gaji yang saya maksudkan adalah bagi kes rumah yang sedang dalam pembinaan. PEMBETULAN, ayat yang sebenar dan diharap lebih jelas adalah "Pemotongan gaji akan dibuat apabila bayaran kemajuan sehingga 95% dikeluarkan ATAU pada bulan ke 19 dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) diterima, YANG MANA TERDAHULU". Sebagai cth, jika dlm tempoh 5 bulan bayaran kemajuan rumah telah mencapai 95% maka potongan gaji akan dibuat. Cth yg lain, jika tempoh 18 bulan telah dicapai dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) diterima tetapi bayaran kemajuan rumah baru mencapai 35% maka potongan gaji akan dibuat pada bulan ke 19 tersebut. moga membantu.

PakTeh said...

walaikummussalam, yang saya faham (maklumkan saya jika silap sebab saya kekdg sedikit bingung dgn skim lantikan guru) lantikan cikgu (ke jawatan tetap)adalah berkuatkuasa dilantik GST iaitu mulai 8/2010. Justeru itu, cikgu hanya layak memohon pinjaman perumahan selepas setahun dari tarikh tersebut DAN telah disahkan jawatan. moga membantu.

Anonymous said...

ooo...ok.terima kasih yerr..maknanya tahun depanla baru saya blh mohon.

PakTeh said...

no problem, sama2 kasih. tahniah kerana mempunyai perancangan dan usaha utk membeli rumah seawal mungkin. tQ

Anonymous said...

saya dah mohon pinjaman perumahan kerajaan untuk membeli rumah berharga rm206k..saya letak dua nama bersama suami saya..saya memohon punjaman sppi..adakah pinjaman saya akan diluluskan?

PakTeh said...

anonymous, pinjaman perumahan Kerajaan jika cukup syarat dan lengkap tak ada sebab untuk tidak diluluskan. Kemudahan Pinjaman Kerajaan adalah yang terbaik didunia, justeru itu sangat rugi tak menggunakannya. jika memerlukan maklumat pinjaman puan, sila sms ke 0193533702 no rujukan atau no kp puan. tQ

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh..
dalam syarat-syarat pinjaman ada menyatakan tentang "siberhutang hukuman".. apa yg dimaksudkan dengan siberhutang hukuman? adakah blacklist bank atau blacklist PTPTN juga termasuk dalam kategori itu?

PakTeh said...

Walaikummussalam Anonyomus, untuk maklum semua persoalan ini adalah berkaitan istilah perundangan dan sesuai diterjemahkan oleh yang pakar berkaitan dengannya.
1. Sekadar berkongsi ilmu, “siberhutang hukuman” adalah sama erti dengan istilah barunya “penghutang penghakiman’ ertinya orang yang bertanggungan di bawah mana-mana penghakiman bagi pembayaran wang. Sebagai contoh, seorang pegawai mendapat surat amaran bank kerana tidak membayar hutang bank yang membolehkan pihak bank membawanya ke mahkamah atau diambil tindakan undang-undang sehingga menyebabkan beliau boleh diistihar bankrap. Key-word yang saya boleh dapati adalah jika seseorang itu diberi hukuman (spt surat amaran) sehingga boleh mengakibatkan seseorg diistiharkan bankrap maka ia boleh anggap sebagai “siberhutang hukuman”.
2. Berdasarkan penjelasan di atas, blacklist bank/PTPTN bukan di dalam maksud tersebut.
Walau bagaimanapun, tuan/puan dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa berkenaan mengenai perkara ini kerana berdasarkan pengalaman peribadi istilah ini mungkin berubah dan diterjemahkan berbeza sesuai dengan peraturan semasa pihak berkuasa berkenaan. Semoga membantu. tQ

Anonymous said...

pak teh,saya ingin membeli sebuah rumah second hand. boleh tak pak teh terangkah prosedur pembelian rumah second hand menggunkan pinjmn perumhn kerajaan utk mengelakkan saya tertipu..TQ (pn aida)

PakTeh said...

Terima kasih Pn Aida krn bertanya. Prosedur permohonan pinjaman rumah second hand :
1. T/tgn perjanjian jualbeli.
2. Isi borang permohonan pinjaman perumahan (termasuk dokumen lengkap) dan hantar ke BPP.
3. Isi borang penilaian harta (termasuk dokumen lengkap) dan hantar JPPH.
4. JPPH akan hantar laporan penilaian ke BPP.
5. BPP akan luluskan berdasarkan hg rumah/penilaian/kelayakan/jum dipohon MANA YG TERENDAH.
6. Byrn pelepasan gadaian (jika ada) dan insuran.
7. Proses gadaian.
8. Byrn keseluruhan pinjaman.
Detailnya sgt pjg utk dijelaskan satu per satu dan saya juga krg pasti sama ada ini jawapan yg dikehendaki krn saya krg jelas mengenai maksud "...utk mengelakkan saya tertipu.". Jika tidak menepati, saya hrp puan Aida dpt kemukakan semula soalan yg dikehendaki. semoga membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum

saya dah membeli rumah menggunakan pinjaman kerajaaan. walaubagaimanapun, saya berhasrat untuk meninggalkan perkhidmatan awam untuk bekerja dengan petronas tidak lama lagi. boleh ke saya meneruskan pinjaman tersebut? atau kena batal dan tukar kepada pinjaman komersil? tq (dar)

PakTeh said...

walikummussalam anonymous. terdpt 2 keadaan biasa bila ingin meninggalkan perkhidmatan, iaitu :
1. jika saudara ingin meninggalkan perkhidmatan maka saudara perlu menjelaskan baki hutang dengan sekaligus sebulan dari tarikh notis.
2. jika saudara telah mencapai umur bersara pilihan maka saudara dinasihatkan untuk memohon bersara pilihan dan bukannya "meninggalkan perkhidmatan" bagi membolehkan saudara meneruskan pinjaman tersebut. semoga membantu.

MAT KEDAH said...

Salam PakTeh,
Sebelum ini saya berkhidmat di syarikat swasta dan telah membeli rumah dengan Loan Bank pada 2008.

Feb 2009 saya dapat kerja kerajaan. Dan kini telah disahkan jawatan. Saya merancang untuk convert loan bank kepada Loan Kerajaan sebab dok tengok BLR naik.

Situasi saya:-

Harga rumah ketika beli RM178k dan setelah dibayar deposit 10% maka
Loan BANK termasuk MRTA RM164k
dan kini
Baki pinjaman dengan BANK pada MAY 2011 ialah RM156k

Soalannya
1. Adakah rumah saya perlu di nilai semula oleh JPPH? Jika YA bagaimana saya nak contact pegawai penilai dari JPPH? Adakah sebarang bayaran dikenakan kepada saya nanti? Jika dilihat pada fasa baru (same house model) yang dibina. Harga semasa ialah RM210k.

2. Adakah saya boleh tukar pinjaman bank kepada kerajaan dengan nilai pinjaman sebanyak RM210k (nilai semasa rumah) atau hanya dibenarkan kepada baki pinjaman iaitu RM156k

3. Bank menetapkan sekiranya pinjaman saya hendak ditukar sebelum cukup 5 tahun dari tarikh bayaran bulan pertama, saya akan dikena 3% penalti. Bolehkan Loan Kerajaan saya itu nanti memasukkan sekali bayaran penalti tersebut.

Anonymous said...

pak teh, saya kurang faham tentang pemotongan gaji sebanyak 60%. gaji pokok saya sekarang ialah RM2500. saya telah membuat pemotongan gaji untuk hal-hal lain sebanyak rm1100. berapakah jumlah kelayakan untuk pinjaman perumahan saya? gaji bersih saya sekarang rm2100..

PakTeh said...

walaikummussalam mat kedah, slmt berkenalan. jawapan saya :
1. perlu dinilai semula oleh jpph jika ingin memohon pinjaman perumahan kerajaan jenis v (menyelesaikan baki hutang bank). jpph yg berkaitan adalah bagi kawasan harta berkenaan terletak dan leh rujuk laman web jpph. jika tujuan memohon pinjaman perumahan kerajaan tiada bayaran dikenakan. jpph akan menilai berdasarkan byk segi termasuk hg pasaran semasa.
2. pinjaman jenis v diluluskan berdasarkan jumlah hutang bank semasa/penilaian jpph/kelayakan/jumlah dipohon mana yg TERENDAH. dlm kes saudara adalah rm156k.
3. jumlah baki hutang yg diterima adalah berdasarkan surat bank yg mengesahkan jumlah hutang harta tersebut.
moga membantu saudara mat kedah. jika krg clear, tanya lagi insyALLAH. tQ

PakTeh said...

anonymous tQ krn bertanya. cth kes potongan gaji 60% adalah seperti berikut:
1. ali menerima gaji pokok rm2000 dan elaun2 rm1000. jumlah gaji ali adalah rm3000.
2. 60% daripada gaji ali adalah rm1800. kes 1, jika ali mempunyai potongan sebyk rm1800 atau lebih maka ia x layak pinjaman perumahan.
3. kes 2, jika ali mempunyai potongan gaji rm1000 maka ia layak pinjaman perumahan dgn byran balik rm800 (rm1800 - rm1000).
ada beberapa pengecualian dlm isu 60% potongan gaji yg mudah dijelaskan melalui phone saja. maaf, saya x dpt nak comment kelayakkan pinjaman saudara krn agak keliru dgn figure yg anonymous berikan. moga sedikit sebyk membantu.

Mat Kedah said...

Terima kasih PakTeh atas jawapan yang saya terima.. Syukur tengok ada juga orang seperti [akteh yang sanggup meluangkkan masa berkongsi ilmu dan masa untuk jawab soalan-soalan yang diajukan. Mudahan Allah swt memberi tuan keberkatan dunia dan akhirat..

Mat Kedah said...

Tambahan Soalan:-
Berkenaan PENALTI yang dikenakan oleh BANK kepada saya. Bolehkan saya memohon pihak bank untuk memasukkan sekali jumlah baki pinjaman dan penalti yang dikenakan dalam penyata 6 bulan kehadapan itu?

PakTeh said...

sama2 mat kedah, syukran jika jawapan yg diberikan dpt membantu dan semoga sama2 beroleh keberkatan. pada dasarnya penalti tidak boleh diambil kira tetapi jika ia TIDAK dinyatakan sebagai penalti dlm mana2 kenyataan bank tetapi dinyatakan sebagai baki hutang rumah insyAllah ok...jika serius utk menangani isu ini seelok2nya hubungi saya. tQ

Anonymous said...

a'kum pak teh.
saya sedang dlm proses membuat tinjauan untuk membeli rumah secondhand. saya berminat dgn beberapa buah rumah, dn setiap rmh harganya berbeza. yg menjadi masalah skrg saya tdk tahu berapa kelayakn saya skrg sbb dh buat beberapa pemotongan melalui gaji. bagaimanakah caranya nak buat semakan jumlah kelayakan saya, utk memudahkn saya memilih rmh? (pn aizam)

PakTeh said...

walaikummussalam pn aizam, tahniah kerana berusaha utk memiliki rumah sendiri dan terima kasih kerana bertanya. Untuk menentukkan kelayakan, puan perlu mengemukakan maklumat gaji pokok, jumlah elaun2 dan jumlah potongan gaji. terima kasih.

Anonymous said...

salam pak teh..
saya sedang dalam proses membuat pinjaman perumahan..s&p telah disain..cuma menunggu stamping siap..layakkah saya untuk buat government loan memandangkan gaji saya telah banyak dipotong..
gaji pokok + elaun : RM2330.40
potongan : RM1384.61
gaji bersih : RM946.00

Layakkah saya memohon pinjaman RM135,000?

Anonymous said...

boleh tak pak teh tolong kirakn kelayakan saya. butir2 gaji saya adalah seperti berikut :

1.gaji pokok = rm 2509.90 (belum tambh kenaikn tahunn 2011)
2.elaun (rumah + ITKA + KOLA) = rm 750
jumlah = rm 3259.90

3. jumlah potongan = rm 1174.80
4. gaji bersih = rm 2085.10

berapakah jumlah kelayakan saya?

(pn. aizam)

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous, berdasarkan maklumat yg diberikan dan syarat 60% potongan gaji...saudara hanya layak bayaran balik RM13.63 (iaitu RM1,398.24 - RM1,384.61). ini bermakna saudara tidak layak memohon pinjaman RM135,000!. bagaimanapun berdasarkan pengalaman, saudara leh dipertimbangkan pinjaman jika ketua jabatan saudara menyokong. tQ dan semoga membantu.

PakTeh said...

pn aizam, terima kasih krn respon. berdasarkan gaji pokok yg diterima RM2,509.90 puan layak pinjaman RM280,000. dan berdasarkan peraturan potongan tidak melebihi 60%, puan layak bayaran balik RM781.14(iaitu RM1,955.94 - RM1,174.80). bayaran balik RM781.14 bersamaan pinjaman RM163,500 (termasuk insuran) selama 360 bulan. bagaimanapun berdasarkan pengalaman, pn aizam leh dipertimbangkan pinjaman RM280,000 jika ketua jabatan puan menyokong. semoga membantu.

