Dapatkan pandangan PakTeh..!

Friday, January 20, 2012

Isu Potongan Gaji Melebihi 60%....

"gaji saya kalau dicampur elaun-elaun adalah rm3500 tetapi gaji bersih rm1400. layak tak saya buat pinjaman perumahan sebab saya ada site income perniagaan?".

"gaji saya dalam slip gaji rm3500 dan tiada pemotongan tetapi saya ada hutang rumah dan kereta rm2500 yang tidak masuk dalam slip. layak tak saya pinjaman perumahan kerajaan?".

"gaji bersih saya jika ditolak dengan bayaran balik loan perumahan akan melebihi 60%. adakah permohonan loan perumahan saya boleh diluluskan?."

 ..dan banyak lagi yang seumpamanya.

soalan-soalan di atas adalah berkaitan dengan isu potongan gaji melebihi 60%. ramai yang tanya pada PakTeh... ramai yang kemukakan soalan ini... ramai yang confius, PakTeh dulu pun konfius mengenai perkara ini. jadi tak salah pada mereka yang bertanya sebab perkara ini umpama "lain ladang lain belalang", lain tempat kerja lain lak peraturan atau prosedurnya. saudara kena terima seadanya jika tidak saudara ada 2 pilihan : berhenti atau tukar tempat bertugas..hihi.

seperti mana saudara sedia maklum, kerajaan ada menyediakan 3 jenis kemudahan pinjaman kepada kakitangan awam, iaitu :
  1. kemudahan pinjaman perumahan;
  2. kemudahan pinjaman kenderaan; dan
  3. kemudahan pinjaman komputer.
bagi pinjaman kenderaan dan komputer, kerajaan telah memberi syarat seperti berikut :

"jumlah semua potongan gaji hendaklah tidak melebihi 60% dari
 jumlah gaji pokok serta elaun-elaun"

ini bermakna, jika saudara ingin meminjam kenderaan atau komputer, jumlah potongan gaji dicampur dengan potongan sedia ada tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dicampur elaun-elaun yang tertera di dalam slip gaji.

walau bagaimanapun, syarat tersebut TIDAK terdapat di dalam peraturan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan. ini bermakna, saudara layak memohon pinjaman perumahan kerajaan walaupun potongan gaji saudara melebihi 60%....bahasa mudahnya... jika gaji saudara tinggal rm200 pun di dalam slip gaji, saudara masih layak untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan. lihat cabutan peraturannya di bawah :


namun begitu, masalah keberhutangan yang berat adalah menjadi isu utama bagi kakitangan  awam. masalah keberhutangan berat dikesan akan mengakibatkan kakitangan awam bermasalah, kurang berdisplin, malas berkerja dan sebagainya. justeru itu, kebanyakan jabatan kerajaan (tidak semua) telah mengamalkan syarat yang diguna pakai di dalam peraturan pinjaman kenderaan dan komputer tersebut bagi memastikan kakitangannya tidak terjebak dengan masalah keberhutangan yang berat. adalah menjadi keutamaan untuk saudara memastikan terlebih dahulu kedudukan gaji saudara sebelum membuat komitment membeli rumah dan menjadi keutamaan juga untuk menyemak dengan ketua jabatan sama ada mereka ada menggunakan peraturan potongan gaji tidak melebihi 60% dalam memperakukan permohonan pinjaman perumahan. seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, "lain ladang, lain belalang" maka saudara perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan saudara selagi berkhidmat di tempat tersebut.

walau bagaimanapun, terdapat isu perkiraan potongan 60% yang berbeza-beza bagi setiap jabatan. jika ada ruang dan ketika PakTeh akan kupas permasalahan ini di post yang lain pula.

moga ada perkongsian, moga ada ilmu.... "Berkongsi ilmu, Saling membantu", itu moto PakTeh. jika ada keraguan jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana ilmu yang ada untuk dikongsikan, bukan disimpan. moga ada benarnya, insyaAllah.