Anonymous said...

terima kasih pakteh di atas jawapan itu. sekurang-kurangnya saya boleh mencuba kan pak teh?
kalau saya tak dapat membeli rumah...tak kan saya nak menyewa sehingga pencen? sewa rumah saya pun dah 400 sebulan..

PakTeh said...

sewa rumah RM400 bersamaan pinjaman rumah RM80,000...kalau difikirkan untuk jangka panjang memang rugi menyewa. untuk memiliki rumah sendiri memang perlu sedikit usaha, kekuatan dan perancangan. dan jika saudara seorang kakitangan Kerajaan adalah sangat rugi jika tidak menggunakkan kemudahan yang diberikan. namanya pun 'kemudahan'...dah pastinya menguntugkan. semoga dimudahkan segala usaha dan ikhtiar.

Anonymous said...

Assalamualaikum PakTeh...

saya ingin membuat pinjaman kerajaan untuk membeli sebuah rumah 2nd hand,owner dia nak jual dalam 65k..berapa jumlah kelayakan saya??

gaji pokok+elaun=1,555.46
potongan =663.26
Bersih =892.20

dan untuk pengetahuan PakTeh ini 1st time saya nk beli rumah,so segala procedur2 dan sapa saya perlu contact untuk buat pinjaman kerajaan ni pun saya tak tahu..mintak tolong sangat2 ajar saya...
dan kalau rumah 65k,saya buat loan 100k,balance tue boleh dapat kat tangan ke??

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous,
1. untuk menentukan kelayakkan saya perlu tahu gaji pokok saudara/i.
2. berdasarkan syarat 60% potongan gaji, saudara/i layak bayaran balik RM270.02(iaitu RM933.28 - RM663.26). sehubungan itu, saudara/i layak pinjaman sebanyak RM56,500 (termasuk insuran dan bayaran balik selama 30 tahun) kecuali mendapat sokongan ketua jabatan.
3. saudara/i sebenarnya boleh bertanya terus dengan ketua jabatan atau pinjaman perumahan jika menghadapi masalah. walau bagaimanapun, PakTeh sedia membantu dengan memberi perkhidmatan yang terbaik....jika diperlukan.
4. "...dan kalau rumah 65k,saya buat loan 100k,balance tue boleh dapat kat tangan ke??"...isu ini kena cal saya kerana perkara ini agak rumit dan melanggar dasar.

sekian, semoga membantu.

Anonymous said...

gaji pokok saya RM1,181...cuba kira kan??

PakTeh said...

gaji pokok rm1,181 berkelayakkan pinjaman rm130,000. tQ

Anonymous said...

terima kasih pakteh...
saya nk buat loan dan beli rumah tu kalau boleh,boleh pakteh tolong dan bantu saya???dan kalau boleh baki tue dapat kat tangan...

PakTeh said...

insyaALLAH, akan dibantu sebaiknya dan semampunya. tQ

Anonymous said...

pak teh,

saya nak tanya jika gaji dah terlebih potongan sehingga 60%, saya still boleh buat pinjaman perumahan asalkan mendpaat sokongan ketua jabatan. itu confirm ke pinjaman saya diluluskan? tolonglah pakteh saya teringin nak ada rumah sendiri.

PakTeh said...

anonymous, ikut peraturan tidak boleh...tetapi berdasarkan pengalaman sehingga kini permohonan yang mendapat sokongan ketua jabatan boleh diluluskan. semoga hajat anonymous tercapai. tQ

Anonymous said...

TQ pak teh kerana membantu saya. tapi layakkah saya membuat pinjaman utk tempoh 360 bln? umur saya pd thn ni 30 thn..
- pn. aizam -

PakTeh said...

puan aizam, insyaALLAH akan dibantu setakat yang tahu. untuk pinjaman pertama saya tak nampak ada masalah untuk tempoh 360 bulan sebab pinjaman ini leh sampai umur lepas pencen. semoga menjawap, tQ.

Shima said...

Salam pakteh, sy baru nk apply loan, borang apa sy kena isi?

PakTeh said...

walaikummussalam shima, untuk makluman shima borang pinjaman perumahan dan dokumen yang diperlukan bergantung kepada :
i) Jenis pinjaman SPPP atau SPPPI
ii) Jenis pinjaman sama ada Jenis I, Jenis II dsb...
iii) Jenis harta seperti rumah teres, apartment dsb...
iv) Kedudukan hakmilik sama ada rezab melayu, digadai kepada bank, mempunyai sekatan dsb..
v) Lain-lain seperti pembelian harta bersama, hakmilik dua penama, unsur wang beza dsb...
Untuk memastikan borang yang tepat saya memerlukan jawapan kepada soalan seperti di atas dan sebaik-baiknya dapat salinan S&P dan salinan hakmilik.
Semoga membantu.

Anonymous said...

sy nak mintak tolong pakteh uruskan pinjaman saya..boleh?

PakTeh said...

boleh sahaja anonymous...cal saya di 019-353 3702 pada bila-bila masa. tQ

Anonymous said...

Assalamualaikum
Boleh x pak teh tolong kirakan berapa kelayan pinjaman perumahan saya dan suami untuk membeli rumah berharga rm1578888.
saya : gj pokok(1020.02) + imbuhan (635.00)
potongan (559.00)

suami : gj pokok (1029.74) + imbuhan (475.00)
potongan (381.00)

kelayakan kami mengikut gj pokok ada 260k (130k x 2)
berapa bulanan kami yang layak

PakTeh said...

walaikummussalam, soalan ini agak sukar untuk dijelaskan secara bertulis kerana kelayakkan kedua-duanya tertakluk kepada syarat potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan...bercakap lebih sesuai. tetapi saya cuba menjawapnya dengan sebaik boleh...

benar, kelayakkan puan dan suami mengikut gaji pokok adalah RM130,000 masing-masing...jumlahnya RM260,000.

tetapi mengikut peraturan potongan tidak lebih 60% :
i) puan (993-559=434) iaitu layak rm90,000 (termasuk insuran dengan bayaran balik selama 30 tahun)
ii) suami (902-381=521) iaitu layak rm109,000 (termasuk insuran dengan bayaran balik selama 30 tahun)

maaf, boleh perjelaskan dengan soalan puan "berapa bulanan kami yang layak". semoga membantu.

Anak Rantau said...

Salam Pak Teh,

Gaji yang dikira untuk kelayakan ialah gaji+elaun ITKA+Cola atau gaji sahaja?

Saya gaji pokok 2500 campur elaun jadi 3000. Wife gaji+elaun 4000.Dua-dua kerja gomen.

Saya ada hutang Bank Rakyat sebulan 1000 tapi tak ditulis dalam slip gaji. Wife ada hutang ASB 200 sebulan dan tak ditulis dalam ASB juga.

Boleh ke kalau kami tak declare pinjaman tu masa apply loan? Ingat nak buat pinjaman beli tanah atas nama saya dan pinjaman bina rumah atas tanah tu guna nama isteri.

Atau ada tak cara lain yang lebih okay berbanding cara di atas?Saya takut tak layak dapat loan sebab hutang seribu sebulan dengan BR.

Terima kasih Pak Teh.

PakTeh said...

walaikummussalam anak rantau, bila sebut anak rantau nee rasa sedih lak...terasa nak balik kg pun ada, maaf.

utk kelayakan hanya merujuk kepada gaji pokok sahaja.

hutang yang diambil kira ialah hutang yg dicatat dalam slip gaji sahaja. justeru itu, saya berpendapat tiada masalah pinjaman dalam kes ini dan tak perlu declare pun.

jika x keberatan, nak beli tanah dan bina rumah berapa hg ya? saya ingin mencdgkan supaya satu loan satu harta. semoga ada baiknya dan membantu. tQ

Anak Rantau said...

Salam Pak Teh, terima kasih atas jawapan. Insya-allah kalau ada rezeki nak beli tanah seekar, tukar status ke tanah kediaman dan buat rumah harga 300-450k atas tanah tu.

Apa maksud Pak Teh satu loan satu harta? Saya kurang faham.

Bila ada kelapangan saya suka tonton rancangan ak beli tanah seekar, tukar status ke tanah kediaman dan buat rumah harga 300-450k atas tanah tu.

Apa maksud Pak Teh satu loan satu harta? Saya kurang faham.

Bila ada kelapangan saya suka tonton rancangan http://youtube.com/show/buildanewlifeinthecountry jadi inspirasi untuk bina rumah macam mereka.

PakTeh said...

walaikummussalam,satu plan yang agong...saya pun ada plan nak buat umah mcm tuu tapi sampai sekarang masih dalam angan2. buat 2 tingkat lepas tuu tkt atas ada swiming pool..wow!. apa pun tahniah anak rantau dan usahakan bagi jadi, siap nanti leh saya melawat.

1 loan 1 harta = isteri loan utk 1 umah dan suami loan untuk 1 umah lain...

senang saya layan juga youtube tuu. semoga berjaya.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT,

Pak Teh,
Saya sedang dalam proses membuat pinjaman perumahan 1 (secondhand). Rumah tiada sekatan dan hutang. Urusan penilaian di JPPH telah selesai dan dimaklumkan akan terus diemail ke BPP. Berapa lamakah proses yang akan diambil secara keseluruhan sehingga bayaran diterima oleh peguam sebagai pemegang pertaruhan & gadaian. Tempoh perjanjian SNP sehingga hari ini adalah 3+1. Saya berharap Pak Teh sedia membantu agar saya tidak dikenakan interest lewat (8%). Terima Kasih Pak Teh

PakTeh said...

walaikummussalam wbkt anonymous, untuk mengetahui perkembangan sesuatu permohonan pinjaman saya memerlukan beberapa maklumat. tempoh masa keseluruhan kes sehingga bayaran diterima bergantung kepada banyak sebab seperti :
1. sikap manusia - proses pinjaman ini melibatkan byk manusia spt staf BPP, staf JPPH, staf POS, staf peguam, staf pemaju dsb. bermcm manusia bermcm ragam boleh melambatkan pinjaman.
2. sistem - sistem BPP, sistem JPPH, sistem POS, sistem bank, sistem peguam, sistem pemaju. bermcm sistem leh menyebabkan fail tersekat dan permohonan tersangkut.
3. jarak - jarak BPP dgn tuan/puan, dgn peguam dan dengan pemaju. jarak yg jauh menyukarkan komunikasi dan boleh melambatkan pinjaman.

pada dasarnya tempoh 3+1 (120hari) lebih dari memadai tetapi majoritinya tak berlaku begitu kerana sebab di atas. borang tidak lengkap, fail tidak bergerak, fail hilang, surat tak cantum, peguam isi borang gadaian salah, pegawai bercuti, dokumen pos hilang biasa didengar yang menghantui kita. akhirnya, pengguna sentiasa dikenakan penalty ribuan ringgit hingga puluhan ribu ringgit kerana lewat bayaran diterima.

rahsianya, tuan/puan perlu tahu keperluan dokumen pinjaman utk kelulusan, gadaian, bayaran dan setiap masa tahu kedudukan permohonan dan ambil tindakan segera. borang yg lengkap dan tidak tersangkut akan mempercepatkan proses pinjaman.

semoga jelas dan hubungi saya jika perlukan pandangan/bantuan. jangan biarkan 8% menghantui hidup. tQ

Anonymous said...

saya dah menghantar borang permohonan tapi harga rumah yang dijual tidak sama dengan harga yang dinilai oleh jab penilaian kerana jab penilaian hanya menilai ikut standard rumah kerana penjual tiada floor plan untuk renovation yang dah dibuat. apa yang perlu saya lakukan?

PakTeh said...

jika laporan penilaian rendah, tuan/puan boleh merayu kepada JPPH dengan menyertakan alasan dan bukti sah. perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bertanya pegawai JPPH mengapa nilaian rendah?. dan tuan/puan beritahu pula mengapa nilaian patut tinggi?. dari situ tuan/puan akan dapat maklumat harga sebenar nilaian sepatutnya dan kemukakan rayuan.

jika yang diperlukan JPPH adalah floor plan untuk renovation bagi menaikkan harga nilaian maka tuan/puan perlu sediakan dan kemukakannya. lain pegawai lain kehendaknya dan lain caranya. biasanya, kita akan dapat apa yang kita hendak bila kita memenuhi kehendak mereka, ya kan!.

usahakan untuk memenuhi kehendak mereka dengan berbincang cara yang terbaik dan mudah. dimana ada usaha disitu ada jalan. moga ada benarnya.

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT Pak Teh,

Saya telah mendapat keputusan nilaian dr JPPH yang lebih rendah dari harga jual. Dan untuk tidak menanggung kerugian 10% downpayment suami saya meneruskan usaha mmbuat permohonan pinjaman di BPP dan saya mencari alternatif lain untuk menampung perbezaan nilaian dengan harga jual dengan membuat pinjaman peribadi dlm tempoh mase yg lebih singkat dari tempoh pinjaman di BPP. Ada beberapa bank yang memberikan nilaian yang sama dan lebih dari harga jualan (mengikut nilai pasaran sekarang). Tetapi saya tetap mengambil kemudahan yang diberikan kpd kakitangan kerajaan. Untuk makluman Pak Teh, rumah yang di beli adalah double storey, fully tiles sehingga porch, kitchen kabinet tersedia, cat rumah yang masih baru, air-cond dan beberapa barangan lain yang di beri oleh pemilik asal rumah. Rumah berdekatan dengan hospital, masjid, sekolah, balai polis, shopping complex dan lain2. Saya ingin bertanyakan pendapat Pak Teh mengenai masalah saya ini. Terima Kasih

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous, jika nilaian rendah buat rayuan dengan JPPH dahulu.

perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bertanya pegawai JPPH mengapa nilaian rendah?. dan saudara beritahu pula mengapa nilaian patut tinggi?. kekadang pegawai JPPH tidak pergi ke lokasi tetapi berdasarkan maklumat harta dikawasan yang sama mereka nilai sebelum ini. sehubungan itu perbezaan rumah yang dibeli perlu dimaklumkan sebagai justifikasi seperti fully tiles sehingga porch, kitchen kabinet tersedia, cat rumah yang masih baru, air-cond dan rumah berdekatan dengan hospital, masjid, sekolah, balai polis, shopping complex dan lain2.

semoga berjaya.

ris said...

salam PT,bpa jmlh pnjman utk gji pokk rm1300 brsh rm1060

PakTeh said...

walaikummussalam ris, gaji pokok rm1300 saudara layak jumlah pinjaman rm168k. tQ

Anonymous said...

pakteh,

bila kita hantar borang penilaian beserta salinan geran dan pelan rumah..adakah jab penilaian akan menyemak samaada pelan rumah tersebut mendapat kelulusan PBT? Sbb ada rumah second hand yang renovate tanpa kelulusan kan? apa saya perlu buat sebagai pembeli?

PakTeh said...

anonymous, selamat berkenalan. jawapan saya :
1. mengikut peraturan rumah yang di kawasan majlis bandaran perlu mendapat kelulusan untuk pembinaan rumah dan renovation.
2. justeru itu kelulusan plan oleh PBT adalah mempengaruhi penilaian harta kerana pembinaan/renovatiaon tanpa kelulusan PBT adalah tidak selamat serta tidak diiktiraf dan sesetengah kes boleh dirobohkan.
3. rumah second hand yang renovate tanpa kelulusan memang banyak terutama di kawasan yang kurang penguatkuasaan.
4. jika tiada kelulusan dan harta tersebut memang di kawasan majlis maka saudara sebagai pembeli boleh memohon kelulusan dengan majlis.
semoga membantu.

Anonymous said...

pakteh,

saya ada bertanya dengan pihak majlis..tetapi jawapan yang saya dapat..pihak majlis x boleh memberi kelulusan kerana renovation tidak mengikut syarat majlis. sedih saya..saya suka sangat rumah tu...apa nasihat pakteh? adakah saya perlu teruskan permohonan? tapi kalau penilaian nilaikan rumah tu terlalu rendah..manalah saya ada cash untuk bayar baki daripada pinjaman yang saya dapat...tolong lah saya..

PakTeh said...

payah gak ne anoymous, cdgan saya :
1. bincang dgn majlis bagi boleh jugak.
2. klu belum pergi penilaian, cuba tanya pandangan penilaian dahulu.
kalau dah berkenan, usaha bagi dapat. kalau dah rezeki insyaAllah tak kemana. yg penting usaha, doa dan tawakal. klu tidak dpt juga mesti ada hekmahnya.
usaha cari yg lain.
yg penting skg usahakan bagi jadi. semoga membantu.

Anonymous said...

pakteh,

katakan saya tak jadi ambil rumah tu..adakah saya kena bayar yuran peguam sepenuhnya? ataupun saya cari rumah lain tetapi tetap menggunakan khidmat peguam yang sama.

PakTeh said...

anonymous, yuran peguam yg dimaksudkan adalah bagi proses perjanjian jualbeli (s&p). justeru itu, jika proses s&p telah selesai maka yuran peguam perlu dibayar atau seperti yg dipersetujui dgn peguam. perkara ini sesuai dibincangkan bersama peguam.

khidmat peguam dipilih berdasarkan kemampuan mereka melaksanakan urusan jualbeli dengan betul, adil, cepat dan tepat. sehubungan itu, saudara berhak memilih mana2 peguam berdasarkan ciri2 di atas. tQ

Anonymous said...

slm.pakteh..bolehkah saya membuat pinjaman kerajaan utk membina rumah di atas tanah pusaka yg terdapat banyak nama dlm satu geran termasuk nama saya?

PakTeh said...

walaikummussalam, maaf tidak boleh anonymous....hartanah perlu di atas nama saudara sahaja atau bersama suami/isteri sahaja. resionalnya, ia menyukarkan urusan bila berlaku masalah tanah seperti kematian salah seorg penama, perebutan harta dsb. tQ

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT Pak Teh,

Saya ingin bertanyakan mengenai Setem Duti (50%) bagi pembelian rumah pertama. Bolehkan Pak Teh nilaikan setem duti jika harga belian RM235k tetapi nilaian dari JPPH adalah RM160k. Terima Kasih

PakTeh said...

walaikummussalam wbkt. terima kasih kerana bertanya dan soalan ini lebih sesuai dirujuk kpd lembaga hasil dalam negeri (lhdn) kerana ia melibatkan formula khusus. tarikh kuat kuasa bagi pengecualian adalah bagi perjanjian jual dan beli yang disempurnakan mulai 1 Jan, 2011 dan 31 Dis, 2012. berdasarkan pengetahuan saya, 50% setem duti = RM1850 berdasar harga yang tertinggi antara harga belian dan nilaian iaitu rm235k. moga ada betulnya.

Anonymous said...

Hello,

Hari yang baik, nama Dr Harry Shutman pemberi pinjaman swasta / pelabur perlu memohon melalui iklan pesanan pos anda setiap pinjaman anda.

Jika anda berminat dalam pembiayaan. Semata-mata memberi inspirasi kepada saya supaya kita boleh membincangkan butiran mengenai bagaimana untuk meneruskan.

Kami mengalu-alukan maklum balas anda dan semoga hari anda menyenangkan.
dr.hshutmanloanservices1@gmail.com

PakTeh said...

hello dr harry shutman, salam perkenalan. mungkin boleh jelaskan mengenai produk yang ditawarkan. menetap di mana ya?. tQ

Anonymous said...

slm. sy nak tanya 1 hal yg tak jelas. sy dah wat loan gov n rumah dlm pembinaan. ada kwn kata yg dapat kunci baru start potongan. tp ada yg kata lps 18 bulan.boleh tak pak teh apdate yg terkini?risau gak kena bayr tapi rumah x siap lgik.

PakTeh said...

walaikummussalam,

pemotongan gaji akan dibuat apabila :
i) bayaran kemajuan sehingga 95% dikeluarkan; ATAU
ii)pada bulan ke 19 dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) diterima.
..YANG MANA TERDAHULU.

Sebagai cth, jika dlm tempoh 5 bulan bayaran kemajuan rumah telah mencapai 95% maka potongan gaji akan dibuat. Cth yg lain, jika tempoh 18 bulan telah dicapai dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) diterima tetapi bayaran kemajuan rumah baru mencapai 35% maka potongan gaji akan dibuat pada bulan ke 19 tersebut.

maknanya, jika rumah tidak siap selepas 18 bulan dari tarikh Borang E diterima maka potongan gaji tetap dibuat pada bulan ke 19. moga membantu.

Anonymous said...

pak teh..
akhirnya selesai satu masalah saya..
saya dah dapat surat kelulusan menjual dari BPP..
cuma sekarang ni saya kena minta kelulusan plan rumah dari majlis..tu je..harap semuanya berjalan lancar..
terima kasih pakteh atas segala nasihat

PakTeh said...

anonymous, semoga segalanya berjalan lancar. biasanya yang mencabar itu lebih kita menghargai bila memperolehinya. moga ada benarnya.

Anonymous said...

Salam pak teh...

bleh x kirakan kelayakan saya:
Gaji pokok : 1169.75
elaun : 595
Pendapatan keseluruhan: 1764.75
Potongan : 870.70

Saya bercadang untuk beli rumah 2nd harge 90,000. Tapi owner ade hutang 50,000 lagi. Die minta saya settle kan yang 50,000 untuk tukar nama dan bakinya bleh kemudian. Saya confius untuk buat pinjaman kerajaan atau bank. Ini adalah rumah pertama saya.

harap dapat bantuan pak teh sangat2.TQ

PakTeh said...

walaikummussalam

berdasarkan gaji hakiki layak rm130,000.
berdasarkan syarat potongan 60% layak rm39,000 dgn byrn balik 30 tahun termasuk insuran.

rumah second hand pada asasnya tiada masalah. perkara utama adalah sama ada nilaian harta boleh mencapai rm90,000?. tQ

Anonymous said...

Terima kasih Pak Teh atas bantuan...
so 1st step saya adalah dapatkan valuer untuk tahu nilaian rumah tu ke?

Tapi valuer tu saya nak dapatkan dari bank atau JPPH?

Saya kne buat loan kerajaan atau wat kat bank yang owner wat loan dulu?

Pada pendapat Pak Teh mana yang mudah?
Boleh lepas ke saya nak wat loan sama ada kerajaan atau bank?

Saya risau dan stuck untuk mulakan apa2 pasal ni.

PakTeh said...

anonymous, saya cadangkan anonymous gunakan borang pertanyaan di atas page ini untuk soalan selanjutnya kerana ia lebih personel...jika x keberatan.

1. untuk permulaan, valuer yang saya maksudkan adalah melalui servay seperti bertanya dgn mereka yang baru buat urusan jualbeli di kawasan tersebut. bertanya di JPPH adalah lebih tepat. dengan adanya maklumat tersebut baru boleh kita merancang tindakan seterusnya sama ada teruskan beli atau tidak.

2. jika ada kelayakan loan kerajaan baik guna, jauh lebih murah dan 100% loan sebab ianya kemudahan.

3. untuk loan kerajaan, perlu mendapat pandangan ketua jabatan terlebih dahulu sama ada disokong ke tidak jika ingin loan 100%. jika tidak disokong, peraturan potongan tidak melebihi 60% hanya melayakkan loan rm39000 aja.

moga membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya bercadang memohon pinjaman kedua Jenis V dan bersara wajib umur 58
i) Sekarang umur saya 54+ adakah layak dan berapa lama tempohnya
ii)saya telah buat dua kali pinjaman - pertama dari bank A untuk beli lot tanah perumahan. Selepas beberapa tahun saya pinjam bank B - selesaikan pinjaman Bank A dan seterusnya bina sebuah rumah. Untuk pinjaman jenis V ini dokumen - perjanjian jual beli lot tanah dari bank A diperlukan atau perjanjian pembinaan rumah dengan kontraktor atau surat tawaran pinjaman oleh bank B. Jawapan kepada kemuskilan ini didahului dgn ucapan terima kasih.

PakTeh said...

walaikummussalam,

pinjaman kedua untuk skim pencen :

i) borang permohonan perlu dikemukakan setahun sebelum tarikh pencen dan tempoh bayaran balik tidak melebihi 25 Tahun.
ii) perjanjian kontraktor. dokumen yang paling penting adalah pengesahan bank, akujanji bank, butiran hakmilik dan penyata 6 bulan kehadapan bank.

semoga menjawap, tQ.

Anonymous said...

Assalamualaikum kembali, terima kasih diatas pencerahan pasal pinjaman kedua jenis V - lupa nak tanya untuk melayakkan permohonan, jumlah potongan adakah masih kekal 60% dari gaji kasar atau gaji hakiki atau ada syarat-syarat lain. Terima kasih.

PakTeh said...

walaikummussalam, saya suka sangat ayat "pencerahan". ayat nee biasa digunakan oleh guru...tuan/puan guru ke? hehehe saja teka, betul ke?

maaf, berbalik pada soalan la pulak.

untuk pinjaman kedua, jumlah potongan adalah 50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa.

syarat2 lain, amaun pinjaman hartanah kedua adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk syarat jumlah potongan di atas.

moga membantu. tQ

Anonymous said...

assalamualaikum..saya bercadang ingin membeli satu lot tanah.tetapi, tanah tu berstatus pertanian dan gerannya hak milik strata.adakah menjadi masalah di masa akan datang jika saya membeli tanah tersebut???bolehkah saya membeli tanah tersebut dengan menggunakan pinjaman kerajaan??harap pakteh dapat membantu..terima kasih

PakTeh said...

walaikummussalam, tanah yang dibeli dengan pinjaman perumahan kerajaan perlu :

1. mempunyai hakmilik individu. (maaf, saya kurang jelas mengenai kenyataan "...gerannya hakmilik strata." kerana hakmilik strata adalah merujuk kepada hakmilik bagi aparment/pangsapuri/kondo dan seumpamanya)
2. tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah....maksudnya tanah tersebut tiada masalah dari segi syarat dan peraturan untuk dibina rumah. (tanah pertanian perlu mempunyai keluasan tertentu yang boleh dibenarkan membina rumah. sila rujuk pejabat tanah kawasan saudara)

jika memenuhi syarat, tanah tersebut boleh dibeli menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. tQ

Anonymous said...

Salam PakTeh
Saya kakitangn kerajaan berminat utk membeli rumah second hand gunakan loan kerajaan.
Setahu saya pinjaman tidak termasuk lawyer fee, bemakna saya kena keluarkan duit bg tujuan tersebut.
Soalan saya, berapa % utk bayar lawyer fee ?berapa lawyer nk kena byk.setahu saya jugak, kalau buat loan bank, 2 2 lawyer pembeli kena bayar jika membeli rumah 2nd.

khairul said...

Assalam Pak Teh..

saya pernah membeli rumah (berkongsi pinjaman dengan isteri) dengan menggunakan first loan kerajaan sebanyak RM230k pada tahun 2007. (saya RM130k dan istri RM100k)

kami ingin menjual rumah tersebut kerana berpindah ke rumah baru yang ingin dibeli dengan harga RM150k.

soalan saya:
1)adakah kami wajib menjelaskan first loan kerajaan apabila ada orang membeli rumah kami?

2)disebabkan kami berkongsi pinjaman, bolehkah hanya 1 nama sahaja yang menjelaskan pinjaman perumahan kepada kerajaan? (contohnya : saya sahaja)

3) bolehkah saya membuat loan kerajaan untuk membuat rumah ke-2? berapakah yang boleh dipinjam jika saya menjelaskan kesemua baki pinjaman saya(1 nama)?

terima kasih atas perhatian

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous,

1. betul, lawyer fee tidak termasuk dalam pinjaman.
2. pelbagai kaedah lawyer fee yang dikenakan biasanya mengikut jumlah harga perjanjian atau jumlah pinjaman. anggaran 1%++ hingga 2% daripada harga s&p atau daripada jumlah pinjaman. yang paling penting untuk urusan pinjaman adalah kemahiran dan pengalaman lawyer menguruskkan pinjaman perumahan kerajaan. tidak guna murah tapi sering salah mengisi borang gadaian.
3. Dua (2) urusan lawyer kena bayar iaitu urusan s&p dan urusan pinjaman perumahan.

semoga membantu. tQ

PakTeh said...

walaikummussalam encik khairul,

jawapan saya :

1. bila seseorang telah membeli rumah kita maka nama di dalam hakmilik tersebut perlu ditukar nama kepada pembeli baru. bagi membolehkan proses ini berlaku, loan rumah kerajaan perlu dijelaskan bagi membolehkan hakmilik diperolehi untuk urusan tersebut.
2. tidak boleh 1 nama sahaja menjelaskan pinjaman perumahan kerajaan kerana apabila sesebuah rumah dijual, seluruh kepentingan harta tersebut perlu diserah kepada pembeli baru.
3. boleh, iaitu pinjaman kedua. amaun pinjaman hartanah kedua adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa.

semoga memberi munafaat. tQ

khairul said...

Assalam Pak Teh..

terima kasih atas khidmat bantu. saya nak sambung kemusykilan mengenai jual beli rumah ni.

1)siapa yang perlu sediakan peguam, sama ada pembeli ataupun penjual rumah? bagaimana ingin menilai harga bagi sesebuah rumah yang ingin dijual?

2)saya masih kurang faham mengenai pinjaman kali ke-2. pinjaman pertama saya sebanyak RM130k telah dijelaskan. berapa saya layak untuk membuat pinjaman kali ke-2. umur saya 34 tahun dan memilih skim pencen 56 tahun. gaji pokok RM2500.

terima kasih atas perhatian

sue said...

Salam Pakteh. Saya nak tau lebih lanjut pasal 'siberhutang kehakiman'.

Kalau saya pernah terima surat minta hadir ke mahkamah pasal tunggakan kad kredit, tapi kemudian saya bayar sebelum tarikh naik court... macamana? masih di kira siberhutang kehakiman atau tak?

tempoh seseorang di kira sebagai siberhutang kehakiman tu, berapa lama? 12 bulan ke belakang atau macamana...?

t.kasih

PakTeh said...

walaikummussalam encik khairul,

1. untuk soalan ini, boleh saya mohon penjelasan sebelum menjawab :
i) "sediakan" bermaksud mencari atau membayar?
ii) "menilai" bermaksud anggaran sahaja atau untuk tujuan pinjaman?

2. bagi kes encik khairul : rm280,000-rm130,000=rm150,000 atau bayaran balik rm2,500/4=rm625 sebulan mana yang terendah. bayaran balik rm625=pinjaman rm130,000 selama 30 tahun. maknanya encik khairul layak pinjaman rm130,000.
jika masih kurang jelas, usah keberatan utk cal saya kerana dgn cara itu mungkin ia lebih mudah difahami. tQ

PakTeh said...

walaikummussalam sue, soalan ini adalah berkaitan perundangan. sekadar berkongsi pengalaman, kes sue tidak dianggap siberhutang kehakiman.

ketua jabatan yang akan mengesahkan bahawa seseorang pegawai tersebut siberhutang hukuman berdasarkan makluman daripada mahkamah sehingga dimaklumkan sebaliknya.

semoga membantu. tQ

sue said...

oo gitu. tima kasih pakteh... lega sayaaaa.. heheehhe

PakTeh said...

sama-sama sue. sekadar membantu dan tumpang gembira. moga ada benarnya dan ada gunanya bagai dinyata. tQ

khairul said...

Assalam pak teh..

terima kasih diatas pertolongan. saya ingin menjelaskan soalan 1 diatas.

1)siapa yang perlu sediakan peguam, sama ada pembeli ataupun penjual rumah? bagaimana ingin menilai harga bagi sesebuah rumah yang ingin dijual?

i) "sediakan" bermaksud mencari. bolehkah penjual menyediakan peguam untuk pembeli?
ii) "menilai" bermaksud untuk tujuan penjualan

insya'Allah saya akan telefon pak teh jika ada kemusykilan dan urusan yang lain lagi. harap pak teh dapat jelaskan soalan ini.
terima kasih atas perhatian.

PakTeh said...

walaikummussalam encik khairul,

i) boleh tetapi kebiasaan pembeli cari kerana ia perlu menjaga banyak kepentingan dan urusan pembeli seperti bayaran, syarat jual, pinjaman, urusan pindah milik, gadaian dsb. lagipun pembeli yang perlu bayar kos peguam.

ii) penilaian yang terbaik adalah melalui penilai berdaftar (berbayar). untuk tujuan perbandingan boleh tanya bank, ajen, pelabur hartanah dan orang sekitar.

semoga membantu. tQ

Anonymous said...

Salam dan selamat berpuasa, Pak Teh

Saya bercadang untuk membuat pinjaman bercampur (Kerajaan dan Bank) bagi membeli sebuah rumah. Saya kerja kerajaan manakala isteri pula kerja dengan GLC. Kelayakan saya ialah RM280,000 dan harga rumah ialah RM420,000. Rumah yang ingin dibeli adalah dari developer yang berdaftar dengan kementerian perumahan. Saya bercadang untuk membuat pinjaman kerajaan (RM280,000), isteri membuat pinjaman bank (RM100,000) dan baki (RM40,000) adalah dari simpanan kami.

Pertanyaan saya:-

1) Bank manakah yang menyediakan pembiayaan jenis ini (2nd charge) selain dari BSN?

2) Apakah proses yang perlu dilalui (secara general)

3) Pinjaman mana yang perlu dibuat dulu?

TQ

PakTeh said...

walaikummussalam..

tentu cantik rumah yang dibeli, tahniah!

1. sepengetahuan saya semua bank menyediakan 2nd charged...cuma payah payah payah nak dapat. saudara perlu bertanya ke setiap bank yang berpotensi terutama yang saudara kenal, yang ada kepentingan, yang direkemandkan oleh seseorang etc. usaha usaha usaha insyaAllah.
2. prosesnya :
i) sign snp
ii) mohon pinjaman perumahan kerajaan
iii) mohon kelulusan 2nd charged dgn perumahan Kerajaan
iv) lulus 2nd charged, mohon pinjaman dengan bank.
3. berdasarkan 2 di atas, pinjaman perumahan kerajaan perlu dibuat dahulu. pinjaman bank selepas mendapat kelulusan 2nd charged pinjaman perumahan kerajaan.

semoga ada jelasnya. tQ

aqierana said...

Salam Ramadhan Pak Teh..

sy merupakan seorang penjawat awam yg baru dilantik..sebelum saya menjadi penjawat awam..sy telah membuat refinance keatas rumah saya..saya refinancekan rumah saya pada harga RM58k dh telah membuat pembayaran selama lebih kurang 4 tahun..soalan saya

1) bolehkan saya menukarkan loan rumah konvensional saya itu ke pinjaman perumahan kerajaan apabila saya telah disahkan jawatan kelak memandangkan rumah itu saya refinance bukannya beli baru?

2) kalo pinjaman tersebut boleh ditukar..adakah saya masih layak untuk membuat pinjaman ubahsuai rumah atau saya perlu tunggu sehingga rumah tersebut habis byr?

PakTeh said...

walaikummussalam aqierana...

jawapan saya :
1. soalan nee agak cepu emas...tapi x der hadiah la pulak! secara kasarnya ia boleh diproses dengan beberapa syarat. jika tidak keberatan cal PakTeh untuk penjelasan lanjut.
2. layak ubahsuai rumah selepas 5 tahun diluluskan pinjaman.

secara peribadi, jika seorang mampu... saya lebih menggalakkan untuk membeli harta lain bagi pinjaman perumahan kerajaan kerana kos terbuang yang banyak bila menukarkan pinjaman tersebut. sekadar pandangan. tQ

aqierana said...

huhu...hadiah sebiji kurma wat berbuka buleh kut...hehehe
sy ade gak dpt nasihat cenggitu (beli rumah lain) ...tetapi bila sy fikirkan ttg ekonomi dunia n negara..takut pulak dgn naik turun peratus BLR nnt..takut x terbayor le pulak nnt...hehehe...

PakTeh said...

kalau setakat kurma no hal la aqierana..turun putrajaya saya serah by hand, janji awah!

soalan 1...mungkin ramai ingat saya nak pusing. mai saya ceta sikit, hukum dunia boleh ubah, pernah dengar tak? selalu dengar... contoh, beli harta suami atau isteri TIDAK BOLEH menggunakan pinjaman perumahan kerajaan...memang betul! tapi ya jadi BOLEH jika...

nee, yang saya suruh cal sebab benda ne tak leh ceta umum sebab ada yang kata saya bawa cerita songsang, bidaah dan sebagainya la pulak. ini adalah RAHSIA tapi saya akan bantu jadi BOLEH jika betul2 berminat. dengan pengalaman aja benda nee leh dapat dan saya bagi PERCUMA aja jika nak guna. lebih 15 tahun eqierana bergelumbang dgn bidang nee, tuu yang boleh buat blog! nak kongsi ilmu dan diharap membantu kepada yang memerlukan, insyaAllah. sekarang dah ada fanpage la pulak, like laa. (kempen jab he he he)

2. ada masa lagi untuk berfikir dan difikirkan sebab belum confirm lagi, bagi confirm cepat! kalau bermasalah soalan cuti masuk fanpage "Perintah Am Bab C - Cuti" ..baru dibina tapi sedia beri perkongsian ilmu berkaitan cuti-cuti kerajaan. iklan lagi!

3. beri harta/rumah nee memang lagi berbaloi daripada beli kenderaan...insyaAllah untung lagi menguntungkan.

fikir, servay, bincang, tanya, putuskan sendiri.

perlu bantuan tanya PakTeh...PERCUMA PERCUMA aja tQ

aqierana said...

(^^,) terima kasih pak teh...betul cakap pak teh..still ade mase nk fikir memandangkan sy blom confirm lg...insyaAllah akan diteliti dgn lebih mendalam...nnt senang senang saye kontek ye pak teh..wat mase ni cume nk tau sesikit je...hehehe

Anonymous said...

Salam pak teh..saya baru terbaca blog pakteh ni..harapnya segala nasihat/pandangan/pertolongan ikhlas pak teh dlm merungkaikan persoalan penjawat2 awam ni diredhai Allah lebih2 lagi di bulan Ramadhan ni .. :-)

Saya ada persoalan skit la pak teh..saya cb cari jawapan didalam senarai soalan2 yg sblm2 ni pak teh jawab, adalah dalam 20-30% soalan saya t terjawab...

Saya berminat utk membeli sbuah apartment 2nd hand di sebuah kawasan di selangor ni.Owner bminat dank jual dalam RM 160k. market value kat citu pun lebih kurang dlm RM150-160k.

Actualy kelayakan saya utk pinjaman kerajan adalah RM 250k memandangkan gaji pokok saya RM2100 + elaun dalam RM 1000 = RM3100.00..lebih kurangla..dalam slip memang tiada apa2 potongan kecuali KWSP shj tanpa potongan lain..(sbb potongan kereta + insurans semua dibayar sdiri)

1. nak tanya pendapat pak teh, adakah merugikan membeli rumah dgn harga yg kurang dari kelayakan pinjaman perumahan saya. Sbnarnya bukan x nak cari rumah yg harganya dlm lingkungan RM 200k - RM 250k, tapi yela gaji pun x besar, dapat bayar sebulan dlm RM700-RM800 utk perumahan pun kira cukup tinggi, nak menyimpan jugakkan!kalau byr RM1000+ dlm sebulan, xckup nk menyimpan plak nnti, biasala kehidupan di area2 KL makan kos yg agak tinggi..

2. Betulke proses utk pinjaman kerajaan perumahan ni mgambil masa4-5bulan?kalau mcmtu takut plak owner nak jual rumah tu pd saya krn mgambil masa yg agak lama gitu..

3. biasanya, agent rumah akan minta dlm 3% dari harga rumah kan, selebihnya 7% akan diminta slpas sign S&P..maksudnya x dapat la 100% pak teh?atau legal fee dan MRTA sahaja ke kita bayar?atau macamane?

terima kasih pakteh kerana sudi menjawab persoalan ni,saya pun masih baru lg dalam jual-beli property ni..harapnya dapat tjuk ajar dari pak teh.. :-)

(En Hafiz)

cikguru yati said...

assalamualaikum pakteh...
sy ni guru...tp masih baru laa..posting bln 11 2010.skang ni br dpt surat tawaran jawatan tetap..lom lg sah jawatan...
dlm masa terdekat ni sy bercadang nk bli umah..kat area sendayan,n9..masalah skang...xpat nk wat gov. loan n pemaju tu ckp leh wat loan bank n ble dh comfirm jawatan boleh convert ke gov loan...
minta pendapat..perlu ke sy tggu comfirm dlu br pk nk bli umah ataupun teruskan wat loan bank n ble dh cmfirm leh cnvert to gov loan???
tq...hrp dpt membantu...

PakTeh said...

walaikummussalam anonymous,

terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog yang tak seberapa ini...senang2 singgah lagi lagi!

jawapan saya :

1. peraturan pinjaman perumahan kerajaan sering berubah ikut kesesuai. dalam keadaan sekarang ada pinjaman kedua, kalau tak habis pinjaman pertama boleh pulun lagi pinjaman kedua. kalau nak sekali ne jer pinjam sewajarnya kena maksima mungkin bergantung kepada kemampuan. bukan apa, pinjaman nee memang yang terbaik dan termurah kerajaan tawarkan...tak percaya? percayalah!

2. betul dan tak betul sebab proses tersebut dipengaruhi oleh banyak perkara. kalau tau jalannya dan tidak bermasalah dalam perjalanan memang tak sampai 3 bulan tetapi jika salah jalannya dan ditambah dengan masalah di dalam perjalanan setahun pun tak pasti. untuk rahsia proses pinjaman cepat sila dapatkan ebook percuma di : http://www.facebook.com/loankerajaan?sk=app_106878476015645&app_data=page-7. jika masih kurang pasti, serah pada yang pakar!. untuk panduan percuma saya cuba sebaiknya insyAllah.

3. kalau boleh jangan beli guna agen, extra duit. tapi kalau terpaksa, nak buat buat cam mane yek! lagi pun agen nak business gak! peraturan agen banyak caranya. yang perlu diketahui adalah, pinjaman perumahan kerajaan hanya mempertimbangkan kelulusan pinjaman berdasarkan harga di dalam snp ditambah dengan insuran api dan nyawa sahaja.

harap membantu....jika kurang jelas, tanya la lagi.

semoga segalanya ada kebenarannya. tQ

PakTeh said...

walaikummussalam cikguru yati, tahniah kerana dapat kerja dengan kerajaan..berbaloi baloi.

cuba usahakan cukup setahun confirm...terus beli rumah, kereta, komputer...pulun habis la kemudahan kerajaan beri. memang berbaloi baloi. murah lagi memurahkan!

jarang dengar pemaju menjaga kepentingan pembeli. biasanya ia akan cadangkan apa sahaja janji rumah boleh jual dan menghasil untung. tentang cadangan pemaju tuu, saya tak setuju kerana sebagai seorang pembeli ia akan mengalami kerugian kos melepas yang banyak seperti bayaran faedah bank, pindahmilik, cagaran, pelepasan gadaian dsb.

jika nak juga, teruskan dengan bank dan pinjaman perumahan kerajaan untuk beli rumah yang lain...fikir fikirkan lah!

cikgu yati ne mengajar apa ya kat sekolah? dengar cerita mengajar sekarang sangat mencabar, betul ke!. semoga membantu jawapan saya tadi. tQ

cikguru yati said...

ermm...sgt rumit ble memikirkan utk bli umh ni..kne byk selidik n tya pendapat org..
sy ni ank sulung n da komitmen dan pada masa yg sama sy ingin memiliki sbuah umah..skang hrga pasaran umh pun naik..tkut kemudian hari x terbeli..
sy ingin perjelasan lebih details lg tentang pembelian umh ni bg sorang yg baru mcm sy ni..
sy hrp pakteh dpt membantu sy dlm membuat keputusan ini...motivasi cket kat sy ni...aduii..

mmg btoi..jd sorang ckgu skang ni lg mencabar...

PakTeh said...

cikgu yati,

1. kebiasaan kita beli rumah lebih merumitkan dari beli kenderaan. kita mudah sangat beli kenderaan berbanding nak beli rumah yang sering kita tangguhkan. sedangkan beli rumah lebih menguntungkan! dan semua setuju... saya pun sama, rasa takut bukan main nak beli rumah...sehingga...sila baca cerita bertajuk "Rumah Pertama Ku". tak salah fikir panjang nak beli rumah tapi menjadi kesalahan memikir panjang sehingga tak beli-beli rumah!

2. kebetulan, saya pun anak sulong dan saya sangat faham kedudukan itu. tapi banyak kelebihannya anak sulung nee selain kuat berdikari, buat hanya yang terbaik, sangat bertanggungjawab, kuat semangat, rela berkorban etc...percaya la!

3. pada tahun 90an rumah rm180k dikira 'wow', tahun 2000 rm300k kira 'ok' dan sekarang rm450k baru dikategori 'sederahana besar' dan rm750k baru dikira 'wow'....dan ia akan terus naik.

4. pandangan saya :
- jika saudara seorang kakitangan kerajaan dan layak pinjaman perumahan WAJIB guna kemudahan ini. tidak perlu segera tapi kena guna kemudahan.
- guna semaksima mungkin.
- tujuan untuk duduk atau pelaburan.
- untuk pelaburan perlu lihat lebih seperti jenis dan kedudukan harta, kawasan sekitar, jangka panjang dsb.
- perlu fikir panjang beli rumah tapi jangan fikir terlampau lama sehingga tak beli-beli. semakin lama nilai rumah akan meningkat, semakin jauh ke pendalaman, semakin tinggi insuran nyawa...bermakna semakin tinggi bayaran baliknya.

orang lain nak beli rumah tapi payah nak dapat loan, ramai dan sangat ramai! apa agaknya kata mereka, jika mereka tahu cikgu yati layak kemudahan pinjaman perumahan terbaik, termurah tapi tak guna? fikir fikir fikir

semoga memotivasikan dipagi berbahagia ini. tQ

cikguru yati said...

alhamdulillah...trima kasih ats nsht n pndpt pakteh tu..
ble sy dh layak dpt pinjaman kerajaan tu...insyALLAH sy akan usahakan dpt sbuah umah...sbb tu impian sy nk memiliki umah sndiri....hehe
thnx a lot...sgt membantu ^_^

Anonymous said...

Salam Pak Teh,
Saya nak tanya kalo saya dah buat loan gov. tetapi saya nak convert loan rumah aparmnt sy ke loan gov bole k? saya membuat pinjaman 180k sahaja walaupun kelayakan saya rm205k... baki daripada pinjaman lagi bole ke sekiranya saya nak buat pinjaman baki daripada 205k-180k = rm25k untuk wat pinjaman lagi tok baki tersebut? tq

PakTeh said...

walaikummussalam,

baki rm25k boleh :

1. buat pinjaman kedua dengan menyelesaikan pinjaman pertama.
2. kerja ubahsuai, lepas 5 tahun lulus/rumah siap.

moga membantu. tQ

rania said...

Salam Pak Teh,

Saya ingin membeli apt 2nd hand mll agen (rm100k). saya adalah gov. stf, 1st home. kelayakan saya rm205k. masalah saya:

1. berbaloikah saya membeli apt?
2. Owner mahu saya guna lowyer panel agen untuk snp and loan agg. apa pendapat pak teh?
3. bolehkah snp and loan agg dalam dwi bhs (BM & Bi), tidak hanya BI shj?
4. agen mengatakan owner masih berhutng rm10k-rm20k dengan bank. mcm mn kita nk tau smada benar atau tidak?

hingga kini saya blm buat kptusan beli atau tidak. blm byr deposit.

bantulah saya pak teh...Terima kasih2 sgt2 sudilah kira menjawab pertanyaan saya ...

Insan Buntu,
Rania

rania said...

Maaf Pak Teh,

Ada tertinggal soalan:

5. Bolehkah claim snp, legal fee, loan agg fee and lain2 dengan kwsp?
6. Agen mengatakan legal fee for snp RM2732.50 setelah diberi diskaun tidak termasuk loan agg?adakah berbaloi?mahal atau bagaimana?

Sekian, maaf menyusahkan pak teh..

Salam Ramadhan,
Rania

PakTeh said...

walaikummussalam rania,

1. berbaloi beli apartment! soalan ini sangat subjektif la rania untuk dijawap. ada kata beli yang ada tanah la best sebab mudah cuci kereta, senang bela kucing dan mcm2 lagi. ada pulak kata duduk apartment lagi selamat, praivesi dsb. kesimpluannya, berbaloi bergantung kepada alasan peribadi. apa alasan rania?
2. seelok2nya guna lawyer yang kita cari kerana ia nak jaga kepentingan kita dan urusan pinjaman nanti.
3. biasanya dalam satu bahasa. dua bahasa saya rasa akan menambahkan kos dan untuk tujuan legal biasanya ia akan guna satu bahasa aja walaupun dibuat dwibahasa.
4. dalam strata title akan terdapat penyataan tersebut. pengesahan bank akan diperolehi bila urusan pinjaman dibuat nanti.
5. maaf, saya kurang arif mengenai peraturan kwsp terkini yang boleh dikongsikan.
6. terdapat 2 urusan peguam iaitu snp dan pinajman perumahan. untuk snp aja mahal tetapi untuk 2 urusan ok. walau bagaimanpun, fee ini bergantung kepada beberapa sebab seperti sekatan tanah, hutang bank dsb. yang penting cari peguam yang mahir urusan pinjaman perumahan kerajaan.

semoga sedikit sebanyak membantu rania. tQ

rania said...

Terima kasih sgt2 kerana menjawab pertanyaan sya.

1. Saya berkerja di serdang dan ingin membeli rumah berhampiran dengan tempat keje (Di Taman Desa Karunmas). niat dihati nak beli rumah atas tanah tapi tersangatlah mahal pada masa kini. Suka apartment tu agak sunyi persekitarannya dan view berbukit. Saya belum berkahwin, dan masih bekerja smbil menyambung pengajian.
Ibu di kampung mncadangkan spy buat aje rumah di kampung dan apply kerja di kampung nun jauh di pantai timur.Sedangkan kemungkinan kalau dimurahkan rezeki seandainya tmt pengajian bolehlah saya memohon jawatan yang lebih baik. Jual aprt tu dan beli rumah atas tanah. Dan jwtn tersebut mungkin di kluang atau di sini (bidang kerja).

Saya telah membuat solat istiqharah tetapi masih begini. Sampai hari ini masih belum dapat membuat keputusan. Kejap rs nk beli, jap tak. Risau takut silap membuat keputusan bila ibu sy mcm kurng setuju.Emm...peningnya saya. Tapi kuat hati rs nk beli tp takut tertipu.

Apartment tu dh 10 tahun tp nampak mcm baru. Tolonglah saya pak teh, saya betul2 pening untuk membuat kputusan yang terbaik. Hidup saya jadi tak tenteram memikirkan perkara rumah ni.

Samada patut atau tidak beli?

Kalau patut, tingkat 2 (970 sqft) ada pemilik atau tingkat 10 (terats) 1100sqft (bumbung mcm prob, mcm bocor tp blm pernah diduduki.

Kalau patut, loan gov or bank?

Tips nk cr peguam yang bgus?

mampukah sy untuk komitmen2 perbelanjaan di ms akan dtg..mcm2 perkara negatif terfikir.

SEkian,

Pandangan Pak Teh dan kesudian Pak Teh meluangkan ms menjwb pertanyaan saya ini amatlah saya hargai.

Rania

PakTeh said...

salam rania,

1. maaf rania...saya ne, kalau bab ibu atau bapa suruh memang saya akur. sebab saya percaya kekuatan deria rasa masa hadapan seorang ibu/bapa memang kuat untuk seorang anak, percayalah! kita tak tahu dan istqiharah memang cara yang terbaik. jika belum mendapat petunjuk, tanyakan semula ibu sungguh2 berserta alasan ibu sekali untuk lebih menyakinkan.

2. bagi kes apartment tingkat 2 adalah yang terbaik kerana tidak tinggi jika lif rosak/kecemasan dan bukan groud floor yang kurang privesi/sampah dsb.

3. kalau nak beli juga, beli guna bank sebab harga rumah rendah tetapi kelayakkan pinjaman perumahan kerajaan tinggi. lagipun rania cadang nak jual kemudian (pelaburan).

4. terdapat ramai peguam yang di black list setiap tahun oleh majlis peguam (semak di www.malaysiabar.org.my). yang bagus leh juga tanya kekwn, kawasan sekitar rumah yg nak dibeli, pemaju, penjual, agen. peguam yang kerap menguruskan jual beli rumah tersebut dengan bukti.

5. beli rumah memang perlu risau sebab ia mahal dan biasanya perlu berhutang...lamaaaa. cuma jangan risau sampai tak beli beli rumah! income, keperluan, keutamaan, komitment penting, budget perlu diambil kira.

semoga membantu rania. tQ

Rania said...

Waalaikummussalam Pak Teh,

Terima kasih sgt2 Pak Teh di atas pandangan Pak Teh itu..
Selamat Berbuka Puasa buat Pak Teh sekeluarga..

Rania

Rania said...

Assalamualaikum Pak Teh,

Saya ingin bertnya..

1. Apakah kesan membeli rumah second hand yg masih berstatus 'master title'?Agen ckp peguam S&P akan uruskan.

2. Logikkah menurut agen untuk harga aprtment RM100K owner minta sy guna lawyer owner untuk S&P dengan alasan untuk cepatkan proses. Saya mcm smtg je...

3. Apakah maklumat yang perlu ada dlm bank draft untuk deposit 3% rumah. Tandatangan dulu Aggrement to Purchase dan serahkan deposit pd agent atau bagaimana?

4. Bolehkan s&P dibuat dlm BM?

TQVM Pak Teh membantu sy..

Insan keliru,
Rania

PakTeh said...

walaikummussalam rania,

1. setahu saya tiada la kesan besar sangat rania...hakmilik dikongsi beramai-ramai dan jika ada urusan perlu persetujuan semua.

2. maaf rania, saya kurang yakin kerana jawapan samar2. jika diberikan alasan dgn lebih jelas mungkin boleh dikomen.

3. peguam dilantik sesuai jawap...ini gunanya melantik peguam untuk menjaga kepentingan pembeli. kes rumah second hand, deposit ne biasanya bayar bila telah setuju dan dimasa sign snp. seawal2nya bayar kepada peguam iaitu setelah lantik peguam.

4. boleh, tapi yang standard BI terutama penjual/pembeli bukan melayu.

semoga kurang keliru. tQ

hafidzi said...

saya dh isi form kt atas tu tp x view kt comment ni pun..so, saya pastekan kt sini

assalamualaikum pak teh

tak sangka ada org mcm pak teh yg sanggup jawab soalan2 dgn percuma. moga pak teh mendapat keberkatan.

situasi saya sama spt cikgu yati, cikgu yg belum sah jawatan.

saya sudah membuat bayaran booking RM500 untuk sebuah rmh teres RM138800. pihak pemaju memberi masa 14 hari untuk mencari loan. lokasi rmh tersebut amat strategik, pinggir bandar, dekat dgn tempat kerja, keluarga.

apa pandangan pak teh
1. membatalkan hasrat membeli rmh tersebut dan tunggu sah jawatan baru beli rmh?
2. beli rmh tersebut dgn loan bank kemudian convert loan kerajaan?
3. kalau amik loan bank, tentu ada syarat yang bank letak, mungkin berapa thn kena bayar kpd bank baru boleh convert kerajaan, byrn denda dan sbgnya.

saya memang zero ttg beli rmh. mohon dpt penerangan. tg

PakTeh said...

walaikummussalam saudara hafidzi, untuk makluman form pertanyaan tu akan masuk ke dalam email peribadi saya dan perkara ini telah saya jawap ke alamat email cikgu.

untuk perkongsian, saya pastekan jawapannya seperti di bawah :

"walaikummussalam saudara hafidzi,

sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman aja la cikgu pada yang sudi. moga berguna dan diberkati.

jawapan saya :

1. bergantung kepada keutamaan dan kemampuan. jika cikgu merasakan rumah ini amat berbaloi untuk dibeli mungkin boleh dibuat pelaburan juga. rumah adalah pelaburan yang baik!. dan ada kemampuan, budget, bergantung kpd komitment jangka panjang dan pendek.

2. tapi seperti biasa cikgu, saya cadangkan terus guna bank dan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan untuk rumah yang lain...jika mampu. cikgu pasti sudah tahu sebabnya...kos melepas yang banyak seperti penalty, faedah, kos peguam, gadaian dsb.

3. betul cikgu, biasanya ada penalti tetapi bincang dengan bank dulu...mungkin ada pengecualian.

zero tetapi rajin bertanya...insyAllah tidak sesat.

semoga jawapan saya membantu. tQ"

terima kasih.

Anonymous said...

salam..sy ni msih bry dlm krja krjaan ni..lbih kurg 6 buln..sy terbaca td syrat nk buat pnjman ni kena 1 thun keja(skurang-kurangnya)..skdar nk buat prncngn awl..kalau kata kn gji pkok sy rm832.32 dan elaun rm5++..smue nya lbih krg rm1.4k..tp tolak kwsp da tggl rm1.2 k sumthing cmtu..pastu sy ad wat ptongan gji rm200..agk2 brapa pnjman prumahan yg lpas utk sy?

farah~

Anonymous said...

Salam, Pak Teh,

TQVM sbb adakan blog ini. Very useful kepada penjawat2 awam =). Untuk makluman pak teh, gaji pokok saya ketika ini adalah RM 2267.76. Soalan saya :

a) Boleh kah saya convertkan loan perumahan bank kepada loan perumahan kerajaan? Loan yang dipohon adalah lebih kurang RM 280,000.00. Tetapi saya membuat combined loan dgn husband untuk loan bank tersebut, iaitu mempunyai dua penama. Husband saya berkerja swasta. Saya berharap sgt agar dapat bertukar kepada loan kerajaan.

b) Sekiranya boleh di convert misallnya, dan ketika itu umur saya ketika itu adalah 33 tahun. Adakah tempoh pinjaman akan kekal 25 tahun, atau mengikut tempoh yang tinggal sehingga pencen. Spt conth 56 tahun - 33 tahun : 23 tahun.

Diharap pak teh dapat menjelaskan kepada saya mengenai perkara ini. Very much appreciated.

TQVM

PakTeh said...

walikummussalam anonymous August 24, perancangan awal memang baik. saudara layak rm105,000. tQ

PakTeh said...

walikummussalam anonymous august 25, terima kasih kerana menggunakan blog ini.

jawapan saya :
a) berdasarkan gaji pokok, puan layak rm255k dan baki hutang bank rm280k. boleh tukar tetapi puan perlu jelaskan wang beza terlebih dahulu. dalam kes ini wang beza adalah rm25k.
b) tempoh pinjaman yang layak adalah maksima 30 tahun. potongan boleh dibuat sehingga umur pencen.

semoga menjawap. tQ

tim87 said...

SALAM PAKTEH..
gaji pokok sy : RM 1020.02
ELAUN2 : 524.50
PTGN ZAKAT : RM15.00
BAITULMAL : RM2.00
LTH : RM 20.00
ANGKASA :RM8XX.00 (XSURE SBB AKAN D PORONG MULAI SEPT)
SO, GJ BERSIH TINGGAL : RM6XX JE KAN..? SO, MCM MNE NK BELI RUMAH..??? PUNAH LA HRPN SY NK MILIKI RUMAH SNDIRI.. HUHU~ =( SY MSH BUJANG N AKAN BERKAHWIN HUJUNG THN NI..SY NK JUGAK TGGL KAT RMH SDRI AFTER KAHWIN NI.. TLG SETTLE KAN PAK TEH..? THANXX ANYWAY..

PakTeh said...

walaikummussalam ctmz, tak mampu saya nak sattlekan kes ctmz...tunang boleh kot? kalau ikut syarat potongan 60% layak rm60k, tertakluk kpd sokongan jabatan. insyaAllah, kalau dirancangan awal akan dapat beli rumah.

tim87 said...

so, mksdnya d cni, sy xdpt klayakan untuk mohon pinjmn prumahan tu ke..? dgn ada nye gaji brsih sy yg sbanyak tu je, mmg xdpt ke..?

Anonymous said...

asalam.. pak teh. sy nadirah seorng cikgu. sy ad soalan, hrp pak teh dpt membantu.

saya telah sah jawatan tp masih belum mendpt surat sah jawatan. adakah sy boleh memohon pinjaman? atau sy perlu menunggu hingga mendpt surat rasmi baru sy boleh apply loan?

PakTeh said...

ctmz, dengan gaji bersih sekarang layak pinjaman perumahan kalau ikut syarat potongan 60% layak rm60k, tertakluk kepada sokongan jabatan.tQ

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu nadirah, selamat berpuasa dan selamat hari raya..hari ne last mengajar. sepatutnya bila sah jawatan buktinya adalah surat? kalau tidak macam mana nak tahu telah sah jawatan, betulkan saya jika silap. walau bagaimanapun, pengesahan jawatan adalah melalui pengesahan guru besar sahaja seperti yang diisi di dalam borang permohonan pinjaman (isi diruangan tarikh pengesahan jawatan). jika ketua jabatan yakin dan percaya cikgu telah disahkan jawatan sepatutnya tiada masalah untuk mereka mengesahkan borang permohonan pinjaman tersebut dan tidak timbul masalah untuk apply loan. semoga membantu cikgu.

Anonymous said...

selamat berpuasa dan selamat hari menyambut hari raya juga utk pak teh, ye hr ni last ngaja, gmbira:)jwapan yg diberikan sgt membantu sy, terima kasih pak teh. mksudny utk apply loan x perlu lampirkan surat sah jawatan ea? utk makluman pak teh sy baru sahaja mengetahui saya telah sah jawatan pd mgu lepas melalui semakan dilaman web. tp masih belum mendapat surat dr suruhanjaya pelajaran. sy sebenarny telah booking sebuah rumah dan dan pinjaman perumahan bank sy masih dalam prses belum sign ape2 agrement lg. tapi memndangkan sy telah sah sy nak batalkan loan bank dan apply gov loan cume surat belum sampi. sekali lg terima kasih pak teh. sy akan rujuk pd ketua jabatan sy.
nadirah.

PakTeh said...

betul cikgu, tidak perlu hantar surat pengesahan jawatan. tindakan yang baik kerana bertukar ke pinjaman perumahan kerajaan, memang kemudahan terbaik dari dulu hingga kini!. tapi jangan lupa untuk bertindak segera kerana masa berjalan bagi mengelakkan denda lewat jika perjanjian telah ditandatangani. tQ

Anonymous said...

sy masih belum sign snp lg. sy ingin berty lg, utk makluman rumah yg ingin dibeli harga 219800. gaji pokok sy 2148.10, itka 300 cola 300 elaun rumah 250 jum 2998.10. potongan pd slip gaji ialah personal loan bsn 198rm dan angkasa 30rm ..loan kereta 596 x da pd slip. adakah sy layak utk apply seorng sj atau perlu join dgn suami yg juga cikgu? nadirah.

PakTeh said...

ya, cikgu layak untuk apply seorang sahaja kerana gaji pokok rm2,148.10 layak rm255k dan potongan gaji cikgu di dalam slip masih kurang dari 60% jika termasuk potongan pinjaman perumahan. tQ

Anonymous said...

ok terima kasih pak teh, selamat hari raya, berhati2 di jalan raya. nadirah

PakTeh said...

sama2 cikgu, datang la lagi bersama rakan...tQ

Anonymous said...

ada kah saya layak memohon pinjaman skim rumah pertama ku sekiranya saya berkerja di sebuah kilang?

PakTeh said...

anonymous, secara umumnya layak pinjam skim rumah pertama ku. untuk skim rumah pertmaku leh baca di http://loankerajaan.blogspot.com/2011/03/skim-rumah-pertamaku.html
secara ringkasnya, skim ini adalah :
- SKIM BELI RUMAH TANPA DEPOSIT.
- MILIKAN PERTAMA BAGI GAJI KURANG RM3,000.
- HARGA RUMAH MESTI RM100,000 KE ATAS.
- HARGA RUMAH TIDAK BOLEH LEBIH DARI RM220,000.
- BERUMUR 35 TAHUN KE BAWAH.
- Gaji kasar sendiri atau combine mesti bawah RM3000.
walau bagaimanapun anonymous, dari melalui maklum balas yang diterima...skim ini kurang mendapat tempat dipihak bank2. anonymous boleh cuba, tak cuba manakan tahu. ...dan maklumkan kepada kami sebarang perkembangan. TQ
- Untuk pembelian rumah sahaja sama ada siap atau masih didalam pembinaan.

Anonymous said...

salam pak teh...
saya nak bertanya, boleh ke kita membuat pinjaman perumahan kedua.. walaupon pinjaman yang pertama blom selesai..? dan bagaimanakah caranya untuk saya membuat pinjaman pertama perumahan kerajaan + pinjaman bank kerana kelayakan baki gaji tidak mencukupi untuk pinjaman perumahan sepenuhnya... sekian, terima kasih

PakTeh said...

walaikummussalam, pinjaman pertama perlu selesaikan dahulu untuk layak pinjaman kedua. agak sukar untuk mendapatkan pinjaman bank + pinjaman perumahan kerajaan kerana syaratnya bank setuju gadaian kedua (second charged). jika ada bank yang bersetuju, anonymous buat pinjaman kerajaan dan selepas lulus mohon kebenaran gadaian kedua dan bawa surat kebenaran gadaian kedua ke bank berkenaan. semoga membantu.

Anonymous said...

salam Pakteh...
saya merupakan seorang guru dan sedang merancang utk membeli rumah teres yang telah siap.gaji hakiki saya ialah rm2,148.00.potongan gaji adalah sebanyak rm950.skrang saya berumur 28 tahun.berapa kah kelayakan pinjaman perumahan dan berapa ansuran bulanan jika saya ingin membuat pinjaman penuh?
terima kasih ;)

PakTeh said...

walaikummussalam, ikut gaji pokok layak rm255k dan bagi menentukan anggaran kelayakan atas potongan gaji tidak lebih 60% memerlukan maklumat elaun2. tQ

Anonymous said...

Pakteh,

maklumat gaji saya adalah spt berikut:

gaji pokok - 2,148.oo
imbuhan tetap khidmat awam - 300.00
elaun wilayah - 375.92
elaun khas guru BI - 107.41

PakTeh said...

anonymous, berdasarkan kelayakan potongan gaji tidak melebihi 60% layak rm169k (selama 30tahun termasuk insuran) tertakluk kepada sokongan jabatan. semoga membantu.

Anonymous said...

Salam.

Saya ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan :

1.Saya dlm plan nk bli 1st house bernilai rm163k.brpkan byran bulnn yg perlu sya byr?
2.Sekiranya akan datang saya membli rumah utk pinjaman kedua, apakah kelayakan rumah yg sya blh dpt?

Gaji pokok - RM1537.00
Elaun2 - RM440.00
KWSP - RM218.00
Personal Loan - RM288.00

tq pak teh

PakTeh said...

walaikummussalam,
1. rm835 sebulan selama 30 tahun (budget range rm800-rm850)
2. kelayakan pinjaman kedua adalah kelayakan semasa ditolak pinjaman yang telah ambil tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa.
semoga menjawab. tQ

Anonymous said...

salam pak teh , saya baru bercadang utk beli 1st house..rumah secondhan..harga bawah 80k..keje gomen..nk minta pandangan pakteh samaada nk guna loan kerajaan atau bank biasa..tq

PakTeh said...

walaikummussalam, pandangan PakTeh sama ada loan kerajaan atau bank? ...perlu tengok kes :
1. jika ini rumah pertama dan terakhir guna loan kerajaan.
2. jika rumah ini untuk pelaburan guna bank.
3. jika kelayakan pinjaman kerajaan tinggi (seperti lebih rm150k atau lebih)guna bank.
walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat perlu mengambil kira keperluan harian dan jangka panjang...yang penting untung dan mengutungkan. semoga membantu.

Anonymous said...

salam..
saya ingin bertanya, saya berhajat untuk membeli sebuah rumah dari seorang individu. tetapi beliau minta saya jelaskan deposit lebih kurang 50 ribu. sepengetahuan saya jumlah pinjaman perumahan yang kita mohon dari kerajaan akan dimasukkan secara 100% ke dalam akaun pemilik rumah tersebut. jadi bagaimana saya ingin mengelakkan daripada tertipu sekiranya ingin mendapatkan semula bayaran deposit tersebut daripada beliau apabila jumlah pinjaman tersebut telah dibayar kepada beliau? atau adakah masalah ini sebenarnya ada penyelesaian lain yang lebih mudah di luar pengetahuan saya? mohon bantuan.. (sekiranya pak teh ada alamat emel yang lebih mudah untuk saya berhubung untuk bertanyakan berkenaan masalah ini, mohon dapat diberikan kepada saya jika tiada keberatan)

PakTeh said...

walaikummussalam,

1. setiap pembelian rumah perlu ada perjanjian jualbeli terlebih dahulu yang disaksikan peguam sebagai pemegang amanah. perkara deposit akan termasuk di dalam perjanjian tersebut dan setiap pembayaran perlu melalui peguam.
2. semua pembayaran yang dikeluarkan oleh pinjaman perumahan kerajaan akan melalui peguam. peguam sebagai pemegang amanah hanya akan membayar kepada penjual jika ia menepati syarat perjanjian jualbeli seperti yang dipersetujui.
3. bagi mengurangkan resiko ditipu, pembeli perlu menyemak kedudukan harta yang dibeli terlebih dahulu dan melantik peguam yang boleh dipercayai.
4. PakTeh boleh dihubungi melalui call/sms 019-353 3702, email di pakteh@muslim.com, paling mudah dan percuma melalui chat/massage dengan "add friend" www.facebook.com/yusriasri.

semoga bermunafaat.

Anonymous said...

salam pak teh..
saya bercadang membeli rumah berharga 358888. gaji pokok saya 2743 (kerja swasta). adakah saya layak utk apply seorng sj atau perlu join dgn suami yg kerja gov tp belum sah dalam jawatan?

Anonymous said...

asalamualaikum pak teh, saya nak membeli rumah pertama berharga rm249,000. kelayakan saya rm255,000. setelah dikira dengan insurans jumlahnya dah melebihi kelayakan. soalan saya adakah kelayakan pinjaman dan bayaran ansuran bulanan termasuk insurans atau tidak?

PakTeh said...

walaikummussalam, kelayakkan pinjaman perumahan bagi pekerja swasta perlu rujuk pada bank/institusi kewangan. saya berkemahiran dalam menentukan kelayakan untuk kakitangan kerajaan sahaja, puan.

suami perlu disahkan jawatan bagi membolehkan beliau layak menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan.

semoga ada perkongsian, tQ

PakTeh said...

walaikummussalam, untuk makluman jumlah kelayakan pinjaman perumahan adalah tidak termasuk insuran. insuran akan ditambah dalam pinjaman perumahan apabila diluluskan dan ansuran bulanan akan termasuk insuran tersebut.

ini bermakna, jika kelayakan adalah rm255k... berkemungkinan jumlah pinjaman perumahan yang diluluskan adalah rm280k walaupun harga rumah rm249k kerana telah ditambah dengan amaun insuran nyawa dan api.

semoga membantu. tQ

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh..nak tanya bole ke sebelum masuk rumah yg telah siap kita minta pemaju repair dulu ada masalah bocor?saya beli rumah dengan pemaju agak lambat dari jiran lain sebab rumah tu xde orang nak dulu..-ckgu hasni

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu hasni,
setiap pembelian rumah biasanya terdapat jaminan kerosakan oleh pemaju daripada tempoh serah kunci. dalam tempoh jaminan tersebut cikgu layak membuat aduan kerosakan termasuk masalah bocor tanpa mengira cikgu telah masuk atau belum rumah tersebut. semoga membantu.

alin said...

salam pak teh, saya alin sekali lg, saya dh ajukan soalan dlm email pak teh. Soalan saya, saya ingin membeli rumah melalui owner dgn harga rm180k. Yang manakah lebih baik pinjaman kerajaan o pinjaman bank memandangkan rumah tersebut berkemungkinana akan dijual mahupun disewakan pada masa akan datang. Kelayakan adalah Rm255k seperti yang telah pak teh maklum sebelum ini.

PakTeh said...

walaikummussalam alin,

untuk jangka panjang pinjaman kerajaan lagi baik kerana kadar faedah yang paling rendah dan jika lengkap pasti lulus. rumah yang baik dan berpontensi tinggi perlu tindakan cepat untuk mendapatkannya tapi perlu berhati2 supaya selamat. tQ

Anonymous said...

Saya nak tanya jumlah yg saya layak meminjam: gaji pokok:2274.72 elaun:1563 hutang kereta:501(tak masuk dlm payslip) loan asb: 1190(tak masuk dlm payslip). Terima kasih

PakTeh said...

layak memohon maksima rm255,000. tQ

Anonymous said...

salam..pak teh boleh jelas tentang wang beza???bila kena jelaskan

Anonymous said...

Saya telahpun membeli sebuah rumah berharga RM250 000 dengan pinjaman dari sebuah bank. Setelah semua urusan jual beli selesai pihak insuran tidak melindungi pinjaman saya atas alasan kesihatan (obesiti). Saya telahpun menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital pakar dan mengemukakan surat menyatakan saya sihat, namun permohonan saya ditolak. Saya sangat risau apa akan jadi jika apa2 terjadi kepada saya nanti. Bolehkah saya ingin menukarkan pinjaman itu kepada pinjaman perumahan kerajaan? Adakah pinjaman saya nanti akan dilindungi insurans? Untuk pengetahuan saya belum pernah membuat pinjaman perumahan kerajaan sebelum ini.

PakTeh said...

walaikummussalam,

wang beza adalah wang perbezaan di antara harga rumah/tanah dengan amaun pinjaman. sebagai contoh, harga rumah dibeli rm150,000 dan amaun pinjaman perumahan rm100,000 = wang beza rm50,000. bila kena jelaskan? ikut tuntutan dan syarat perjanjian, contoh, bagi jenis I bila penjual tuntut kena jelaskan, bagi jenis III perlu ikut tuntutan berperingkat sehingga selesai amaun wang beza. semoga membantu.

PakTeh said...

salam sejahtera anonymous,

agak unik kes ini dan jika perlukan bantuan mengenai insuran bagi rumah yang menggunakan bank cal saya. mungkin boleh diusahakan dengan mengetahui cerita sebenar.

boleh untuk menukarkan kepada pinjaman perumahan kerajaan dan pinjaman kerajaan memang mewajibkan pengambilan insurans (tanpa syarat dan tanpa pemeriksaan kesiahatan).

jika memerlukan bantuan dan perkhidmatan saya, sila cal. terima kasih, semoga membantu.

alin said...

salam pak teh,

nak tanya adakah panel peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi menguruskan hal berkaitan dengan perumahan oleh kakitangan kerajaan?

PakTeh said...

walaikummussalam alin,

tiada, peguam perlu dilantik oleh peminjam sendiri. tQ

Anonymous said...

salam Pak Teh...

saya akan ke Pelancaran Perumahan pada 8 Oktober ni...Pengalaman pertama membeli rumah...saya memang zero bab rumah ni..begitu juga dgn husband..saya seorang guru dan suami seorang tentera.

Kelayakan Pinjaman perumahan saya ialah RM280K dan suami RM255K. Harga rumah yang bakal kami beli di antara RM280K ke RM300K. saya baru booking lot tanpa letak deposit. tetapi pemaju dah hantar e-mail untuk kami confirmkan pembelian. ada lawyer masa tuh...

saya bercadang membuat loan bersama suami...

1)bagaimana prosedur untuk memohon pinjaman bersama? berapa loan yang perlu saya buat dan suami buat? adakah separuh-separuh?

2) potongan gaji pada seorang sahaja atau pun kedua-keduanya sekali?

3)berapakah wang yang perlu saya sediakan untuk pembelian rumah yang berharga RM300K?deposit,lawyer fee, snp dan sebagainya?

4)Jika rumah terbengkalai(minta2 dijauhkan) adakah potongan gaji akan diteruskan juga?

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu,

pengalaman memang penting tapi belajar dari pengalaman yang perlu diutamakan. jika sudi belajar dan berkongsi ilmu rasanya juga telah memadai, dengan penuh rasa ikhlas...leh cam tuu cikgu?

jawapan saya :

1. pinjaman bersama yang paling utama borang permohonan perlu dihantar serentak. pecahan loan ikut persetujuan suami isteri....50-50 boleh, 10-90 boleh, ikut la berapa pecahannya dengan syarat tidak melebihi kelayakan.
2. kedua-duanya akan dipotong gaji ikut jumlah kelulusan pinjaman masing2.
3. semua modal tersebut bergantung kepada pemaju/peguam. ada pemaju perlu deposit rm1000 aja, ada yang 7% dsb. ada peguam free aja masuk pakej dengan pemaju dsb. kebiasaannya adalah pemaju deposit 10% = rm30k, peguam 2-4% untuk snp dan loan = rm8000
4. ada 2 pilihan diberikan pada masa sekarang :
i) batalkan pinjaman dengan dikecualikan faedah dari tarikh pengesahan terbengkalai KPKT.
ii) kurang potongan gaji dgn dikecualikan faedah mulai tarikh pengesahan terbengkalai selama 5 tahun atau tarikh baucar pertama projek pulih.kesimpulannya, potongan gaji boleh dikurangkan kerana tiada faedah dikenakan tapi potongan gaji akan diteruskan selagi hutang tidak dijelaskan.

semoga membantu cikgu. jika ada kekurangan harap dimaafkan, jika kurang penerangan harap dimaklumkan. tQ

Anonymous said...

salam..pakteh bole ke kalo wat pinjaman perumahan suami isteri sorang kerajaan sorang swasta??saya ckgu tp suami keje kilang kereta..nk bli rumah rm 250000 tp sy xlepas loan sorang sbb potongan gaji dh byk

Faizal Aziz said...

salam pak teh..ni detail sy...
gaji pokok rm1593
gji pokok tmbh elaun rm 2088
potongan peribadi rm788
bersih semua rm 1300..
sudah disahkan dalam jawatan...kelayakan meminjam sy 205k
soalan saya..sy nk beli rumah bharga 130k...
1)berapakah byaran bulanan saya?
2)jika byaran bulanan rumah ini sudah melebihi potongan 60% gaji, adakah pmohonan saya boleh diluluskan ?

PakTeh said...

walaikummussalam cikgu,

jika cikgu kerajaan dan suami swasta, boleh wat perjanjian 2 nama tapi seorang ajer yang leh pinjaman kerajaan. seorang lagi perlu membuat pinjaman bank atau sebagainya.
walau bagaimanapun, agak sukar untuk mendapatkan pinjaman bank kerana bank perlu bersetuju dengan syarat "gadaian kedua". tQ

PakTeh said...

walaikummussalam zal aziz,

jawapan saya :

1. anggaran bayaran bulanan rm650 (selama 30 tahun termasuk insuran)
2. permohonan boleh diluluskan tertakluk kepada sokongan jabatan.

semoga membantu.

Anonymous said...

Pak Teh,

Saya dah pun menghantar borang permohonan kepada BPP tetapi oleh kerana dokumen tidak lengkap, permohonan saya tidak dapat dipertimbangkan sehinggalah saya melengkapkan borang tersebut.

Saya nak tahu apabila saya ingin menghantar dokumen yang diperlukan oleh pihak BPP, adakah saya perlu menghantar slip gaji terkini sekali lagi?

PakTeh said...

betul, borang perlu lengkap supaya proses kelulusan dapat dilaksanakan. hanya hantar dokumen yang diperlukan sahaja. tQ

Anonymous said...

salam,Pak Teh, saya nak tanya tempoh proses loan berapa lama. saya nak beli rumah second hand, owner nak cepat pulak.ini first time saya apply loan.

Wahed said...

salam Pak Teh, saya nak sambung tanya soalan...
Saya nak bel rumah 2nd hand, apa perkara yang saya perlu ambil perhatian?
1. Betulke saya kena bayar agen 1% daripada harga rumah?
2. Program Rumah Pertamku boleh beli rumah 2nd hand tak?
3. Legal fee sapa bayar?
4. Loan lulus ikut nilai harga pasaran @harga owner?
5. rumah lama punya cukai n bayaran tertunggak saya kena bayar ke??

Harap membantu.saya dahulukan dengan jutaan TQ.
Semoga Allah memberkati Pak Teh sekeluarga.

PakTeh said...

walaikummussalam, tempoh proses umah second hand tertakluk pada kes sama ada tanah meempunyai gadai bank, sekatan kepentingan dsb. untuk anggaran tempoh saya perlukan beberapa maklumat utama. sebaiknya pertanyaan melalui cal (jika betul2 urgent), chat dan email. guna perkhidmatan PakTeh untuk urusan perlu segera. terima kasih.

PakTeh said...

walaikummussalam saudara wahed,

menjawab soalan :
1. ada betulnya, tapi bayaran agen ne ada pelbagai % saya jumpa. bayaran agen bergantung pada budibicara, 1% kira murah.
2. program rumah pertamaku adalah untuk pekerja bukan kerajaan. maaf bertanya, saudara wahed berkerja swasta ke?. sebab, blog ini membicarakan pinjaman perumahan kerajaan.
3. biasanya pembeli bayar.
4. kes umah second hand loan lulus berdasarkan kelayakan/amaun yang dipohon/harga perjanjian/penilaian mana yang TERENDAH.
5. sesuai diselesaikan secara harmoni bersama penjual. saya cdgkan tunggakan cukai diselesaikan sebelum pembelian.

semoga membantu dan diharap ada perkongsian. jika kurang jelas harap tidak serik untuk bertanya.

terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Anonymous said...

Salam Pak Teh,

Saya Raihaan seorang penjawat awam.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pak Teh kerana sudi berkongsi pengalaman disini. Blog ini memang best dan banyak info.

Di sini, saya ada beberapa kemusyikilan. Harap dapat Pak Teh dapat membantu.

Saya ada membeli rumah dengan harga dalam RM300k dan dibuat atas loan bank. Saya bercadang untuk menukar kepada loan kerajaan selepas disahkan jawatan.

1. Menurut kefahaman saya berdasarkan info yang Pak Teh berikan di blog ini, saya boleh tukar ke loan kerajaan dengan syarat menyelesaikan baki perbezaan selepas ditolak kelayakan pinjaman (Bagi kes saya RM280k).

2. Apa yang saya kurang faham, berkenaan dengan MRTA/insurans yang dibeli semasa membuat loan bank, adakah ianya boleh dipindah/digunakan lagi apabila saya menukar kepada loan kerajaan. Ataupun saya perlu membeli MRTA yang baru sekiranya hendak menukar kepada loan kerajaan ???

3. Berkenaan dengan legal fees, menurut kefahaman saya, sekiranya kita tukar kepada loan kerajaan, perlu membayar legal fees. Kerana ia melibatkan perjanjian yang baru. (Betulkan saya sekiranya saya silap...).
Apa yang saya kurang pasti, adakah legal fees yang perlu dibayar melibatkan kedua2
- legal fees bagi perjanjian pinjaman perumahan
- legal fees bagi S&P (telah dibayar semasa pinjaman dengan bank)

4. Semasa menukar kepada loan kerajaan, adakah teknik-teknik yang boleh digunakan agar loan yang dipohon bukan hanya untuk membayar baki pinjaman yang tertunggak. Tetapi juga dapat cover legal fees & kos2 lain semasa tukar kepada loan kerajaan.

TQ. Harap dapat membantu.

Salam.

Raihaan

PakTeh said...

walaikummussalam saudara raihaan,

sama2 dan terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

jawapan saya :
1. betul...yang paling penting semasa mengemukakan penyata bank semasa permohonan nanti baki hutang perlu kurang dari kelayakan.
2. pinjaman perumahan ada insurannya sendiri dengan kadar yang paling murah dari yang dipasaran. insuran akan termasuk di dalam pinjaman. walaupun saudara layak rm180k, amaun pinjaman akan menjadi lebih (seperti rm200k) kerana akan ditambah dengan insuran nyawa dan api.
3. legal hanya untuk terima bayaran, melepaskan gadaian bank dan mengadaikan semula ke kerajaan malaysia.
4. ada teknik tetapi ada baiknya cal saya 019-353 3702 bagi mengelakkan perkara ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. maaf saudara raihaan, niat saya ingin membantu tetapi jika ditulis kes seperti ini secara umum ia boleh menjadi fitnah.

semoga ada benarnya, semoga ada ilmunya.

sekadar berkongsi bagi yang sudi, maaf atas kelemahan yang ada. terima kasih

Anonymous said...

salam Pak Teh..

Gaji saya termasuk elaun RM2,618.85
Potongan dalam slip RM1,164.96
Gaji bersih RM1,453.89

Saya berhasrat beli tanah dengan personal loan sebanyak RM80,000 selama maksimum 15 tahun dan bakal dipotong lebih kurang RM800 lagi dari gaji bersih saya. jika saya hendak membina rumah atas tanah yang bakal saya beli, layakkah saya membuat pinjaman perumahan?

PakTeh said...

walaikummussalam,

layak berdasarkan peraturan pinjaman perumahan tetapi tertakluk kepada sokongan ketua jabatan. untuk makluman, kebanyakkan jabatan tidak menyokong permohonan pinjaman perumahan kakitanganya jika potongan melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (yang terdapat dalam slip gaji).

semoga membantu.

jika tidak keberatan, beli tanah di mana ya?

Anonymous said...

t.ksih pak teh. beli tanah di bangi lama. di rinhing. actually belum beli lagi. ptg ni baru nk pegi tgk tanah. kalau jadi, nk urus la pinjaman 80k tu. tu pu kalau masih boleh buat pinjaman utk bina rumah setahun 2 lagi

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Gaji pokok - RM2419.45
Jumlah Gaji termasuk Elaun - RM3269.45
Jumlah Potongan - RM480.00
Gaji Bersih - RM2788.55

Saya berhasrat membeli rumah (secondhand, siap bina) dari pemilik rumah dengan harga RM260,000.00 dan berhasrat utk memohon loan kerajaan (BPP)... saya bercadang membayar deposit dan mendapatkan loan bagi kelayakan RM255,000.00

Persoalan saya:-
1. Langkah2 yang perlu saya ambil sebelum membayar deposit kepada pemilik rumah.
2. Pemprosesan loan mengambil masa berapa lama? Bagaimana nak memudahkan/mempercepatkan poses tersebut.
3. Apakah anggaran lain2 kos yang perlu saya tanggung untuk memiliki rumah tersebut.

Berharap agar pakteh dapat membantu...

Terima kasih.
~adyz~

Anonymous said...

assalammualaikum Pak teh,

Tumpang tanya. saya dah sah jawatan tapi dalam payslip masih ada lagi potongan kwsp ( belum cukup 3 tahun). Adakah kwsp termasuk dlm potongan 60% untuk kelulusan loan kerajaan? Saya telah memilih pencen.

terima kasih
wanaida

Anonymous said...

assalamualaikum pak teh,

saya nak tanya sikit,
1) kalau kita nak buat loan gov untuk beli tanah dan membina rumah atas tanah tu, adakah kita kena buat 2 kali permohonan. satu utk beli tanah, dan satu untuk bina rumah atas tanah tu atau boleh buat 1 permohonan saja dan jumlahnya disekalikan.
2) Kalau kena buat satu2, pinjaman buat rumah pulak, adakah akan jadi pinjaman kedua ?
3) Tentang peguam lak, kita yang lantik sendiri atau gov yang carikan ..
terima kasih.

PakTeh said...

walikummussalam adyz,

tahniah kerana berhasrat untuk memiliki rumah.
1. langkah yang perlu sebelum beli adalah :
- dapatkan salinan hakmilik/geran dan pastikan kedududukan tanah seperti pemilik, bebanan dan sekatan.
- jika boleh buat carian resmi di pejabat tanah bagi memastikan maklumat adalah betul.
- dapatkan nilaian kasar harta dari agen, bank, org kawasan sekitar, penilai dsb
- jika harga yang ditawarkan berbaloi teruskan dengan perjanjian...baru bayar deposit.

2. tempoh pemprosesan bergantung kepada banyak faktor. petuanya, dokumen lengkap prosespun cepat. untuk mudah dan cepat cari peguam yang mahir dan serah pada yang pakar untuk urusan pinjaman!

3. kos peguam iaitu kos perjanjian dan kos urusan pinjaman.

semoga ada maklumat yang dicari.

PakTeh said...

walaikummussalam wanaida,

potongan 60% adalah peraturan pentadbiran yang diamalkan oleh sebilangan besar jabatan (tetapi tidak semua jabatan) dan ianya berbeza2 pertimbangan. sehubungan itu, potongan kwsp termasuk dalam 60% adalah atas budibicara ketua jabatan wanaida bertugas. moga ada benarnya. terima kasih.

PakTeh said...

walikummussalam anonymous,

jawapan saya :
1. 2 kali permohonan jika membeli tanah dahulu kemudian baru hendak bina rumah. boleh sekalikan jika hendak membeli tanah dan membina rumah serentak.
2. tidak, jika pinjam berasingan...pinjaman bina rumah dianggap sebagi pinjaman pertama tetapi tempoh bayaran balik adalah atas baki setelah ditolak tempoh pinjaman tanah.
3. perlu lantik sendiri dan pastikan yang mahir dengan urusan pinjaman perumahan kerajaan.

semoga membantu.

Anonymous said...

Salam Pak Teh, apa syarat buat pinjaman untuk bina rumah? kalau nama tanah nama suami boleh ke?

mida

Anonymous said...

assalamualaikum..Pak Teh. bolehkah rumah yang dibeli dengan loan kerajaan dijual semula kurang dari setahun selepas rumah tersebut diduduki..kerana berpindah ke tempat kerja yang baru. TQ kerana membantu..

PakTeh said...

walaikummussalam,
syarat bina rumah perlu ada tanah atas nama sendiri atau bersama suami yang dibenarkan dibina bangunan. kalau tanah nama suami perlu masukkan nama isteri dulu baru ok. buat dan dapatkan kelulusan plan, buat perjanjian pembinaan dengan kontraktor, isi borang permohonan dan hantar ke penilaian serta bahagian pinjaman perumahan. semoga membantu.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 904   Newer› Newest»

Post a Comment